sekam padi
Super Active Member
- Messages
- 8,899
- Joined
- Dec 17, 2006
- Messages
- 8,899
- Reaction score
- 252
- Points
- 91

Abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un mati dibunuh di Malaysia, menurut laporan agensi berita Yonhap dan media-media Korea Selatan, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan.
Yonhap yang memetik sumber kerajaan Korea Selatan, melaporkan Kim Jong Nam mati dibunuh pada Isnin semalam di Malaysia.
Ia tidak memberikan sebarang perincian.
Jaringan TV kabel TV Chosun pula melaporkan Kim diracun di lapangan terbang di Kuala Lumpur oleh dua wanita, dengan memetik beberapa sumber kerajaan Korea Selatan.
Polis Malaysia memberitahu Reuters bahawa lelaki Korea Utara tidak dikenali meninggal dunia dalam perjalanan dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke hospital.
Menurut polis, identiti lelaki itu belum disahkan.
http://www.malaysiakini.com/news/372449
PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.
Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.
"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.
"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/wisma-putra-arah-duta-malaysia-pulang-1.631269
![]()
Kuala Lumpur : Pihak Polis hari ini mengesahkan bahawa cecair yang digunakan dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau ‘VX Nerve Agent’, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berdasarkan laporan awal analisa dari Jabatan Kimia Malaysia mendapati bahan kimia VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997 digunakan dalam kes pembunuhan lelaki warga Korea Utara itu.
Keputusan analisa berkenaan telah diperoleh selepas Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia menjalankan analisa awal ke atas beberapa spesimen hasil pengesatan kapas kering (dry swab) pada mukosa mata dan muka si mati.
![]()
VX nerve gas dalam filem The Rock (1996) yang dilakonkan oleh Nicholas Cage
http://www.cari.gold/2017/02/polis-sahkan-jong-nam-dibunuh-guna.html#FB
http://www.hmetro.com.my/node/208561
Korea Utara dakwa M'sia sekongkol dengan 'kuasa seteru', tolak bedah siasat
Korea Utara dakwa M'sia sekongkol dengan 'kuasa seteru', tolak bedah siasat
org tu datang nak ambik mayat polis tak bagi
habissss....
TERKINI: Polis tahan lelaki kes bunuh Kim Jong-nam
TERKINI: Polis tahan lelaki kes bunuh Kim Jong-nam malam ini
![]()
KUALA LUMPUR: Seorang suspek dipercayai antara empat lelaki yang sedang diburu polis berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam, ditahan di Jalan Kuchai Lama, di sini,
Lelaki berusia 47 tahun dan memiliki pasport Korea Utara itu ditahan sekitar jam 11 malam dalam serbuan polis di sebuah kondominium di kawasan berkenaan
Difahamkan suspek terbabit bersembunyi di kondominium itu selepas menyedari diburu polis
Lelaki itu ditahan hasil soal siasat ke atas dua suspek wanita yang ditangkap sebelum ini selain maklumat risikan polis
Dengan penahanan suspek itu, polis kini memburu tiga lagi individu yang dipercayai perancang utama kes pembunuhan Jong-nam
Sebelum ini polis menahan dua suspek wanita masing-masing warga Vietnam dan Indonesia, selepas dipercayai terbabit dalam pembunuhan Jong-nam, di aras pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Isnin lalu
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249715
Last edited: