UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Wang lebih RM80,000 lesap dengan satu panggilan telefon

CG Sponsors




isteri_aku

Active Member
Joined
Feb 5, 2012
Messages
2,067
Reaction score
28
Points
40
hari ni dapat lg call dari scammer pos laju.
Ape cite tuan? Borak panjang x?
Kawan tgh tunggu call dari scammer BigPay plak...dgr kat forum sebelah ramai dapat call...dia guna wasap call. Nak test kehebatan team diorang plakss
 
Last edited:
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,918
Reaction score
1,691
Points
151
Ape cite tuan? Borak panjang x?
Kawan tgh tunggu call dari scammer BigPay plak...dgr kat forum sebelah ramai dapat call...dia guna wasap call. Nak test kehebatan team diorang plakss
jgn lupa record perbualan
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,043
Reaction score
245
Points
38
kebanyakkan yg kena semua jenis yg ada ratus2 ribu dlm bank ..lau jenis ada cukup2 je scammer tak pandang..
camner scammer tau? aku saspek kerja org dalam gak ..
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
bukan seratus dua kena scam. berpuluh ringgit duit simpanan. nak menyimpan oun makan bertahun2. senang2 kena scam. naya tol
 

Ahmad Pintu8_8

Active Member
Joined
Mar 26, 2012
Messages
1,837
Reaction score
147
Points
43
Modus operandi ni orang yang sama ke dengan suspek yang ditahan bawah AmL4 tu?

kalau sama memang hati kering, la makan duit jota2...

tgk video viral..memang tak terungkap dengan kata la..
 

KLVIPER

Legendary Member
Joined
Mar 31, 2008
Messages
16,619
Reaction score
508
Points
161
bukan seratus dua kena scam. berpuluh ringgit duit simpanan. nak menyimpan oun makan bertahun2. senang2 kena scam. naya tol
Yang kena ni orang tua..yang xde fb, xde wassap, x expose dengan benda ni. Cina pun ada. Kawan aku citer kerani public bank pun kena. Kerani tu jenis pendiam, tak dapat maklumat pasal ni. Orang yang expose macam kita ni mungkin boleh elak. Aku risau orang orang tua kat kampung
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
Yang kena ni orang tua..yang xde fb, xde wassap, x expose dengan benda ni. Cina pun ada. Kawan aku citer kerani public bank pun kena. Kerani tu jenis pendiam, tak dapat maklumat pasal ni. Orang yang expose macam kita ni mungkin boleh elak. Aku risau orang orang tua kat kampung
betul yang tak berapa nak tahu undang2. dulu aku pernah terima call. dia ckp dari mahkamah ganu. aku tanya balik bila masa aku duduk ganu 🤣 terus mengelabah dia
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Wanita rugi lebih RM100,000 ditipu Macau Scam

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 35 tahun kerugian RM106,500 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mengatakan kononnya mangsa terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram dan dadah, 20 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Superintendan Elias Omar, berkata sebelum itu, mangsa yang tinggal di Sungai Petani menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pekerja Pejabat Pos Kuala Lumpur bernama 'Encik Razali'.

"Suspek memaklumkan bahawa mangsa telah menghantar barang berupa kad pengenalan dan lapan kad pengeluaran bank (ATM) dari Alor Setar. Suspek juga memberitahu hasil semakan kad pengenalan itu didapati mangsa terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram dan dadah.

"Mangsa kemudiannya telah disambungkan ke talian kononnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum diminta untuk menghubungi talian 999 untuk membuat laporan polis secara dalam talian kerana ia adalah kes berat," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Elias berkata mangsa kemudiannya disambungkan kepada beberapa individu lain yang mengaku sebagai anggota polis dan diarahkan untuk ke IPD Seremban dalam tempoh dua jam dan sekiranya gagal, waran tangkap akan dikeluarkan.

"Mangsa kemudian disambungkan kepada seorang lagi individu iaitu seorang wanita bernama 'Puan Maria' yang memperkenalkan diri sebagai pegawai atasan IPD Seremban. Suspek mengarahkan mangsa untuk memindahkan wang ke dalam akaun yang diberikan supaya perlindungan insurans dapat dibuat.

"Mangsa yang bimbang memasukkan wang berjumlah RM106,500 pada 29 September dan 1 Oktober lalu ke dalam dua akaun bank CIMB. Mangsa telah menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya sebelum menyedari ditipu," katanya.

Elias berkata mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani pada 1 Oktober dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket ini serta jangan mudah menyerahkan maklumat peribadi secara dalam talian. Buat semakan dengan pihak polis sekiranya ada menerima sebarang panggilan telefon untuk pengesahan," katanya. – BERNAMA
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,510
Reaction score
1,601
Points
596
saya pernah sprm call saya

saya ada hutang ngan public bank rm20,000

saya maki balik

saya kata apa hal aku hutang

dalam bank aku ada rm20 juta cash

aku tido bantal katil pun duit

aku duk banglo pun harga rm5juta

tiba tiba aku ada hutang rm20,000 plak

gila pa

aku maki kaw kaw

sampai dia letak

dia kata ko kaya kan kenapa tak leh cakap elok elok

cam na aku nak cakap elok elok

ko kata aku hutang sedangkan aku multi millionaire camna aku tak bengang

aku kaya ko kata aku hutang plak
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,359
Reaction score
4,264
Points
201
Lesap RM1.9 juta ditipu 'pegawai polis'

PETALING JAYA - Gara-gara percaya dengan penipuan Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis, seorang pengurus agensi perbankan berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM1.9 juta lesap.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, dalam kejadian pada 5 Mei lalu, suspek menghubungi mangsa dan mendakwanya terlibat dalam kes langgar lari hingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, mangsa yang berusia 50 tahun itu juga didakwa mempunyai rekod kes pengubahan wang haram.

"Pada masa yang sama mangsa turut menerima satu mesej waran tangkap.

"Mangsa kemudian diminta untuk membuka akaun baharu supaya wang di dalam akaun bank miliknya dapat dipindahkan ke akaun itu bertujuan untuk siasatan pihak Bank Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pada keesokannya mangsa telah memindahkan semua wangnya ke dalam akaun baharu itu.

Katanya, mangsa juga diminta untuk tidak membuat sebarang semakan dengan pihak bank daripada bulan Mei hingga September bagi melancarkan siasatan pihak polis.

"Mangsa juga dijanjikan akan menerima surat pengesahan sama ada didapati bersalah atau tidak pada penghujung September atau selewatnya pada awal Oktober," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sehingga semalam, mangsa tidak menerima sebarang surat pengesahan seperti yang dijanjikan dan pemeriksaan di bank mendapati wang miliknya berjumlah RM1.9 juta telah dikeluarkan secara berperingkat.

Justeru, orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan muslihat sindiket serta perlu dapatkan pengesahan daripada pihak polis atau institut kewangan terlebih dahulu untuk semakan.

"Diingatkan juga, jangan sesekali dedahkan nombor akaun, nombor kad ATM atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali dan segera hubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 sekiranya menerima panggilan sedemikian," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/104564/BERITA/Jenayah/Lesap-RM19-juta-ditipu-pegawai-polis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register