BTC USD 43,209.8 Gold USD 1,760.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE KES KETUM | Polis rampas 5.6 tan daun ketum, tahan 2 lelaki

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,102
Reaction score
5,511
Points
721
daunketum_1619486809.jpg

Daun ketum berjumlah 500kg yang cuba diseludup menggunakan jalan laut berjaya dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).- Foto NSTP/Ihsan Maritim Malaysia

500kg daum ketum bernilai RM90,000 dirampas​

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 500 kilogram (kg) daun ketum yang dipercayai mahu diseludup ke negara jiran, di perairan muara Kuala Kedah, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Noor Azreyanti Ishak, berkata kejadian berlaku 2.55 pagi

ketika bot ronda Maritim Malaysia sedang melakukan rondaan Op Aman.

Katanya, hasil maklumat dan risikan, sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang bergerak menuju keluar dari muara Kuala Kedah, dikesan dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, suspek bertindak nekad terjun ke laut dan berenang melarikan diri ke kawasan paya bakau berhampiran dan berjaya meloloskan diri.


"Hasil pemeriksaan lanjut di bot itu mendapati terdapat beberapa bungkusan plastik hitam dan satu ruang simpanan ikan yang berisi bungkusan kecil, disyaki daun ketum dengan berat kira-kira 500kg yang anggaran nilainya RM90,000.


"Kesemua daun ketum terbabit dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran mengikuti jalan laut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Noor Azreyanti berkata, berdasarkan maklumat dan risikan juga mendapati, harga pasaran semasa daun ketum di Thailand mencecah sehingga RM180 sekilogram, berbanding pasaran tempatan hanya kira-kira RM40 sahaja.


Beliau berkata, semua hasil rampasan termasuk bot fiber dan enjin dianggarkan bernilai RM140,000 itu, dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.


"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan terbabit.


"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM10, 000 atau penjara tidak lebih empat tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


Noor Azreyanti berkata, sepanjang bulan ini, tiga kes rampasan daun ketum berjaya ditumpaskan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM380,000.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
PENYELUDUPAN | Taktik Upah Tonto Pantau Pergerakan

Taktik mengupah tonto bagi memantau pergerakan pihak berkuasa untuk mengedar daun ketum ke Perlis, berakhir dengan tangkapan di Beseri, Padang Besar, Perlis.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,102
Reaction score
5,511
Points
721
photo_2021-05-23_09-01-20layar_1621731776.jpg

Satu daripada lokasi yang dijadikan tempat memasak dan menjual air ketum yang diserbu polis di Kampung Sungai Layar Hujung. - Foto PDRM

Berkumpul beli air ketum, 16 dikompaun RM4,000 seorang​


SUNGAI PETANI: Sekumpulan 16 lelaki sekadar mengundang padah dengan berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka apabila dikompaun RM4,000 seorang dalam pemeriksaan polis di hadapan sebuah pondok Kampung Sungai Layar Hujung, petang semalam.


Mereka berusia 20 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pada jam 5.15 petang.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata kesemua yang ditahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dibawa ke IPD Kuala Muda untuk tindakan kompaun.


Beliau berkata, kesemua mereka tidak mempunyai alasan munasabah duduk berkumpul dengan tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.

"Ketika ditahan, kesemua lelaki terbabit sedang berkumpul untuk urusan jual beli air ketum.


"Selain dikompaun kerana melanggar SOP, mereka turut disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Daerah Kuala Muda mengikut Akta Racun," katanya dalam satu kenyataan.


Adzli berkata, kesemua mereka dikompaun mengikut Perkara 9 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) 2021.(Aktiviti terlarang bilangan 11)


"Mereka diarah membayar kompaun dikenakan dalam tempoh 14 hari di Pusat Kesihatan Daerah," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,102
Reaction score
5,511
Points
721
bhketumbar_1621731886.jpg

Keadaan tempat memproses rebusan ketum yang diserbu polis di Kampung Sungai Layar Hujung dekat Sungai Petani, semalam.

Polis serbu 3 lokasi proses ketum, 8 ditahan​


SUNGAI PETANI: Polis menyerbu tiga lokasi di kawasan Kampung Sungai Layar Hujung di sini dan menahan lapan individu kerana dipercayai terbabit dalam penjualan dan beli air ketum, semalam.


