BTC USD 61,072.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE KES KETUM | Polis rampas 5.6 tan daun ketum, tahan 2 lelaki

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PENYELUDUPAN | Sorok Ketum Di Laluan Tikus, Tutup Dengan Daun Kering

Sindiket penyeludupan ketum ke negara jiran beralih menggunakan jalan darat selepas menyedari penguatkuasaan yang ketat di laut sukar dibolosi.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
KETUM | Cubaan Seludup Ketum Di Sempadan Gagal

Pasukan Gerakan Am (PGA), menggagalkan tiga cubaan menyeludup 1.08 tan metrik daun ketum sejak Ahad lalu.

Kejayaan itu hasil operasi dijalankan bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU), di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
JENAYAH | Penjawat Awam, Pelajar IPT Ditahan Jual Air Ketum

Empat individu terdiri daripada penjawat awam dan pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ditahan selepas disyaki menjual air ketum.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan itu terbongkar susulan tiga serbuan berasingan dibuat sekitar daerah Segamat, 2 Ogos lalu.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
SELUDUP | Maritim Kedah Rampas 2 Tan Ketum

Cubaan sindiket menyeludup daun ketum seberat 2 tan bernilai RM360,000 berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Kuala Kedah, Jumaat lalu.

pengarah maritim negeri kedah dan perlis, laksamana pertama maritim, mohd zawawi abdullah berkata, rampasan dibuat berhampiran muara kuala sanglang, kedah jam 1.50 pagi.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
PENYELUDUPAN | 2 Tan Ketum Terapung Di Laut

Dua tan daun ketum bernilai RM360,000 ditemui terapung di laut, dalam jarak kira-kira 10 minit ke sempadan perairan Thailand.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dua tan daun ketum ke negara jiran melalui jalan laut di Pulau Batu Layang, di sini, tengah malam tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kegiatan itu dikesan dilakukan pada 12.30 tengah malam di kedudukan 1.1 batu nautika barat daya pulau tersebut berdasarkan hasil risikan dan intipan.


#VideoBernama
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,197
Reaction score
4,196
Points
236
Kawalan Sempadan Di Perketat, Elak Penyeludupan Daun Ketum

26.08.2021 - Kuala Nerang, Polis Kedah akan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan aktiviti penyeludupan daun ketum ke Thailand tidak berlaku susulan langkah kerajaan negara itu mengeluarkan tumbuhan berkenaan daripada senarai dadah berbahaya. Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata, walaupun Thailand telah mengambil langkah itu, undang-undang di Malaysia tetap sama, iaitu aktiviti jual beli daun ketum adalah salah.

“Sebelum ini, memang kita sedia maklum banyak sindiket berkaitan penyeludupan daun ketum ini, ada di utara, ada di selatan. Jadi polis akan membuat pengawalan ketat di pintu sempadan terutamanya menerusi Op Benteng. Kita akan gunakan semua elemen kekuatan yang ada termasuk daripada agensi penguat kuasa yang lain untuk pastikan aktiviti penyeludupan ini tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan menerusi program Op Bantu kepada beberapa penerima di daerah Padang Terap, semalam.

Beliau diminta mengulas langkah Thailand mengeluarkan daun ketum daripada senarai dadah berbahaya sekali gus membolehkannya digunakan secara terbuka baru-baru ini. Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain turut menyatakan permintaan daun ketum di negara ini dijangka meningkat dan aktiviti penyeludupan tumbuhan itu juga mungkin akan bertambah susulan langkah kerajaan Thailand itu.

Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata, polis mengingatkan mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terkesan banjir ekoran fenomena kepala air di Yan supaya berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah itu.

“Buat masa ini keadaan jalan di sana sempit, banyak kenderaan keluar masuk hingga menyebabkan kesesakan dan tambahan pula Kedah masih dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara, Yan juga masih ada lokasi yang zon merah. Kita tidak mahu nanti muncul pula ‘kluster Yan’, jadi saya minta kerjasama semua pihak kalau mahu membantu dibenarkan tetapi perlu ikut saluran yang betul. Jangan risau, PKOB akan atur semuanya daripada penghantaran sumbangan sehinggalah bersihkan rumah mangsa mereka akan atur,” katanya.
1629957037894.png

 

akukuli

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2013
Messages
2,849
Reaction score
288
Points
56
Buang masa je
Patut kerajaan amik peluang ni utk eksport ketum ke Thailand.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,552
Points
721
ketum_1630997404.jpg

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan antara rampasan ketum pada sidang media di IPK Johor. NSTP/Nurul Amanina Suhaini

Sindiket ketum tumpas, 3 penjawat awam antara ditahan​


JOHOR BAHRU: Tiga penjawat awam, antara 17 individu ditahan disyaki terbabit penyalahgunaan ketum menerusi tujuh serbuan berasingan polis di beberapa daerah di negeri ini.

Berikutan tertumpasnya tiga sindiket itu, polis merampas lebih setengah tan daun ketum, dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan, RM8,435.30.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata operasi antara jam 9 malam 27 Ogos hingga jam 7.30 malam 4 September lalu itu dilakukan selepas hasil risikan selama sebulan.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah membuat serbuan di sekitar Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Tangkak.

Katanya, sindiket yang dipercayai aktif sejak awal tahun ini menggunakan modus operandi dengan membawa bekalan ketum dari utara tanah air melalui lori yang diisytiharkan sebagai barangan keperluan bagi mengabui pihak berkuasa, selain menggunakan gudang dan rumah sebagai lokasi pemprosesan.

"Kegiatan ini menjadi popular kebelakangan ini susulan harga semasa pasaran ketum yang tinggi iaitu antara RM30 hingga RM80 sekilogram (kg) dan permintaan yang meningkat.

"Ia boleh menghasilkan 10 hingga 15 liter air ketum, untuk dijual di pasaran tempatan pada harga antara RM15 hingga RM20 seliter, selain dipercayai kaedah jualan sama ada melalui penghantaran, beli di rumah atau pembelian secara dalam talian.

"Rampasan membabitkan 542.73 kg daun ketum bernilai RM5,427.30 dan 300.80 liter air ketum bernilai RM3,008," katanya pada sidang media di IPK Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, rampasan keseluruhan daun dan air ketum itu boleh digunakan oleh seramai 11,155 pengguna.

Katanya, hasil saringan awal air kencing mendapati dua daripada yang ditahan positif dadah methamphetamin, selain tiga suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 56 tahun itu direman antara tiga hingga tujuh hari, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Bermula 1 Januari hingga 4 September lalu, JSJN Johor menahan seramai 8,998 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 10.89 tan dadah, bernilai RM352.36 juta," katanya
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,697
Reaction score
15,640
Points
2,376
KETUM | Tiga Sindiket Ketum Tumpas

17 individu termasuk tiga penjawat awam ditahan setelah dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan daun ketum.

Mereka ditahan dalam tujuh serbuan berasingan sejak 27 Ogos lalu di lima daerah sekitar Kota Tinggi, Kulai, Iskandar Puteri, Tangkak dan Johor Bahru.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register