Update News AirAsia : AirAsia cadang kumpul dana RM454.51 juta

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
7 sen penerbangan AirAsia Jaipur-KL



HARGA semurah 7 sen bagi penerbangan satu hala dari Jaipur, India ke Kuala Lumpur. Itu tawaran luar biasa AirAsia X kepada orang ramai sempena pelancaran operasi penerbangan terus AirAsia X ke kota India itu yang bermula kelmarin.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun berkata, pihaknya menawarkan tambang istimewa itu bermula jam 12 tengah malam semalam hingga 12 tengah malam ini.

Menurutnya tambang semurah India Rupee 1 itu (7 sen) itu adalah hadiah istimewa kepada orang ramai yang berminat untuk melancong ke Jaipur membabitkan tawaran 1,000 tempat duduk sahaja.

Beliau memaklumkan tawaran itu bagaimanapun hanya bagi penerbangan dari Jaipur ke Kuala Lumpur dan tempahan boleh dilakukan di laman web AirAsia dalam tempoh 24 jam. “Saya yakin perkhidmatan tambang murah jarak jauh ditawarkan AirAsia X ini bukan hanya mampu melonjakkan industri pelancongan kedua-dua negara malah mengembangkan peluang perniagaan berikutan Jaipur terkenal dengan penghasilan tekstil,barang kemas dan hasil kraftangan.

“Saya anggap ini satu cabaran (laluan baru AirAsia X ke Jaipur) namun saya yakin mampu bersaing dan mengekalkan momentum susulan kejayaan AirAsia X ke 19 destinasi antarabangsa sebelum ini, ” katanya ketika ditemui wartawan.

Beliau semalam turut mengumumkan tawaran promosi tambang untuk tempoh perjalanan antara 5 Februari 2018 sehingga 11 Februari 2018 ke Jaipur pada harga RM199 sehala atau India Rupee 3,555.

Penerbangan terus dari KLIA2 ke Jaipur dilakukan pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu. Laluan baru ini menyusul selepas kejayaan pelancaran laluan Bangkok-Jaipur pada September lalu yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah jarak dekat bersekutunya, AirAsia Thailand.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/02/310938/7-sen-penerbangan-airasia-jaipur-kl
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia X taja pelajar ke program bakat global di Melbourne


KUALA LUMPUR: AirAsia X (AAX) menaja sekumpulan pelajar Malaysia yang terlibat dalam menganjurkan program bakat global, 'Australia Cultural and Technology Exchange 2018 (ACUTE18), di Melbourne University, Australia bermula 3 hingga 7 April.

Ketua Pemasaran AAX Malaysia Jurvena Lee menghantar 42 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang diiringi oleh Timbalan Naib Canselor universiti, Profesor Durrishah Idrus pada pagi 3 April.
"ACUTE 2018, program kerjasama antara Majlis Perwakilan Pelajar UTM dan Majlis Pelajar Malaysia Australia (MASCA) di Victoria, Australia, Badan Hal Ehwal dan Pembangunan Islam (EHSAN) di Melbourne, dan Konsulat Jeneral Malaysia di sana, diadakan untuk mempromosikan budaya Malaysia kepada Australia.

"Ia juga menampilkan inovasi terkini pelajar UTM, sistem pembinaan batu bata yang jimat kos, cepat dan tahan lama yang telah digunakan untuk membina rumah komuniti di Tawau, Sarawak," kata AAX.

http://www.astroawani.com/berita-ma...r-ke-program-bakat-global-di-melbourne-172186
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia terbang dari Pulau Pinang ke Hanoi dan Phuket mulai 1 Julai


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan terbang ke Hanoi (Vietnam) and Phuket (Thailand) dengan penerbangan terus dari Pulau Pinang, mulai 1 Julai 2018.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan itu yang menandakan laluan ke-9 dan 10 dari Pulau Pinang akan mengukuhkan hubungan antara ASEAN syarikat penerbangan tersebut.
"Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Phuket ada setiap hari," katanya.

Ketua Komersil, Spencer Lee, berkata bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia akan menawarkan promosi semua dalam tambang daripada RM99 (Pulau Pinang-Hanoi) dan RM79 (Pulau Pinang-Phuket) bagi perjalanan sehala sehingga 15 April 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2018 dan 28 Okt 2018.

