InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,275
- Reaction score
- 4,422
- Points
- 601
PGA rampas 210 kg ketum
PGA Wilayah Utara menahan lelaki yang menunggang motosikal sambil membawa daun ketum di Laluan Kesban. - Ihsan PGA
PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) Wilayah Utara menahan seorang lelaki tempatan yang menunggang motosikal sambil membawa guni berisi daun ketum di Laluan Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) di KTJ C-15, di sini, semalam.
Ketum dirampas adalah sebanyak 210 kilogram (kg) bernilai RM31,500.
Komander Briged Utara, PGA Hulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, anggotanya yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan suspek berusia 20 tahun bersama tiga lagi rakannya menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
“Kumpulan terbabit melintas laluan keselamatan yang diwartakan sebagai kawasan larangan kepada orang awam dengan menunggang motosikal sambil membawa tujuh bungkusan guni dipercayai berisi daun ketum menghala ke arah tembok sempadan Malaysia-Thailand.
“Anggota kami bertindak mengejar kumpulan lelaki terbabit sebelum menahan seorang daripada mereka, manakala tiga rakannya bertindak meninggalkan motosikal sebelum meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Abdul Ghani berkata, suspek turut tercedera di bibir akibat terjatuh dari motosikalnya ketika dikejar anggota PGA.
“Hasil pemeriksaan menemui tujuh guni berisi 210 kg daun ketum yang diletakkan di atas semua motosikal berkenaan.
“Pihak kami percaya kesemua daun ketum berkenaan akan diseludup ke negara jiran berikutan permintaannya yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 manakala suspek bersama barangan rampasan iaitu ketum dan motosikal diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Abdul Ghani berkata sepanjang bulan ini, pihaknya merampas lebih 1.62 tan metrik ketum bernilai RM244,200 dalam beberapa serbuan di tiga lokasi yang dijadikan sebagai transit dan tempat penyimpanan sementara daun itu di daerah ini.
www.bharian.com.my

PGA rampas 210 kg ketum | Berita Harian