InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,050
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601

SYARIKAT penerbangan tambang rendah, AirAsia, menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua destinasi di seluruh rangkaiannya di Asia Pasifik, Timur tengah dan Amerika Syarikat.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata tawaran itu bermula dari 15 Mei hingga 21 Mei bagi tempoh perjalanan antara 5 September tahun ini hingga 8 Februari tahun depan dan boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi AirAsia untuk peranti mudah alih.
"Promosi ini adalah terhad dan mungkin tidak tersedia di semua penerbangan semasa cuti umum, cuti sekolah dan hujung minggu," kata syarikat penerbangan itu.
Selain daripada tambang rendah tersebut, syarikat itu berkata pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga 50 peratus apabila mereka memilih tempat duduk pilihan mereka menerusi pilihan 'Pick A Seat' Airasia.
Airasia berkata promosi 50 peratus itu juga layak bagi pelanggan syarikat penerbangan gabungannya, AirAsia X, yang memilih tempat duduk Zon Senyap atau Premium Flatbed, yang disertakan dengan peruntukan bagasi percuma 40 kilogram serta banyak lagi manfaat.
"Selain itu, pelanggan yang memilih Premium Flatbed yang terbang dari Kuala Lumpur akan menikmati akses ke AsiaAsia Premium Red Lounge secara percuma," kata syarikat itu.
Sejak mula beroperasi pada 2001, AirAsia mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina serta India dan Jepun, dengan rangkaian merangkumi seluruh Asia, Australia dan New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat. - Bernama
Pesta Pelancongan AirAsia Akan Dibuat Di Sabah & Sarawak
![]()
KUALA LUMPUR – Pesta Pelancongan AirAsia (AATF) 2017, yang merupakan acara tahunan syarikat penerbangan itu akan dianjurkan di dua lokasi dalam tahun ini iaitu di Sibu, Sarawak pada 12-13 Ogos dan Sandakan, Sabah pada 19-20 Ogos.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, berkata promosi istimewa akan ditawarkan dalam bandar terlibat, seperti penjimatan 20 peratus untuk semua tiket yang dibeli dalam talian bersempena dengan pesta itu, dan Beli Satu-Percuma Satu untuk penerbangan dari Kuching ke Langkawi dan Pontianak kepada 20 pengunjung pertama yang menempah penerbangan di Wisma Sanyan di Sibu.
Pengunjung juga boleh menikmati tawaran hebat destinasi AirAsia X seperti dari Kuala Lumpur ke Taipei, Sydney, Beijing, Sapporo melalui promosi semua dalam tambang untuk dua penumpang dari RM388 sehala.
Ketua Komersial AirAsia, Spencer Lee berkata, berdasarkan hasil yang amat menggalakkan di Kuching, Miri, Tawau dan Kota Kinabalu pada tahun lepas, syarikat itu menjangkakan sambutan yang lebih baik dalam tahun ini.
“Kami sangat sukacita untuk menganjurkan pesta pelancongan ini sekali lagi, di Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan bagi membangunkan dan mengembangkan rangkaian kami di dua negeri tersebut. Pameran Pelancongan AirAsia telah direka untuk membolehkan kami terlibat secara berkesan dengan para pelanggan kami dengan menawarkan mereka diskaun serta merta serta promosi istimewa,” katanya. – BERNAMA
AirAsia Tawar Diskaun Sehingga 45 Peratus
![]()
KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 45 peratus bagi tempahan kumpulan dalam kempen baharunya, ‘Buy More, Save More’.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata diskaun 45 peratus itu untuk empat hingga sembilan penumpang yang dibuat di bawah tempahan yang sama, tiga penumpang (35 peratus), dua penumpang (25 peratus), manakala untuk penumpang bersendirian (15 peratus).
“Promosi ini memberi peluang kepada semua orang, sama ada yang suka melancong bersendirian, dengan keluarga atau rakan, kami akan membawa anda ke destinasi pada kos yang berkurangan,” kata Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh.
Promosi berkenaan sah bagi laluan dari Kuala Lumpur ke Sydney, Gold Coast Australia, Beijing, Hangzhou dan banyak lagi dengan penerbangan AirAsia X serta dari Kuala Lumpur ke Shantou, Tiruchirappalli, Pekanbaru, Kalibo, Pattaya, Alor Setar, Sibu, Johor Bahru, Langkawi, dan penerbangan AirAsia yang lain.
Tawaran ini juga termasuk ke destinasi baharu syarikat penerbangan seperti Kuala Lumpur-Sihanoukville, Langkawi-Shenzen dan Langkawi-Kuching, yang akan bermula 9 Ogos, 2017. – BERNAMA
Last edited: