UPDATE MACAU SCAM, TERKINI :Pesara rugi hampir RM50,000 ditipu

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,048
Reaction score
2,944
Points
201
Rugi RM187,000 diperdayakan 'pegawai' SPRM

GEORGETOWN: Seorang pesara wanita menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan Macau Scam di negeri ini membabitkan kerugian RM187,000.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, berkata pada mulanya, mangsa berusia 56 tahun itu dihubungi seorang lelaki pada jam 9.25 pagi, Rabu lalu, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, ‘pegawai’ berkenaan kemudian menedakwa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, namun wanita itu menafikannya.

“Mangsa kemudian disambungkan ke Bukit Aman sebelum seorang `pegawai polis’ dikenali sebagai Asisten Superintendan Fahmi memberitahu mangsa terbabit kes jenayah dinyatakan sebelum itu dan akan ditahan.

“Bagi menyelesaikan kes itu, mangsa perlu mengosongkan semua wang dalam akaun bank miliknya dengan cara memindahkannya ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Anbalagan berkata, mangsa yang termakan dengan helah suspek kemudian memindahkan wang menerusi enam transaksi ke empat buah bank masing-masing berjumlah RM50,000; RM29,700; RM20,100; RM29,000;RM8,200 dan RM50,000, dengan jumlah keseluruhan RM187,000.

Katanya, mangsa diminta untuk membuat beberapa lagi transaksi selepas itu namun, mengesyaki sudah ditipu sebelum membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini sering mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket menyamar sebagai pegawai penguatkuasa dan meminta untuk melakukan transaksi pemindahan wang.

Bagaimanapun, masih ramai menjadi mangsa penipuan itu dan diingatkan supaya berhati-hati, termasuk membuat semakan dengan pihak berkuasa atau bank jika mengesyaki sebarang perbuatan mencurigakan atau menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

 
Sponsored Post

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,909
Reaction score
584
Points
161
Adoi mak mertua pula terkena. Nasib baik tak sempat duit hilang. Dia call isteri saya tanya dulu.

Tapi bahaya pasal dia dah kasi tahu berapa banyak duit dalam ASB dan Tabung Haji.

Dah tentu kena flag keras dalam database scammer.

Memang sampai bila2lah scam ni takkan terkubur pasal adanya orang2 yang tak nak membaca akhbar, tengok tv dan ambil tahu bila orang berbincang pasal isu semasa.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,048
Reaction score
2,944
Points
201
Wanita rugi RM42,570 diperdaya 'pegawai LHDN'


MARANG: Seorang wanita berputih mata apabila wang simpanannya bernilai RM42,570 lesap selepas terpedaya dengan panggilan individu tidak dikenali, awal bulan lalu.

Kejadian bermula apabila peniaga berusia 58 tahun itu menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memaklumkan mangsa kononnya mempunyai notis tidak membayar cukai.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Deputi Superintendan Hamdan Zali, berkata lelaki itu memaklumkan mangsa perlu menjelaskan tunggakan cukai berkenaan sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan dia mempunyai tunggakan cukai menyebabkan lelaki itu meminta mangsa menunggu kononnya bagi menyambungkan panggilan ke Bank Negara untuk semakan.

“Sebaik panggilan disambungkan, mangsa dimaklumkan yang dia terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram pula, sebelum lelaki itu menawarkan diri membantu mangsa dalam kes berkenaan.

“Mangsa yang panik kemudian bersetuju dengan tawaran suspek sebelum dia diminta membayar sejumlah wang bagi menyelesaikan kes.

“Mangsa beberapa kali melakukan transaksi pemindahan wang simpanan miliknya ke akaun bank diberikan lelaki itu sehingga jumlah keseluruhan bernilai RM42,570,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, mangsa kemudian rasa tidak sedap hati apabila suspek terus meminta memindahkan wang sebelum menyedari dia ditipu lalu membuat laporan polis pada Khamis lalu untuk tindakan lanjut.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,759
Reaction score
11,163
Points
2,376


Lesap RM100,000 diperdaya Macau Scam


GOMBAK: Seorang pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian didalangi dua individu, masing-masing menyamar sebagai pegawai pos dan pegawai polis pada 20 Disember lalu.

Mangsa berusia 64 tahun itu dihubungi seorang ‘pegawai pos’ memaklumkan terdapat satu bungkusan didaftarkan atas namanya untuk dihantar dari Kepong ke Kota Kinabalu ditahan kerana mengandungi kad pengenalan dan juga 15 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pelbagai bank milik orang lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata lelaki itu pada mulanya menafikan perkara berkenaan, namun mangsa kemudian diminta menghubungi polis.

“Mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai RF 160893 Azizul Abdul Aziz dari Bahagian Unit Tindakan Khas. Suspek yang menyamar sebagai polis itu menyatakan bertanggungjawab menyiasat kes mangsa.

“Mangsa diminta tidak menceritakan mengenai hal berkenaan kepada sesiapa untuk mengelakkan diri daripada ditangkap dan dikehendaki mematuhi Akta Rahsia Rasmi.

“Mangsa kemudian diminta menyerahkan butiran jenis akaun bank yang dimiliki serta jumlah wang dalam akaun tersebut. Pada 20 Disember mangsa dihubungi dan diminta mengeluarkan kesemua wang berikutan pihak Bank Negara akan membekukan akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Arifai berkata, mangsa kemudian menuruti arahan suspek dan mengeluarkan wang RM100,000 dari akaun Bank Islam miliknya.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang itu dalam satu beg dan meninggalkannya di atas sofa buruk yang ada di tempat pembuangan sampah di luar kawasan IPT tempat mangsa bekerja.

“Mangsa juga diberitahu supaya berjalan terus selepas meletakkannya tanpa menoleh ke belakang, selepas kejadian itu, mangsa berasa pelik dan kemudian buat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedua-dua suspek, siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Asisten Superintendan Syed Abdul Rahman Syed Mohsin di talian 03-6126 2222 atau menghubungi CCID Infoline ditalian 013-2111222.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,759
Reaction score
11,163
Points
2,376

Pelayan restoran rugi RM13,612 ditipu 'Datuk Koh'


TEMERLOH: Panik dikatakan terbabit dengan pengubahan wang haram dan penyeludupan dadah, pelayan restoran wanita di sini kerugian RM13,612 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai polis bergelar ‘Datuk’, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 25 tahun menerima panggilan daripada suspek kononnya dari Mahkamah Johor.

“Suspek memberitahu mangsa mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM10,300 sebelum panggilan itu disambungkan kepada seorang lagi suspek memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Sauzi’ dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mendakwa mangsa turut terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah serta pengubahan wang haram.

“Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk Koh’ bagi menyelesaikan kes sebelum suspek meminta mangsa membuat pindahan semua wang ke akaunnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pindahan wang sebanyak RM13,000 ke dalam akaunnya sebelum menyerahkan kata laluan perbankan internet kepada suspek.

Katanya, selepas membuat pindahan ke dalam akaun seperti diarahkan, mangsa pulang ke rumah dan membuat semakan mendapati wang sudah berkurangan sebanyak RM13,612.69.

“Mangsa mendapati terdapat pemindahan ke dalam akaun milik orang lain dan baru menyedari dirinya ditipu sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini, semalam,” katanya sambil menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,759
Reaction score
11,163
Points
2,376

KETUA Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar (tengah) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Rahim

Macau Scam: Polis serbu banglo mewah, tahan 7 lelaki China


ISKANDAR PUTERI: Tujuh warga China yang dipercayai memasuki negara ini secara haram dan terbabit dalam sindiket penipuan Macau Scam ditahan polis dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Horizon Hills, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata tujuh lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan hasil risikan dua minggu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor.

Katanya, mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, ditahan reman sejak Sabtu lalu sehingga 17 Januari ini bagi siasatan lanjut.

“Hasil risikan dan siasatan mendapati tujuh lelaki berkenaan aktif menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dari banglo mewah tiga tingkat di Horizon Hills, sejak sebulan lalu.

“Pada serbuan kira-kira jam 3.30 petang Jumaat lalu, polis turut merampas lapan komputer riba pelbagai jenama, lapan unit telefon bimbit selain empat unit penghala (router) yang digunakan dalam aktiviti penipuan Macau Scam.

“Modus operandi mereka sama seperti banyak kes yang didedahkan iaitu menyamar pegawai agensi kerajaan termasuk polis, mahkamah serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM) dengan menggunakan alasan mangsa disenaraihitam untuk tindakan mahkamah atau undang-undang.

“Mangsa yang panik terpedaya dengan taktik penipuan berkenaan sebelum memberi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank dan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebelum menyedari tertipu dan kerugian besar,” katanya

Bercakap pada sidang media di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini, Dzulkhairi berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris bagi memperdaya mangsa mereka.

“Polis sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan kes tangkapan besar-besaran warga China di Cyberjaya, baru-baru ini,” katanya sambil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C)Akta Imigresen 1959/63.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan dari agensi kerajaan termasuk diarah membuat pembayaran agar segera menamatkan panggilan dan merujuk ke balai polis berhampiran dengan segera.

“Orang ramai juga boleh melaporkan kepada polis jika melihat kehadiran warga China dalam jumlah yang ramai serta meragukan di penempatan mereka untuk siasatan segera,” katanya.


 

sexy-angel

Super Active Member
Joined
Feb 4, 2008
Messages
5,411
Reaction score
136
Points
83


Lesap RM100,000 diperdaya Macau Scam


GOMBAK: Seorang pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) kerugian RM100,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam talian didalangi dua individu, masing-masing menyamar sebagai pegawai pos dan pegawai polis pada 20 Disember lalu.

