Update News AirAsia : Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia mula penerbangan ke Narita Tokyo


KUALA LUMPUR: AirAsia membuat penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Tokyo Narita hari ini, perkhidmatan bagi laluan baharu yang membuktikan komitmen AirAsia dalam mempercepatkan pertumbuhannya di Jepun.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata, penerbangan empat kali seminggu tersebut akan menawarkan lebih 150,000 tempat duduk tambahan setahun menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Langkah itu sekali gus membantu meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Olimpik Tokyo 2020, menurut AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, berkata penerbangan sulung ke Tokyo Narita itu dilakukan menggunakan pesawat AirAsia A330 dengan dfilengkapi perkhidmatan AirAsia WiFi yang membolehkan tetamu melayari video dan berhubung serta langsung di samping mengemas kini laman media sosial mereka dari paras 35,000 kaki di atas awan.

AirAsia kini menawarkan tambang termasuk semua daripada RM539 bagi tempat duduk standard dan RM1,499 bagi tempat duduk ‘Premium Flatbed’ (khusus kepada ahli AirAsia BIG sahaja) untuk laluan sehala Kuala Lumpur-Tokyo Narita.

Tawaran itu tersedia untuk tempahan di airasia.com atau menerusi aplikasi mudah alih AirAsia mulai hari ini sehingga 24 Nov, 2019 bagi perjalanan sehingga 28 Mac, 2020.

AirAsia X adalah kumpulan syarikat penerbangan terbesar dalam sektor tambang rendah jarak jauh di Jepun, mengendalikan hampir 110 penerbangan seminggu termasuk 12 laluan antarabangsa dan domestik ke dan dari Jepun. – Bernama
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia terima pesawat A321neo pertama


VERANITA (tengah) bersama Menking dan Kim pada majlis penghantaran pertama pesawat jenis Airbus A321neo di Hamburg, Jerman.
A321neo teras baharu AirAsia


Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof bergambar bersama pesawat A321neo pada majlis AirAsia Menyambut Pesawat A321neo dari Hamburg, Germany di Sepang Aircraft Engineering (SAE) KLIA. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SEPANG: AirAsia menjangka penerimaan rangkaian pesawat lorong tunggalnya yang baharu, Airbus A321neo, bakal membolehkan operasinya menjadi lebih cekap dengan kapasiti lebih tinggi, sekali gus mengukuhkan kewangan kumpulan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata A321neo akan menjadi tulang belakang baharu bagi operasi masa depan syarikat berkenaan.

Beliau turut menjangkakan prestasi kewangan AirAsia ia akan bertambah baik tahun depan disokong pelbagai faktor termasuk peningkatan sentimen pengguna dalam ekonomi domestik.

"Dengan penambahan 353 pesawat A321neo yang ditempah oleh Kumpulan AirAsia, kami positif pertumbuhan syarikat akan kekal memberangsangkan tahun depan.



"Pesawat A321neo akan menggantikan pesawat A320 dan A320neo sedia ada secara berperingkat di seluruh rangkaian AirAsia meliputi Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penerimaan pesawat terbaharu milik AirAsia, A321neo di sini, hari ini.

Katanya, dengan 236 tempat duduk iaitu peningkatan kapasiti sebanyak 27 peratus berbanding pesawat A320 (180 tempat duduk) dan A320neo (186 tempat duduk), A321neo akan membolehkan AirAsia memenuhi permintaan lebih tinggi di seluruh rangkaiannya dengan kecekapan operasi ketara serta membuka peluang untuk meneroka destinasi baharu, dengan lebih 10 peratus penjimatan bahan api.

"Untuk permulaan, pesawat pertama ini akan beroperasi dari hab Kuala Lumpur ke bandar di seluruh Asia, dengan destinasi pertama termasuk Kuching, Kota Kinabalu, Singapura, Bangkok dan Shenzhen.

"Pesawat canggih dan moden ini akan membolehkan AirAsia terus meningkatkan hubungan udara ke dan dari Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020."Pada masa sama turut menawarkan lebih banyak peluang untuk pelancongan, perniagaan dan perdagangan selaras Wawasan Kemakmuran Bersama 2030," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Airasia Group rugi bersih RM51.44 juta pada Q3

KUALA LUMPUR: Airasia Group Bhd mencatat kerugian bersih RM51.44 juta bagi suku kewangan ketiga (Q3) yang berakhir 30 September 2019 berbanding keuntungan bersih RM915.87 juta suku sama tahun lalu.

Kerugian sebelum cukai berjumlah RM237.7 juta susulan kerugian nilai saksama ke atas derivatif dan kerugian yang tidak direalisasikan daripada pertukaran asing sebanyak RM206.3 juta, baki selepas ditolak keuntungan daripada penjualan hartanah, kemudahan dan peralatan berjumlah RM92.1 juta.

Bagaimanapun, perolehan dalam suku dikaji naik kepada RM3.07 bilion daripada RM2.61 bilion sebelum ini, demikian menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Sementara itu, jumlah pendapatan kumpulan bagi perniagaan syarikat penerbangan itu pada Q3 berkembang 17 peratus kepada RM2.95 bilion daripada RM2.53 bilion pada suku sama 2018.

“Pertumbuhan ini terutamanya disebabkan oleh pertambahan 20 peratus jumlah penumpang yang dibawa dan peningkatan satu peratus bagi perolehan bagi tempat duduk kilometer (RASK) kepada 3.59 sen AS,” katanya.

Bagi tinjauan masa depan, kumpulan itu kekal optimis bahawa prestasi terasnya berada pada tahap positif pada suku terakhir tahun ini.

“Susulan langkah kumpulan ini menyusun semula perniagaan untuk disesuaikan dengan persekitaran perniagaan yang berkembang dan perkiraan perakaunan baharu dan penstrukturan semula pemilikan pesawat, kami berharap prestasi yang lebih baik pada 2020,” katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia rancang restoran dan francais Santan, T&CO


KUALA LUMPUR: AirAsia akan mengembangkan lebih lima cawangan restoran Santan dan T&CO serta 100 restoran dan kafe yang dikendalikan secara francais ke pasaran global.

Pengembangan operasi jenama menu dalam penerbangan AirAsia itu akan dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Santan dan T&CO bakal mampu memasuki pasaran global termasuk Asean serta beberapa negara berpotensi lain seperti United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Australia dan China.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata makanan adalah elemen sangat penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan jelas dapat dilihat dengan kejayaan AirAsia sebagai syarikat penerbangan pertama menjual makanan sendiri.

Selain itu, katanya AirAsia telah bekerjasama dengan pelbagai peserta untuk membuka restoran pertama Santan dan T&CO, berikutan masih baharu menyertai perniagaan rantaian makanan segera.

“Kami juga mahu menjadikan menu makanan ini dijual pada harga berpatutan dengan bekerjasama secara langsung dengan pembekal bagi mendapatkan kos lebih murah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran restoran Santan dan T&CO, di sini, hari ini.

Santan dan T&CO kini melancarkan restoran makanan segera Asean pertama di Kuala Lumpur, yang menawarkan pelbagai hidangan dan minuman dari Asean pada harga yang berpatutan

Pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, Presiden Kumpulan AirAsia (RedBeat Ventures), Aireen Omar dan Pengurus Besar Restoran Santan dan Kafe T&CO, Catherine Goh.

Mengulas lanjut, Tony berkata, RedBeat Ventures (perniagaan digital bukan penerbangan) kini sedang melalui fasa pengembangan dan pihaknya perlu agresif untuk menerokai seluruh dunia seperti di London dan New York.

“Kami menerima banyak pertanyaan mengenai francais, justeru kami merancangkan untuk membuka francais Santan dan T&CO di China, tidak lama lagi.

“Selain itu, kami juga mempertimbangkan untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran bagi menu yang ditawarkan Santan dan T&CO menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan popular seperti GrabFood dan FoodPanda,” katanya.

Sementara itu, Goh berkata, pembukaan restoran pertama itu adalah permulaan hebat bagi jenama Santan dan T&CO dan pihaknya menerima permintaan tinggi bagi menu dalam penerbangan AirAsia di seluruh rantau ini.

“Kami akan terus menyokong pengeluar dan pembekal tempatan serta Asean; selain mewujudkan peluang pekerjaan baharu dengan yuran francais berpatutan pada masa akan datang,” katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
The deliciousness has landed: AirAsia opens restaurant serving inflight meals
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia ceburi pembangunan industri muzik Asia

KETUA Pegawai Eksekutif AirAsia (CEO), Tan Sri Tony Fernandes hadir pada majlis pelancaran RedRecords di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun. - Foto Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd (AirAsia) mengukuhkan lagi kehadirannya dalam perniagaan bukan berteraskan penerbangan dengan menceburi pembangunan industri muzik Asia.



Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tan Sri Tony Fernandes, berkata AirAsia kini bukan lagi hanya sebagai syarikat penerbangan tetapi mula menumpukan kepada perniagaan gaya hidup.



Beliau berkata, RedRecords, syarikat usahasama 50:50 dengan Universal Music Group (UMG) bakal membangunkan artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada khalayak baharu di peringkat global.



Katanya, RedRecords akan memberi tumpuan kepada pencarian dan pembangunan bakat dari Asia Tenggara dan seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Asia.



“Kami sudah merevolusikan perjalanan udara supaya semua orang boleh terbang dan sempena meraikan operasi AirAsia yang ke-18, kami akan memfokuskan kepada transformasi sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global.



“Bagai sirih pulang ke gagang, kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusikan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkannya di pentas global bersama UMG,” katanya selepas melancarkan RedRecords di sini hari ini.



Yang turut hadir Pengerusi Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun; CEO AirAsia X Group, Nadda Buranasiri; CEO of RedRecords, Hassan Choudhury serta CEO Asia Tenggara dan Naib Presiden Kanan Asia Universal Music Group, Calvin Wong.



RedRecords akan berpangkalan di Kuala Lumpur dan Los Angeles serta akan menggabungkan kepakaran industri UMG dalam pembangunan artis dengan kekuatan pemasaran serantau dan global AirAsia.



Selain pembangunan artis dan Artists and Repertoire (A&R), syarikat rakaman tersebut juga akan menyediakan perkhidmatan pengedaran, pemasaran, pengurusan dan agensi.



Mengulas lanjut, Fernandes berkata, RedRecords juga bakal menjadi elemen penting kepada pertumbuhan perniagaan bukan berteraskan penerbangannya dalam tempoh jangka sederhana.



Kumpulan juga katanya menyasar perniagaan bukan berteraskan penerbangan menyumbang sekitar 60 peratus kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang.



Ketika ini perniagaan berteraskan penerbangan menyumbang sekitar 80 peratus kepada pendapatan AirAsia.



“Peningkatan ketara itu berdasarkan kepada perancangan kumpulan yang mula meneroka pelbagai perniagaan lain bagi mengukuhkan pendapatan.



“Bukan bermakna kami mengurangkan perniagaan berteraskan penerbangan tetapi kami menyasar perniagaan bukan berteraskan penerbangan terus berkembang, sekali gus meningkatkan pendapatan kumpulan secara keseluruhan.



“Perniagaan bukan berteraskan penerbangan adalah perniagaan berteraskan gaya hidup seperti platform tiket dalam talian, penempahan hotel dan pengangkutan, perniagaan makanan dan minuman selain penyedia kandungan hiburan.



“Kita mahu AirAsia menjadi syarikat perjalanan dan gaya hidup terkemuka global,” katanya.



Fernandes berkata, AirAsia juga akan memfokuskan kepada transformasi sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global.



Selain muzik, beliau berkata AirAsia juga bakal meneroka peluang perniagaan lain berkaitan gaya hidup seperti penganjuran acara, konsert dan penyedia kandungan kreatif dan video.



“Kita mahukan semua orang sentiasa bersama dengan AirAsia kerana kehidupan kita kini selalu bersama dengan telefon pintar, jadi perlu gunakan perkara itu dalam perniagaan kami.



“Perniagaan gaya hidup menyumbang kepada pertumbuhan kumpulan dan dengan adanya muzik dan kandungan kreatif, ia akan memastikan kumpulan sentiasa ada bersama pengguna,” katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia laksana teknologi cam wajah di Melbourne

KETUA Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Avalon Airport, Justin Giddings melakukan demonstrasi penggunaan FACES di Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, Melbaurne. - Foto Mohd Ali Mohd Derus

MELBOURNE: AirAsia melangkah setapak lagi menerusi inovasi digital dengan melancarkan teknologi pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, dekat sini.

Sistem yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang dikenali sebagai Fast Airport Clearance Experience System (FACES), di lapangan terbang itu menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menawarkan perkhidmatan pengecaman wajah secara biometrik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail, berkata FACES adalah sistem daftar masuk layan diri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi pengecaman wajah.

Beliau berkata, ia membolehkan penumpang menaiki penerbangan tanpa mengemukakan sebarang dokumen perjalanan selepas melakukan proses pendaftaran masuk.

Katanya, penumpang hanya perlu mengimbas muka mereka dalam aplikasi FACES di kiosk pintu pelepasan untuk pengesahan identiti dan terus masuk ke pesawat.

“Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon kini menjadi lebih cekap dan pantas dengan penggunaan FACES. Prosedur pendaftaran masuk dan menaiki pesawat dapat dipermudahkan dan lancar tanpa perlu mempamerkan dokumen perjalanan.

“Ia juga sebagai transformasi digital AirAsia dan langkah pertama ke arah matlamat menjadikan proses daftar masuk tanpa kertas pada masa hadapan, selain memberikan pengalaman perjalanan menyeronokkan melalui inovasi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ulang tahun pertama penerbangan AirAsia ke Avalon dan pelancaran aplikasi FACES di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Avalon Airport, Justin Giddings.

Benyamin berkata, aplikasi FACES sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Ia mendapat reaksi positif daripada penumpang, malah katanya, AirAsia akan berusaha untuk memperluaskan kemudahan ini ke lapangan terbang domestik seluruh negara.

Pendaftaran Sistem pengecaman wajah FACES dalam aplikasi AirAsia hanya dilakukan sekali mengikut tempoh sah pasport penumpang.

Jika tempoh pasport penumpang tamat, mereka perlu membuat pendaftaran FACES yang baru.

Sistem ini juga boleh digunakan penumpang tempatan dan antarabangsa AirAsia termasuk wanita mengandung.

Bagaimanapun pengguna yang membawa anak kecil, golongan yang menggunakan alat bantuan tambahan, dan individu di bawah umur yang terbang secara bersendirian mesti menjalani sesi pemeriksaan seperti biasa.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia rancang tubuh syarikat sekutu di Kemboja

Tony Fernandes ketika sesi plenari anjuran Kepemimpinan Yayasan Obama: Asia Pasifik 2019 di Kuala Lumpur, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

KUALA LUMPUR: Kumpulan AirAsia serius untuk memasuki pasaran Kemboja selepas gagal meraih sebarang persetujuan untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Vietnam.



Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata sebagai syarikat penerbangan ASEAN, pihaknya sentiasa mahu terus berkembang di pasaran rantau ini walaupun mengakui perniagaan itu sesuatu yang rumit dan sentiasa meraih perhatian negara.



“Kami adalah syarikat penerbangan ASEAN dan kami mahu (berkembang) di rantau ini. Kami sudah berada di India dan menjadi kebanggaan untuk (berada) di China.



“Mengenai Kemboja... saya sangat sukakan negara ini. Pasaran industri penerbangan Kemboja memiliki potensi yang cukup besar untuk berkembang,” katanya selepas sesi plenari anjuran Kepemimpinan Yayasan Obama: Asia Pasifik 2019 di sini, hari ini.



Menurut laporan Nikkei Asian Review baru-baru ini, selepas tiga kali gagal dalam cubaan untuk menubuhkan syarikat sekutu di Vietnam awal tahun ini, AirAsia mengalihkan tumpuannya kepada negara lain di rantau ini.



Antara sebab kegagalan syarikat itu memasuki pasaran Vietnam adalah kesulitan untuk mencari rakan kongsi terbaik dan kehadiran banyak syarikat penerbangan di negara berkenaan.



Mengakui potensi yang dimiliki Kemboja dalam industri pelancongan udara, syarikat penerbangan tambang murah itu sedang berusaha untuk berkembang ke Kemboja melalui kerjasama dengan peserta tempatan.



Memetik laporan Nikkei Asia, Kemboja adalah antara tiga negara di Asia yang menjadi tumpuan pengembangan AirAsia, selain Myanmar dan China.



Ketika ditanya bilakah jangkaan kerjasama itu akan dimuktamadkan, Tony berkata: “Tunggu dan lihat.”



Tony antara ahli panel yang dijemput berkongsi pengalaman beliau sebagai usahawan berjaya di rantau ini dengan tema ‘Keusahawanan: Bekerja dengan matlamat’.



Dua ahli panel lain ialah Pengasas JAVARA dari Indonesia, Helianti Hilman dan bekas pemain bola sepak profesional dari New Zealand, Tim Brown.



Program Kepemimpinan Yayasan Obama selama lima hari itu menghimpunkan 200 pemimpin dari 33 negara Asia Pasifik bagi berkongsi pandangan mengenai potensi rantau itu.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Jun Aida dilantik ketuai AirAsia Japan

AirAsia melantik Jun Aida sebagai Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk mengetuai AirAsia Japan Co Ltd, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

KUALA LUMPUR: AirAsia melantik Jun Aida sebagai Wakil Pengarah dan Ketua Pegawai Operasi (COO) untuk mengetuai AirAsia Japan Co Ltd, berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Jun akan mengambil alih jawatan itu daripada Jenny Mayuko Wakana yang akan meletakkan jawatan pada 31 Disember 2019.

Sebagai ahli pasukan kepimpinan kanan AirAsia, Jun akan bertanggungjawab bagi operasi syarikat penerbangan itu di Jepun dan pertumbuhan masa depannya.

“Sebagai jurutera pesawat berpengalaman dan pengurus eksekutif, Jun memiliki pengalaman pengurusan yang luas dalam pelbagai industri. Kita melihat potensi amat besar di Jepun dan kini adalah masa untuk melonjakkan lagi AirAsia Japan ke fasa pertumbuhan dan kejayaan seterusnya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan.

Jun menyertai AirAsia Group sebagai penasihat kanan pada 2017.

Sebelum menyertai AirAsia, beliau adalah Pengarah Urusan Phoenix Resort Co Ltd selain memegang jawatan pengurusan kanan dalam pelbagai syarikat multinasional termasuk Capcom USA, Square U.S.A. dan GAGA Communications.

Beliau memiliki ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan aeronautik daripada Northrop University di Amerika Syarikat (AS) dan lesen juruterbang persendirian dan mekanik pesawat daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA). - BERNAMA

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Tawaran AirAsia Deals akan diperluas tahun depan

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan (dua dari kanan) melancarkan tawaran AirAsia Deals di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, Ketua Bahagian Gaya Hidup airasia.com, Peggy Yeoh (tiga dari kanan). - NSTP/Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd akan memperluaskan tawaran AirAsia Deals, pakej gaya hidupnya ke seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand menjelang tahun depan.


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia kini lebih daripada syarikat penerbangan yang menawarkan produk dan perkhidmatan dalam perjalanan, gaya hidup, logistik, kewangan dan banyak lagi.

Katanya, setakat ini terdapat lebih 100 rakan dagang AirAsia Deals yang menawarkan pelbagai promosi bagi makanan dan minuman (F&B), kecantikan dan perkhidmatan pada harga yang sangat menarik.

"Sebelum ini, AirAsia telah meneroka segmen F&B menerusi pembukaan cawangan restoran Santan dan terbaharu platform perjalanan dan gaya hidup AirAsia, airasia.com melancarkan AirAsia Deals.

"Kami akan menambah lebih banyak rakan dagang pada masa akan datang sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi di seluruh negara," katanya kepada media selepas pelancaran AirAsia Deals di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan.

Sempena pelancaran itu, airasia.com menawarkan promosi 24 jam pada harga RM1 bermula 18 Disember 2019 untuk pembelian Tawaran AirAsia Deals.

Selain Tawaran AirAsia Deals, tawaran gaya hidup lain yang terdapat di airasia.com termasuklah SNAP (pakej penerbangan+hotel), hotel, aktiviti, barangan bebas cukai dan insurans perjalanan.

Pelanggan kini boleh menikmati lebih daripada 80 tawaran gaya hidup yang terdiri daripada F&B, kecantikan dan perkhidmatan pada hanya RM20, atau dengan 2,500 Mata Ganjaran BIG.

Selain itu, pelanggan boleh menikmati tawaran seperti potongan rambut, rawatan muka dan tatarias kuku secara percuma dan tawaran beli satu percuma satu yang disediakan di lokasi yang berbeza.

Manakala, bagi syarikat yang berminat menjadi rakan kongsi AirAsia Deals, boleh melayari http://bit.ly/2DNT0AE.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register