UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Wang lebih RM80,000 lesap dengan satu panggilan telefon

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Polis Dedah Butiran Siasatan Addy Kana & Macau Scam Rabu Ini

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Satu sidang media khas berhubung sindiket Macau Scam yang didakwa melibatkan seorang Datuk yang dikenali sebagai Datuk Addy Kana dan isteri Datin Alyaa Syuhaila akan diadakan Rabu ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Huzir Mohamed berkata, pihaknya akan berkongsi butiran perkembangan hasil siasatan polis berkaitan skandal cuci duit yang telah berjaya dibongkar baru-baru ini.

“Saya akan membuat sidang media khas mengenai scam dan tangkapan Addy Kana pada Rabu nanti untuk menjelaskan maklumat lebih terperinci mengeni penglibatannya,” katanya kepada wartawan di Cheras malam tadi.

Addy Kana dan isterinya yang sering mampamerkan gaya hidup mewah menjadi tumpuan sejak kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam Macau Scam. Baru-baru ini beliau dan beberapa orang lain telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membantu siasatan sindiket Macau Scam.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2020/10...n-siasatan-addy-kana-dan-macau-scam-rabu-ini/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Polis Sarawak Tumpaskan Sindiket Judi Kaut Untung RM150K Sebulan

19.10.2020 - Kuching, Polis Sarawak berjaya menumpaskan satu sindiket perjudian haram dalam talian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM150,000 sebulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dennis Leong berkata ini berikutan tertangkapnya 12 individu dalam satu serbuan ke atas sebuah kediaman di Jalan Batu Kawa di sini yang dijadikan sebagai pusat panggilan.

"Mereka yang ditangkap dalam serbuan kira-kira 7.30 malam tadi itu berusia 18 hingga 28 tahun, terdiri daripada enam wanita warga asing, lima lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, pasukan serbuan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kontinjen Sarawak itu turut merampas 11 unit komputer riba di pusat berkenaan yang didapati telah beroperasi lebih kurang lima bulan dan mengaut pendapatan bulanan antara RM100,000 hingga RM150,000.

Dalam usaha membanteras kegiatan perjudian haram di negeri ini, beliau berkata sebanyak 676 premis yang terlibat dalam aktiviti judi telah dipotong bekalan elektrik dalam operasi bersama Sarawak Energy Berhad (SEB) antara 1 Jan hingga 17 Okt tahun ini.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891325
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,361
Reaction score
4,272
Points
201
Banteras Macau Scam bermula daripada sumber bocor maklumat peribadi

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Macau Scam yang sudah lama bertapak di negara ini mesti dibanteras daripada akar umbi, bermula dengan sumber atau punca pembocoran maklumat peribadi mangsa.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti bagaimana maklumat peribadi mangsa, termasuk nombor telefon diperoleh.

Mengikut logik dan kelaziman, katanya, maklumat peribadi mangsa biasanya diperoleh daripada pihak yang mempunyai akses ke atas maklumat berkenaan seperti institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi (TELCO).

"Jadi, kedua-dua pihak itu antara yang boleh disiasat bagi melihat sama ada wujud orang dalam yang membocorkan maklumat peribadi pelanggan, sekali gus melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

"Kita tidak mahu menuduh, namun kita perlu ada syak kerana kegiatan seperti Macau Scam ini disebabkan ada pihak yang menyeleweng, antaranya oleh mereka yang mempunyai akses kepada data peribadi kita.

"Selain itu, jika kita lihat, pihak penguat kuasa juga ada yang terbabit. Imbuhan besar yang diperoleh melalui Macau Scam ini menyebabkan wujud pihak yang tidak amanah sehingga kegiatan ini semakin berleluasa," katanya kepada BH, hari ini.

Salawati mengakui beliau sendiri pernah menyelidik bagaimana seorang ejen insurans boleh menghubunginya.

"Data maklumat peribadi saya bocor apabila dihubungi seorang ejen insurans. Saya ajak ejen itu bertemu, bukan mahu beli insurans, tetapi mahu tahu bagaimana dia dapat maklumat mengenai saya.

"Selepas ditanya beberapa kali, dia mendakwa dapat maklumat itu daripada pihak bank. Jika benar dakwaan itu, ia menunjukkan sistem kita lompang, maklumat yang sepatutnya dilindungi boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tiada kaitan," katanya.

Ditanya sama ada undang-undang perlu ditambah baik, Masitah berkata, undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 sudah cukup, namun perlu diguna dengan berkesan.

"Tiada guna 1,000 undang-undang pun, tapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Tiada juga guna undang-undang itu jika kita lambat bertindak," katanya.

Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata TELCO perlu memainkan peranan lebih besar dalam membantu pihak berkuasa mengesan kumpulan yang terbabit dalam Macau Scam dan judi atas talian.

