Update News AirAsia : AirAsia cadang kumpul dana RM454.51 juta

CG Sponsors

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,803
Reaction score
310
Points
91
Nak tanyala kalu katakan AA dgn Mas ni bagkrup la kan,mcm mana la ye lepas ni bile covid dah habis org borneo nk dtg sni dgn sebaliknye ye?...ada alternatif lain ke mcm feri ke kapal ke nak jln ke sana?
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia-KLIA_1607327404.jpg

AirAsia tawar tambang serendah RM12 sehala

SEPANG: AirAsia Bhd menawarkan tawaran tambang serendah RM12 sehala bermula hari ini untuk penerbangan domestik.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, berkata jualan selama tiga hari itu sempena dengan pembukaan semula kebenaran perjalanan antara daerah dan negeri dalam negara yang bermula hari ini.

Beliau berkata, tambang termasuk semua untuk ahli BIG bermula untuk tempoh perjalanan antara 14 Disember 2020 hingga 30 Jun 2021.

Katanya, bagi semua tempahan penerbangan yang dibuat sehingga 31 Disember 2020 dengan tempoh perjalanan bermula hari ini sehingga 31 Mac 2021 juga boleh membuat perubahan tarikh perjalanan tanpa had dan tanpa bayaran tambahan untuk pertukaran penerbangan melalui pautan 'Tempahan Saya'.

"Kesihatan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami. Jadi, kami sentiasa komited untuk memberi jaminan ini dan sudah meningkatkan langkah keselamatan serta kebersihan.

"Perjalanan udara domestik adalah salah satu sektor penting untuk menghidupkan kembali ekonomi dan AirAsia memuji usaha kerajaan menangani pandemik ini di samping memulihkan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Riad berkata, AirAsia sebelum ini turut memperkenalkan lapan laluan domestik baharu dan menjangka promosi Cuti-Cuti Malaysia yang bermula daripada RM12 ini akan memenuhi permintaan perjalanan domestik.

Beliau berkata, AirAsia juga berbesar hati bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan e-baucar bernilai RM50 untuk kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diumumkan pada 24 November lalu.
 
puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,800
Reaction score
2,229
Points
201
View attachment 320971

esok2 flight kena cancel melopong lah lagi.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
MALAYSIA_AIRASIA_X_1608002568.jpg

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) berhasrat menyemak semula cadangan pengurangan terbitan modal sahamnya sebanyak 90 peratus kepada 99.9 peratus.

Ia meliputi pengurangan terbitan saham modal kira-kira RM1.532 bilion kepada RM1.53 juta, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini.

"Kredit daripada cadangan pengurangan modal saham itu akan dimanfaatkan untuk mengurangkan sebahagian daripada kerugian terkumpul. Cadangan penyatuan saham itu yang akan dilaksanakan susulan cadangan pengurangan saham modal, kekal tidak berubah iaitu merangkumi penyatuan bagi setiap 10 saham AirAsia X sedia ada ke dalam satu saham AirAsia X.

"Susulan itu dana pemegang saham selepas pengurangan modal itu kekal negatif namun gabungan saham pasca pengurangan modal akan menyediakan platform untuk mendapatkan pendanaan baharu daripada pemegang saham sedia ada," katanya.

Bagi usaha pengumpulan dananya, AirAsia X telah mencadangkan untuk mengumpulkan sehingga RM500 juta yang meliputi kedua-dua hak terbitan sehingga RM300 juta daripada pemegang saham sedia ada dan langganan saham sehingga RM200 juta daripada pelabur baharu.

"Langkah pengumpulan dana ekuiti ini adalah komponen kritikal pelan penstrukturan dan permodalan semula komprehensif yang diumumkan sebelum ini dan akan menyokong pelaksanaan semakan semula pelan perniagaan kumpulan.

"Aspek persekitaran operasi sedang mengalami perubahan serta dinamik. Ada beberapa senario yang sejajar dengan pelan perniagaan kami dan dana perlu dikumpul secukupnya untuk setiap keadaan itu," katanya.

Namun sebelum usaha pengumpulan dana itu dapat dilaksanakan, syarikat penerbangan itu perlu mendapatkan kelulusan pihak pemiutang membabitkan skim penyusunan semula hutangnya.

Selain itu, beberapa pihak pemajak juga turut terbabit dalam prosiding penyusunan semula itu bagi menyatakan bantahan mereka terhadap skim berkenaan.

"AirAsia X mahu menegaskan bahawa skim penyusunan semula hutang itu adalah prasyarat permodalan semula syarikat oleh masing-masing pelabur sedia ada dan baharu. Usaha komprehensif diperlukan sebagai platform untuk membangunkan semula serta dilihat sebagai amat menarik untuk membolehkan pelabur melabur," katanya.

