UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Pesawah diperdaya 'pegawai LHDN' RM30,000

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,479
Reaction score
4,298
Points
201

ANTARA warga China dan Taiwan yang ditahan. FOTO ihsan Polis

SATU sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang beroperasi di banglo di Shah Alam diserbu polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) 3.45 petang, hari ini.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan 25 individu termasuk lapan wanita membabitkan 20 rakyat China dan lima warga Taiwan ditahan.


Katanya, sindiket berkenaan dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi meminta mangsa membayar wang kononnya bagi menjelaskan hutang dalam jumlah yang banyak.

"Hasil serbuan, polis turut merampas Toyota Vellfire, 10 passport China, lima passport Taiwan, empat komputer riba dan 16 tablet serta skrip perbualan yang digunakan untuk aktiviti penipuan.

"Semua tahanan dan rampasan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, serbuan dilakukan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Taiwan.

Sementara itu, Acryl Sani memberitahu, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, polis sudah menjalankan siasatan terhadap 270 kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian RM9.49 juta.

Katanya, sindiket ini dikesan menggunakan kemudahan Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk menyamar sebagai pegawai bank, polis, pegawai mahkamah dan pegawai syarikat telekomunikasi seterusnya memperdaya mangsa membuat pemindahan wang ke akaun yang ditetapkan sindiket.

"Orang ramai diminta berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan taktik yang digunakan sindiket ini.

"Sekiranya berdepan situasi seperti ini, orang ramai diminta supaya segera berhubung dengan pihak bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/230203/sindiket-macau-scam-tumpas

25 ahli sindiket 'Macau Scam' ditahan di Shah Alam


ANTARA warga China dan Taiwan, ahli sindiket Macau Scam yang ditahan di sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Seramai 20 rakyat China dan lima warga Taiwan dipercayai ahli sindiket penipuan 'Macau Scam', ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ke atas sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi. Mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun menjadikan Malaysia sebagai pusat untuk menipu mangsa yang berada di Taiwan menggunakan 'voice over internet protocol' (VoIP) menyamar sebagai pegawai bank, polis, pegawai mahkamah mahupun pegawai syarikat telekomunikasi.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan sindiket yang aktif sejak Mac lalu, memperdaya mangsa sehingga membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket berkenaan. "Ahli sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi di Taiwan, sebelum memberitahu mangsa mempunyai hutang internet dalam jumlah yang besar.

"Mangsa diminta untuk menyelesaikan hutang dengan segera dan membuat pemindahan wang ke akaun ditetapkan di Taiwan. "Bagi meyakinkan lagi mangsa, ahli sindiket turut menyamar sebagai pegawai polis, bank dan pegawai mahkamah, " katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire; 10 pasport China dan lima Taiwan; kertas skrip yang digunakan untuk berhubung dengan mangsa; empat komputer riba; 16 Ipad; 15 telefon; tiga pendrive serta modem dan router.

Acryl berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, JSJK menjalankan siasatan terhadap 270 kes penipuan 'Macau Scam' yang membabitkan kerugian berjumlah RM9.49 juta. Modus operandi sindiket adalah mereka berpangkalan di Malaysia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Taiwan.


BANGLO di Shah Alam, yang dijadikan pusat operasi oleh sindiket Macau Scam diserbu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, petang tadi


ANTARA warga China dan Taiwan, ahli sindiket Macau Scam yang ditahan di sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi.


KERTAS skrip butiran perbualan antara ahli sindiket Macau Scam dengan mangsa yang menjadi sasaran mereka si Taiwan turut dirampas sebagai bahan bukti.

http://www.bharian.com.my/node/283732
Dalang Macau Scam direman


Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman. FOTO Faiz Anuar

SERAMAI 20 rakyat China dan lima warga Taiwan direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan Macau Scam.

Tempoh tahanan reman mereka dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar di Mahkamah Shah Alam hari ini, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka tiba di mahkamah dengan tangan bergari, 11 pagi hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan 25 individu termasuk lapan wanita yang terbabit dalam sindiket penipuan Macau Scam.

Beliau berkata, banglo yang menjadi tempat mereka beroperasi di Shah Alam diserbu 3.45 petang semalam.

Menurutnya, sindiket itu dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi dan meminta mangsa membayar wang kononnya bagi menjelaskan hutang dalam jumlah banyak.

"Hasil serbuan, polis merampas sebuah Toyota Vellfire, 10 pasport China, lima pasport Taiwan, empat komputer riba dan 16 Ipad serta skrip perbualan yang digunakan untuk aktiviti penipuan," katanya.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/230455/dalang-macau-scam-direman
kopi pasta..

Here's how the Maybank scam works, according to ACP Mohd Kamaruddin:

The scammers would pose as Maybank officers and randomly call up strangers, telling them that they have overdue personal loans with the bank
The scammers would then ask for the potential victim's personal information, such as full name and IC number
If the victim says that he does not have any personal loans with Maybank, the scammer would then tell the victim that his identity is being used by a third party for suspicious activities such as money laundering and drug-related crimes
The scammers would then provide a number for the victim to call, advising him to lodge a report with the police or Bank Negara
When the victim calls the number, another scammer would pick up the call, posing either as a police officer or a Bank Negara staff
The fake officer would then ask for the victim's banking account details
The officer would then instruct the victim to transfer all the money into another account provided by the scammers, on the pretext of safeguarding the money or preventing the victim's banking account from being frozen by the bank
The officer would then warn the victim against telling anyone as it would jeopardise the investigation
The victim would later realise that he has been duped and would start hating his life
Berita 25/5/2017

46 warga China, Macau ditahan dalam Macau Scam

KUALA LUMPUR 25 Mei - Sindiket Macau Scam yang didalangi warga asing berjaya ditumpaskan selepas 46 individu ditahan polis di Johor hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor dilakukan di Bukit Indah, Johor Bahru menyaksikan kesemua suspek warga China dan Macau ditahan.


“Syabas JSJK Johor tahan 46 warga China dan Macau kerana terlibat dengan Macau Scam di Bukit Indah Johor Bahru, #GoPDRMGO,” katanya dalam laman dalam laman sosial Twitter miliknya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...tahan-dalam-macau-scam-1.486199#ixzz4i9s14SVa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Berita 26/5/2017

Sindiket Macau Scam tumpas



KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor Asisten Komissioner Wan Rukman Wan Hassan (tiga kanan) bersama pegawai siasatan menunjukkan barang yang dirampas dalam Tangkapan Kes Penipuan Macau Scam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Polis menumpaskan sindiket Macau Scam atau penipuan menerusi telefon dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Taman Subang Mewah, Subang Jaya di sini, semalam. Dalam serbuan pada jam 11.30 malam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor itu, seramai 14 lelaki dan lima wanita China berumur lingkungan antara 17 hingga 40 tahun ditahan.

Ketua JSJK negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan, berkata sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak tahun lalu dan sehingga kini jumlah keseluruhan kerugian membabitkan RM17 juta ringgit. "Banglo mewah ini dijadikan markas bagi kegiatan suspek sejak tiga bulan lalu.

Turut dirampas dalam serbuan ialah sebuah kenderaan jenis Honda CRV, pelbagai jenama komputer dan telefon bimbit, sembilan kad Union Pay pelbagai bank, satu unit router serta modem," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Wan Rukman berkata, semua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Wan Rukman berkata, sebanyak 158 kertas siasatan membabitkan penipuan Macau Scam dibuka sejak Januari hingga Mei tahun ini. "Polis menerima banyak laporan daripada mangsa yang membabitkan jumlah kerugian jutaan ringgit. Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa sindiket terbabit," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286751
 
Rugi RM200,000 dalam tempoh 3 hari ditipu Macau Scam

KOTA BHARU: Seorang pesara kerajaan kerugian lebih RM200,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam, di sini, minggu lalu.

Mangsa lelaki berusia 60-an dikatakan menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali dan pemanggil berkenaan memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kedah.

Lelaki berkenaan memaklumkan mangsa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dan sejumlah wang sudah dimasukkan dalam akaun mangsa.

Mangsa kemudian diminta suspek supaya mengeluarkan semua wang simpanannya dalam Tabung Haji dan memasukkan wang berkenaan dalam akaun Bank Islam milik suspek.

Malah, mangsa juga didesak melakukan proses pemindahan wang berkenaan menerusi internet bagi memudahkan urusan.

Mangsa yang panik terpaksa mengikut arahan suspek kerana percaya suspek adalah anggota polis yang sudah melakukan siasatan berhubung kes berkenaan.

Mangsa kemudiannya melakukan beberapa kali transaksi bermula pada 9 Januari sehingga 11 Januari lalu kepada akaun berlainan yang diberikan suspek, gara-gara terpedaya dan bimbang akan keselamatannya.

Bagaimanapun, pada hari terakhir transaksi dilakukan, mangsa menyemak akaun simpanannya dan terkejut melihat baki yang hanya tinggal sedikit sebelum sedar dia sebenarnya ditipu dan tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan.

https://www.bharian.com.my/berita/k...m200000-dalam-tempoh-3-hari-ditipu-macau-scam

Jurujual hampir terpedaya sindiket Macau Scam


HASLIZA menunjukkan surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset yang nyaris ditipu sindiket Macau Scam dan menyelamatkan wang dalam akaunnya daripada lesap sekelip mata ketika ditemui di bandar Kota Bharu. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Jurujual di sebuah pasar raya nyaris kehilangan wang simpanan berjumlah RM30,000, selepas menerima panggilan telefon daripada sindiket Macau Scam.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hasliza, 45, berkata menerusi panggilan itu, dia dituduh terbabit dalam jenayah dadah jenis syabu sebanyak 16 kilogram (kg) dan mempunyai tunggakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah RM16,000.

Katanya, panggilan itu diterima jam 3 petang semalam ketika berada di tempat kerjanya di Jerteh, Terengganu dari seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai kastam.

"Pemanggil mengatakan saya ada tunggakan GST atas pembelian 103 unit telefon bimbit jenama Samsung di Bukit Kayu Hitam, Kedah pada 2007.

"Saya tidak mengaku namun, pemanggil membacakan butir mengenai saya dan semuanya tepat membuatkan saya berasa takut sebelum dia terus membuat provokasi.

"Pemanggil berkenaan kemudian menyambungkan panggilan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan dari situ pula seorang 'inspektor' memberitahu bahawa ada seorang bekas kakitangan sebuah bank, menggunakan akaun bank saya untuk pembelian dadah jenis syabu seberat 16kg," katanya ketika ditemui di sini.

Hasliza yang berasa takut memberitahu pemanggil untuk merujuk kepada anaknya yang juga seorang anggota polis namun, dihalang pemanggil dengan alasan khuatir akan menjejaskan imej anak mangsa.

Dalam perbualan selama setengah jam itu juga, mangsa ditanya mengenai jumlah akaun bank yang dimiliki, kononnya untuk tujuan pembekuan dan Hasliza memberitahu hanya memiliki akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) saja.

"Sebaik ditanya mengenai akaun bank, hati saya mula terdetik sesuatu dan terus teringatkan kejadian yang menimpa Datuk Seri Vida yang nyaris ditipu Macau Scam baru-baru ini.

"Saya segera memutuskan panggilan telefon dan tidak lama kemudian menerima surat mahkamah melalui aplikasi WhatsApp berhubung perintah penangkapan dan pembekuan aset," katanya yang terus menghubungi rakan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu malam tadi.

Beliau berkata, dia yakin ramai lagi yang menjadi mangsa, selain menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan itu.

https://www.bharian.com.my/berita/w...jurujual-hampir-terpedaya-sindiket-macau-scam

Waspada panggilan palsu, penipuan Macau Scam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai tidak mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon mendakwa daripada institusi kewangan ataupun pihak polis kerana dikhuatiri ia panggilan palsu.

