BTC USD 42,941.3 Gold USD 1,761.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE KES KETUM | Polis rampas 5.6 tan daun ketum, tahan 2 lelaki

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,101
Reaction score
5,511
Points
721
pajero_1623382067.jpg


700 kg ketum dalam Pajero​


Padang Besar: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Chuping mematahkan cubaan penyeludupan ke Thailand susulan penemuan 700 kilogram (kg) daun ketum yang ditinggalkan dalam kenderaan pacuan empat roda, di kawasan kuari Batu Reput, Jalan Padang Besar-Ulu Pauh, Felda Rimba Mas, di sini, hari ini.


Bahan terlarang itu ditemui ketika peronda AKSEM Chuping sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan ladang tebu, pada 7.30 pagi.


Komander AKSEM Perlis, Deputi Superintendan Azizan Saman berkata, pemantauan di lokasi kejadian tidak menemui kelibat sesiapa, kecuali sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero berwarna hijau yang ditinggalkan dalam keadaan enjinnya masih hidup.


"Curiga dengan keberadaan kenderaan berkenaan, anggota kemudian melakukan pemeriksaan sebelum menemui guni putih berisi daun hijau disyaki ketum dalam kenderaan berkenaan.


"Kita melakukan pemerhatian di kawasan berkenaan selama sejam namun tiada sesiapa menghampiri kawasan kuari berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, pemeriksaan lanjut menemui 20 guni putih berisi daun hijau disyaki daun ketum dianggarkan seberat 700 kg.


"Kita percaya bekalan daun ketum ini cuba dibawa ke Thailand memandangkan kawasan berkenaan sangat hampir dengan sempadan Malaysia-Thailand.


"Malah, tindakan membiarkan enjin kenderaan pacuan empat roda itu mungkin bagi membolehkan penyeludup terus membawa bekalan daun ketum dari kawasan kuari itu dengan pantas tanpa diketahui sesiapa," katanya.


Beliau berkata, kesemua rampasan termasuk kenderaan pacuan empat roda itu dianggarkan bernilai RM41,000.


"Kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bagi siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


"Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga empat tahun atau denda RM 10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,101
Reaction score
5,511
Points
721
1095376.jpeg

Beng Yeow menunjukkan air ketum yang sudah siap diproses dirampas dalam satu serbuan di Jalan Sri Putri, Taman Putri pada Jumaat.

Rampasan ketum terbesar di Johor

KULAI - Polis berjaya membongkar kegiatan memproses ketum terbesar di Johor selepas menangkap dua lelaki dan merampas 380 kilogram daun ketum serta 180 liter air ketum dalam satu serbuan di Jalan Sri Putri, Taman Putri pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 pagi, kedua-dua suspek berusia 39 dan 45 tahun itu didapati sedang memunggah stok ketum di sebuah rumah yang baharu sampai dari Pendang, Kedah.

Menurut beliau, serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Balai Polis Kulai dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai setelah melakukan risikan selama dua minggu.

1095377.jpeg

Daun ketum yang baharu sampai sebelum diproses dirampas dalam satu serbuan di Jalan Sri Putri, Taman Putri pada Jumaat.

"Selepas pemeriksaan lanjut, kita menemui sejumlah 38 bungkusan hitam yang mengandungi 50 peket plastik lutsinar disyaki daun ketum dengan anggaran kira-kira 380 kilogram dan empat tong yang setiap satunya berisi 30 peket plastik lutsinar berisi cecair berwarna merah kehijauan disyaki air ketum anggaran 180 liter.

"Turut dirampas, peralatan disyaki digunakan oleh suspek untuk memproses ketum iaitu dua tong periuk, dua set dapur, tungku memasak berserta hos, seunit penapis besi, sebuah gayung, sebatang penyenduk, seunit penapis, dua unit penimbang dan dua kotak mengandungi 107 botol disyaki ubat batuk.

"Anggaran keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM7,000," katanya dalam satu sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai di sini pada Sabtu.

Beng Yeow berkata, hasil siasatan lanjut kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam memproses dan mengedar ketum sejak Februari lalu di kawasan Ulu Tiram, Pasir Gudang, Masai dan Kulai.

1095378.jpeg

Air ketum yang sudah siap diproses dirampas dalam satu serbuan di Jalan Sri Putri, Taman Putri pada Jumaat.

Tambahnya, difahamkan air ketum yang siap diproses dijual antara RM10 hingga RM15 dan mereka mampu menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek didapati negatif dadah, namun mereka mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Katanya, reman akan dipohon ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kulai pada Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/143768/ANALISIS-SEMASA/Rampasan-ketum-terbesar-di-Johor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201

Tauke ketum raih RM12,000 sebulan kecundang​

KULAI: Dua orang penganggur mampu menjana pendapatan sehingga RM12,000 sebulan hasil penjualan air ketum dan daun tumbuhan itu di daerah ini dan Johor Bahru.

Bagaimanapun kegiatan mereka yang aktif sejak Februari lalu terbongkar hasil maklumat orang awam apabila rumah dua tingkat yang menjadi tempat memproses daun ketum di Jalan Sri Putri 12/3, Taman Putri, di sini diserbu semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, dalam serbuan itu, sepasukan polis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menahan dua lelaki berusia 39 dan 45 tahun.

Beliau berkata, ini adalah rampasan daun serta air ketum terbesar dibuat di negeri ini susulan rampasan daun ketum seberat 380 kilogram (kg) dan air ketum sebanyak 180 liter dengan nilai kira-kira RM7,000.

“Bertindak atas maklumat awam dan risikan selama dua minggu, serbuan dibuat pada pukul 9 pagi di rumah tersebut menahan dua lelaki yang sedang memunggah daun ketum itu ke dalam rumah.

“Polis turut menjumpai sejumlah 38 bungkusan plastik hitam yang mengandungi 50 peket plastik lutsinar disyaki daun ketum dan empat buah tong air batu yang setiap satunya berisi 30 peket plastik lutsinar berisi cecair berwarna merah kehijauan disyaki air ketum.

“Dua buah kotak mengandungi 107 botol disyaki ubat batuk berkapasiti 90 mililiter (ml) turut dirampas dalam serbuan terbabit,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kulai, di sini hari ini.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas peralatan disyaki digunakan oleh kedua-dua suspek dalam memproses ketum iaitu tong periuk, set dapur, penapis besi, gayung, penyenduk dan alat penimbang.

Beng Yeow memberitahu, siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan daun ketum ini dari Pendang, Kedah untuk dimasak dan dijual di pasaran Ulu Tiram, Masai, Pasir Gudang serta di daerah ini.

Katanya, daun ketum yang siap dimasak dan dicampurkan dengan ubat batuk dijual RM15 sebungkus manakala daun ketum yang belum dimasak pula dijual RM50 sekilogram.

Jelasnya, jualan air ketum ini dipercayai mendapat permintaan tinggi dalam kalangan mereka yang mengalami ketagihan dadah.

“Kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam memproses dan mengedar ketum. Hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah manakala semakan rekod lampau didapati mereka masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Siasatan masih dijalankan bagaimana mereka mendapatkan bekalan dari Pendang seterusnya menjual produk hingga ke daerah Johor Bahru ketika negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Reman akan dipohon ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret Kulai pada hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya. – UTUSAN
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201
Tanam la musang king mcm org cina
Tanah haram pun jd halal 😂
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,101
Reaction score
5,511
Points
721

3 tan daum ketum dirampas di Jeli​


KETUMBE2_1623748214.jpg


KETUMBE_1623748207.jpg

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Ariffin (tengah) menunjukkan rampasan daun ketum yang dianggarkan bernilai RM31,300 yang dirampas daripada dua lori di sekatan jalan raya Batu Melintang, Jeli, semalam. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

JELI: Lebih tiga tan daun ketum dianggarkan bernilai RM31,300 yang dimuatkan dalam dua lori dirampas di sekatan jalan raya (SJR) Batu Melintang di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin, berkata semua daun ketum yang dibawa dari utara Semenanjung itu adalah untuk pasaran Kota Bharu dan Tanah Merah.


Penahanan lori pertama dari arah Gerik, Perak dibuat pada jam 1 tengah hari semalam oleh anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Jeli bersama anggota yang bertugas di SJR berkenaan yang melihat kenderaan itu dipandu dalam keadaan mencurigakan.


"Lori itu dinaiki dua lelaki dan pergerakan mereka mempunyai surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atas tujuan membekalkan makanan kucing.



"Bagaimanapun pemeriksaan di bahagian belakang mendapati 41 bungkusan beg plastik hitam yang mengandungi gulungan plastik cerah berisi daun ketum berjumlah 410 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM4,100.


"Hasil ujian saringan mendapati kedua-dua mereka positif methampethamine dan pemandu yang berusia 35 tahun mempunyai satu rekod lampau manakala kelindan berusia 29 tahun pula empat rekod lampau masing-masing bersabit dadah," katanya pada sidang media, hari ini.

Ahmad berkata, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(30 Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Rampasan kedua pula dilakukan di SJR sama iaitu pada jam 2.05 petang terhadap sebuah lagi lori yang mana bahagian belakangnya ditutup dengan sejumlah kotak berisi makanan ringan.


Ahmad berkata, bagaimanapun sebaik pemeriksaan dilakukan, pihaknya menemui 272 bungkusan plastik hitam yang mengandungi gulungan plastik cerah berisi daun ketum sebanyak 2,720kg yang dianggarkan bernilai RM27,200.


"Pemandu berusia 39 tahun itu gagal mengemukakan dokumen rentas daerah atau negeri dan dia dikompaun RM3,000 untuk kesalahan itu. Suspek juga ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Sekyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.


Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, sepanjang tahun ini, sebanyak 45 kompaun dikenakan atas perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan kesalahan rentas daerah atau negeri.


Sebanyak lima kertas siasatan dibuka untuk kesalahan rentas daerah dan negeri yang mana kebanyakannya dilakukan oleh individu daripada luar Jeli.


"Dari segi pematuhan SOP pula, kita dapati masyarakat di daerah sangat patuh dan memberi kerjasama yang baik manakala untuk kesalahan rentas daerah atau negeri pula berjaya dikesan disebabkan geografi daerah ini yang dilitupi hutan dan tiada laluan alternatif atau lorong tikus untuk membuat merentas kawasan menyebabkan mereka seakan mencuba nasib," katanya.
 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,813
Reaction score
1,390
Points
111
Doktor ketum ckp bagus utk rawatan kobid
Kufur nikmat org islam ni
Pak long ni panas minum Air ketum sampai tak pakai baju......... 🤣🤣🤣🤣🤣🤣
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,101
Reaction score
5,511
Points
721
aizatketum_1623986306.jpg

Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan menemui 500 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM15,000 di Simpang Empat, Kangar, hari ini. - Foto AKSEM PERLIS

500 kg ketum dirampas, seorang lelaki ditahan​


KANGAR: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun dan menemui 500 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM15,000 untuk diseludup ke negara jiran di Simpang Empat, di sini, hari ini.


Komander AKSEM Perlis, Deputi Superintendan Azizan Saman berkata, dalam kejadian jam 2 pagi di Kampung Sungai Baru Tengah, Simpang Empat, di sini, selepas anggota operasi AKSEM Kuala Perlis menyerbu sebuah rumah di kampung berkenaan dalam operasi berkenaan.


"Bertindak atas maklumat, anggota AKSEM dibantu anggota risikan Pasukan Polis Marin (PPM) yang bertugas kemudian pergi ke sebuah rumah di Kampung Sungai Baru Tengah, Simpang Empat.