"AirAsia sekarang ini mengendalikan 102 penerbangan mingguan ke Kuala Lumpur, termasuk Johor Bahru (31 kali seminggu), Kota Kinabalu (11 kali seminggu), Kuching (10 kali seminggu), Langkawi (21 kali seminggu), Ho Chi Minh City (7 kali seminggu), Singapura (28 kali seminggu), Medan (28 kali seminggu), Surabaya (lima kali seminggu) dan Jakarta (14 kali seminggu) melalui AirAsia Indonesia dan Bangkok (14 kali seminggu) melalui AirAsia Thailand," katanya. -- Bernama


http://www.astroawani.com/berita-bi...nang-ke-hanoi-dan-phuket-mulai-1-julai-172072
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
PRU14: AirAsia tawar tambang khas ke Sabah dan Sarawak



JOHOR BAHRU: Berita baik buat rakyat Malaysia pulang mengundi di Sabah dan Sarawak 9 Mei ini!

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan tambang khas untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak untuk tempahan pada 8 dan 9 Mei ini bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes dalam catatan di Twitternya berkata, tambang untuk penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sarawak akan ditetapkan pada RM120 sehala manakala ke Sabah pada RM199 sehala.

Manakala, tiket penerbangan ke barat Semenanjung akan ditawarkan pada harga serendah RM99 sehala.

Beliau turut mengumumkan akan mengguna pakai pesawat lebih besar milik AirAsia X, jenis A330 untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut bagi menampung permintaan tinggi daripada pelanggan.

Tambah Tony, AirAsia akan turut membekukan tambang bagi baki tempat duduk yang masih belum terjual setakat ini bagi penerbangan-penerbangan tempoh tersebut dan menyelaraskannya pada satu tambang serta menambah bilangan kerusi.

Bagi laluan ke Sabah, AirAsia terbang ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau manakala bagi Sarawak - Kuching, Bintulu, Miri serta Sibu.

Tempahan dengan tambang khas ini boleh dibuat bermula Isnin, 16 April 2018.

http://www.astroawani.com/berita-ma...awar-tambang-khas-ke-sabah-dan-sarawak-172765
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,670
Reaction score
362
Points
141
susah org Sabah/Sarawak nak mengundi..
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia ke wilayah Yunnan

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengembangkan laluannya dari Sabah ke barat daya China dengan pelancaran penerbangan terus baharu dari Kota Kinabalu ke Kunming, bermula 30 November.

Penerbangan terus empat kali seminggu itu menandakan laluan keempat kumpulan AirAsia ke wilayah Yunnan selepas Kuala Lumpur, Bangkok dan Phuket di Thailand dan laluan antarabangsanya yang ke-10 dari habnya di Kota Kinabalu, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, laluan baharu itu menunjukkan komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk mengembangkan Kota Kinabalu sebagai hab di Malaysia Timur.

“Kami telah melancarkan tiga laluan penerbangan antarabangsa dari Kota Kinabalu tahun ini ke Bangkok, Macao dan kini Kunming dan kami juga menggandakan penerbangan kami dari Kota Kinabalu ke Shenzhen bermula 1 November 2018.

“Kami telah menerbangkan lebih 700,000 penumpang bagi perjalanan antara China dan Kota Kinabalu, dan kami yakin laluan baharu ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong,” katanya.

AirAsia menawarkan tambang ahli terangkum pengenalan istimewa bermula daripada RM138 sehala bagi Kota Kinabalu-Kunming di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 28 Okt, bagi perjalanan antara 30 November 2018 dan 30 Mac 2019. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/bisnes/airasia-ke-wilayah-yunnan-1.893755
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia akan mansuhkan bayaran pemprosesan mulai Oktober



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan bagi pelanggan yang membuat bayaran sama ada menerusi perbankan dalam talian dan kad kredit mulai Oktober depan.

“Kami (akan) masih mempunyai beberapa caj untuk memacu trafik kepada kaedah lebih murah, lebih selamat dan kurang penipuan. Tetapi akan terdapat juga kaedah tanpa sebarang bayaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif , Tan Sri Tony Fernandes hari ini.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam catatan di Twitter menerusi dua hashtag, iaitu #technologyrules dan #makingairfaresaffordable.

