UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Pesara rugi RM3.8 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Simpanan RM78,000 lesap angkara Macau Scam

KUANTAN: Seorang pembantu taman asuhan kanak-kanak di sini, kerugian simpanan bank berjumlah RM78,000 akibat diperdaya sindiket penipuan Macau Scam.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata wanita berusia 56 tahun itu mulanya menerima panggilan telefon daripada individu mengaku polis yang mendakwa kereta Perodua Myvi milik mangsa didapati kenderaan curi.

“Panggilan itu seterusnya disambungkan kepada ‘Inspektor Mazlan’ dan hasil semakan juga mendapati mangsa juga terbabit dengan kes pengubahan wang haram.

“Namun ‘Inspektor Mazlan’ memberitahu boleh membantu mangsa untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Mohd Wazir berkata, selepas itu, mangsa dihubungi pula seorang wanita dan menyatakan boleh membantunya untuk membersihkan nama daripada tuduhan berkenaan.

“Namun suspek berkenaan meminta mangsa mengaktifkan perbankan internetnya. Mangsa juga diminta untuk berikan nombor pada kad pengeluaran wang automatik (ATM).

“Kemudian mangsa diarahkan pergi ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini untuk memindahkan carumannya ke dalam akaun bank miliknya sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian memindahkan wang simpanan KWSP berjumlah RM78,000 ke dalam akaunnya sebelum suspek memberi amaran supaya tidak menceritakan hal berkenaan kepada mana-mana pihak dalam masa seminggu.

“Namun, semalam mangsa membuat semakan di bank dan mendapati wang dalam akaunnya sudah dipindahkan ke dalam satu akaun yang lain dengan jumlah sebanyak RM78,000.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini selepas mendapati dirinya ditipu sindiket Macau Scam,” katanya.

Mohd Wazir berkata, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun bank berkenaan dan siasatan sedang dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Simpanan ASB RM65,000 lesap, ditipu Macau Scam

KUANTAN: Seorang suri rumah di Temerloh terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM65,000 apabila wang daripada akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB), miliknya lesap dipercayai angkara Macau Scam, semalam.


Kejadian bermula apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang suspek yang mendakwa, polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kononnya terdapat perintah mahkamah dikeluarkan untuk membekukan semua asetnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek meminta mangsa yang berusia 53 tahun supaya tidak memberitahu kepada sesiapa berkenaan perkara berkenaan.

“Pada hari sama, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lagi suspek yang memaklumkan mangsa hanya mempunyai masa lebih kurang dua jam sebelum segala asetnya dibekukan.

“Bagi mengelakkan daripada terkena tindakan mahkamah serta penjara, suspek meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam satu akaun yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat dua kali pindahan wang ke dalam dua akaun berbeza masing-masing berjumlah RM30,000 dan RM35,000.

“Sumber wang yang mangsa pindahkan berkenaan adalah dari wang simpanan ASB miliknya sendiri. Apabila sampai ke rumah, mangsa baru menyedari dia sudah ditipu dan datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk membuat laporan polis.

“Suspek sangat licik dalam memanipulasi mangsa agar tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa termasuk anak mangsa,” katanya.

Katanya, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun bank berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan individu yang berurusan di telefon dan media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan,” katanya.

 

aeolian

Active+ Member
Joined
Jul 30, 2010
Messages
3,201
Reaction score
121
Points
48
gila ar, masyuk2, aku nak jadi aktivist nak banteras benda ni la.
 

bettertomorrow

Fun Poster
Joined
Nov 21, 2017
Messages
208
Reaction score
133
Points
23
takkan tak perasan semua kebanyakkan pesara atau orang tua . masalah kat sini macam mana target mangsa mesti yg ada duit simpanan kwsp atau asn asb dalam jumlah besar

aku malas nak spekulasi tapi cyber securiti dan database pemegang akaun epf asb macam bocor byk sangat atau mmg ada kaki bagi maklumat high profile income pada scammer2 ni

kalau korang dapat call dari sarawak atau mengaku putrajaya berhati2 . masalah mangsa byknya warga emas , kesian
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Lesap RM20,000 ditipu 'polis'

CAMERON HIGHLANDS: Seorang pekebun di sini terpaksa menanggung kerugian RM20,000 selepas ditipu lelaki yang menyamar pegawai polis dengan mendakwa anaknya ditahan, semalam.

Mangsa wanita berusia 74 tahun menerima panggilan daripada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Kuala Lumpur kira-kira jam 11.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek memberitahu anak mangsa ditahan polis kerana memiliki dadah dan warga emas itu perlu membayar RM100,000 untuk melepaskannya.

“Namun wanita warga emas itu memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan hanya boleh membayar sebanyak RM20,000 sahaja.

“Pada hari sama, mangsa memindahkan wang RM20,000 ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan pembayaran itu mangsa diminta menunggu panggilan daripada suspek, namun selepas sejam dia tidak menerima sebarang panggilan yang menyebabkannya menyedari ditipu.

“Mangsa kemudian menghubungi anaknya sebelum diberitahu dia tidak ditangkap polis berkait kes dadah.

“Mangsa membuat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, Cameron Highlands di sini semalam. Saya meminta orang ramai mengabaikan panggilan dari nombor yang tidak dikenali atau mencurigakan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
 

akusS

Active Member
Joined
Jul 9, 2007
Messages
1,470
Reaction score
73
Points
40
Pernah dpt kol dr sindiket cmni, bgtau ada kereta guna nama encik dan kereta tu ada tunggakan hutang cmtu......tp aku iyekan je cerita dia, trus dia blur pastu letak kol, x sangka aku sanggup mengaku mmg ada hutang kereta tertunggak kot....

Lagi satu kol aku terima nk ckp dgn isteri aku, kes tunggakan byrn kereta gk, punya lama sembang kononnya isteri aku ada hutang dan perlu selesaikan segera, lastnye aku bgtau nama yg dia ckp memula tu bukan isteri aku pn, bengang giler dia sbb terpaksa layan aku sembang....

Kalau korang terima kol pelik2 cmni layan je sembang...bleh hilang stress skejap...
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Doktor kena tipu RM40,000

KUANTAN: Bimbang dikatakan akaun bank digunakan untuk kes penggubahan wang haram, seorang doktor di Temerloh terpaksa menanggung kerugian RM40,000 diperdaya sindiket Macau Scam, semalam.


Mangsa dikatakan ada menerima panggilan kira-kira jam 12.35 tengah hari daripada seorang lelaki yang mendakwa dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cyberjaya, dan memberitahu wanita itu mempunyai tunggakan cukai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata, suspek mendakwa mangsa yang berusia 26 tahun mempunyai tunggakan cukai syarikat sebanyak RM13,000.

“Kemudian panggilan berkenaan disambungkan kepada dua lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Nizam dan Inspektor David kononnya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Suspek bertanya jika mangsa mengenali pengedar dadah bernama M Faizul Ariffin yang sudah ditangkap di sempadan Thailand dan wanita itu menafikan kenal lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas itu suspek memberitahu akaun bank mangsa didapati sudah digunakan dalam kes penggubahan wang haram dan talian disambungkan kepada pihak Bank Negara.

“Pengadu kemudian diminta berikan maklumat akaun dan kata laluan perbankan secara dalam talian miliknya kepada suspek.

Tidak lama kemudian, mangsa membuat semakan dan mendapati wang berjumlah RM40,000 di dalam akaunnya sudah lesap,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, semalam, selepas ditipu oleh sindiket Macau Scam.

Katanya, pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun bank berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda jika sabit kesalahan.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Pemuda panik rugi RM20,000 ditipu Macau Scam

KUANTAN - Seorang pemuda mengalami kerugian apabila wang simpanan hampir RM20,000 lesap gara-gara panik selepas menerima panggilan yang mengaitkannya dengan aktiviti pengedaran dadah dan pengubahan wang haram semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai mahkamah dan memberitahu mangsa mempunyai tunggakan kad kredit RM10,180.72, namun mangsa menafikannya, sebelum panggilan disambungkan ke balai polis dan mangsa dimaklumkan pula terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah.