Mangsa berusia 64 tahun itu dihubungi seorang ‘pegawai pos’ memaklumkan terdapat satu bungkusan didaftarkan atas namanya untuk dihantar dari Kepong ke Kota Kinabalu ditahan kerana mengandungi kad pengenalan dan juga 15 kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) pelbagai bank milik orang lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata lelaki itu pada mulanya menafikan perkara berkenaan, namun mangsa kemudian diminta menghubungi polis.

“Mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai RF 160893 Azizul Abdul Aziz dari Bahagian Unit Tindakan Khas. Suspek yang menyamar sebagai polis itu menyatakan bertanggungjawab menyiasat kes mangsa.

“Mangsa diminta tidak menceritakan mengenai hal berkenaan kepada sesiapa untuk mengelakkan diri daripada ditangkap dan dikehendaki mematuhi Akta Rahsia Rasmi.

“Mangsa kemudian diminta menyerahkan butiran jenis akaun bank yang dimiliki serta jumlah wang dalam akaun tersebut. Pada 20 Disember mangsa dihubungi dan diminta mengeluarkan kesemua wang berikutan pihak Bank Negara akan membekukan akaun mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Arifai berkata, mangsa kemudian menuruti arahan suspek dan mengeluarkan wang RM100,000 dari akaun Bank Islam miliknya.

“Mangsa kemudian diarahkan untuk memasukkan wang itu dalam satu beg dan meninggalkannya di atas sofa buruk yang ada di tempat pembuangan sampah di luar kawasan IPT tempat mangsa bekerja.

“Mangsa juga diberitahu supaya berjalan terus selepas meletakkannya tanpa menoleh ke belakang, selepas kejadian itu, mangsa berasa pelik dan kemudian buat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengesan kedua-dua suspek, siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes ini boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak Asisten Superintendan Syed Abdul Rahman Syed Mohsin di talian 03-6126 2222 atau menghubungi CCID Infoline ditalian 013-2111222.


dlm byk2 kes...yg ni paling canggih...siap byr cash mcm kes culik..
selalu online tfr jer..
nak gelak ke nak nangis...ntah ker..
 

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
17,985
Reaction score
1,384
Points
206

KETUA Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar (tengah) menunjukkan barangan rampasan pada sidang media di IPD Iskandar Puteri, hari ini. - Foto Hairul Anuar Rahim

Macau Scam: Polis serbu banglo mewah, tahan 7 lelaki China


ISKANDAR PUTERI: Tujuh warga China yang dipercayai memasuki negara ini secara haram dan terbabit dalam sindiket penipuan Macau Scam ditahan polis dalam serbuan di sebuah banglo mewah di Horizon Hills, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata tujuh lelaki berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan hasil risikan dua minggu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Johor.

Katanya, mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah, ditahan reman sejak Sabtu lalu sehingga 17 Januari ini bagi siasatan lanjut.

“Hasil risikan dan siasatan mendapati tujuh lelaki berkenaan aktif menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dari banglo mewah tiga tingkat di Horizon Hills, sejak sebulan lalu.

“Pada serbuan kira-kira jam 3.30 petang Jumaat lalu, polis turut merampas lapan komputer riba pelbagai jenama, lapan unit telefon bimbit selain empat unit penghala (router) yang digunakan dalam aktiviti penipuan Macau Scam.

“Modus operandi mereka sama seperti banyak kes yang didedahkan iaitu menyamar pegawai agensi kerajaan termasuk polis, mahkamah serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuhan Malaysia (SPRM) dengan menggunakan alasan mangsa disenaraihitam untuk tindakan mahkamah atau undang-undang.

“Mangsa yang panik terpedaya dengan taktik penipuan berkenaan sebelum memberi maklumat peribadi termasuk nombor akaun bank dan memasukkan wang tunai ke akaun suspek sebelum menyedari tertipu dan kerugian besar,” katanya

Bercakap pada sidang media di IPD Iskandar Puteri di sini hari ini, Dzulkhairi berkata, siasatan mendapati suspek menggunakan bahasa Mandarin, Melayu dan Inggeris bagi memperdaya mangsa mereka.

“Polis sedang menyiasat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan kes tangkapan besar-besaran warga China di Cyberjaya, baru-baru ini,” katanya sambil menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C)Akta Imigresen 1959/63.

Beliau menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan dari agensi kerajaan termasuk diarah membuat pembayaran agar segera menamatkan panggilan dan merujuk ke balai polis berhampiran dengan segera.

“Orang ramai juga boleh melaporkan kepada polis jika melihat kehadiran warga China dalam jumlah yang ramai serta meragukan di penempatan mereka untuk siasatan segera,” katanya.


Warga asing tiba2 terlepas dpd tahanan dan melarikan diri. Semua mati ditembak selepas melawan.

Berita mcm ni yg den suko dgr klu jadi betul2. Ekekeke
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,048
Reaction score
2,944
Points
201
Simpanan RM265,368 lesap disapu Macau Scam

LELAKI berusia 78 tahun kerugian lebih RM200,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa dia terbabit dalam kes pemalsuan kad kredit di Sabah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan wang sebanyak RM265,368 selepas mengemaskini dua akaun banknya di Batu Gajah dan Pusing pada 7 Januari lalu.

Katanya, mangsa diperdaya melalui panggilan telefon yang diterima daripada seorang lelaki kononnya dia terbabit dalam aktiviti pemalsuan kad kredit di Sabah sehingga menyebabkan pengadu menyerahkan dua kad mesin pengeluaran automatik (ATM) kepada suspek di Tanjung Tualang.


Ahmad Adnan berkata, kali pertama mangsa menerima panggilan telefon kira-kira 4 petang pada 19 Disember lalu di kediamannya di Sungai Durian, Tanjung Tualang, daripada seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Mangsa menyimpan duit di dua bank hasil pemberian anak-anaknya setiap bulan dan deposit tetap miliknya sendiri yang disimpan sejak 20 tahun dulu.

“Suspek bercakap melalui telefon dengan pengadu dalam bahasa Mandarin loghat dari negara China dan mengatakan ada barang daripada pejabat pos Kota Kinabalu, yang dikirimkan kepada pengadu dan mendakwa polis Sabah menyita barang itu dan mendapati terdapat banyak kad kredit palsu.

“Pengadu menerima panggilan daripada nombor telefon +89082245522 yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Wong bertanyakan jumlah wang dan akaun pengadu miliki serta mengarahkan mangsa memindahkan semua wang bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengadu diminta membuat kad ATM bagi setiap akaun yang ada memandangkan pengadu tidak pernah membuat kad ATM sebelum ini dan hanya berurusan melalui buku akaun saja.

Katanya, pengadu kemudian membuat kad ATM pada 27 Disember lalu dan memindahkan wang sebanyak RM177,174 melalui akaun deposit tetap ke akaun miliknya sendiri.

"Mangsa juga membuat pindahan wang dari akaun deposit tetap miliknya di sebuah lagi bank ke akaun miliknya sebanyak RM89,398.

“Kira-kira jam 12 tengah hari pada hari sama, mangsa diarahkan meletakkan kad ATM yang baru dibuat di sebuah kereta warna merah yang tidak diketahui jenis dan nombor pendaftarannya di pekan Tanjung Tualang dan pengadu kemudian diarahkan untuk pergi dari tempat itu,” katanya.

Katanya, siasatan polis mendapati kemungkinan suspek menggunakan orang tempatan untuk mengambil kedua-dua kad ATM mangsa di lokasi kejadian dan semua wang dikeluarkan membabitkan empat transaksi pada 3 Januari membabitkan kerugian sebanyak RM89,370.40 manakala 20 transaksi pengeluaran tunai dan pindahan di satu lagi akaun antara 30 Disember hingga 3 Januari membabitkan jumlah RM175,998.38.

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan turut menasihati orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan modus operandi yang digunakan oleh sindiket Macau Scam yang ketika ini kerap kali dilaporkan.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
43,048
Reaction score
2,944
Points
201
Warga emas rugi RM105,000 terpedaya Macau Scam

CAMERON HIGHLANDS: Seorang lelaki warga emas di Tanah Rata di sini, menanggung kerugian RM105,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis.

Kejadian bermula 24 Disember lalu, apabila mangsa yang berusia 75 tahun menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp dari seorang lelaki kononnya, anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata suspek mendakwa terdapat perintah penangkapan dan perintah pembekuan aset atas nama mangsa.

“Selepas itu suspek memberitahu supaya mangsa memasukkan duit di bank sebanyak RM30,000 sebagai duit jamina, dia tidak ditangkap. Warga emas itu berasa takut dan melakukan transaksi kepada beberapa akaun berbeza.

“Transaksi berkenaan dibuat bermula pada 24 Disember hingga 16 Januari lalu ke dalam empat akaun berbeza, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM105,000,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas membuat semua transaksi berkenaan, suspek menyuruh mangsa untuk membakar resit asal transaksi atas alasan keselamatan diri pengadu.

“Kemudian, suspek juga menyuruh mangsa menunggu tindakan kononnya dari pihak polis tetapi sampai ke hari ini, mangsa tidak dihubungi oleh lelaki berkenaan.

“Mangsa yang berasa ditipu dan bimbang dokumen peribadinya disalah guna kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands di sini, semalam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan nombor telefon digunakan suspek serta pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register