BTC USD 63,310.9 Gold USD 1,769.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE kes tembak Aminulrasyid : Keluarga dapat ganti rugi RM414,800

Siapa Salah


  • Total voters
    0

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,952
Reaction score
126
Points
123
SHAH ALAM 26 April – Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuat kuasa serta-merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kesemua mereka ditukarkan ke ‘desk duty’ sementara kes ini disiasat, apa pun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis, manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata, kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan. – Bernama
 
Keluarga Aminulrasyid dapat ganti rugi RM414,800

mahkehdabs.transformed.jpg

SHAH ALAM: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati terkena tembakan polis enam tahun lalu, memperoleh ganti rugi RM414,800 selepas berjaya dalam tuntutan saman terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain

Kes keluarga Aminulrasyid saman polis ditangguh ke 25 Februari

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan untuk mendengar saman sivil terhadap polis dan kerajaan yang dikemukakan keluarga seorang remaja yang ditembak mati oleh seorang anggota polis lima tahun lepas.

Ketika dihubungi BERNAMA, peguam N Surendran yang mewakili keluarga itu berkata, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membuat keputusan menangguhkan perbicaraan kes itu kepada 25 dan 26 Februari.

Katanya, hakim meminta kedua-dua pihak berunding dan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

"Perbicaraan akan diteruskan sekiranya tiada penyelesaian dicapai antara keluarga Aminulrasyid dan kerajaan berhubung kes ini," katanya.

Plaintif mendakwa kematian Aminulrasyid berpunca daripada kecuaian Kpl Jenain Subi.

Keluarga itu mendakwa polis tidak mempunyai alasan wajar untuk menembak pelajar berusia 15 tahun itu ketika mengejarnya pada awal pagi 26 April 2010.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja itu dengan tujuan menghentikannya.

- BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/29032

Keluarga Aminulrasyid Saman PDRM RM50 Juta

aminulyrasyidkin0417.jpg

Aminulrasyid's mother, Norsiah Mohamad (left), and sister Nor Azura Amzah look on during a press conference outside the High Court in Shah Alam April 17, 2013. — Picture by Choo Choy May


SHAH ALAM, April 17 ― The family members of Aminulrasyid Amzah filed a RM50 million “unlawful killing” lawsuit against the police and the government today, in a case that could reignite public anger among voters here over how the schoolboy was shot 21 times by police in 2010.

Flanked by incumbent PAS MP Khalid Samad, the family’s decision to sue will provide Pakatan Rakyat (PR) fodder in the campaign for Shah Alam, now a major focus of Election 2013 after Barisan Nasional (BN) named controversial Islamic firebrand Zulkifli Noordin as its candidate there yesterday.

“We are suing for negligence in the discharge of duties, where the police went on a shooting spree,” Aminulrasyid’s family lawyer, N. Surendran, told reporters at the High Court lobby here today.

The High Court here overturned last December the conviction of policeman Corporal Jenain Subi for causing the death of 14-year-old Aminulrasyid in a high-speed car chase in Shah Alam about three years ago.

Aminulrasyid was killed in the early hours of April 26 in 2010, after taking a midnight joyride in a car and allegedly mistaken for a felon on the run by the police.

He had been driving a white Proton Iswara with his best friend and neighbour, 15-year-old Muhammad Azamuddin Omar in the front passenger seat. Their car had crashed into the curb at Jalan Tarian 11/2, Section 11 following a police pursuit.

A public outcry followed as the police sought to defend themselves over the incident as well as dubitable reports of the discovery of a machete in the car driven by Aminulrasyid.

But in September 2011, Jenain had been found guilty of culpable homicide not amounting to murder and sentenced to five years’ jail after Sessions Court judge Latifah Mohd Tahar ruled that the use of lethal force to stop Aminulrasyid’s car was excessive and uncalled for.

Jenain had admitted to firing 21 bullets from his Heckler & Koch MP5 submachine gun at Aminulrasyid’s Proton Iswara in an effort to stop the car — which had earlier run a roadblock — but denied trying to kill the teenager.

Koperal Jenain dibebaskan daripada tuduhan

Koperal Jenain dibebaskan daripada tuduhan


SHAH ALAM 5 Dis. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengetepikan sabitan salah dan hukuman penjara lima tahun ke atas Koperal Jenain Subi yang sebelum ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli memutuskan demikian selepas meneliti rekod-rekod rayuan dan mendapati Jenain tidak berniat membunuh remaja terbabit ketika melepaskan tembakan tetapi hanya ingin memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa.

Hakim turut menyatakan, anggota polis itu sepatutnya tidak dipanggil membela diri kerana bukti yang dikemukakan tidak cukup untuk membuktikan prima facie.

Polis tak akan mohon maaf kepada keluarga Aminul

Polis tak akan mohon maaf kepada keluarga Aminul


26b5935e38b71fb34d5459bdd2a71add.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata beliau bersimpati dengan keluarga remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh seorang anggota polis, Beliau bagaimanapun tidak menawarkan permohonan maaf yang dituntut oleh keluarga itu.

"Kita bertindak mengikut undang-undang. Saya tidak boleh emosi tentang itu... bukan kita tidak bersimpati, nyawa telah hilang, sudah tentu kita bersimpati tetapi kita sebuah badan profesional dan saya bertindak mengikut undang-undang," katanya pada sidang akhbar di Cheras hari ini.

Ismail berkata demikian bagi menjawab soalan sama ada polis akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid berikutan keputusan mahkamah Khamis lalu yang memutuskan Koperal Jenain Subi bersalah kerana menyebabkan kematian remaja itu.

Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun tetapi telah memfailkan rayuan.

Keluarga Aminulrasyid tetap kecewa kerana ketua polis Selangor, ketika itu, Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah melabelkan remaja itu sebagai penjenayah sebaik selepas kejadian itu. Beliau juga dilaporkan mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh sekatan polis yang menyebabkan terpaksa melepaskan tembakan sebagai usaha mempertahankan diri.

Khalid, kini adalah timbalan ketua polis negara. Beliau juga enggan memohon maaf kepada keluarga itu berhubung kenyataannya.

Sebaliknya, kata Khalid, keluarga Aminulrasyid yang sepatutnya meminta maaf kerana remaja itu membahayakan banyak nyawa dengan memandu secara melulu dan tidak mengendahkan arahan polis supaya berhenti.

Ibu kanak-kanak itu, Norsiah Mohamad, seorang balu, berkeras mengatakan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan menuntut bahawa nama anaknya itu dibersihkan.

Aminulrasyid dibunuh pada 26 April tahun lalu selepas Jenain melepaskan 21 peluru dari senapang sub-mesin ke arah remaja itu.

malaysiakini

Koperal Jenain bersalah sebabkan kematian Aminulrasyid

2011/09/15
SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi mendapati Koperal Jenain Subi bersalah menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam, April tahun lalu.

Jenain, 48, sebelum ini diperintah membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi di Jalan Tarian 11/2 di sini, pada 26 April 2010.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda. Aminulrasyid dilaporkan meninggal dunia kerana luka tembakan di kepala.




http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KoperalJenainbersalahsebabkankematianAminulrasyid/Article

Sponsored Post

gerbangkayangan

Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
1,966
Reaction score
17
Points
25
masalahnya mangsa x mengancam anggota polis..baru nak lari...setahu aku polis takle tembak sesuka hati..lainla budak tu keluarkan pistol nak tembak polis..
 

azzaro

Junior Member
Joined
Jan 28, 2010
Messages
79
Reaction score
0
Points
6
rasenye die nak lari sebab takde lesen je kot...... :D
umur tu pon tak lepas lg nak amek lesen.
 

manja

Active Member
Joined
May 19, 2007
Messages
1,359
Reaction score
2
Points
25
rasenye die nak lari sebab takde lesen je kot...... :D
umur tu pon tak lepas lg nak amek lesen.


aku rasa aku setuju dgn pendapat ko. mungkin dorang terkujat nmpk pak polisia kantore agaknye.. pstu panik lak.. lesen memandu x de. takut punye psl lari la.. yg pak polisia gi lak tembak psl budak2 ni lari.. x pam bahasa suruh berenti x nk berenti.. so pak polisia suspek budak2 ni.. wt x senonoh.. apa lg selamat la jdnye..:D

Just my ten sen :)paid
 

katsumoto

Active Member
Joined
Oct 21, 2006
Messages
1,783
Reaction score
38
Points
30
menurut info dari kawan aku yg ziarah keluarga budak tu, budak tu umur 14thn, dia pinjam kereta kakak dia tgk EPL kat kedai mamak & then terserempak dgn polis dia takut la maybe sebab takde lesen kan, polis tembak sesuka hati jer
 

eday84

CG Top Poster Club
Joined
Jan 10, 2009
Messages
27,695
Reaction score
146
Points
128
woh.. mabuk kot polis tu.. xpon polis tu tgh bengang team dia kalah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register