UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Wang lebih RM80,000 lesap dengan satu panggilan telefon

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,216
Reaction score
4,253
Points
201
Wang lebih RM80,000 lesap dengan satu panggilan telefon

YAN - Seorang pengusaha kilang kopi kehilangan RM88,379.94 melalui 33 transaksi tanpa disedari akibat terpedaya dengan satu panggilan telefon.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, lelaki berusia 63 tahun itu menerima panggilan daripada seorang individu menggunakan nama 'Nurhidayah' meminta nombor OTP atau TAC kononnya telah tersilap memasukkan nombor telefon mangsa.

Menurutnya, suspek mendakwa nombor telefon itu telah didaftarkan ke atas akaun 'Go Payz' milik suspek.

"Suspek kemudian meminta mangsa memaklumkan nombor OTP atau TAC yang diterima bagi tujuan mengemaskini akaun 'Go Payz' tersebut.

"Mangsa bagaimanapun telah mendedahkan semua nombor yang diterima kepada suspek," katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Elias, mangsa hanya menyedari ditipu apabila dihubungi pihak bank bertanyakan tentang jumlah transaksi pemindahan wang yang terlalu banyak ke dalam akaun ketiga yang tidak dikenali.

Disebabkan sangsi, katanya, semakan dibuat dan akhirnya mendapati sebanyak 33 transaksi pemindahan wang telah dilakukan tanpa disedari dari akaun mangsa membabitkan jumlah RM88,379.94.

"Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Yan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...h-RM80000-lesap-dengan-satu-panggilan-telefon
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,409
Reaction score
3,665
Points
236
1,420 Kes Macau Scam Di Dakwa Di Kahkamah, Januari - Oktober

20.11.2020 - Shah Alam, Sebanyak 1,420 daripada 2,676 tangkapan kes berkaitan Macau Scam, membabitkan kerugian RM256 juta sudah didakwa di mahkamah antara Januari hingga Oktober lepas, kata Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusli Mohd Noor.

“Mereka yang tertipu itu terdiri daripada pelbagai golongan termasuk pensyarah, jurutera, bahkan kakitangan bank sendiri,” katanya selepas merasmikan Balai Polis Bukit Yong di sini, semalam yang turut dihadiri Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat.

Rusli berkata, mereka menjadi mangsa akibat mudah terpedaya dengan ugutan dan janji manis oleh seseorang menerusi panggilan telefon, kononnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga dari mahkamah. Beliau berkata mangsa yang terbabit pula, dengan mudah memberikan nombor pin dan nombor akaun bank, malah sanggup berhutang dengan bank antara RM200,000 hingga RM300,000, untuk dimasukkan ke dalam akaun seseorang selepas diminta berbuat demikian.

“Lebih teruk lagi ada orang kerugian hampir RM1 juta, malah ada yang takut untuk membuat laporan selepas menyedari mereka tertipu,” katanya.

Sementara itu Shafien berkata, pihaknya akan membukukan perjuangan dan pengorbanan anggota polis yang bertugas di pondok polis Bukit Yong ketika zaman darurat menentang pengganas komunis. Beliau berkata, selama ini rakyat hanya mengetahui sejarah serangan pengganas komunis di Bukit Kepong sahaja tanpa mengetahui di Kelantan juga mempunyai sejarah yang sama yang mana kejadian itu telah menyebabkan anggota tercedera dan terkorban.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/1420-kes-macau-scam-didakwa-di-mahkamah-januari-oktober/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,409
Reaction score
3,665
Points
236
Ada Pegawai Polis Bakal Gantung Tugas, Tamat Khidmat

21.11.2020 - Kuala Lumpur, Pegawai dan anggota polis terlibat secara langsung dengan individu yang ditahan berkaitan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam, bakal berdepan digantung tugas selain ditamatkan perkhidmatan jika pembabitan mereka dibuktikan. Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata proses rakaman percakapan dan pengumpulan bukti berhubung penglibatan 24 pegawai dan anggota seperti didakwa, masih dijalankan.

“Siasatan masih berjalan, namun setelah selesai siasatan pihak JIPS akan mengesyorkan kepada pihak tatatertib, untuk mereka dikenakan hukuman setimpal. Ia termasuk digantung tugas bagi melalui proses perbicaraan atau dibuang kerja, sekiranya terdapat bukti jelas berhubung penglibatan mendalam mereka dengan sindiket itu,” katanya kepada Bernama.

Menurut Zamri, kesemua mereka sehingga kini masih menjalankan tugas seperti biasa, dengan sebahagian besarnya telah ditukarkan ke unit lain termasuk pentadbiran. Zamri berkata penggantungan tugas akan dibuat melibatkan pegawai dan anggota polis yang dituduh di mahkamah, berhubung tuduhan jenayah itu.

“Kesemua mereka akan digantung tugas daripada tarikh mereka mula dituduh sehingga selesai perbicaraan di mahkamah. Sekiranya di akhir perbicaraan mereka disabitkan bersalah, tindakan gantung (tugas) akan dilaksana sebelum diikuti dengan langkah seterusnya iaitu ditamatkan perkhidmatan,” katanya.

Menurut Zamri, perkara sebaliknya berlaku sekiranya mereka yang didakwa itu didapati tidak bersalah

“Jika diputuskan tidak bersalah, mereka akan diambil bekerja semula maka tempoh penggantungan tugas adalah bergantung kepada selama mana tempoh perbicaraan itu,” katanya.

Isnin lepas, Bernama melaporkan pegawai kanan PDRM adalah antara yang diambil tindakan, berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket berkenaan, yang turut menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan PDRM, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan itu, ditukarkan. Susulan itu, pada Selasa, Bernama melaporkan penyandang jawatan sensitif dalam perkhidmatan PDRM akan digilirkan dengan lebih kerap pada masa hadapan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/551818
 
Sponsored Post
Top
Log in Register