Selain itu, katanya, individu dari syarikat berkenaan dan bank juga perlu lebih amanah dalam melaksanakan tugas mereka melindungi maklumat peribadi pelanggan.

"Dalam perjanjian, sudah dinyatakan bahawa data pelanggan perlu dilindungi, termasuk nombor telefon. Kalau kita ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon saudara mara kita pun, kita tidak akan dapat.

"Justeru, punca sindiket ini sudah tentu kerana ada orang dalam membocorkan maklumat, sehingga akhirnya menyebabkan kerugian besar kepada mangsa," katanya.

Beliau turut melihat keperluan memperketatkan undang-undang sedia ada supaya maklumat peribadi mana-mana individu tidak didedahkan dengan mudah kepada pihak ketiga.

 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,043
Reaction score
245
Points
38
Banteras Macau Scam bermula daripada sumber bocor maklumat peribadi

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan Macau Scam yang sudah lama bertapak di negara ini mesti dibanteras daripada akar umbi, bermula dengan sumber atau punca pembocoran maklumat peribadi mangsa.

Pensyarah Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir, berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti bagaimana maklumat peribadi mangsa, termasuk nombor telefon diperoleh.

Mengikut logik dan kelaziman, katanya, maklumat peribadi mangsa biasanya diperoleh daripada pihak yang mempunyai akses ke atas maklumat berkenaan seperti institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi (TELCO).

"Jadi, kedua-dua pihak itu antara yang boleh disiasat bagi melihat sama ada wujud orang dalam yang membocorkan maklumat peribadi pelanggan, sekali gus melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

"Kita tidak mahu menuduh, namun kita perlu ada syak kerana kegiatan seperti Macau Scam ini disebabkan ada pihak yang menyeleweng, antaranya oleh mereka yang mempunyai akses kepada data peribadi kita.

"Selain itu, jika kita lihat, pihak penguat kuasa juga ada yang terbabit. Imbuhan besar yang diperoleh melalui Macau Scam ini menyebabkan wujud pihak yang tidak amanah sehingga kegiatan ini semakin berleluasa," katanya kepada BH, hari ini.

Salawati mengakui beliau sendiri pernah menyelidik bagaimana seorang ejen insurans boleh menghubunginya.

"Data maklumat peribadi saya bocor apabila dihubungi seorang ejen insurans. Saya ajak ejen itu bertemu, bukan mahu beli insurans, tetapi mahu tahu bagaimana dia dapat maklumat mengenai saya.

"Selepas ditanya beberapa kali, dia mendakwa dapat maklumat itu daripada pihak bank. Jika benar dakwaan itu, ia menunjukkan sistem kita lompang, maklumat yang sepatutnya dilindungi boleh digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tiada kaitan," katanya.

Ditanya sama ada undang-undang perlu ditambah baik, Masitah berkata, undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 sudah cukup, namun perlu diguna dengan berkesan.

"Tiada guna 1,000 undang-undang pun, tapi tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Tiada juga guna undang-undang itu jika kita lambat bertindak," katanya.

Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim, berkata TELCO perlu memainkan peranan lebih besar dalam membantu pihak berkuasa mengesan kumpulan yang terbabit dalam Macau Scam dan judi atas talian.

Selain itu, katanya, individu dari syarikat berkenaan dan bank juga perlu lebih amanah dalam melaksanakan tugas mereka melindungi maklumat peribadi pelanggan.

"Dalam perjanjian, sudah dinyatakan bahawa data pelanggan perlu dilindungi, termasuk nombor telefon. Kalau kita ke syarikat telekomunikasi untuk mendapatkan nombor telefon saudara mara kita pun, kita tidak akan dapat.

"Justeru, punca sindiket ini sudah tentu kerana ada orang dalam membocorkan maklumat, sehingga akhirnya menyebabkan kerugian besar kepada mangsa," katanya.

Beliau turut melihat keperluan memperketatkan undang-undang sedia ada supaya maklumat peribadi mana-mana individu tidak didedahkan dengan mudah kepada pihak ketiga.

memang pun ..
aku ada satu nombor, khas buat internet je ..tak bagi sape2, tak buat whatsapp dll..tup2 ada debt collector call, jurujual insurans call ..lau dari syarikat judi takyah citer la..tiap2 petang..
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,361
Reaction score
4,272
Points
201
Doktor diperdaya 'Datuk Ridzuan LHDN'

BAYAN LEPAS: Wang simpanan sebanyak RM 20,168.60 milik seorang doktor swasta di Persiaran Bayan Indah di sini, lesap selepas dipercayai diperdaya dengan sindiket Macau Scam.

Doktor berusia 27 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Kelantan pada 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan, berkata suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'Datuk Ridzuan' mengatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai perniagaan selama 18 bulan.