Bayaran pemprosesan AirAsia bermula pada kadar RM4 jika anda menggunakan debit terus dan boleh meningkat sehingga RM16 dengan UnionPay.

Bagaimanapun, jika pelanggan memilih untuk membuat pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet AirAsia iaitu BigPay, tiada bayaran pemprosesan yang terbabit. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
airasia.com tawar jualan tiket penerbangan syarikat lain



SEPANG: airasia.com, cabang digital Kumpulan AirAsia, mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi perjalanan Kiwi.com bagi menawarkan tiket penerbangan syarikat lain di laman webnya.

Menerusi kerjasama itu, airasia.com menawarkan destinasi yang tidak terdapat dalam rangkaian penerbangan AirAsia X seperti ke London, Dubai, Madrid dan Auckland.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata langkah menjual tiket penerbangan untuk syarikat penerbangan lain yang juga pesaingnya tidak akan menjejaskan operasi syarikat penerbangan miliknya.

Katanya, syarikat sentiasa terbuka dengan persaingan malah pernah menawarkan kemudahan akademinya untuk digunakan oleh syarikat penerbangan lain.

“Saya suka persaingan dan perlu memastikan yang kami sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Jika pihak lain lebih baik daripada kami, maka kami perlu mengakuinya dan berhak untuk ditewaskan.

“Sehubungan itu, menerusi kerjasama dengan Kiwi.com, kami melalui fasa transformasi untuk menjadi lebih daripada sekadar syarikat penerbangan dengan merealisasikan visi airasia.com sebagai platform pelancongan sehenti di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran kerjasama itu di sini, hari ini.

Sempena pelancaran itu, airasia.com mengumumkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99 yang boleh ditempah bermula 9 pagi esok.

Mengulas lanjut Tony berkata, kerjasama dengan Kiwi.com adalah penting kerana AirAsia perlu sentiasa berubah untuk memastikannya sentiasa mengikuti arus perkembangan semasa.

“Kerjasama ini juga tidak akan menjejaskan jualan penerbangan kami kerana buat masa ini kami tidak menjual tiket penerbangan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang oleh pesaing.

“Saya juga ingin menjelaskan, kami bukan hanya menjual penerbangan, tetapi dengan kerjasama ini kami juga mahu menjual tiket bas, kereta api dan banyak lagi yang akan diumumkan nanti,” katanya.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia ada kaedah lain kembang operasi ke AS



SEPANG: Kumpulan AirAsia mempunyai pilihan lain untuk mengembangkan kehadiran mereka ke pasaran Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan ( FAA) AS menurun taraf Malaysia ke Kategori 2 dari segi keselamatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata antara pilihan lain yang ada adalah pihaknya boleh beroperasi menerusi anak syarikatnya, AirAsia Japan untuk laluan ke AS.

Beliau berkata, pihaknya kini sudah tidak boleh mengembangkan kehadiran ke AS dari Malaysia tetapi masih ada banyak cara untuk melakukannya.

"Kami sebelum ini di Indonesia pernah berada pada Kategori 2, begitu juga di Thailand dan kini Malaysia pula. Saya merasakan ini peluang terbaik untuk Malaysia membuat pembetulan dan saya amat positif yang kementerian juga akan memulihkannya semula.

"Saya masih ingat 18 tahun dulu sewaktu kami mula beroperasi, Jabatan Penerbangan Awam(DCA) (kini Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), adalah antara DCA yang paling dihormati di dunia dan sewaktu kali pertama berjumpa dengan mereka, saya amat mengagumi badan ini.

"Jadi saya tidak ragu (dengan CAAM), kita mempunyai kualiti dan kita hanya perlu mendapatkan orang yang terbaik. Ketepikan perbezaan dan mari bekerjasama untuk menangani masalah ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran tawaran penerbangan syarikat lain di dalam laman web airasia.com di sini, hari ini.

Kerjasama itu dibuat dengan syarikat teknologi perjalanan Kiwi.com yang membolehkan pengguna untuk menempah tiket penerbangan selain AirAsia di laman webnya.