Beliau berkata, suspek mendakwa dirinya pegawai polis dari Bukit Aman meminta mangsa memberikan kerjasama bagi membolehkan siasatan dilakukan dan meminta mangsa mematuhi semua arahan bagi menyelesaikan kes.

"Suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang dengan meminta kata nama dan kata laluan miliknya dan tanpa berfikir panjang, mangsa mengikuti permintaan itu sebelum mendapati wang berjumlah RM19,998 dalam akaunnya lesap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan selepas menyedari dirinya ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Ekoran daripada itu, mangsa datang ke balai polis buat laporan kerana dipercayai dirinya telah ditipu," katanya.

Sementara itu, Mohd Wazir menasihatkan orang ramai tidak sesekali terpedaya dengan iklan pinjaman mudah melalui laman sosial sebaliknya berurusan terus dengan syarikat pinjaman berlesen atau institusi bank yang lebih terjamin.

"Ia bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa sindiket penipuan yang menggunakan iklan pinjaman tidak wujud sebagai modus operandi untuk menjerat mangsa," katanya.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,396
Reaction score
2,950
Points
201
Pesara rugi hampir RM50,000 ditipu Macau Scam

MARAN: Seorang pesara terpaksa menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang kononnya mendakwa mangsa mempunyai tunggakan cukai.

Penipuan itu bermula pertengahan bulan lalu apabila wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan daripada seorang wanita mendakwa dari Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek memberitahu mangsa perlu menjelaskan hutang tunggakan cukai sebanyak RM17,600.

"Mangsa diminta untuk bercakap dengan Sarjan Kumarasin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, kononnya boleh membantu menyelesaikan kes berkenaan.

"Selepas bercakap dengan Sarjan Kumarasin, panggilan itu disambung pula dengan seorang pegawai polis mendakwa dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika bercakap dengan pegawai Bukit Aman itu, mangsa menyerahkan sebanyak tiga kali nombor TAC kepada suspek yang kononnya sedang membantu menyelesaikan kes berkenaan.

"Tidak lama kemudian, mangsa tidak berpuas hati, meminta seorang rakannya yang bekerja dengan sebuah bank menyemak akaun miliknya dan mendapati, wang berjumlah RM49,800 sudah lesap," katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasa dirinya sudah ditipu oleh sindiket berkenaan kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran di sini, semalam.

"Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika disabitkan kesalahan," katanya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
macau_scam_1589330120.jpg

Macau Scam: Mangsa dakwa rugi RM141,590


KUANTAN : Seorang lelaki mendakwa kerugian RM141,590 akibat diperdayakan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan syarikat telekomunikasi dan pegawai polis, sejak bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa yang berusia 59 tahun mendakwa menerima panggilan telefon pada 27 April lepas dari seorang lelaki, kononnya dari syarikat telekomunikasi yang mahu membuat semakan talian.

"Suspek semasa itu mendakwa pihaknya menerima aduan bahawa talian telefon itu digunakan untuk kegiatan perjudian haram dan mangsa diarahkan untuk menghubungi pegawai polis bagi siasatan lanjut.

"Pegawai itu dikatakan, menghantar pesanan WhatsApp kepada mangsa beberapa hari kemudian mendakwa namanya sudah disenarai hitam dan perlu menyerahkan butiran peribadi perbankan miliknya kepada polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang juga mendakwa diminta untuk berkongsi kod pengesahan transaksi (TAC) yang dihantar ke telefon bimbitnya atau berdepan dengan risiko kehilangan wang simpanan.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa semakan terhadap baki akaun banknya semalam, mendapati terdapat empat transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya sejak 28 April hingga 4 Mei lepas menyebabkan mangsa menghubungi 'pegawai polis' itu bagi meminta penjelasan.

Mangsa mendakwa suspek memaklumkan wang itu perlu dipindahkan bagi tujuan siasatan dan akan dipulangkan semula, namun mangsa tidak berasa sedap hati menyebabkan dia membuat laporan di Balai Polis Mentakab, Temerloh dekat sini, semalam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA


 
Sponsored Post
Top
Log in Register