Update News AirAsia : Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Bekas KM minta hentikan pinjaman SDB kepada AirAsia

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menghentikan pinjaman RM300 juta yang diluluskan anak syarikatnya, Bank Pembangunan Sabah (SDB) kepada AirAsia.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee, berkata langkah itu perlu memandangkan pinjaman kepada syarikat penerbangan berkenaan adalah berisiko.

Beliau berkata SDB sepatutnya hanya membiayai projek di Sabah sejajar mandat yang diberikan kepadanya.

"Industri penerbangan bukanlah sesuatu yang harus ditanggung oleh SDB ketika pandemik COVID-19. Mana-mana pegawai bank dan pengusaha tahu apa krisis yang dihadapi oleh industri penerbangan.

"Seperti yang dilaporkan, Malaysia Airports menyaman AirAsia berjumlah RM78.16 juta. Adakah pinjaman RM300 juta oleh SDB kepada AirAsia melebihi had peminjam tunggal mengikut standard perbankan?

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang baru saja memegang jawatan tiga minggu yang lalu, adalah selamat untuk mengatakan bahawa pinjaman itu diluluskan ketika era pemerintahan lalu. SDB harus dipertanggungjawabkan untuk kelulusan pinjaman itu," katanya dalam kenyataan, di sini.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu mengulas mengenai laporan yang mengatakan AirAsia mendapat pinjaman SDB bagi membiayai operasi syarikat penerbangan tambang murah berkenaan.

Semalam, perkara itu turut disahkan AirAsia dan ia dikatakan bertujuan untuk meningkatkan kehadiran logistik syarikat itu di Sabah, sekali gus akan mewujudkan lebih 100,000 pekerjaan baharu.

Teck Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, berkata berdasarkan laporan berita nasional dan antarabangsa, SDB meluluskan pinjaman RM300 juta kepada AirAsia untuk memastikan ia tetap bertahan ketika pandemik COVID-19.

"Laporan itu menyatakan bahawa pinjaman berjumlah RM300 juta itu akan membuat syarikat penerbangan bertahan selama dua bulan, membiayai operasi tempatan.

"Apa yang akan berlaku selepas dua bulan dan syarikat penerbangan tidak pulih? Bagaimana jika AirAsia berakhir seperti Dragon Air, anak syarikat Cathay Pacific yang hebat, sebuah syarikat penerbangan Hong Kong? Dua hari yang lalu, Cathay Pacific menutup Dragon Air.

"Menurut laporan berita yang sama, AirAsia dilaporkan akan mengumpulkan RM2.5 bilion pada akhir tahun. Dua minggu lalu, AirAsia X Bhd mencadangkan penstrukturan hutang dan pemotongan modal saham bernilai RM63.5 bilion untuk mengelakkan pembubaran.

"Sangat membimbangkan bahawa laporan itu sudah membicarakan mengenai mengelakkan pembubaran," katanya.

Teck Lee berkata pinjaman RM300 juta itu tidak membawa makna yang besar kepada AirAsia jika dibandingkan hutangnya sebanyak RM66 bilion.

"Bagaimana RM300 juta dana SDB yang kecil dapat membantu AirAsia terus bertahan? RM300 juta hanyalah 4.5 peratus daripada pendedahan hutang AirAsia.

"Sebaliknya, RM300 juta dapat banyak membantu menghidupkan semula ekonomi Sabah dengan memberi pinjaman kepada sektor perumahan atau pertanian mahupun pembinaan di Sabah.

"Kami berharap AirAsia dan Malaysia Airlines dapat terus berkhidmat untuk negara tetapi bagi Sabah dan SDB adalah tidak untuk mengambil risiko dana yang sangat terhad untuk menjaga AirAsia tetap bertahan," katanya.

Beliau berkata, sekiranya ada pertolongan yang diperlukan untuk memastikan AirAsia dan Malaysia Airlines tetap bertahan, ia adalah tugas kerajaan Persekutuan.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia dapat pinjaman daripada pelbagai pihak

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd sudah memohon dan memperoleh pinjaman daripada beberapa pihak dalam usaha memastikan kelangsungan operasi dalam tempoh sukar kesan pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata bagaimanapun jumlah dan pihak pemiutang terbabit tidak boleh didedahkan.

Beliau menjelaskan, AirAsia Group ketika ini sedang melaksanakan pelan peningkatan modal kumpulan.

Menerusi pelan itu, pihaknya juga sudah memohon pinjaman daripada beberapa pihak untuk membantu pemulihan aliran tunainya.

Langkah itu adalah untuk memastikan syarikat memiliki tunai mencukupi bagi memastikan operasi segmen penerbangan kumpulan terus bertahan.

"Kami sudah memohon pinjaman dan ia sudah diluluskan serta disalurkan. Namun, kumpulan tidak dapat mendedahkan jumlah pinjaman serta pihak yang memberi pinjaman itu.

"Pinjaman ini adalah sebahagian daripada pelan peningkatan modal kumpulan AirAsia Group yang ketika ini menunjukkan keputusan positif. Kami yakin dengan kemajuan ini," katanya kepada BH ketika dihubungi.

Semalam, AirAsia Group dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia, berkata ia sudah memperoleh pinjaman sebanyak RM300 juta daripada Sabah Development Bank Bhd (SDBB).

SDBB adalah institut kewangan pembangunan (DFI) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah.

AirAsia antara syarikat penerbangan global yang berhadapan dengan kekangan aliran tunai disebabkan ketiadaan operasi penerbangan di seluruh dunia ketika ini disebabkan pandemik COVID-19.

Namun begitu, sumber rapat syarikat itu berkata, AirAsia memerlukan sekitar RM2 bilion untuk membolehkannya berada dalam kedudukan selesa dalam menangani penurunan kewangannya ketika ini.

Berdasarkan perangkaan, katanya, pinjaman daripada SDBB ini hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan pinjaman AirAsia.

"Pinjaman RM300 juta dari SDBB (jika ia jumlah pinjaman yang betul) ini sebenarnya tidak mencukupi. AirAsia pasti mempunyai beberapa pemberi pinjaman yang lain.

"Kita bercakap mengenai syarikat penerbangan tambang rendah yang dikenali di seluruh dunia. Sudah tentu banyak pemberi pinjaman yang sudi bekerjasama dengannya," katanya.

Sebelum ini, AirAsia dilaporkan mendapat suntikan dana melalui pinjaman daripada kerajaan yang akan diberikan oleh beberapa bank tempatan sebanyak RM1 bilion.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan menafikan laporan itu dengan menyatakan kerajaan tidak meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan kewangan kepada syarikat penerbangan.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,718
Points
151
Mungkin airasia da bantu sabah hantar pengundi2

now is time to pay back budi mereka
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Penumpang AirAsia susut 85 peratus dalam suku ketiga tahun ini
airasia_1603726257.jpg


KUALA LUMPUR: Jumlah penumpang AirAsia Group Bhd (AirAsia) susut sebanyak 85 peratus kepada 1.91 juta pada suku ketiga 2020 daripada 13 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Di sebalik pandemik COVID-19, faktor muatan AirAsia berkurangan sebanyak 18 mata peratusan (ppts) tahun ke tahun kepada 66 peratus, kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tempoh bulanan, metrik operasi utamanya meningkat pada bulan September berbanding Julai dengan mencatatkan jumlah penumpang yang lebih tinggi dalam operasinya di Malaysia, India dan Thailand, ia meningkat masing-masing sebanyak 36 peratus, 79 peratus dan 65 peratus.

Ia berkata faktor muatan untuk kumpulan itu meningkat 7.0 ppts pada bulan September berbanding bulan Julai.

"Peningkatan ini menunjukkan trend kenaikan yang kukuh untuk permintaan bagi perjalanan udara di pasaran utama untuk kumpulan tersebut," katanya.

AirAsia Malaysia beroperasi pada tahap 52 peratus daripada kapasiti domestiknya pada bulan September berbanding 40 peratus pada Julai kerana permintaan perjalanan telah berada pada trajektori menaik sejak suku kedua berikutan kelonggaran terhadap perjalanan antara negeri.

AirAsia Malaysia mencapai faktor muatan sebanyak 68 peratus dengan mencatat hampir 1.8 juta penumpang pada suku tersebut.

Walaupun kapasiti telah dikurangkan pada bulan Oktober susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan, AirAsia sedang berusaha untuk pulih kepada tahap 60 peratus pada suku keempat sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 dalam kapasiti domestik.

Faktor muatan AirAsia Indonesia turun sebanyak 36 ppts kepada 49 peratus pada suku ketiga 2020 manakala AirAsia Filipina beroperasi pada tahap hanya lima peratus sahaja daripada kapasiti tahun lepas pada suku yang dikaji.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,879
Reaction score
1,225
Points
201
Bank mana kasi pinjam tuk pengendali penerbangan tu.. memang anda bijak la... Hahah
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Tawaran produk serendah RM1.99 di airasia.com

KUALA LUMPUR: Aplikasi airasia.com menawarkan rangkaian produk bermula serendah RM1.99 sempena jualan Super Sale dari 16 hingga 22 November 2020.

Jualan airasia.com Super Sale yang dilancarkan bulan lalu menggantikan jualan popular Tempat Duduk Percuma AirAsia sebelum ini.

Ia menawarkan bukan hanya produk segar, barangan runcit, perkhidmatan penghantaran makanan, produk perjalanan dan gaya hidup, malah perkhidmatan mesra Muslim serta pakej kesihatan dan kesejahteraan.

Produk terbabit disediakan di airasia.com super app untuk semua melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Pelanggan juga boleh menggunakan ciri BigPay Checkout untuk membuat pembayaran dengan lebih lancar untuk semua produk

Sepanjang tempoh jualan airasia.com Super Sale, pelanggan boleh menikmati diskaun hingga 50 peratus darioada peniaga terpilih di airasia Fresh dengan bayaran penghantaran RM1 di samping diskaun hingga 50 peratus untuk peniaga terpilih di airasia Food, platform pesanan makanan dalam talian yang beroperasi tanpa komisen.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan berkata sejak pelancaran airasia.com sebagai Asean super app bulan lalu, pihaknya terus memperluaskan jangkauan pasaran dan mempelbagaikan rangkaian produk di rantau ini.

"Baru-baru ini, kami melancarkan AirAsia Unlimited Pass di Filipina, Thailand dan Indonesia, serta memperkenalkan airasia Health di Malaysia, sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan perubatan secara menyeluruh.

"Kami juga berusaha untuk memperluaskan platform e-dagang di ASEAN melalui kerjasama strategik dengan penyedia teknologi, peniaga dan pembekal perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, jualan airasia.com Super Sale kali ini menawarkan diskaun yang lebih hebat untuk pelbagai produk dan peniaga.

"Kami juga berbesar hati kerana melalui jualan ini, kami dapat membantu memulakan kembali perniagaan yang terjejas oleh pandemik semasa.

"Selamat berbelanja dan nikmatilah tawaran terbaik untuk perjalanan, aktiviti, makanan dan banyak lagi," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Kerugian AirAsia X terus meningkat
airasiax_-_sepang_1605792540.jpg


KUALA LUMPUR: Airasia X Bhd (AAX) mencatatkan kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lalu.

Penutupan pintu sempadan antarabangsa berikutan pandemik COVID-19 telah mengheret pendapatan AAX jatuh 94 peratus kepada RM59.91 juta bagi suku di bawah kajian daripada RM1.01 bilion sebelumnya.

Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, kerugian bersih AAX melonjak kepada RM1.16 bilion berbanding RM393.67 juta manakala pendapatan merosot kepada RM1.08 bilion daripada RM3.20 bilion sebelumnya, kata syarikat penerbangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 6 Oktober lalu, AAX mengumumkan cadangan skim penstrukturan hutang untuk menyusun semula hutang RM63.5 bilion menjadikannya jumlah prinsipal sebanyak RM200 juta, ia perlu dibayar setiap tahun dalam tempoh sehingga lima tahun.

"Pelaksanaan skim ini sedang berlangsung dan kejayaan skim ini sangat penting supaya AAX mampu mengumpulkan dana baharu, sama ada sebagai hutang atau ekuiti," katanya.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, Mercury Securities Sdn Bhd, bagi pihak Lembaga Pengarah syarikat penerbangan itu mengumumkan bahawa Bursa Malaysia Securities menerusi suratnya bertarikh hari ini, memutuskan untuk memberi AAX lanjutan masa sehingga 6 Januari 2021, bagi mengemukakan permohonan cadangan penggabungan saham serta draf pekeliling kepada pemegang saham AAX berkaitan dengan cadangan terbabit.

Di bawah penyusunan semula korporatnya telah dirancang, AAX telah mencadangkan penggabungan bagi setiap 10 saham biasa sedia ada dalam AAX menjadikannya kepada satu saham AAX.