Sempena pelancaran itu, airasia.com mengumumkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99 yang boleh ditempah bermula 9 pagi esok.

Isnin lalu, FAA memaklumkan CAAM diturunkan penarafannya sebagai Pengawal Selia Penerbangan Kategori 2 berbanding Kategori 1 sebelum ini.

Ia hasil daripada Kajian Semula FAA Review ke atas CAAM yang dilaksanakan pada April 2019.

FAA menjalankan audit pengawal selia yang mengawasi operasi penerbangan ke AS.

Audit itu merangkumi bidang perundangan, pengawasan, perwakilan kuasa serta kecukupan bilangan kakitangan teknikal di bawah CAAM.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
AirAsia terima pesawat A321neo pertama


VERANITA (tengah) bersama Menking dan Kim pada majlis penghantaran pertama pesawat jenis Airbus A321neo di Hamburg, Jerman.

HAMBURG, JERMAN: AirAsia menerima penghantaran pertama pesawat Airbus A321neo dalam satu acara khas yang diadakan di sini.

Pesawat berkapasiti 236 tempat duduk itu akan membolehkan syarikat penerbangan tambang rendah berkenaan mempertingkatkan penawaran kapasiti penerbangan yang lebih tinggi berdasarkan permintaan kukuh yang berterusan di seluruh rangkaiannya, di samping memperoleh manfaat daripada kos operasi terendah dalam kategori satu lorong.

AirAsia menjadi antara pelanggan terbesar dunia bagi A321neo yang bersaiz lebih besar dengan 353 pesawat sudah ditempah.

A321neo yang juga model paling laris bagi rangkaian A320, dilengkapi teknologi terbaharu turut memberi penjimatan bahan api sebanyak 20 peratus, selain pengurangan bunyi bising enjin 50 peratus, berbanding pesawat generasi terdahulu.

Ia bakal memulakan perkhidmatan membabitkan hab di Malaysia ke destinasi Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Veranita Yosephine, berkata dengan penerima pesawat terbaharu buatan Airbus itu, teknologi yang terbina dalam pesawat berkenaan akan memberi kesan amat positif terhadap kecekapan operasi AirAsia dan membantu menjana pertumbuhan berterusan jangka panjang.

"Kami teruja dapat bekerjasama dengan Airbus dalam usaha memajukan industri penerbangan.

"Pesawat generasi baharu ini memberikan penjimatan bahan api serta berkeupayaan terbang dengan tempoh lebih sejam berbanding pesawat generasi terdahulu," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan pesawat berkenaan, hari ini.

Acara yang disertai lebih 30 wakil media dari Malaysia, China, Vietnam, Filipina dan Indonesia itu turut dihadiri Pengurus Besar (Rantau Asia Tenggara) CFM International, Sean SW Kim dan Naib Presiden Kanan Program A320, Michael Menking.

Sementara itu, Menking berkata, pihaknya amat gembira dapat bekerjasama dengan pihak AirAsia yang memberi sokongan padu kepada kumpulan itu.

"Kami tidak sabar untuk melihat pesawat A321neo terbang bersama AirAsia dan menyumbang kepada kejayaan berterusan syarikat penerbangan berkenaan sebagai satu daripada syarikat penerbangan tambang rendah utama dunia," katanya.

Terdahulu, dalam sesi taklimat bersama wakil media, Pengurus Kanan Perancangan dan Penilaian Pesawat AirAsia, Matthew Glaus, berkata penerimaan pesawat pertama itu menjadi detik unik buat syarikat penerbangan berkenaan selepas melakukan persediaan selama dua tahun.



"Selain penjimatan bahan api dan penambahan 50 lagi tempat duduk yang dinaiktaraf, pesawat ini turut memiliki teknologi yang akan memberi kesan alam sekitar lebih baik, selain kos penyelenggaraan yang rendah ke atas syarikat.



"Elemen alam sekitar yang diterapkan dalam pesawat ini, dengan penjimatan penggunaan bahan api akan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida (CO2). Ia juga menawarkan ruang kargo yang lebih luas sebanyak 40 peratus,"katanya.



Acara menyambut ketibaan pesawat A321neo akan dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes di Sepang Aircraft Engineering (SAE) petang Jumaat ini.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register