UPDATE KES KETUM | PGA rampas 995kg daun ketum di Padang Besar

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,566
Reaction score
12,177
Points
2,376
KETUM | 10 Ditahan Berpesta Air Ketum

Di Butterworth, tindakan 10 individu termasuk dua wanita berpesta air ketum di sebuah pangsapuri mengundang padah kegiatan mereka dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka ditahan dalam serbuan Op Pematuhan COVID-19 dan Op Limau.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
WhatsApp_Image_2021-02-17_at_2.48.00_PM_1613544776.jpg

Wan Kamarul (kanan) menunjukkan air ketum yang dirampas dalam operasi di Putra Perdana, Puchong. - Foto NSTP/Samadi Ahmad

Rumah proses air ketum diserbu

SEPANG: Polis menyerbu tiga rumah yang disyaki dijadikan tempat memproses air ketum di Putra Perdana, Puchong, di sini, Isnin lalu.


Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam serbuan jam 11 malam itu, pihaknya menahan tujuh lelaki tempatan dan masing-masing lelaki dan wanita warga Indonesia berusia 30 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, polis merampas 240 kilogram (kg) daun ketum, 152 botol air ketum dan wang tunai berjumlah RM12,325 dalam serbuan di tiga rumah teres dua tingkat berkenaan.

"Turut dirampas masing-masing dua set dapur, set periuk, tong gas serta botol plastik dan alat penimbang dipercayai untuk memproses bahan terlarang ini. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM25,000.

"Dua suspek yang ditahan juga masing-masing positif dadah jenis syabu dan ganja, manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah lalu berkaitan dadah," katanya pada sidang media di IPD Sepang di sini, hari ini.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dan IPD Subang Jaya.

Wan Kamarul berkata, pihaknya melakukan risikan selama tiga minggu hasil aduan awam mengenai aktiviti penjualan air ketum yang beroperasi sejak hampir dua bulan lalu.

"Sindiket ini menyasar penjualan air ketum untuk pasaran sekitar Subang Jaya, Puchong dan Putra Perdana yang dijual pada harga RM20 sebotol dan RM40kg bagi daun ketum.

"Siasatan mendapati, suspek memperoleh bekalan daun ketum dari Hilir Perak menggunakan khidmat kenderaan perdagangan dan rampasan adalah yang terbesar sepanjang tahun ini," katanya.

Katanya, lima suspek direman bermula semalam sehingga Sabtu ini, manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau boleh dipenjara tidak lebih empat tahun," katanya.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,110
Reaction score
4,421
Points
601
ketum_1613949054.jpg

Antara daun ketum dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dalam lima operasi ‘Op Benteng Covid’ di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Kuala Perlis bermula Sabtu hingga semalam. - Foto ihsan PGA Briged Utara

PGA rampas 995kg daun ketum di Padang Besar, Kuala Perlis

PADANG BESAR: Sebanyak 995 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM29,850 yang cuba diseludup ke Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dalam lima operasi 'Op Benteng Covid' di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dan Kuala Perlis bermula Sabtu hingga semalam.

Komander PGA Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata rampasan dilakukan oleh anggota dari Batalion 1 PGA yang berpangkalan di Ulu Kinta, Perak.

"Dalam kejadian pertama sekitar jam 6.30 petang Sabtu lalu, anggota PGA yang sedang membuat rondaan di kawasan kebun getah di Felda Mata Ayer, di sini menemui 10 guni putih mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 300kg yang dianggarkan bernilai RM9,000.

"Selain itu, kami turut menemui sebuah Toyota Hilux dipercayai ditinggalkan penyeludup ketika dikejar anggota kita di mana kenderaan berkenaan dianggarkan bernilai RM65,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, rentetan daripada penemuan daun ketum itu, pihaknya menggiatkan langkah pembanterasan penyeludupan bahan terlarang berkenaan dan pada jam 11.15 malam pada hari yang sama, pihaknya menemui 11 guni daun ketum seberat 275kg bernilai RM8,250 di sebuah kawasan tepi sungai di Kampung Wai, Kuala Perlis.

"Pada hari berikutnya pula, anggota PGA yang membuat rondaan di sebuah kawasan kebun getah di Padang Besar pada jam 6.30 pagi menjumpai lima guni putih mengandungi daun hijau disyaki daun ketum seberat 150kg bernilai RM4500.

"Rampasan pada hari berkenaan itu bagaimanapun belum lagi menunjukkan tanda akan berakhir apabila dalam jangka masa 50 minit kemudian anggota kita menemui lapan lagi guni putih mengandungi daun hijau disyaki ketum seberat 240kg bernilai RM7,200 di satu lagi kebun getah berhampiran laluan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar.

"Pembanterasan daun ketum sepanjang semalam akhirnya berakhir dengan penemuan satu guni putih yang mengandungi daun hijau dipercayai daun ketum seberat 30kg bernilai RM900 dalam sebuah pikap Mitsubishi Pajero di sebuah ladang getah di Chuping, di sini sekitar jam 10 pagi," katanya.

Beliau berkata, kesemua rampasan daun ketum berkenaan dianggarkan bernilai RM29,850, manakala rampasan kenderaan pula dianggarkan bernilai RM90,000.

"Kita percaya bekalan daun ketum ini cuba diseludup ke Thailand kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi di negara berkenaan.

"Bagaimanapun dalam operasi berkenaan tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register