Mangsa kemudian menafikannya sebelum panggilan disambung kepada 'Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan' dan suspek mendakwa mangsa pernah terbabit dengan kes penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram.

"Suspek memberitahu pendakwa raya akan hubungi mangsa bagi membantu menyelesaikan kes berkenaan dan meminta doktor terbabit bekerjasama dengan suspek.

"Dalam tempoh sejam selepas panggilan, mangsa menerima sebanyak 12 kod pengesahan transaksi (TAC) daripada bank dan perlu dihantar kepada suspek bagi tujuan menyelesaikan kes itu," katanya kepada NSTP, hari ini.

Anbalagan berkata, mangsa kemudian pergi ke bank semalam bagi menyemak penyata dan terkejut apabila mendapati wang miliknya sebanyak RM20,168,60 'hilang'.

Mengesyaki dirinya sudah ditipu suspek, mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

"Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada orang tidak dikenali dan jangan beri sebarang maklumat peribadi atau bank.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya lagi.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,361
Reaction score
4,272
Points
201
Dua tahun kaut RM11 juta

871528.jpeg

Boon Keng (tiga dari kanan) menunjukkan salinan skrip yang diguna sindiket tersebut untuk memperdaya mangsa menggunakan tiga bahasa pada sidang media di IPK Perak di Ipoh hari ini.

IPOH - Polis berjaya memberkas 22 individu warga tempatan dipercayai ahli sindiket Macau Scam dalam satu operasi khas di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 30 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, serbuan dibuat jam 5 petang di kediaman tersebut susulan laporan polis daripada seorang mangsa pada 19 Oktober lalu yang mengalami kerugian RM67,000 selepas menerima panggilan daripada suspek.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai pegawai dari Pos Laju dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan memperdaya mangsa mengatakan dia terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berjumlah RM148,000 dan mengugut untuk menangkap mangsa.

"Mangsa yang takut dan bimbang akaun bank dibekukan bertindak membuat dua pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza iaitu pertama sebanyak RM43,000 manakala kali kedua berjumlah RM24,000.

"Selepas memindahkan RM67,000 itu, mangsa baru menyedari dia telah ditipu dan kemudian membuat laporan polis," katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Mesyuarat Utama, IPK Perak, di sini hari ini.

Menurutnya, hasil risikan selama seminggu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, IPK Perak dan IPK Bukit Aman berjaya menahan kesemua suspek berusia di antara 18 hingga 27 tahun di dalam kondominum tersebut.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas 34 unit telefon bimbit pelbagai jenis, tiga unit komputer riba, 25 unit iPad, satu unit tab dan sebuah kereta yang digunakan untuk tujuan penipuan tersebut.

Jelasnya, berdasarkan siasatan, pihak polis percaya sindiket yang telah beroperasi selama dua tahun itu bertanggungjawab ke atas 76 kes penipuan sindiket Macau Scam melibatkan jumlah kerugian RM11 juta.

"Di dalam iPad tersebut kita telah temui skrip yang digunakan oleh ahli-ahli sindiket ini untuk menipu mangsa dan skrip ini ditulis dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa ahli-ahli sindiket adalah terlatih.

"Sindiket sebelum ini dipercayai melakukan aktiviti penipuan tersebut di negara luar. Mereka telah balik ke Malaysia berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dengan menyasarkan modus operandi mereka ke atas rakyat Malaysia.

"Ini merupakan kali pertama polis menumpaskan sindiket Macau Scam tempatan yang melakukan penipuan ke atas mangsa-mangsa di Malaysia. Sebelum ini tangkapan polis melibatkan sindiket di Malaysia tetapi sasaran mereka adalah mangsa di luar negara seperti China, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, pihak polis juga percaya sindiket tersebut juga mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan di negara-negara lain.

Jelasnya, kesemua suspek yang direman selama empat hari sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan akan disambung reman hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Boon Keng turut mengingatkan masyarakat supaya tidak terpedaya dengan mana-mana panggilan meminta pemindahan wang ke akaun lain untuk tujuan siasatan pihak polis.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melayan mana-mana panggilan yang mencurigakan atau menghubungi nombor mahupun mengikuti sebarang arahan daripada sindiket tersebut.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/108215/BERITA/Jenayah/Dua-tahun-kaut-RM11-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,919
Reaction score
1,691
Points
151
Polis tahan semula 22 suspek Macau Scam
Ipoh: Seramai 22 suspek Macau Scam yang ditahan polis di Perak akhir bulan lalu ditahan semula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak, Superintendan Hasbullah Abd Rahman berkata, tempoh reman semua individu warga tempatan berumur antara 18 hingga 27 tahun itu sejak 30 Oktober lalu berakhir hari ini.

