UPDATE MACAU SCAM, TERKINI : Pesara rugi RM3.8 juta

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,415
Reaction score
2,956
Points
201

ANTARA warga China dan Taiwan yang ditahan. FOTO ihsan Polis

SATU sindiket penipuan ‘Macau Scam’ yang beroperasi di banglo di Shah Alam diserbu polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) 3.45 petang, hari ini.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil serbuan 25 individu termasuk lapan wanita membabitkan 20 rakyat China dan lima warga Taiwan ditahan.


Katanya, sindiket berkenaan dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi meminta mangsa membayar wang kononnya bagi menjelaskan hutang dalam jumlah yang banyak.

"Hasil serbuan, polis turut merampas Toyota Vellfire, 10 passport China, lima passport Taiwan, empat komputer riba dan 16 tablet serta skrip perbualan yang digunakan untuk aktiviti penipuan.

"Semua tahanan dan rampasan diserahkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Shah Alam untuk tindakan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, serbuan dilakukan hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Taiwan.

Sementara itu, Acryl Sani memberitahu, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, polis sudah menjalankan siasatan terhadap 270 kes penipuan Macau Scam membabitkan kerugian RM9.49 juta.

Katanya, sindiket ini dikesan menggunakan kemudahan Voice Over Internet Protocol (VoIP) untuk menyamar sebagai pegawai bank, polis, pegawai mahkamah dan pegawai syarikat telekomunikasi seterusnya memperdaya mangsa membuat pemindahan wang ke akaun yang ditetapkan sindiket.

"Orang ramai diminta berhati-hati dan berwaspada supaya tidak terpedaya dengan taktik yang digunakan sindiket ini.

"Sekiranya berdepan situasi seperti ini, orang ramai diminta supaya segera berhubung dengan pihak bank atau agensi berkaitan untuk pengesahan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/230203/sindiket-macau-scam-tumpas

25 ahli sindiket 'Macau Scam' ditahan di Shah Alam


ANTARA warga China dan Taiwan, ahli sindiket Macau Scam yang ditahan di sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi.

KUALA LUMPUR: Seramai 20 rakyat China dan lima warga Taiwan dipercayai ahli sindiket penipuan 'Macau Scam', ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ke atas sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi. Mereka berusia antara 20 hingga 30 tahun menjadikan Malaysia sebagai pusat untuk menipu mangsa yang berada di Taiwan menggunakan 'voice over internet protocol' (VoIP) menyamar sebagai pegawai bank, polis, pegawai mahkamah mahupun pegawai syarikat telekomunikasi.

Pengarah JSJK, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tindakan sindiket yang aktif sejak Mac lalu, memperdaya mangsa sehingga membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket berkenaan. "Ahli sindiket ini akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi di Taiwan, sebelum memberitahu mangsa mempunyai hutang internet dalam jumlah yang besar.

"Mangsa diminta untuk menyelesaikan hutang dengan segera dan membuat pemindahan wang ke akaun ditetapkan di Taiwan. "Bagi meyakinkan lagi mangsa, ahli sindiket turut menyamar sebagai pegawai polis, bank dan pegawai mahkamah, " katanya dalam kenyataan malam tadi.

Katanya, dalam serbuan sama, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire; 10 pasport China dan lima Taiwan; kertas skrip yang digunakan untuk berhubung dengan mangsa; empat komputer riba; 16 Ipad; 15 telefon; tiga pendrive serta modem dan router.

Acryl berkata, sepanjang empat bulan pertama tahun ini, JSJK menjalankan siasatan terhadap 270 kes penipuan 'Macau Scam' yang membabitkan kerugian berjumlah RM9.49 juta. Modus operandi sindiket adalah mereka berpangkalan di Malaysia bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Taiwan.


BANGLO di Shah Alam, yang dijadikan pusat operasi oleh sindiket Macau Scam diserbu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, petang tadi


ANTARA warga China dan Taiwan, ahli sindiket Macau Scam yang ditahan di sebuah banglo di Shah Alam, petang tadi.


KERTAS skrip butiran perbualan antara ahli sindiket Macau Scam dengan mangsa yang menjadi sasaran mereka si Taiwan turut dirampas sebagai bahan bukti.

http://www.bharian.com.my/node/283732
Dalang Macau Scam direman


Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman. FOTO Faiz Anuar

SERAMAI 20 rakyat China dan lima warga Taiwan direman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan Macau Scam.

Tempoh tahanan reman mereka dikeluarkan Majistret Khairul Nizam Abu Bakar di Mahkamah Shah Alam hari ini, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mereka tiba di mahkamah dengan tangan bergari, 11 pagi hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan 25 individu termasuk lapan wanita yang terbabit dalam sindiket penipuan Macau Scam.

Beliau berkata, banglo yang menjadi tempat mereka beroperasi di Shah Alam diserbu 3.45 petang semalam.

Menurutnya, sindiket itu dikesan menjalankan aktiviti penipuan dengan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi dan meminta mangsa membayar wang kononnya bagi menjelaskan hutang dalam jumlah banyak.

"Hasil serbuan, polis merampas sebuah Toyota Vellfire, 10 pasport China, lima pasport Taiwan, empat komputer riba dan 16 Ipad serta skrip perbualan yang digunakan untuk aktiviti penipuan," katanya.

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan hasil kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis Taiwan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/05/230455/dalang-macau-scam-direman
kopi pasta..

