Update News AirAsia : Jangka raih pendapatan lebih RM1 bilion

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,246
Reaction score
4,422
Points
601
airasiathai_1612856591.jpg


Fasa pemulihan AirAsia berjalan dengan baik

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd (AirAsia) menjalani fasa pemulihannya dengan sangat baik apabila metrik operasi utama meningkat pada suku keempat 2020 berbanding suku sebelumnya.

Ia khususnya dengan peningkatan ketara jumlah penumpang yang dibawa oleh AirAsia Thailand, AirAsia Filipina dan AirAsia Indonesia.

AirAsia berkata, peningkatan jumlah penumpang yang dicatatkan menandakan pemulihan domestik kukuh untuk permintaan perjalanan udara di seluruh pasaran operasi utama kumpulan penerbangan tambang rendah itu.

Ia berkata, 2020 adalah tahun berdaya tahan untuk kesemua empat sijil pengendali udara (AOC), kerana setiap entiti bekerja keras untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dan secara bersama-sama membawa 23 juta penumpang.

"Menjelang Disember, empat AOC pulih hampir 60 peratus kapasiti domestik pra-COVID.

"Pasca COVID-19, kumpulan menjangka mendapat manfaat daripada operasi syarikat penerbangan yang lebih mantap dan mengoptimumkan operasi penerbangan yang ditubuhkan pada 2020, menumpukan pemulihan laluan yang paling menguntungkan dan popular sambil meneroka peluang untuk memperoleh penguasaan pasaran," katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia Malaysia menutup suku keempat 2020 dengan jumlah penumpang dibawa sebanyak 834,934 selain faktor muatan yang sihat pada 72 peratus meskipun terdapat kemerosotan pada Oktober dan November susulan pelaksanaan larangan perjalanan merentas negeri.

AirAsia Indonesia mencatatkan pemulihan yang kukuh pada suku keempat 2020, dengan jumlah penumpang yang dibawa lebih lima kali ganda dari suku ke suku kepada 389,283 penumpang, sementara faktor muatan meningkat kepada 59 peratus, naik 10 mata peratusan berbanding suku ketiga 2020.

Sementara itu, AirAsia Filipina membawa 117,948 penumpang pada suku keempat 2020 dan melaporkan faktor muatan sebanyak 64 peratus.

Dari asas bulan ke bulan, jumlah penumpang AirAsia Filipina meningkat sekali ganda sementara kapasiti operasi domestik meningkat lima mata peratusan kepada 13 peratus pada Disember berbanding September.

Prestasi AirAsia Thailand terus meningkat pada suku keempat 2020, berikutan permintaan perjalanan domestik yang kukuh susulan musim perayaan dan insentif perjalanan dari kerajaan.

Operasi AirAsia Thailand pada suku dikaji mengatasi jangkaan kerana melebihi kapasiti domestik pra-COVID sebanyak tujuh peratus.

Pada Disember 2020, AirAsia Thailand beroperasi dengan 116 peratus kapasiti domestik pra-COVID, berbanding 96 peratus pada September 2020.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,246
Reaction score
4,422
Points
601
AirAsia jana RM250 juta tranche pertama tawaran persendirian

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Group Bhd menjangkakan dapat mengumpul kira-kira RM250 juta menerusi tranche pertama tawaran persendirian yang membabitkan 369.85 juta saham bernilai 67.5 sen seunit.

Harga terbitan itu, yang ditetapkan pada Rabu, menunjukkan diskaun sebanyak 9.82 peratus daripada harga purata wajaran jumlah dagangan lima hari AirAsia pada 74.85 sen sehingga 9 Feb.

"Jumlah sebenar saham tawaran yang akan diperuntukkan mengikut tranche pertama berkenaan bergantung kepada penerimaan akhir oleh pihak yang telah dikenal pasti itu.

"Sebarang saham tawaran yang tidak diperuntukkan dalam tranche pertama akan dimasukkan ke dalam tranche berikutnya," menurut RHB Investment Bank Bhd dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia bagi mewakili AirAsia.

Sebagai rekod, pada 21 Januari AirAsia telah mengumumkan ia akan melaksanakan tawaran persendirian dengan penerbitan 668.4 juta saham untuk mengumpul RM454.5 juta bagi membiayai, antara lain, modal kerja.

Tawaran persendirian itu mewakili sehingga 20 peratus daripada jumlah keseluruhan saham terbitan.

-BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,246
Reaction score
4,422
Points
601
airasia-x_1614056438.jpg


Laporan penyusunan semula syarikat, saham AirAsia X jadi tumpuan

KUALA LUMPUR: Laporan media mengenai cadangan penyusunan semula AirAsia X Bhd (AAX) terbukti mencetuskan minat belian terhadap saham-saham syarikat penerbangan jarak jauh itu dalam dagangan pada awal Selasa.

Pada 10.30 pagi, saham AAX naik 1.5 sen kepada 9.5 sen dengan sejumlah 263.27 juta saham berpindah tangan, sekali gus mengatasi kemunculan pertama Mobilia Holdings Bhd sebagai kaunter paling aktif pada awal dagangan.

Malah, berita mengenai perkembangan terbaharu AAX turut memacu saham syarikat sekutu, AirAsia Group Bhd yang naik sebanyak 10 sen kepada 91.5 sen dengan 134.81 juta saham didagangkan.

AirAsia Group juga muncul sebagai kaunter kelapan paling aktif dalam dagangan setakat jam 10.30 pagi Selasa.

Agensi berita Reuters melaporkan bahawa AAX telah mencadangkan program penyusunan semula yang berasingan kepada pihak pemajak dalam usaha menangani kebimbangan mereka.

Menurut Reuters, cadangan itu bertujuan meredakan kebimbangan pihak pemajak terbabit mengenai perjanjian komersial serta aspek daya maju perniagaan syarikat penerbangan itu di masa depan.

"Di bawah cadangan yang disemak semula itu, AAX berkata pihak pemajak dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah hutang," katanya.

Cadangan berkenaan juga dilihat sebagai langkah penting bagi membolehkan syarikat penerbangan itu mendapat persetujuan pihak pemiutang bagi usaha penyusunan semula terbabit.

Laporan Reuters turut menyebut bahawa AAX telah berusaha selama berbulan-bulan untuk menyusun semula sejumlah RM64.15 bilion ke dalam hutang sebanyak RM200 juta.

"Lebih daripada 12 pemiutang dengan kebanyakannya adalah pemajak, telah ke mahkamah bagi mencabar cadangan yang boleh menyebabkan mereka mengalami pengurangan sebanyak 99.7 peratus," katanya.

-BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,246
Reaction score
4,422
Points
601
airasia.com jangka raih pendapatan lebih RM1 bilion

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menjangkakan aplikasi super, airasia.com menyumbang pendapatan mencecah AS$250 juta (RM1.01 bilion) kepada kumpulan menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata sasaran itu bakal dipacu langkah komprehensif syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka itu dalam mengembangkan perniagaan digital.

"Melihat kepada potensi yang bakal diraih menerusi airasia.com, kami menjangkakan aplikasi super ini bakal menyumbang 50 peratus kepada pendapatan kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media maya pelancaran airasia food Singapura, hari ini.

Tony berkata, AirAsia akan menggunakan seluruh ekosistem yang dimiliki untuk mengembangkan perniagaan digital termasuk membabitkan airasia food dan airasia fresh di beberapa negara.

Bagi airasia food, katanya, platform penghantaran makanan itu akan merevolusikan sektor berkenaan di ASEAN dengan Singapura menjadi perintis kepada pelan pengembangan luar negaranya.

"airasia food sudah memasuki pasaran Singapura dan kami merancang memperkenalkan penghantaran bahan basah atau airasia fresh pula tidak lama lagi di Indonesia pada separuh pertama atau awal separuh kedua tahun ini.

"Untuk airasia food, kami tidak hanya akan memperkukuhkan kehadiran di Malaysia merangkumi bandar utama dan luar bandar, malah bercadang memasuki pasaran Thailand dan Filipina," katanya.

Mengulas kemasukan airasia food ke Singapura, beliau berkata, pasaran republik itu adalah tonggak utama aplikasi super AirAsia untuk meneroka pasaran e-dagang paling pantas berkembang.

"Kami berbangga di sebalik tempoh sukar disebabkan COVID-19, aplikasi super AirAsia khususnya airasia food semakin maju berkembang.

"Singapura terlalu dekat di hati AirAsia dan saya secara peribadi tidak sabar untuk ke sana dan membuat penghantaran makanan sendiri," katanya.

Tony berkata, airasia food memiliki infrastruktur yang tepat disediakan cabang logistik kumpulan iaitu Teleport, selain memiliki kemampuan untuk meneroka ekosistem AirAsia yang menawarkan pangkalan data pelanggan yang luas.

"Menerusi airasia food, kami bangga dapat menyumbang kepada ekonomi secara umum dan pada masa sama menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register