Dalam serbuan pertama jam 4 petang itu, empat lelaki berusia di antara 24 hingga 36 tahun yang dipercayai tukang masak dan pembungkus air ketum ditahan ketika sedang melakukan aktiviti itu di tepi sebuah pondok di situ.


Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata pemeriksaan menemui sebuah tong ais yang di dalamnya berisi 351 bungkus plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum, enam bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum yang dianggarkan seberat 30 kilogram.


Beliau berkata, selain itu turut ditemui pelbagai peralatan memasak yang disyaki digunakan untuk memasak daun ketum berkenaan.

"Berikutan itu, empat lelaki berkenaan ditahan dan barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk tindakan lanjut.


"Hasil semakan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan mereka mengaku bekerja sebagai tukang masak dan membungkus air ketum untuk tujuan penjualan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Adzli berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Khas D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kedah diketuai Asisten Superintendan Mohd Firdhaust Zainal dalam Op Aidilfitri/ Op Cantas, semalam.


Beliau berkata, dalam serbuan kedua jam 4.30 petang, pihaknya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 42 tahun di hadapan sebuah rumah berhampiran kawasan itu.


"Seorang daripadanya mengaku pemilik daun ketum berkenaan manakala dua lagi adalah pekerjanya.


"Berikutan itu, pihak kami merampas 250 plastik lutsinar cecair yang disyaki air ketum yang dianggarkan sebanyak 62.5 liter, 10 bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum yang beratnya kira-kira 50 kg serta peralatan dapur yang disyaki digunakan untuk memasak air ketum," katanya.


Dalam serbuan ketiga, polis menahan seorang wanita yang disyaki terbabit dengan penjualan air ketum di tepi sebuah rumah berhampiran tangkapan pertama dan kedua pada jam 5 petang.


Beliau berkata, hasil siasatan, wanita berusia 44 tahun itu mengaku perniagaan air ketum itu adalah milik suaminya.


"Berikutan itu, kami menahan wanita itu dan merampas sebuah tong ais oren yang di dalamnya mengandungi 168 bungkus plastik lutsinar berisi cecair disyaki air ketum anggaran 42 liter.


"Selain itu, kita turut merampas tiga bungkus plastik hitam mengandungi daun ketum anggaran berat 15 kg serta peralatan dapur memasak yang digunakan untuk memasak air ketum," katanya.


Adzli berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,992
Reaction score
455
Points
91
tgk tpt proses pun x pollow GMP heheh....
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,057
Reaction score
2,373
Points
201
Tanam boleh jual xboleh, xka lawak undang2 Pak karim mcm nie hahaha
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
7 Suspek Sindiket Air Ketum Ditahan

Pengedar air ketum di bandar Seri Alam, Johor dikesan menggunakan khidmat penghantar makanan bagi memastikan pelanggan mereka menerima air ketum yang dipesan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, taktik itu dikesan ketika melakukan serbuan di tiga lokasi yang dijadikan tempat memproses dan menjual air ketum.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
DAUN KETUM | Penyeludup Ubah Taktik Elak Dikesan

Selepas gagal dengan taktik mengupah tonto, penyeludup beralih menggunakan peninjau bagi memastikan kenderaan yang membawa muatan daun ketum, tidak dikesan pihak berkuasa.

Itu modus operandi yang dikesan Pasukan Gerakan Am (PGA) hasil serbuan ke atas dua kenderaan yang sarat dengan daun ketum, di kawasan kebun getah berhampiran Pos Kawalan Simpang Lima Dekat Kaki Bukit, Padang Besar.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,252
Reaction score
14,993
Points
2,376
SELUDUP KETUM | Penyeludup Ketum Rempuh Kenderaan AKSEM

Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa, merempuh kenderaan pasukan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM).

Kenderaan yang dipandu suspek berusia 21 tahun itu juga terbabas dan melanggar tiang elektrik.

Kejadian berlaku di Padang Besar, Perlis, kira-kira 12 tengah hari semalam.

 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,124
Reaction score
2,780
Points
201
Doktor ketum ckp bagus utk rawatan kobid
Kufur nikmat org islam ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register