Dalam tempoh beberapa minggu akan datang, AirAsia X berkata, ia akan terus melakukan libat urus dengan pemiutang yang diharap dapat meredakan kebimbangan mereka.

Katanya, alternatif terhadap skim berkenaan adalah pembubaran syarikat yang tidak memberi sebarang pulangan kepada pemiutang.

"Dalam tempoh pasca COVID-19, usaha penetapan semula dengan ekuiti baharu dan meletakkan semula kedudukannya sebagai syarikat penerbangan tambang rendah bagi jarak sederhana, akan memberi pulangan ekonomi terbaik kepada pemiutang bagi hubungan perniagaan yang berterusan.

"Syarikat ini juga telah menerima beberapa minat untuk pelaburan dalam AirAsia X yang disusun semula dan pada masa sama terus mengadakan libat urus dengan pelabur yang berpotensi," katanya. - Bernama
 
kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
Nak tanyala kalu katakan AA dgn Mas ni bagkrup la kan,mcm mana la ye lepas ni bile covid dah habis org borneo nk dtg sni dgn sebaliknye ye?...ada alternatif lain ke mcm feri ke kapal ke nak jln ke sana?
bila ada permintaan nanti mesti ada penawaran.
kalau airliner sedia ada melingkup sekalipun, airiner baru akan muncul dan tawarkan perkhidmatan.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
Situasi terburuk sudah berakhir - AirAsia

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd menjangkakan 'situasi terburuk' sudah berakhir dan kumpulan penerbangan itu berpeluang untuk kembali mencatat keuntungan pada tahun hadapan.

Ia selepas syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia itu merekodkan kerugian terbesarnya pada tahun ini susulan sekatan perjalanan dan penutup sempadan negara ekoran penularan COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata jangkaan itu disandarkan kepada permintaan kukuh daripada penerbangan domestiknya, penstrukturan kos yang telah dilaksanakan dan perniagaan baharunya.

"Saya fikir situasi buruk telah berakhir, namun untuk kembali kepada seperti tahun 2019, saya merasakan akan mengambil masa lagi setahun. Untuk tahun 2021, saya fikir kami mempunyai peluang untuk kembali untung, keadaannya ialah 50-50. Tetapi untuk tahun ini peluangnya ialah sifar.

"Melihat kepada permintaan kukuh daripada penerbangan domestik yang mana kami menambah 32 laluan baharu tahun ini, kemungkinan sempadan negara akan dibuka semula serta pelaksanaan penstrukturan kos yang telah dibuat sebelum ini.

"Ini semua akan menjadi pendorong dan peluang kepada kumpulan untuk mencatat keuntungan pada tahun depan," katanya kepada BH dan New Straits Times selepas mengadakan lawatan ke Balai Berita NSTP, di Jalan Riong, di sini, hari ini.

Terdahulu Fernandes mengadakan pertemuan hampir sejam dengan ketiga-tiga Pengarang Kumpulan akhbar di bawah NSTP iaitu Pengarang Kumpulan BH, Saidon Idris; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Ahmad Lokman Mansor dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit.

AirAsia Group merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM3.347 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2020, berbanding kerugian sebelum cukai RM317.29 juta pada tempoh sama tahun lalu.

Mengulas lanjut Tony berkata, antara perkara utama yang mahu dilakukan kumpulan itu selepas ia berjaya mencatat keuntungan ialah untuk mengambil semula pekerjanya yang telah dihentikan sebelum ini kembali bekerja.

"Mereka semua tidak membuat apa-apa silap, malahan semuanya adalah kakitangan yang bagus terhadap AirAsia. Selain itu, saya juga akan pastikan tiada lagi pembuangan pekerja akan dilakukan selepas ini," katanya.

AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd telah memberhentikan 10 peratus daripada keseluruhan 24,000 tenaga kerjanya setakat ini.

Dalam pada itu Tony berkata, kumpulan merancang untuk mengembangkan kehadiran perkhidmatan penghantaran makanan mereka, airasia.com, ke 70 bandar di ASEAN pada suku pertama tahun depan.

"Ketika ini, perkhidmatan ini hanya bertumpu di Lembah Klang dengan purata 1,000 penghantaran makanan dibuat setiap hari. Ini masih jauh dibandingkan dengan pesaing yang menghantar lebih 55,000 makanan setiap hari.

"Saya harap pada suku pertama tahun depan, jumlah ini dapat ditingkatkan ke 10,000 penghantaran makanan sehari," katanya.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
airasia-india_1601964768_1609248904.jpg

AirAsia jual kepentingan operasi di India

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh AirAsia Group Bhd, AirAsia Investment Ltd (AAIL), melupuskan 32.67 peratus kepentingan dalam AirAsia India Ltd (AAI) kepada Tata Sons Private Ltd (TSL) pada harga AS$37.66 juta (RM152.58 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AiraAsia Group berkata yang AAIL hari ini memeterai perjanjian pembelian saham (SPA) dengan TSL, yang sudah pun memegang 51 peratus kepentingan dalam AAI.

Katanya, cadangan pelupusan itu akan memberikan keuntungan sebanyak RM152.58 juta pada suku keempat 2020 kepada AAIL dan kumpulan yang disatukan.

"Aset bersih dan baki tunai AAIL juga akan meningkat dengan jumlah yang sama sejurus selepas pelaksanaan pelupusan tunai ini," katanya.

Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, akan wujud opsyen saranan berhubung dengan baki 16.33 peratus kepentingan AAI, yang boleh dilaksanakan oleh TSL pada bila-bila masa selepas urus niaga berkenaan selesai.

Di samping itu, terdapat juga opsyen jual yang boleh dilaksanakan oleh AAIL dalam dua peringkat, yang mana peringkat pertama boleh dibuat dari 1 Mac 2022 sehingga 30 Mei 2022 dan peringkat kedua boleh diadakan mulai 1 Okt 2022 hingga 31 Disember 2022.

Jumlah pertimbangan berhubung opsyen yang diberikan bagi baki 16.33 peratus kepentingan AAIL ialah sebanyak US$18.83 juta (kira-kira RM76.29 juta).

Syarikat penerbangan itu berkata, AAIL telah bersetuju untuk mengecualikan yuran lesen jenama yang belum dibayar, yang perlu dibayar oleh AAI kepada AirAsia Bhd di bawah perjanjian lesen jenama dan perkhidmatan teknikal bertarikh 30 Dis 2019 berikutan pandemik COVID-19.

Ia menambah, pengecualian ini tidak akan memberi sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan penggearan AirAsia serta anak-anak syarikatnya.
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
938137.jpg

Penerbangan domestik AirAsia kekal beroperasi semasa PKP, kebenaran PDRM diperlukan

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd mengumumkan bahawa perkhidmatan penerbangan domestiknya kekal beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 hingga 26 Januari ini.

Dalam kenyataan pada Selasa, AirAsia berkata, untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, para tetamu mesti mendapatkan kebenaran sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas dan perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.

“Para tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari yang tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan tanpa had.

“Perubahan boleh dibuat ke atas mana-mana tarikh penerbangan baharu sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” katanya.

Sementara itu, AirAsia berkata, para tetamu yang terjejas dengan pembatalan penerbangan semasa PKP akan dimaklumkan melalui emel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...roperasi-semasa-PKP-kebenaran-PDRM-diperlukan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,282
Reaction score
1,542
Points
201
View attachment 329899

Waijibkan swap test. Rentas negeri
 
InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,128
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia cadang kumpul dana RM454.51 juta

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk melaksanakan tawaran saham persendirian sehingga 20 peratus daripada 3.34 bilion saham sedia ada bagi mengumpul sekitar RM454.51 juta.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, langkah itu akan mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan sedikit kelebihan dalam aset bersih serta penggearan bersih.

Hasil kasar akan digunakan untuk penyelesaian lindung nilai bahan api, bayaran pajakan dan penyelenggaraan pesawat serta perbelanjaan modal kerja am.

"Tawaran saham persendirian yang dicadangkan ini adalah sebagai tindak balas kepada beberapa keadaan luar jangka yang tidak boleh dikawal kumpulan seperti penularan wabak COVID-19 global yang telah menimbulkan cabaran ketara bagi industri penerbangan.

"Sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pelbagai kerajaan telah menyebabkan trafik penumpang berkurangan dengan ketara bagi kumpulan dan prospek serta operasi masa depan kumpulan masih berada dalam keadaan tidak menentu," katanya.

Selaras dengan jangkaan garis masa vaksinasi dan permintaan yang sedang beransur-ansur naik untuk perjalanan udara, kumpulan itu akan terus melaksanakan strategi pengurusan kapasiti aktifnya.

Ia menyasarkan untuk beroperasi kira-kira 65 hingga 70 peratus daripada kapasiti 2019 pada tahun ini.

Syarikat penerbangan itu akan terus menilai potensi peningkatan lebih banyak penerbangan dan menambah destinasi untuk pelanggannya pada bulan-bulan akan datang, bagaimanapun, rancangan ini bergantung kepada kelonggaran atau kerajaan akan mengetatkan lagi langkah-langkah kesihatan.

–BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register