UPDATE KES KETUM | PGA rampas 995kg daun ketum di Padang Besar

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
ATM rampas 2.25 tan ketum bernilai RM96,157
ketum22_1603331264.jpg

Sembilan guni putih mengandungi daun ketum seberat 270 kg yang disembunyikan di dalam sebuah rumah Mata Ayer, Perlis dirampas AKSEM pada 18 Oktober.FOTO/IHSAN ATM

ALOR SETAR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya merampas sejumlah 2.25 tan ketum bernilai RM96,157 dan memberkas dua tekong darat dalam Operasi Benteng Zon Utara di sempadan negara bermula 18 hingga 21 Oktober lalu.

Markas Briged Keenam Infantri dalam kenyataan, berkata semalam, dua lelaki tempatan berasal dari Perlis ditahan ketika cuba menyeludup 1.5 tan metrik ketum bernilai lebih RM69,000.

"Mereka menggunakan kereta Proton Wira dan Proton Saga bagi mengangkut daun ketum di dalam plastik hitam sebelum ia ditinggalkan di Hutan Rizab Sungai Badak bagi diambil tekong dari Thailand.

"Hasil rampasan terbabit diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan lanjut," katanya.

Kelmarin, ATM turut merampas 16 guni ketum seberat 480 kilogram (kg) yang cuba diseludup ke Thailand melalui Durian Burung.

Katanya, rampasan dianggarkan bernilai RM18,400 termasuk dua motosikal Suzuki Smash 110cc dan Honda Wave 110 RS yang digunakan bagi mengangkut daun ketum.

"Pada 18 Oktober lalu juga, Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Perlis menemui sembilan guni putih mengandungi ketum seberat 270 kilogram (kg) disembunyikan di sebuah rumah di Mata Ayer.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM8,100 sudah diserahkan kepada Balai Polis Padang Besar untuk tindakan selanjut," katanya.

Beliau berkata, semua daun ketum yang dirampas di kawasan Op Benteng Zon Utara itu dipercayai cuba dibawa ke Thailand melalui laluan haram dan pagar keselamatan yang sengaja dirosakkan oleh tekong.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
2 suspek kes cuba seludup ketum turut disiasat Jabatan Perhutanan

ALOR SETAR: Dua tekong darat ditahan berhubung kes cubaan menyeludup 1.5 tan daun ketum, kelmarin, akan turut disiasat Jabatan Perhutanan Kedah (JPNK) kerana disyaki menceroboh Hutan Rizab Sungai Badak, Kubang Pasu, untuk tujuan kegiatan itu.

Pengarah JPNK, Roslan Rani, berkata polis sudah menyerahkan dua lelaki terbabit kepada pihaknya bagi membantu siasatan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993).

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Sebelum ini, kedua-dua suspek ditahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika disyaki cuba menyeludup 1.5 tan daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM69,000.

"Berdasarkan siasatan awal, dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun itu disyaki menceroboh Kompartmen 12 Hutan Rizab Sungai Badak," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Roslan memaklumkan, kedua-dua suspek telah diserahkan kembali kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan siasatan lanjut akan dijalankan pegawai penyiasat JPNK selepas tamat tempoh reman polis.

Beliau sekali gus menegaskan, JPNK memandang serius kejadian menceroboh hutan di negeri ini, termasuk untuk tujuan penyeludupan bahan terlarang.
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,915
Reaction score
220
Points
33
871334.jpg


KUALA LUMPUR - Taktik dua lelaki membawa bungkusan air ketum dengan menggunakan beg penghantar makanan gagal selepas tindakannya berjaya dihidu polis di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 menghala ke Batu Caves di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya mengesan dua lelaki berusia 18 dan 23 tahun itu sedang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.30 malam.

Menurutnya, pihaknya telah memberi arahan kepada suspek untuk memberhentikan motosikal itu, namun mereka telah bertindak berpusing balik dan menentang arus jalan sehala menghala ke kawasan Jinjang.

"Polis telah mengejar suspek sehingga motosikal yang dinaiki mereka melanggar sebuah kereta jenis Nissan Sentra.

"Polis berjaya memberkas kedua-dua suspek dan hasil pemeriksaan menemui empat bungkusan warna hijau disyaki mitragynine (ketum) di dalam beg penghantar makanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shanmugamoorthy berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek itu saling mengenali sejak empat tahun.

"Suspek mengakui telah meminjam beg penghantar makanan daripada seorang kawan bagi mengaburi anggota polis yang membuat sekatan jalan raya," katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.


== sinar harian
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,319
Reaction score
1,545
Points
201
Ketum pon under dadah ke sabit kesalahan gantung?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
photo6215244803675892618_1606987971.jpg

Sebahagian 200 kg daun ketum dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi di Kuala Perlis, selepas cuba diseludup ke negara jiran. - Foto Ihsan PPM

2 penyeludup terjun sampan tinggal 200 kg ketum

LANGKAWI: Tindakan dua individu terjun meninggalkan sampan dinaiki di kawasan muara Kuala Perlis sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, membongkar cubaan mereka menyeludup keluar daun ketum malam tadi.

Difahamkan, 200 kilogram (kg) bahan daun ketum dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) susulan pemeriksaan ke atas sampan berkenaan dalam kejadian kira-kira jam 7.45 malam itu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 1 Langkawi, Deputi Superintendan Rohizan Mohamad Saaid, berkata terdahulu pihaknya menerima maklumat mengenai sebuah sampan mencurigakan dalam perjalanan keluar dari Kuala Perlis disyaki membawa muatan daun ketum.

Susulan itu, katanya pasukan operasi bergegas ke lokasi sebelum memintas sampan berkenaan yang dinaiki dua individu.

"Menyedari sampan mereka dipintas, dua suspek berkenaan terjun ke muara dalam keadaan gelap untuk meloloskan diri dan gagal dikesan.

"Hasil pemeriksaan ke atas sampan ditinggalkan kemudian menemui 20 bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 200 kg dianggar bernilai RM27,000 yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata, semua stok ketum berkenaan kemudian dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Daerah Kangar untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana penyalahgunaan ketum termasuk mengimport, menjual, memproses dan lain-lain berkaitan bahan berkenaan.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
BHTUM14-O_1607908367.jpg

Sebahagian daripada 17 bungkusan daun ketum dalam kereta dipandu seorang lelaki tempatan, semalam. - Foto PGA

KUALA PERLIS: Polis menahan seorang lelaki tempatan yang cuba menyeludup 170 kilogram (kg) daun ketum dalam serbuan Op Benteng di Jalan Kampung Pulau Ketam, di sini.

Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam itu, anggota polis mengesan kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Selepas menyedari diekori, pemandu berusia 23 tahun keluar dari kereta dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan.

"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menemui 17 bungkusan hitam yang di dalamnya mengandungi daun hijau, disyaki daun ketum di dalam but dan tempat duduk kereta," katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Ghani berkata, lelaki itu dipercayai menetap di Padang Besar dan anggaran berat daun ketum berkenaan sebanyak 170 kg, manakala nilainya dianggarkan RM5,100.

Beliau berkata, polis merampas kereta berkenaan yang dianggarkan bernilai RM13,000 untuk membantu siasatan.

"Kita tidak menolak berkemungkinan daun ketum itu untuk diseludup ke negara jiran, namun siasatan masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.

 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
8,659
Reaction score
615
Points
126
thailand buat apa dengan ketum itu ?
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,275
Reaction score
4,422
Points
601
Dua lelaki Thailand ditahan cuba seludup ketum

PADANG BESAR: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar menahan dua lelaki warga Thailand dan merampas

75 kilogram (kg) daun ketum yang cuba diseludup ke negara berkenaan, di sini hari ini.

Kedua-dua suspek ditahan di Bulatan Padang Besar berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar 11.30 pagi.

Komander AKSEM negeri, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, penahanan dilakukan hasil risikan selama seminggu oleh anggotanya.

"Suspek menggunakan sebuah pikap bertutup jenis Toyota Hilux Revo bernombor pendaftaran Thailand. Sepasukan anggota AKSEM yang ternampak sebuah pikap negara jiran yang lazimnya digunakan untuk membawa barang runcit dari negara jiran ke negara ini sedang melalui kawasan bulatan berkenaan.

"Ketika ditahan dua lelaki warganegara Thailand berusia 28 dan 47 tahun berada di dalam pikap itu. Hasil pemeriksaan terdapat lima kotak minuman teh yang masing-masing dilekatkan dengan pita pelekat bagi melindungi barang di dalam kotak berkenaan.

"Di dalamnya ada bungkusan mengandungi daun dipercayai daun ketum," katanya kepada pemberita di Pejabat AKSEM Padang Besar, hari ini.

Katanya, siasatan mendapati suspek sedang dalam perjalanan ke satu lokasi di sekitar Padang Besar untuk memuatkan barangan runcit seperti makanan bertujuan dibawa ke negara jiran itu.

"Suspek menerima upah RM200 bagi setiap perjalanan. Modus operandi memuatkan kotak minuman teh yang mengandungi daun ketum terlebih dahulu ke dalam pikap.

"Mereka kemudian akan mengambil muatan barangan runcit dan memuatkan di dalam pikap untuk dipenuhkan menyebabkan kotak minuman teh berisi daun ketum itu sukar untuk dikesan pihak berkuasa," katanya.

Rodzi berkata, permintaan tinggi ketum di negara jiran mendorong pelbagai taktik digunakan oleh penyeludup untuk membawa daun ketum itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya.

 
Sponsored Post
Top
Log in Register