-BERNAMA
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,879
Reaction score
1,225
Points
201
Memang sakit habis aa.. ada cash bilion pon leh muflis mcm ni
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia pastikan penumpang sihat sebelum guna perkhidmatan

SEPANG: AirAsia menjadikan penerbangannya lebih selamat dan berpatutan dengan melancarkan Scan2Fly, teknologi bagi menentukan kelayakan penumpang untuk terbang sebelum tiba di lapangan terbang, termasuk pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Menerusi Scan2Fly yang dilaksanakan menerusi kerjasama AirAsia dengan firma transformasi digital GrayMatter, penumpang boleh mengimbas dan memuat naik sijil perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian.

Dokumen itu akan diproses untuk mengesahkan sama ada mereka diluluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah.

Sistem ini sudah dilaksanakan oleh GrayMatter dan kini disediakan untuk beberapa penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Singapura dan Surabaya.

Ia bakal dilancarkan untuk penerbangan ke Jakarta tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Javed Malik, berkata inovasi sudah menjadi sebahagian daripada DNA syarikat, justeru transformasi digital ini akan meneruskan usaha menjadikan perjalanan dalam norma baharu lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan.

"Peningkatan keupayaan digital kami bukan saja dapat mengurangkan kos, malah meningkatkan lagi pengalaman perjalanan tetamu.

"Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transformasi kami kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti," katanya dalam satu kenyataan.

Scan2Fly juga menawarkan kecekapan untuk AirAsia apabila mampu mengurangkan interaksi antara kakitangannya dan penumpang di lapangan terbang kerana mereka boleh memeriksa status sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik beserta status kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus.

Scan2Fly dihoskan oleh teknologi pengkomputeran awan, yang diintegrasikan dan disesuaikan dengan aplikasi mudah alih AirAsia serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan maklumat yang kukuh.

Sistem ini juga akan diperkenalkan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana dokumen perjalanan sah diperlukan sebelum membuat perjalanan.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

KUALA LUMPUR: Kerugian bersih AirAsia Group Bhd meningkat kepada RM851.78 juta dalam suku ketiga berakhir 30 September 2020, daripada RM51.44 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan kumpulan juga merosot 86 peratus kepada RM442.91 juta pada suku dikaji berbanding RM3.07 bilion sebelumnya apabila pandemik COVID-19 terus menjejaskan permintaan penerbangan, kata kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

AirAsia Group berkata, ia akan terus melaksanakan langkah mengekang kos termasuk mengurangkan tenaga kerja dan memotong gaji pengurusan, kakitangan dan pengarah.

Usaha untuk mengekalkan tunai, termasuk rundingan bagi penstrukturan semula pembayaran dengan pemajak, pembekal dan rakan kongsi, serta penyusunan semula kedudukan lindung nilai bahan api juga telah diambil di samping menguruskan kapasiti agar selari dengan permintaan, kata syarikat itu.

Sementara itu, Presiden Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan), Bo Lingam dalam satu kenyataan berasingan berkata, kumpulan itu berjaya mengurangkan kos tetap sebanyak 50 peratus pada suku ketiga 2020 dengan kos penyenggaraan tetap mencatatkan penurunan ketara sebanyak 68 peratus berikutan langkah mengoptimumkan aset.

Beliau berkata, kos kakitangan turun sebanyak 51 peratus berikutan rasionalisasi jumlah pekerja dan pemotongan gaji manakala perbelanjaan operasi lain turun 40 peratus dengan kawalan kos ketat bagi perbelanjaan pemasaran, sewa dan teknologi maklumat.

"Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk meningkatkan operasi secara beransur-ansur bermula dengan mengukuhkan kedudukan kami di dalam negara di semua pasaran utama kerana sempadan masih lagi ditutup.

"Bagi suku keempat, kami menjangka mengendalikan sehingga 31 peratus daripada kapasiti domestik praCOVID-19 bagi AirAsia Malaysia, 47 peratus bagi AirAsia Indonesia dan 13 peratus bagi AirAsia Philippines," katanya.

Lingam menjangka AirAsia Thailand mengatasi kapasiti domestik pra COVID-19 pada akhir tahun manakala AirAsia India beroperasi sehingga 67 peratus.

Menurutnya, kumpulan itu sedang meneroka peluang operasi penerbangan tempatan di Indo China.

-- Bernama
 
Sponsored Post
Top
Log in Register