Update News AirAsia : Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia tawar penerbangan lewat malam tambang rendah


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke semasa merasmikan Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun di Sepang. NSTP/Noor Atiqah Sulaiman.

SEPANG: AirAsia menawarkan penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap bagi memenuhi permintaan pelanggan dengan penerbangan antara 21 hingga 31 Januari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Tambang ditawarkan syarikat berkenaan kepada pelanggan bermula dari RM149 bagi laluan Kuala Lumpur ke Sibu, Bintulu dan Miri serta laluan Johor Baharu ke Sibu.

Selain itu, RM169 dikenakan untuk laluan sehala bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke dua destinasi sama ada Sandakan atau Tawau.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kerajaan berbesar hati AirAsia mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu rakyat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.

Katanya, beliau sebelum ini banyak menerima maklum balas mengenai harga tiket penerbangan yang mahal terutama ke Sabah dan Sarawak.

“Saya terima banyak maklum balas dari masyarakat, kebanyakannya yang menetap di Kuala Lumpur terutama pelajar tidak dapat pulang ke Sabah atau Sarawak disebabkan harga tiket yang mahal.

“Mereka ini tidak seperti penduduk Semenanjung kerana mempunyai banyak alternatif lain untuk pulang ke kampung masing-masing. Jadi, dengan penetapan harga tiket yang rendah ini ia sangat membantu terutamanya kepada mereka di Sabah dan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Pengumuman Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Rendah Sempena Tahun Baharu Cina di ibu pejabat AirAsia RedQ, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata ini bukan kali pertama syarikat menawarkan penerbangan lewat malam seumpama itu.

Beliau berkata, pengumuman itu adalah sebahagian dari usaha Kemakmuran Bersama AirAsia yang diperjuangkan sejak dulu lagi.

“Kami sangat menghargai maklum balas dari pelanggan yang mahu tambang rendah ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

“Justeru, kami berbesar hati menambah penerbangan lewat malam ini dengan 12,960 tempat duduk untuk penerbangan tambang rendah di beberapa bandar terpilih di Sabah dan Sarawak.

“Selain itu AirAsia menawarkan 65,826 tempat duduk tambahan untuk laluan popular di seluruh Malaysia dan Singapura. Sama ada pelanggan pulang bagi meraikan perayaan atau bercuti bersama keluarga, kami berharap penerbangan tambahan ini akan memeriahkan lagi perayaan mereka,” katanya.

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Covid-19: AirAsia laksana dasar perjalanan baharu
694201.jpg


KUALA LUMPUR - AirAsia Group melaksanakan dasar perjalanan baharu untuk penumpangnya berikutan pandemik Covid-19 termasuk memerlukan mereka untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas penerbangan serta semasa mendaftar masuk dan mengambil bagasi.

Penumpang tanpa topeng muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat, kata Ketua Pegawai Keselamatan Kapten Ling Liong Tien dalam kenyataan di laman web AirAsia hari ini.

AirAsia turut menyemak semula dasar bagasi kabin untuk memudahkan penjarakan sosial terutamanya semasa naik dan turun pesawat, membenarkan hanya satu bagasi kabin tidak melebihi 5kg bagi setiap penumpang.

Liong Tien berkata, langkah itu akan membantu mengurangkan kontak yang tidak diingini antara penumpang dan bagasi penumpang yang lain dan sebaliknya.

Terdapat juga pemeriksaan suhu di pusat pemeriksaan yang berbeza termasuk pintu masuk, katanya, sambil menambah semua kru akan dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif.

“Sudah tentu, penjarakan sosial perlu dipantau, dan akan terdapat penanda di lantai di kawasan untuk beratur, termasuk kaunter daftar masuk dan kiosk.


“Langkah keselamatan lain ialah kaunter daftar masuk alternatif untuk memastikan jarak yang mencukupi dan kami juga sedang mengusahakan untuk mempunyai proses daftar masuk tanpa kontak,” katanya.

Liong Tien berkata, kru kabin akan dikehendaki untuk memakai peralatan perlindungan di dalam pesawat termasuk topeng muka dan sarung tangan.

Beliau berkata, kakitangan pengeluaran akan dipantau mengikut garis panduan Covid-19 dan kru kabin yang mengendalikan item menu akan dikehendaki untuk memakai sarung tangan pakai buang.

“Selain itu, kru kabin kami dilatih dengan prosedur untuk menguruskan pesakit atau penumpang yang disyaki tidak sihat di dalam pesawat.

“Keselamatan menjadi komponen paling penting dalam industri penerbangan dan sudah pasti kami akan terus berusaha untuk memastikan kesalinghubungan penting ini memenuhi semua standard kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk pekerja dan penumpang kami,” katanya. - Bernama

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Sut PPE untuk anak kapal AirAsia masih dalam peringkat kajian
695020.jpg


SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menjelaskan penularan gambar sut pakaian Peralatan Pelindung Peribadi (PPE) untuk anak kapal masih dalam peringkat kajian.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan itu, inisatif percubaan pemakaian PPE itu dilakukan oleh AirAsia Filipina untuk kru kabin mereka baru-baru ini.

"AirAsia Filipina telah melakukan inisiatif percubaan pemakaian PPE yang dibuat khusus untuk kru kabin mereka. Ia pertama kali digunakan untuk penerbangan penghantaran pulang (recovery flight). Penilaian lebih mendalam mengenai rekaan ini sedang dijalankan.

"Pihak kami tidak dapat memberikan penjelasan lanjut kerana PPE ini masih dalam peringkat kajian. Pihak kami akan memaklumkan jika ada sebarang perkembangan berkaitan perkara ini," kata kenyataan itu.

AirAsia Filipina baru-baru ini mengambil inisiatif melancarkan PPE untuk kru kabin mereka semasa penerbangan penghantaran pulang dari Bangkok ke Manila.

695021.jpg


Naib Ketua AirAsia Filipina, Sheila Romero menjelaskan, inisiatif tersebut merupakan tanggungjawab mereka untuk membantu mencegah penularan Covid-19 dan bahan PPE yang digunakan itu telah diluluskan oleh Jabatan Kesihatan negara tersebut.

PPE yang dilancarkan itu bukan sahaja untuk menjaga keselamatan para penumpang dan kru, tetapi bagi memastikan keselesaan kru kabin yang perlu bergerak sepanjang penerbangan.

Sut PPE ini direka oleh pereka Filipina yang berpangkalan di Los Angeles, Puey Quinones dan diperbuat daripada bahan yang berkualiti dan selesa namun masih mengekalkan warna identiti AirAsia.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Ratusan lagi pekerja AirAsia dijangka akan diberhentikan
kapalairasia_1601290489.jpg


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis COVID-19.

Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan COVID-19 berkenaan.

Bercakap kepada Bernama, sumber enggan dikenali yang mempunyai akses terhadap kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Riad Asmat pada dialog awam bersama pekerja hari ini berkata, tiada butiran lanjut diumumkan kecuali pekerja terbabit akan dimaklumkan paling lewat dalam tempoh 72 jam ini.

Pada sesi itu, Riad dipetik sebagai berkata : "Kita sedang menghadapi situasi yang amat sukar. Dalam keadaan semasa ini, sukar untuk kita bertahan mengikut keadaan sebelumnya.

"Ya, keadaan ini amat mencabar dan tidak mudah. Kita berusaha gigih untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan dan (pada masa sama) cuba untuk mengekalkan khidmat semua pekerja.

"Apa yang pasti, kita berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan khidmat seramai mungkin pekerja mengikut (jumlah) pesawat yang digunakan. Kita amat berhati-hati (dalam membuat keputusan) hari ini namun malangnya, kita telah memutuskan untuk melepaskan segelintir daripada anda."

Menurut sumber itu lagi, pasukan pengurusan AirAsia akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekerja terbabit seperti ganjaran perubatan, penebusan kupon penerbangan sehingga akhir tahun ini selain kaunseling.

Riad juga dipetik sebagai berkata, pekerja terbabit akan dipanggil untuk berkhidmat semula selepas syarikat penerbangan itu berjaya mengatasi kesukaran terbabit.

"Untuk mereka yang berkenaan, saya mohon maaf. Anda perlu tabah...kita akan menyokong anda dan membantu anda mengharungi (keadaan ini). Ini bukanlah sesuatu yang saya banggakan, namun sebagai CEO syarikat ini, saya bertanggung jawab penuh dan menggalas kebertanggungjawaban ini.

"Kita telah mencuba sedaya mungkin tetapi syarikat ini perlu terus bertahan...semuanya menyentuh aspek kelangsungan itu," kata Riad, sekali gus menunjukkan bahawa langkah pengurangan pekerja itu dijangkakan selesai menjelang akhir bulan ini.

Selain itu, kata sumber berkenaan, pekerja yang tidak terbabit dengan langkah itu juga tidak akan dikenakan potongan gaji.

Menurutnya, Riad juga berkata kumpulan syarikat penerbangan itu telah memaklumkan mengenai keadaan yang dialami syarikat kepada kerajaan namun belum mendapat sebarang maklum balas.

"Kita bertahan secara sendirian. Ini bukanlah perkara baharu. Kita adalah 'survivor' (pemandiri) dan belum menerima sebarang bantuan secara langsung," katanya.

Sementara itu pada sesi berasingan, CEO AirAsia X Bhd (AAX) Benyamin Ismail pula mengumumkan bahawa syarikat penerbangan jarak jauh itu turut meneliti langkah pemberhentian yang lebih meluas dan membabitkan pekerja segmen teknikal sehingga anak kapal.

Beliau dipetik sebagai berkata, keputusan itu berdasarkan prinsip 'pekerja terakhir masuk, diberhentikan dahulu,' sekali gus membayangkan bahawa ini dijangka membabitkan ratusan pekerja dengan hari terakhir bekerja mereka jatuh pada akhir Oktober.

Menurut sumber itu, segelintir pekerja akan turut ditawarkan cuti tanpa gaji yang berkemungkinan besar membabitkan tempoh selama enam bulan atau sehingga keadaan kembali pulih.

"Saya tidak tahu bila kita dapat meneruskan semula penerbangan. Kita beranggapan, pemberhentian pekerja ini adalah yang sewajarnya dan berharap dapat memberi sedikit kepastian kepada orang ramai," kata Benyamin.

Sumber itu berkata, AAX juga akan turut melakukan semakan semula gaji pokok pekerja di segenap peringkat.

-BERNAMA
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,719
Points
151
AirAsia dapat pinjaman kerajaan RM1 bilion
airasiahq_1602563752.jpg
Ibu pejabat AirAsia Group Bhd di Sepang - Foto Bloomberg
KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd mendapat suntikan dana melalui pinjaman sebanyak RM1 bilion (AS$242 juta) daripada kerajaan bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih dari kejatuhan disebabkan pandemik COVID-19.

Memetik laporan Nikkei Asia, berdasarkan sumber kementerian dan syarikat penerbangan, kerajaan dikatakan sudah pun meluluskan pinjaman itu.

Pinjaman itu, kata sumber, akan diberikan oleh beberapa bank tempatan di bawah skim kerajaan untuk membantu syarikat itu menangani wabak dan akan dijamin 80 peratus oleh Kementerian Kewangan (MoF).

"RM1 bilion itu dianggap sangat penting bagi AirAsia, untuk digunakan bagi pembayaran pinjaman jangka pendek dan dana modal kerja.

"Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan hadapan," kata sumber yang rapat dengan MoF.

AirAsia sebelum ini dilaporkan akan melaksanakan pembuangan pekerja bulan depan jika keadaan kewangannya masih mencatatkan penurunan, selepas mengurangkan lebih 10 peratus tenaga kerjanya serta merancang untuk mengurangkan bilangan pesawat.

Dalam temubual dengan Nikkei pada Julai lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mendedahkan bahawa syarikat penerbangan itu perlu mengumpulkan RM2 bilion dalam tempoh enam bulan akan datang untuk berada dalam kedudukan yang selesa.

Sumber berkata, kerajaan pada awalnya menawarkan pinjaman sebanyak RM500 juta tetapi akhirnya menaikkan pinjaman itu seiring dengan permintaan AirAsia.

Tony tidak menjawab pertanyaan daripada Nikkei Asia.

AirAsia pula tidak mempunyai sebarang pengumuman ketika ini.

Pinjaman kepada AirAsia dilaporkan akan dikeluarkan oleh institusi kewangan tempatan di bawah Skim Jaminan Danajamin Prihatin RM50 bilion, yang dikendalikan oleh Danajamin Nasional, penjamin kewangan milik kerajaan.

Skim itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberikan bantuan kewangan kepada syarikat yang menerima impak pandemik COVID-19.

Jaminan kerajaan adalah untuk lima tahun pertama tempoh pembiayaan.

Bagi tempoh enam bulan pertama 2020, AirAsia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.8 bilion manakala pendapatan turun lebih separuh hingga RM2.43 bilion daripada RM5.65 bilion tempoh sama tahun lalu.

MoF sebelum ini dalam beberapa laporan menyatakan tidak akan memberi bantuan kepada syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd.

Syarikat penerbangan itu, yang berhadapan dengan penurunan operasi serta kewangan sejak bencana udara berkembar pada 2014, menerima suntikan AS$1.5 bilion pada tahun itu untuk rancangan pemulihan lima tahun, tetapi setakat ini ditolak sebarang bantuan kewangan langsung dari kerajaan.

Laporan media menyebut bahawa Menteri Kewangan menegaskan kerajaan tidak akan campur tangan dalam pengendalian syarikat itu, sebaliknya Khazanah Nasional Bhd sebagai pemilik Malaysia Airlines harus memutuskan sendiri tindakan yang perlu.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,884
Reaction score
1,226
Points
201
Plak da.. asia dpt modal 1bilion.. Mas sendiri usaha.. haha
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Kerajaan nafi lulus pinjaman untuk syarikat penerbangan

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan kewangan kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas operasi serta kewangannya disebabkan pandemik COVID-19.


"Kerajaan atau kementerian tidak pernah memberikan suntikan dana atau jaminan seperti yang dilaporkan media sebelum ini," kata jurucakap Kementerian Kewangan.

Memetik laporan Nikkei Asia, AirAsia Group Bhd dikatakan memperoleh suntikan dana melalui pinjaman sebanyak RM1 bilion daripada kerajaan.

Laporan yang memetik sumber kementerian dan syarikat penerbangan itu berkata, kerajaan sudah pun meluluskan pinjaman berkenaan.

Pinjaman itu, kata sumber, akan diberikan oleh beberapa bank tempatan di bawah skim kerajaan untuk membantu syarikat itu menangani wabak dan akan dijamin 80 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"RM1 bilion itu dianggap sangat penting bagi AirAsia, untuk digunakan bagi pembayaran pinjaman jangka pendek dan dana modal kerja. Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan hadapan," kata sumber berkenaan.

AirAsia sebelum ini dilaporkan akan melaksanakan pembuangan pekerja bulan depan jika keadaan kewangannya masih mencatatkan penurunan, selepas mengurangkan lebih 10 peratus tenaga kerjanya serta merancang untuk mengurangkan bilangan pesawat.

Bagi tempoh enam bulan pertama 2020, AirAsia merekodkan kerugian bersih sebanyak RM1.8 bilion manakala pendapatan turun lebih separuh hingga RM2.43 bilion daripada RM5.65 bilion tempoh sama tahun lalu.

Kementerian Kewangan sebelum ini dalam beberapa laporan menyatakan tidak akan memberi bantuan kepada syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Bhd.

Syarikat penerbangan itu, yang berhadapan dengan penurunan operasi serta kewangan sejak bencana udara berkembar pada 2014, menerima suntikan AS$1.5 bilion pada tahun itu untuk rancangan pemulihan lima tahun, tetapi setakat ini ditolak sebarang bantuan kewangan langsung dari kerajaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz minggu lalu menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam pengendalian syarikat itu, sebaliknya Khazanah Nasional Bhd sebagai pemilik Malaysia Airlines harus memutuskan sendiri tindakan yang perlu.
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
9,062
Reaction score
1,719
Points
151
AirAsia tak jual data peribadi: JPDP

Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) mengesahkan tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi kepada firma Amerika Syarikat dilakukan Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia).

JPDP dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sudah menerima penjelasan syarikat penerbangan tambang murah itu.

"JPDP menerima penjelasan daripada AirAsia mengenai laporan media berkaitan penjualan data peribadi syarikat penerbangan itu kepada firma Amerika Syarikat.

"Jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan diberikan syarikat itu," katanya.

Bagaimanapun, JPDP menegaskan perbuatan penjualan data peribadi satu kesalahan mengikut Seksyen 130 Akta Perlindungan Peribadi 2010 (Akta 709) dan sekiranya disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini laporan media mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan terdapat firma pemberi pinjaman di Amerika Syarikat bersedia menawarkan pinjaman sehingga AS$1 bilion (RM4 bilion) bagi perniagaan data syarikat penerbangan itu.

Ia sekali gus mencetuskan perbalahan di antara pelanggan syarikat penerbangan kos rendah itu kerana khuatir maklumat data mereka diperoleh oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mempersoalkan mengenai pematuhan perlindungan data peribadi.

Tony bagaimanapun tidak mendedahkan nama pemberi pinjaman AS yang berpotensi itu tetapi bercakap mengenai bagaimana aplikasi 'super' baru yang didorong oleh data akan menjadi penyumbang keuntungan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia X cadang tutup operasi di Indonesia
AirAsia-KLIA_1602956205.jpg


JAKARTA: AirAsia X Bhd bercadang menutup operasinya di Indonesia dalam usaha untuk bertahan impak pandemik yang menyebabkan pesawatnya tersadai sejak akhir Mac.


Syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh milik AirAsia Group Bhd menjual 49 peratus dalam Thai AirAsia X, kata Timbalan Pengerusinya, Lim Kian Onn kata dalam satu temu bual dengan akhbar The Star.

Usaha itu dilaksanakan di tengah-tengah pelan penstrukturan semula untuk menyelesaikan kira-kira RM63.5 bilion hutang dan menyelamatkannya daripada lumpuh.

Cadangan itu memerlukan kelulusan daripada pelabur dan pemiutang.

Rundingan awal dengan pemiutang sangat sukar kerana mereka sudah kecewa, kata Lim dalam temu bual itu.

Mereka meminta syarat yang lebih baik, termasuk ekuiti percuma untuk hutang yang dilupuskan - sesuatu yang mustahil untuk dipenuhi syarikat penerbangan, katanya.

Namun, Lim mengatakan bahawa mereka semua benar-benar ingin mencari jalan bersama untuk membawa syarikat penerbangan maju ke hadapan.

"Tidak ada yang mendapat keuntungan dari pengakhiran kami," katanya.

Syarikat penerbangan itu merancang untuk meneruskan penerbangan pada suku pertama, walaupun prosesnya tetap 'dinamik', kata Lim.

Sekiranya rancangan menyelamat mendapat persetujuan, syarikat harus merundingkan semula setiap kontrak dan akan melakukan yang terbaik untuk menjaga kepentingan semua pihak yang berkepentingan, katanya. - Bloomberg
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia sahkan dapat pinjaman Sabah Development Bank

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd mengesahkan ia memperoleh pinjaman sebanyak RM300 juta daripada Sabah Development Bank Bhd (SDB) dan bukan daripada mana-mana pembiayaan atau jaminan kerajaan.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata pinjaman berkenaan diperoleh sebagai sebahagian daripada langkah pengumpulan dana kumpulan dan usahanya untuk meneroka perniagaan digital.

AirAsia berkata pinjaman itu bertujuan terutamanya untuk meningkatkan kehadiran logistik AirAsia di Sabah yang dalam proses itu akan mewujudkan lebih 100,000 pekerjaan baharu.

Dana itu akan digunakan untuk projek pembangunan tertentu, termasuk menubuhkan rantaian bekalan makanan digital OurFarm (platform e-dagang pertaniannya) dan kemudahan rantaian sejuk beku di Sabah (peruntukan RM170 juta) selain membiayai sebahagian daripada projek untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab antarabangsa bagi AirAsia Bhd (RM110 juta).

Sejumlah RM10 juta akan digunakan bagi meningkatkan platform e-dagang dan kebolehpasaran produk dari Sabah dan RM10 juta lagi untuk mempromosikan lagi destinasi pelancongan Sabah di airasia.com, aplikasi super digital AirAsia," kata syarikat itu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register