"Sebaik tiba di hadapan rumah itu, suspek berusia 40 tahun itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah itu dan pasukan operasi yang melihat suspek cuba melarikan diri bertindak mengejar dan menahannya berhampiran kediaman suspek," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, suspek mengalami kecederaan di kaki kirinya kerana terjatuh ketika cuba melarikan daripada anggota operasi AKSEM.


"Pemeriksaan di ruang tamu kediaman suspek kemudian menemukan 50 bungkusan plastik hitam dengan berat 500 kg di mana di dalamnya mengandungi daun hijau disyaki daun ketum.


"Dianggarkan ia bernilai RM15,000 dan cuba diseludup untuk pasaran negara jiran menggunakan 'lorong tikus' yang ada di sekitar kawasan sempadan," katanya.


Beliau berkata, suspek dan daun ketum itu dibawa ke Pejabat AKSEM Kuala Perlis untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar.


Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 
Last edited:

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
KETUM | Terima Upah RM1,000 Bawa Ketum Dari Kedah Ke Kelantan

Terima upah RM1,000 untuk membawa daun ketum dari Kedah ke Kelantan.

Itu dilakukan seorang lelaki yang ditahan di sekatan Jalan Raya Batu Enam di Batu Melintang, Jeli.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

pelitaminyak

Active+ Member
Joined
Aug 13, 2008
Messages
4,813
Reaction score
1,390
Points
111
Bawa naik pakai apa? Pickup atau Lori 1 tan? Byk tu
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,101
Reaction score
5,511
Points
721
ketum_1626221786.jpg

Sindiket campak guni daun ketum ke negara jiran​


PADANG BESAR: Sindiket menyeludup daun ketum dikesan menggunakan motosikal atau berjalan kaki sambil memikul guni berisi daun berkenaan untuk dicampakkan ke Thailand di sempadan negara.


Pegawai Pemerintah Batalion 3 Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor, Perak, Superintendan Azhar Hashim berkata, taktik itu antara modus operandi dikesan PGA Briged Utara setakat ini.


Katanya, taktik itu dikesan selepas pihaknya merampas 1,120 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM21,600 dalam dua kes berasingan di Padang Besar pada Selasa dan semalam.


"Pada Selasa lalu sekitar jam 12.30 tengah malam, anggota PGA yang menjalankan risikan mendapat maklumat berkenaan aktiviti penyeludupan berlaku di Kampung Kubang Tiga, Chuping, Padang Besar.

"Selepas pemantauan selama dua jam dilakukan, kami menemui sebuah pondok di kampung berkenaan dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan.


"Pemeriksaan selanjutnya di pondok berkenaan menemui 1,000 kg daun hijau disyaki daun ketum diisi dalam 20 guni putih dan 19 plastik hitam, namun tiada suspek atau tangkapan dilakukan dalam operasi berkenaan," katanya.


Beliau berkata kepada pemberita pada sidang media di Laluan Keselamatan PGA Briged Utara, di sini semalam.


Azhar berkata, dalam rondaan semalam pula, anggota PGA menemui empat guni mengandungi 120 kg daun ketum di Kampung Melayu Padang Besar dipercayai akan diseludup ke Thailand menggunakan 'lorong tikus' di kampung berkenaan.


"Kami mengesyaki kedua-dua kes ini mempunyai kaitan berdasarkan guni ditemui dalam operasi semalam dan yang ditemui di pondok dalam kes pertama.


"Dalam kes kedua, kita percaya sindiket menggunakan kereta atau motosikal untuk membawa guni berisi daun ketum sebelum meletakkan kenderaan mereka tempat tersembunyi.


"Guni berisi daun ketum itu kemudian dipikul sejauh 450 meter di 'lorong tikus' Kampung Melayu Padang Besar untuk di seludup ke negara jiran," katanya.


Katanya, semua rampasan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register