Ini susulan banyak aduan diterima PDRM daripada mangsa yang terpedaya dengan panggilan palsu berkenaan yang dikategorikan sebagai 'telecommunication fraud' atau Macau Scam, kebelakangan ini.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, siasatan mendapati penipuan berkenaan didalangi sindiket dari Taiwan dan China yang menggunakan talian antarabangsa dari Hong Kong dan tempatan.

"Macau Scam membabitkan empat kategori modus operandi iaitu cabutan bertuah (lucky draw), tipu culik dan minta wang tebusan, 'spoofing' penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan dan 'spoofing' penyamaran sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) atau bank komersial.

"Spoofing adalah teknik di mana pemanggil (ahli sindiket) akan berkomunikasi menggunakan platform 'voice over internet protocol (VoIP) bagi membolehkan pemanggil meletakkan sebarang nombor untuk memperdaya mangsa bahawa panggilan itu daripada nombor yang tertera di skrin," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, selain empat modus operandi terbabit, polis turut mengesan helah dan taktik lain yang digunakan sindiket penipuan terbabit untuk memperdaya mangsa antaranya dakwaan langgar lari dan gagal membayar hutang pinjaman bank atau institusi kewangan.

"Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah itu sekiranya menerima panggilan telefon sedemikian.

"Anda tidak perlu panik dan jangan mengikut arahan yang diberikan oleh pemanggil. Putuskan panggilan dan terus menghubungi pihak polis atau institusi kewangan terbabit," kata Asmawati.

Selain itu, katanya orang ramai juga diingatkan tidak menghubungi semula nombor telefon yang diterima itu, sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.

"Anda juga diingatkan agar tidak mendedahkan nombor akaun bank, nombor kad pengeluaran wang automatik (ATM) atau kad kredit kepada orang yang tidak dikenali.

"Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi BNM untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan kewangan dan seumpamanya," katanya.

Katanya lagi, orang ramai yang menjadi mangsa penipuan sebegini diminta membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut dapat diambil.

Info: Empat modus operandi penipuan Macau Scam

1. Modus operandi penipuan cabutan bertuah (lucky draw):

Pengadu menerima panggilan telefon mendakwa memenangi pertandingan cabutan bertuah bernilai jutaan dolar dari syarikat Hong Kong atau Macau.

Pemanggil kemudiannya memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa mahu menuntut hadiah berkenaan.

Setelah bersetuju, pengadu dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke dalam akaun tertentu bagi menuntut hadiah terbabit.

Setelah selesai transaksi, pemanggil gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

2. 'Spoofing' penyamaran sebagai pegawai polis atau agensi kerajaan

Mangsa menerima panggilan daripada individu yang mengaku sebagai pegawai mahkamah atau polis dan mendakwa mangsa terbabit dengan kegiatan haram seperti Ah Long, kongsi gelap dan pengedaran dadah.

Mangsa kemudian diminta memindahkan wang daripada akaun banknya ke akaun tertentu, kononnya untuk mengelakkan akaun mangsa dibekukan oleh pihak berkuasa.

3. 'Spoofing' penyamaran pegawai BNM atau bank komersial (kad kredit)

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai bank dan mendakwa mangsa gagal membuat bayaran kad kredit.

Mangsa kemudian diarahkan untuk menghubungi seseorang kononnya pegawai dari BNM bagi mengelakkan nama disenarai hitam atau akaun bank dibekukan.

Mangsa akhirnya diperdaya untuk membuat pemindahan wang ke akaun tertentu melalui e-Banking atau melalui mesin deposit tunai (CDM).

4. Tipu culik dan minta wang tebusan

Mangsa menerima panggilan daripada seseorang memaklumkan kononnya anak atau saudara mangsa diculik.

Mangsa diperdaya untuk memindahkan wang tebusan ke akaun pihak ketiga yang diberikan oleh pemanggil.

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Terpedaya 'pegawai' puaka



Ipoh: Hanya dengan satu panggilan telefon, seorang wanita kerugian RM15,400 selepas wang simpanan dalam akaun banknya lesap dipercayai diperdaya sindiket penipuan atas talian.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku pada Jun lalu, wanita yang hanya mahu dikenali Li Heng, 37, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mendakwa daripada sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Katanya, lelaki yang menggelarkan dirinya Ong memaklumkan dia menggunakan kad kredit membeli telefon di sebuah kedai syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur pada 21 Mac lalu.

“Lelaki itu meminta saya menelefon Bank Negara melalui nombor telefon diberikannya dan menurutnya jika saya tidak berbuat demikian secepat mungkin, nama saya akan disenarai hitam.

“Bimbang disenarai hitam saya terus menghubungi nombor telefon ‘Bank Negara’ yang diberikan lelaki terbabit dan bercakap dengan seorang lagi lelaki bernama Wong,” katanya di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham di sini, semalam.

Menurutnya, dia kemudian diminta memberikan nama dan nombor kad pengenalan selain memberikan maklumat mengenai akaun bank serta kad kredit lain kepada ‘pegawai’ bank berkenaan.

“Sebaik sahaja panggilan itu ditamatkan, saya menceritakan perkara itu kepada seorang rakan dan rakan percaya saya sudah ditipu.

“Berasa tidak sedap hati saya terus ke bank dan terkejut mendapati semua wang dalam akaun yang berjumlah RM15,400 sudah tiada,” katanya yang kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bercham pada Jun lalu.

Seorang lagi mangsa penipuan atas talian yang ingin dikenali sebagai Mei Lin berkata, dia terpedaya dengan tawaran skim pinjaman mudah di laman Facebook.

“Saya terpedaya dengan tawaran penstrukturan semula kewangan yang dibuat oleh satu akaun Facebook yang menggunakan nama sebuah syarikat kewangan pada Mac lalu.

“Saya diminta mendaftarkan maklumat diri dan kemudian dihubungi seorang individu yang meminta saya membayar sejumlah wang pendahuluan bagi membuat pinjaman secara atas talian,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian membuat bayaran RM5,370 selepas dimaklumkan cek pinjaman sudah siap namun selepas itu individu yang menghubunginya itu gagal dihubungi.

Sementara itu, ADUN Bercham, Cheong Chee Khing berkata beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang mendakwa daripada syarikat perkhidmatan kewangan dengan memberikan maklumat peribadi.

https://www.hmetro.com.my/setempat/2017/11/280459/terpedaya-pegawai-puaka

Thai selamatkan wanita Malaysia 19 tahun dikurung sindiket Macau Scam



BANGKOK: Polis Thai menyelamatkan seorang wanita Malaysia berusia 19 tahun yang dipukul dan dipaksa berkurung dalam sebuah kondominium di pinggir Bangkok oleh sindiket ‘Macau Scam’ yang diketuai seorang gengster Taiwan.

Dalam operasi yang dilakukan berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh Kedutaan Malaysia di Thailand, polis Thai menyerbu sebuah kondominium di kawasan Bangna semalam dan menahan 5 lagi rakyat Malaysia serta lelaki Taiwan berusia 29 tahun, yang disyaki menjadi ketua sindiket itu.

Empat lelaki dan seorang wanita Malaysia ditahan berumur antara 22 dan 27 tahun.

“Mangsa mendakwa dia telah ditipu untuk bekerja sebagai operator pusat panggilan dan dikurung di dalam kondominium itu. Dia turut dipukul oleh anggota sindiket terbabit,” kata Pemangku Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Thai (TPB) Mej Jen Surachet Hakpan, yang mengetuai operasi itu.

Menurutnya, mangsa telah menghubungi Kedutaan Malaysia di Thailand yang kemudian menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa Thai.

Polis Thai juga merampas komputer, penghala Internet, kad SIM, telefon bimbit, telefon, kamera litar tertutup (CCTV) dan peralatan rakaman, pencetak serta Ipad dari kondominium itu.

Sementara itu, Supt Ridzuan Abdul Aziz dari Kedutaan Malaysia memberitahu Bernama bahawa bapa mangsa telah bertemu pegawai kedutaan beberapa hari lepas dan melaporkan mengenai penderitaan yang dialami anaknya di tangan sindiket itu.

“Bapanya memaklumkan bahawa anaknya itu telah ditipu (oleh sindiket) dan kerap dipukul kerana enggan terlibat dalam aktiviti mereka,” katanya dan menambah, anak perempuannya berjaya menghubunginya lalu memberitahu mengenai layanan buruk yang diterima daripada sindiket itu.

Mangsa juga mendedahkan maklumat mengenai sindiket terbabit termasuk alamat kondomium itu.

Kedutaan Malaysia kemudian meminta bantuan polis Thai, yang membawa kepada serbuan ke atas kondominium itu semalam serta menahan lelaki Taiwan dan menyelamatkan mangsa rakyat Malaysia itu.

Berdasarkan siasatan awal, Ridzuan berkata rakyat Malaysia yang ditahan dalam serbuan itu percaya bahawa mereka akan bekerja dengan sebuah syarikat jualan dalam talian di Bangkok, malangnya, sebaik sahaja tiba di ibu negara Thai, mereka dikurung di dalam sebuah kondominium manakala pasport, wang tunai dan telefon bimbit dirampas.

Mereka dipukul kerana enggan bekerja atau menimbulkan masalah, katanya dan menambah mereka disuruh menghubungi mangsa (sindiket) dalam bahasa Cina untuk menawarkan beberapa skim palsu.

Ridzuan berkata, polis Thai berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia kerana memberikan maklumat mengenai sindiket itu yang membuktikan ‘Macau Scam’ aktif di Bangkok.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...wanita-malaysia-dikurung-sindiket-macau-scam/

Last edited:
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,503
Reaction score
530
Points
71
malaysia lubuk duit. mcm2 scammer ada
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,543
Reaction score
25
Points
70
Macam tak semua kena lagi ni. Ring besar
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,073
Reaction score
11,112
Points
1,906
syabas polis
mmg tak guna scammer ni...
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,503
Reaction score
530
Points
71
Macam tak semua kena lagi ni. Ring besar
rekrut dia ramai bos. group ni kena tangkap, nanti lain hari akan dtg lg group lain bawa peralatan dari china. pastu sambung balik kerja scam org.
 

sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,435
Reaction score
146
Points
83
mcmmana diaorang tipu?...
cakap b.m pun tak reti..
kalu indon tu boleh gagah la jugak..
ada sapa2 tau modus operandi camna :-?
 

syahrizam

Active+ Member
Joined
Jan 4, 2011
Messages
3,577
Reaction score
83
Points
30
mcmmana diaorang tipu?...
cakap b.m pun tak reti..
kalu indon tu boleh gagah la jugak..
ada sapa2 tau modus operandi camna :-?
GEORGE TOWN, March 14 — A syndicate in which the members posed as a policeman and bank officer to deceive the public using the same modus operandi as in the Macau Scam syndicate, has been detected in the state.

Penang Commercial CID chief ACP Abdul Ghani Ahmad said the police had been receiving tens of phone calls from members of the public asking for confirmation about a police officer conducting probe into their bank accounts.

“The public claimed to have received a telephone call from an individual claiming to be a police officer from the Penang Police Contingent headquarters and telling them that their names and phone numbers had been used to open multiple bank accounts in Malaysia.

“The victims also claimed to have received calls from several banks informing them that a new account has been opened using their names and identity card numbers and that several money transfer transactions had been executed through that account,” he told reporters here today.

He said the caller also told the victims’ that their accounts were suspected of being involved in several crime cases related to drugs and money-laundering, when in reality they did not even have the accounts.

Abdul Ghani said the suspect would then instructed the victims to transfer their balance to another account to ensure that the money would not be frozen.

He said no victims suffered monetary loss so far and those who had received similar calls were requested to lodge a police report to facilitate in the investigation.

The public are also advised not to follow any instructions to transfer their money into another account given by any individuals through telephone calls or online, he added. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/m...n-bank-officer-in-penang#sthash.MlgvpfgI.dpuf
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,434
Reaction score
721
Points
121
berapa kali tumpas daaaa....patah tumbuh hilang berganti....cut off 1 head, 2 shall take it's place
 

akudotcom

Super Active Member
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
8,977
Reaction score
1,702
Points
151
Dulu negro
Skrang cina plak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register