InstaForexRebat
CG Hardcore Club
- Joined
- Nov 9, 2008
- Messages
- 52,110
- Reaction score
- 4,421
- Points
- 601
Lelaki ditahan bersama 500 bungkusan air ketum
SEBAHAGIAN daripada air ketum yang dirampas daripada seorang lelaki dalam kebun getah di Kampung Changkat Setol, Changloon, Kubang Pasu semalam. - UTUSAN ONLINE
KUBANG PASU 11 Julai - Polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun dan merampas 500 bungkusan air ketum dalam serbuan di kawasan kebun getah Kampung Rawa Changloon di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu sepasukan anggota polis dari Ibu pejabat Daerah mengesan kelibat mencurigakan suspek di kawasan berkenaan sebelum membuat pemeriksaan.
“Suspek terkejut bertindak melarikan diri apabila polis cuba menghampiri dan memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa namun berjaya ditangkap.
“Pemeriksaan tempat berkenaan menjumpai dua bekas plastik warna kuning dalamnya terdapat 340 bungkusan plastik lutsinar berisi air rebusan daun ketum; satu bekas plastik warna biru dalamnya terdapat 110 bungkusan plastik lutsinar berisi air rebusan daun ketum dan satu bekas plastik warna putih dalamnya terdapat 50 bungkusan plastik lutsinar berisi air rebusan daun ketum.
Advertisement
Powered By YuMe
“Jumlah rampasan keseluruhan 500 bungkusan. Suspek ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
“Rekod lampau menunjukkan bahawa suspek terlibat dengan kes yang sama,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jen...00-bungkusan-air-ketum-1.501597#ixzz4mZUDBiRd
© Utusan Melayu (M) Bhd

Polis, JPN siasat viral pelajar teguk ketum
![]()
GAMBAR pelajar perempuan mula ditular dalam Facebook seorang individu yang mendakwa kes itu berlaku di Kelantan yang menunjukkan gadis itu meminum cecair disyaki air ketum. - Foto ihsan pembaca
KOTA BHARU: Polis dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memulakan siasatan ke atas penyebaran gambar dan video pelajar yang didakwa meminum cecair disyaki air ketum, bermula hari ini.
Gambar pelajar perempuan mula viral pagi tadi menerusi akaun seorang individu di Facebook yang mendakwa kes seorang gadis meminum cecair disyaki air ketum itu berlaku di Kelantan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan, Superintendan Mit Emong, berkata pihaknya akan melakukan pemantauan termasuk menerusi Pegawai Perhubungan Polis (PPS) di sekolah di negeri ini.
Setakat ini, katanya, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berkaitan kes itu tetapi akan bekerjasama dengan JPN.
"Kami akan menyiasat lebih lanjut untuk memastikan sama ada minuman itu adalah air ketum atau sebaliknya bagi menentukan kesahihannya," katanya ketika dihubungi di sini bagi mengulas laporan berkaitan viral itu.
Sementara itu Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhammad Zahari Othman, berkata setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung viral itu sama ada membabitkan murid atau pelajar.
Katanya, mesyuarat juga sudah diadakan selepas mendapat tahu ia viral di laman sosial pada jam 11 pagi dan pihaknya sudah mengarahkan Pejabat Pendidikan Daerah mengadakan siasatan.
"Sekiranya ada, kita akan 'turun padang' ke lokasi yang dikenal pasti," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/04/406706/polis-jpn-siasat-viral-pelajar-teguk-ketum
Last edited: