Update News AirAsia : Rugi bersih AirAsia melonjak kepada RM851.78 juta

CG Sponsors

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Timur tengah dan Amerika Syarikat.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan dan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.

"Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu," kata syarikat penerbangan itu.

Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan 'Pick A Seat' Airasia.

Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed, yang disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat.

"Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma," kata syarikat itu.

Sejak mula beroperasi pada 2001, AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina serta India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. - Bernama
 
Pesta Pelancongan AirAsia Akan Dibuat Di Sabah & Sarawak

KUALA LUMPUR – Pesta Pelancongan AirAsia (AATF) 2017, yang merupakan acara tahunan syarikat penerbangan itu akan dianjurkan di dua lokasi dalam tahun ini iaitu di Sibu, Sarawak pada 12-13 Ogos dan Sandakan, Sabah pada 19-20 Ogos.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata promosi istimewa akan ditawarkan dalam bandar terlibat, seperti penjimatan 20 peratus untuk semua tiket yang dibeli dalam talian bersempena dengan pesta itu, dan Beli Satu-Percuma Satu untuk penerbangan dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak kepada 20 pengunjung pertama yang menempah penerbangan di Wisma Sanyan di Sibu.

Pengunjung juga boleh menikmati tawaran hebat destinasi AirAsia X seperti dari Kuala Lumpur ke Taipei, Sydney, Beijing, Sapporo melalui promosi semua dalam tambang untuk dua penumpang dari RM388 sehala.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, berdasarkan hasil yang amat menggalakkan di Kuching, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu pada tahun lepas, syarikat itu menjangkakan sambutan yang lebih baik dalam tahun ini.

“Kami sangat sukacita untuk menganjurkan pesta pelancongan ini sekali lagi, di Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi membangunkan dan mengembangkan rangkaian kami di dua negeri tersebut. Pameran Pelancongan AirAsia telah direka untuk membolehkan kami terlibat secara berkesan dengan para pelanggan kami dengan menawarkan mereka diskaun serta merta serta promosi istimewa,” katanya. – BERNAMA

AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).

“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan,” kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh.

Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.

Tawaran ini juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos, 2017. – BERNAMA

Last edited:
Sponsored Post

a2zextra

Legendary Member
Joined
Sep 7, 2013
Messages
16,407
Reaction score
273
Points
141
Ada juga cas tersembunyinya tu.
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia promosi tambang ke Indonesia

Aireen (empat, kiri) memotong riben selepas pemeteraian perjanjian di Shah Alam, semalam.

SYARIKAT penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad komited membawa masuk 1.5 juta penumpang dari Malaysia ke Indonesia, menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelancongan Republik itu.

Kerjasama itu bertujuan memacu sektor pelancongan dengan promosikan Indonesia ke Malaysia hingga akhir 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aireen Omar berkata, kerjasama ini merupakan pasaran yang baik kerana Indonesia ada banyak potensi untuk meningkatkan pertumbuhan penumpang sedia ada.

"Kami bukan sahaja boleh membawakan penumpang dari Malaysia, tetapi juga penumpang dari negara luar termasuk Australia, Korea, Thailand, India, Timur Tengah dan negara Asean lain.

"Aila ada peningkatan penumpang, kami mungkin melihat potensi lain untuk teruskan lebih banyak kerjasama dengan Indonesia," katanya pada majlis kerjasama Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dan AirAsia di Shah Alam.

AsiaAsia menyambungkan Malaysia dengan Indonesia dengan lebih 350 kali penerbangan seminggu. AirAsia turut tawar promosi penerbangan ke Indonesia dengan tambang serendah RM79 tempahan bermula semalam sehingga 6 Ogos.

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/airasia-promosi-tambang-ke-indonesia-1.712124
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Pesta Pelancongan AirAsia Akan Dibuat Di Sabah & Sarawak

KUALA LUMPUR – Pesta Pelancongan AirAsia (AATF) 2017, yang merupakan acara tahunan syarikat penerbangan itu akan dianjurkan di dua lokasi dalam tahun ini iaitu di Sibu, Sarawak pada 12-13 Ogos dan Sandakan, Sabah pada 19-20 Ogos.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata promosi istimewa akan ditawarkan dalam bandar terlibat, seperti penjimatan 20 peratus untuk semua tiket yang dibeli dalam talian bersempena dengan pesta itu, dan Beli Satu-Percuma Satu untuk penerbangan dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak kepada 20 pengunjung pertama yang menempah penerbangan di Wisma Sanyan di Sibu.

Pengunjung juga boleh menikmati tawaran hebat destinasi AirAsia X seperti dari Kuala Lumpur ke Taipei, Sydney, Beijing, Sapporo melalui promosi semua dalam tambang untuk dua penumpang dari RM388 sehala.

Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, berdasarkan hasil yang amat menggalakkan di Kuching, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu pada tahun lepas, syarikat itu menjangkakan sambutan yang lebih baik dalam tahun ini.

“Kami sangat sukacita untuk menganjurkan pesta pelancongan ini sekali lagi, di Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi membangunkan dan mengembangkan rangkaian kami di dua negeri tersebut. Pameran Pelancongan AirAsia telah direka untuk membolehkan kami terlibat secara berkesan dengan para pelanggan kami dengan menawarkan mereka diskaun serta merta serta promosi istimewa,” katanya. – BERNAMA
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
Penerbangan terus Shenzhen-Kuching hanya permulaan

SELAMAT DATANG: Lee turut beramah dengan penumpang kanak-kanak yang menaiki penerbangan AirAsia Shenzhen yang pertama tiba di LTAK, semalam. Turut kelihatan Zhang (dua kiri) dan Wahab (kiri)

KUCHING: Penerbangan terus AirAsia dari Shenzhen, China ke Kuching akan menjadi pemacu permulaan lebih banyak lagi penerbangan dari negara itu ke Sarawak.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ia bakal menggalakkan syarikat penerbangan lain dalam insiatif sama yang pasti memberi keselesaan kepada penumpang tanpa perlu singgah di lapangan terbang lain.

Kita berharap penerbangan terus ini iaitu Shenzhen-Kuching akan menjadi pemacu permulaan lebih banyak penerbangan ke Sarawak pada masa depan.

Untuk makluman juga kita sedang bekerjasama dengan syarikat AirAsia bagi meneliti potensi bagi melaksanakan dua lagi penerbangan dari bandar-bandar di China pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut ketibaan penumpang penerbangan AirAsia dari Shenzhen, China pertama ke Kuching yang dihadiri Timbalan Konsulat Jeneral China di Kuching Zhang Yang dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Datuk Abdul Wahab Aziz di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Tambah Lee, selain itu diharapkan juga lebih banyak syarikat penerbangan lain turut meneliti Sarawak sebagai destinasi baharu kepada laluan mereka.

Katanya, selain syarikat penerbangan tempatan kementerian turut berbincang dengan syarikat penerbangan di China dalam insiatif yang sama iaitu penerbangan terus ke negeri ini.

Sarawak merupakan destinasi pelancongan baharu terutama kepada ahli perniagaan dari China kerana ramai kalangan ahli perniagaan dari sana tidak mengetahui tentang Sarawak.

Shenzhen bukan sahaja bandar raya moden tetapi pusat perniagaan terkenal di China, jadi kita merasakan Shenzhen mempunyai potensi terbesar sekali.

Maka kita berharap dengan penerbangan ini, kita menggalakkan lagi bukan sahaja pelancongan tetapi ramai lagi peniaga dari China datang melabur di Sarawak,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penerbangan terus Shenzhen-Kuching, Lee berkata ia bukan sahaja daripada aspek penjimatan masa kepada penumpang tetapi keselesaan di mana mereka tidak perlu lagi singgah di mana-mana lapangan terbang lain.

Tambah beliau, kini penumpang dari Shenzhen tidak perlu lagi ke Hong Kong untuk mendapatkan penerbangan terus ke Sarawak selepas terlaksananya penerbangan Shenzhen-Kuching.

Kita berharap penerbangan terus setiap hari dari Shenzhen ini akan berkekalan pada masa akan datang.

Kita berterima kasih kepada syarikat penerbangan AirAsia atas kerjasama ini, begitu juga Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China, yang meluluskan penerbangan ini,” tegasnya.

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada kedua-dua pengusaha pelancongan dari China dan Sarawak, yang menyokong inisiatif dalam merancakkan lagi industri pelancongan.

Kata beliau sehingga kini penerbangan Shenzhen-Kuching telah menerima tempahan sehingga Mac 2018.

http://www.utusanborneo.com.my/2017/12/28/penerbangan-terus-shenzhen-kuching-hanya-permulaan
 
mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,651
Reaction score
4,324
Points
201
AirAsia BigPay jimat empat peratus kos perjalanan

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkata, e-dompet BigPay syarikat penerbangan itu mampu menawarkan sekurang-kurangnya 4.0 peratus penjimatan kos perjalanan dan kadar tukaran mata wang.

Aplikasi BigPay sudah boleh dimuat turun daripada Google Play store dan Apple App store, katanya menerusi akaun Twitter.

Pada Isnin, Fernandes mengumumkan perkhidmatan e-dompet BigPay, yang merupakan sebahagian daripada strategi digital AirAsia untuk meneroka pangkalan data 63 juta penumpang syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Beliau berkata, dompet elektronik BigPay juga akan menawarkan perkhidmatan pengiriman wang dan kemungkinan perkhidmatan pinjaman wang kepada pelanggan AirAsia.

Maklumat mengenai BigPay di Google Play store menyatakan perkhidmatan itu bertujuan mewujudkan pembayaran masa depan di Asia Tenggara dengan menyediakan akses wang yang terjamin dan mudah kepada pengguna pada bila-bila masa dan tempat.

Ia menggabungkan aplikasi mudah alih dengan fleksibiliti Mastercard prabayar yang diterima di lebih 30 juta pedagang di seluruh dunia, yang membolehkan pengguna mengurus kewangan secara digital. Nilai boleh ditambah menggunakan kad debit atau kredit mereka.

Laman aplikasi itu juga menjamin BigPay di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia, selain memiliki protokol keselamatan terkini, termasuk cap jari dan perakuan muka bagi mengesahkan identiti.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/airasia-bigpay-jimat-empat-peratus-kos-perjalanan-1.784968
 
dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,520
Reaction score
1,602
Points
596
Lagi kaya la Tony Fernandes
 
Sponsored Post
Top
Log in Register