Here's how the Maybank scam works, according to ACP Mohd Kamaruddin:

The scammers would pose as Maybank officers and randomly call up strangers, telling them that they have overdue personal loans with the bank
The scammers would then ask for the potential victim's personal information, such as full name and IC number
If the victim says that he does not have any personal loans with Maybank, the scammer would then tell the victim that his identity is being used by a third party for suspicious activities such as money laundering and drug-related crimes
The scammers would then provide a number for the victim to call, advising him to lodge a report with the police or Bank Negara
When the victim calls the number, another scammer would pick up the call, posing either as a police officer or a Bank Negara staff
The fake officer would then ask for the victim's banking account details
The officer would then instruct the victim to transfer all the money into another account provided by the scammers, on the pretext of safeguarding the money or preventing the victim's banking account from being frozen by the bank
The officer would then warn the victim against telling anyone as it would jeopardise the investigation
The victim would later realise that he has been duped and would start hating his life
Berita 25/5/2017

46 warga China, Macau ditahan dalam Macau Scam

KUALA LUMPUR 25 Mei - Sindiket Macau Scam yang didalangi warga asing berjaya ditumpaskan selepas 46 individu ditahan polis di Johor hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor dilakukan di Bukit Indah, Johor Bahru menyaksikan kesemua suspek warga China dan Macau ditahan.


“Syabas JSJK Johor tahan 46 warga China dan Macau kerana terlibat dengan Macau Scam di Bukit Indah Johor Bahru, #GoPDRMGO,” katanya dalam laman dalam laman sosial Twitter miliknya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...tahan-dalam-macau-scam-1.486199#ixzz4i9s14SVa
© Utusan Melayu (M) Bhd

Berita 26/5/2017

Sindiket Macau Scam tumpas



KETUA Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor Asisten Komissioner Wan Rukman Wan Hassan (tiga kanan) bersama pegawai siasatan menunjukkan barang yang dirampas dalam Tangkapan Kes Penipuan Macau Scam pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Polis menumpaskan sindiket Macau Scam atau penipuan menerusi telefon dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Taman Subang Mewah, Subang Jaya di sini, semalam. Dalam serbuan pada jam 11.30 malam oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor itu, seramai 14 lelaki dan lima wanita China berumur lingkungan antara 17 hingga 40 tahun ditahan.

Ketua JSJK negeri, Asisten Komisioner Wan Rukman Wan Hassan, berkata sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak tahun lalu dan sehingga kini jumlah keseluruhan kerugian membabitkan RM17 juta ringgit. "Banglo mewah ini dijadikan markas bagi kegiatan suspek sejak tiga bulan lalu.

Turut dirampas dalam serbuan ialah sebuah kenderaan jenis Honda CRV, pelbagai jenama komputer dan telefon bimbit, sembilan kad Union Pay pelbagai bank, satu unit router serta modem," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Wan Rukman berkata, semua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Mengulas lanjut, Wan Rukman berkata, sebanyak 158 kertas siasatan membabitkan penipuan Macau Scam dibuka sejak Januari hingga Mei tahun ini. "Polis menerima banyak laporan daripada mangsa yang membabitkan jumlah kerugian jutaan ringgit. Orang ramai dinasihat sentiasa berwaspada supaya tidak menjadi mangsa sindiket terbabit," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/286751
 
Last edited:
Sponsored Post

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,259
Reaction score
479
Points
41
malaysia lubuk duit. mcm2 scammer ada
 

estacoco

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
7,542
Reaction score
25
Points
70
Macam tak semua kena lagi ni. Ring besar
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,517
Reaction score
9,819
Points
1,746
syabas polis
mmg tak guna scammer ni...
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,259
Reaction score
479
Points
41
Macam tak semua kena lagi ni. Ring besar
rekrut dia ramai bos. group ni kena tangkap, nanti lain hari akan dtg lg group lain bawa peralatan dari china. pastu sambung balik kerja scam org.
 

sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,412
Reaction score
136
Points
83
mcmmana diaorang tipu?...
cakap b.m pun tak reti..
kalu indon tu boleh gagah la jugak..
ada sapa2 tau modus operandi camna :-?
 

syahrizam

Active+ Member
Joined
Jan 4, 2011
Messages
3,571
Reaction score
82
Points
30
mcmmana diaorang tipu?...
cakap b.m pun tak reti..
kalu indon tu boleh gagah la jugak..
ada sapa2 tau modus operandi camna :-?
GEORGE TOWN, March 14 — A syndicate in which the members posed as a policeman and bank officer to deceive the public using the same modus operandi as in the Macau Scam syndicate, has been detected in the state.

Penang Commercial CID chief ACP Abdul Ghani Ahmad said the police had been receiving tens of phone calls from members of the public asking for confirmation about a police officer conducting probe into their bank accounts.

“The public claimed to have received a telephone call from an individual claiming to be a police officer from the Penang Police Contingent headquarters and telling them that their names and phone numbers had been used to open multiple bank accounts in Malaysia.

“The victims also claimed to have received calls from several banks informing them that a new account has been opened using their names and identity card numbers and that several money transfer transactions had been executed through that account,” he told reporters here today.

He said the caller also told the victims’ that their accounts were suspected of being involved in several crime cases related to drugs and money-laundering, when in reality they did not even have the accounts.

Abdul Ghani said the suspect would then instructed the victims to transfer their balance to another account to ensure that the money would not be frozen.

He said no victims suffered monetary loss so far and those who had received similar calls were requested to lodge a police report to facilitate in the investigation.

The public are also advised not to follow any instructions to transfer their money into another account given by any individuals through telephone calls or online, he added. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/m...n-bank-officer-in-penang#sthash.MlgvpfgI.dpuf
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,292
Reaction score
653
Points
111
berapa kali tumpas daaaa....patah tumbuh hilang berganti....cut off 1 head, 2 shall take it's place
 

akudotcom

Active+ Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 17, 2007
Messages
4,439
Reaction score
951
Points
81
Dulu negro
Skrang cina plak
 
Sponsored Post
Top
Log in Register