"Hari ini kesemua mereka ditahan semula bersangkut kes lain tetapi tetap membabitkan penipuan dan kita akan mengemukakan permohonan reman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Selasa lalu, Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng dalam satu sidang media berkata JSJK Perak dengan JSJK Bukit Aman menumpaskan satu sindiket Macau Scam yang terbabit dalam 76 kes penipuan sejak dua tahun lalu membabitkan kerugian RM11 juta .

Sindiket berpangkalan di Malaysia dan menjadikan rakyat tempatan sebagai mangsa itu tumpas dalam serbuan ke atas sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dijadikan pusat panggilan.

#kw xnstp polis, tangkapan, reman, sindiket, macau scam,
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,361
Reaction score
4,272
Points
201
Kontraktor lesap RM107,000 diperdaya Macau Scam

BATU GAJAH: Seorang kontraktor kerugian lebih RM107, 000 selepas diperdaya oleh sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara dan pegawai polis, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner (ACP)Ahmad Adnan Basri, berkata mangsa yang berumur 45 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Mr Lai', kononnya pegawai Bank Negara menerusi nombor 03-94165679, ketika berada di rumah di Kampung Baharu Chenderoh, di sini.

Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu memberitahu mangsa bahawa terdapat transaksi pembelian barangan di sebuah platform beli-belah dalam talian yang menggunakan kad kredit Ambank atas namanya berjumlah RM11,188.35, namun dinafikan mangsa.

"Selepas itu, panggilan disambungkan konon kepada bahagian penggubahan wang haram di Bukit Aman dan mangsa bercakap dengan seorang wanita bernama Than Kok Hwa yang memberitahu akaun, kad kreditnya telah disalah guna dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Mangsa memberitahu dia mempunyai dua akaun iaitu akaun Ambank dan akaun Hong Leong Bank sebelum diarah untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kedua-dua bank," katanya.

Ahmad Adnan berkata, pengadu telah pergi ke ATM dan apabila selesai mengikuti arahan wanita itu, mangsa mendapati wang daripada akaun Hong Leong Bank dan Ambank telah berkurangan sebanyak RM107,996.95.

Katanya pengadu kemudian berasa tertipu sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 6.15 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – BERNAMA
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Rakyat Malaysia Khususnya Wanita Terus Diperdaya "Macau Scam"

17.11.2020 - Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa dalam tempoh 10 bulan sahaja iaitu dari Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kerugian melibatkan sindiket penipuan ‘Macau Scam’ mencecah sehingga RM256 juta.

Jumlah itu adalah daripada 5,218 kes yang telah direkodkan dalam tempoh tersebut. Daripada jumlah itu pula, sebanyak 2,676 kes telah pun berjaya ditumpaskan oleh PDRM dengan 1,420 kes sudah dibawa ke mahkamah di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob, mangsa yang paling ramai adalah terdiri daripada golongan wanita yang berumur lebih daripada 51 tahun denagn merekodkan lebih daripada 3,000 kes.

Oleh itu beliau menggesa kepada orang ramai supaya tidak menjawab panggilan dari pihak tidak dikenali atau terburu-buru percaya dengan dakwaan mereka akan ditangkap, harta dirampas dan sebagainya. Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak memindahkan duit ke dalam mana-mana akaun jabatan kerajaan kerana kerajaan tidak pernah memberi arahan kepada orang awam berbuat demikian.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1901783
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Di Syaki Terlibat Macau Scam, 20 Anggota & Pegawai Polis Di Tukar

17.11.2020 - Kuala Lumpur, Pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara yang diambil tindakan berikutan disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket judi dalam talian dan Macau Scam. Kes itu turut menyaksikan rombakan besar-besaran dalam pasukan polis, melibatkan lebih 20 anggota, pegawai dan pegawai kanan pasukan keselamatan itu ditukarkan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata langkah menukarkan anggota dan pegawai terlibat adalah tindakan pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenayah. Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pegawai PDRM yang akan dikenakan tindakan selepas ini berhubung perkara itu.

“Sudah diambil tindakan. Tindakan pertama ialah menukarkan mereka dari tempat sensitif. Tindakan kedua sekiranya ada bukti-bukti lain kita akan ambil tindakan selanjutnya. Tidak silap saya ada 20 (orang). Akan keluar lagi (pertukaran). Tak ada apa yang sensasinya jika perkara seperti ini. Kalau berlaku, kita siasat. Bila ada faktanya, kita ambillah tindakan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melakukan kunjungan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini. Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan disaring oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuh di Bukit Aman bagi memastikan mereka yang bakal ditempatkan di bahagian 'panas’, mempunyai integriti yang tinggi.

Kes membabitkan pegawai kanan polis itu dikesan susulan penahanan beberapa selebriti dan usahawan kosmetik oleh SPRM bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengubah atau ‘mencuci wang haram’ daripada sindiket Macau Scam dan pengendali judi dalam talian.

Screenshot-3209.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1901876
 
Sponsored Post
Top
Log in Register