BTC USD 62,937.5 Gold USD 1,745.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE KES KETUM | PGA rampas 880 kg daun ketum

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,866
Reaction score
2,721
Points
206
Dua beranak, rakan edar ketum guna bas ekspres ditahan

WhatsApp-Image-2020-12-18-at-7.14.13-PM.jpeg


ALOR SETAR: Cubaan tiga lelaki termasuk dua beranak mengedar sebanyak 572 kilogram (kg) daun ketum dengan menggunakan bas ekspres gagal apabila ditahan di Terminal Bas Shahab Perdana di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, dua beranak terbabit berusia 51 dan 27 tahun merupakan pemandu serta pembantu pemandu bas ekspres terbabit manakala seorang lagi rakan mereka berusia 33 tahun ditahan pada pukul 8.40 malam.


Menurutnya, daun ketum bernilai RM5,000 yang diperoleh dari Kuala Nerang, Padang Terap itu dipercayai ingin diedarkan ke Melaka dan Johor.

“Hasil pemeriksaan di ruang tempat letak barang bahagian bawah bas itu, polis menjumpai 11 beg kanvas dan lapan plastik sampah berwarna hitam yang mengandungi daun ketum.

“Kesemua daun ketum tersebut juga diikat dengan getah yang berjumlah 2,149 ikatan dan sekiranya diproses boleh membekalkan air ketum kepada 10,000 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Ahmad Shukri berkata, siasatan juga mendapati dua beranak tersebut telah menjalankan kegiatan pengedaran duan kerum dengan menggunakan bas ekspres tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

“Dua beranak itu dipercayai mengedarkan daun ketum untuk pasaran Melaka dan Johor dengan menggunakan bas ekspres berkenaan sebanyak dua kali sebulan,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, ujian saringan air kencing ketiga-tiga lelaki itu didapati negatif dadah dan mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Ketiga-tiga tangkapan itu telah direman selama empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000. -UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
gunina_1611102927.jpg

Anggota PGA berjaya merampas daun ketum diisi dalam guni yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran, semalam. - NSTP/Foto ihsan Ibu Pejabat Polis Daerah PADANG BESAR.

PGA rampas 1,230kg daun ketum disyaki cuba diseludup

PADANG BESAR: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,230 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM36,900 yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran, di sini, semalam.

Terdahulu, anggota Batalion 18 PGA dari Pengkalan Hulu melakukan rondaan di sekitar Chuping sebelum mengesan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas, berkata justeru anggota PGA terbabit mengekori kenderaan berkenaan.

"Apabila menyedari diekori, pemandu itu memecut kenderaannya sehingga terbabas ketika memasuki Superfruit Valley Padang Besar. Lelaki terbabit kemudian melarikan diri daripada diberkas.

"Hasil pemeriksaan lanjut, anggota menemui 27 guni putih disyaki berisi daun ketum yang disumbat dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Seterusnya, beliau berkata, hasil risikan PGA membawa kepada serbuan di sebuah pondok di Kubang Tiga, Chuping.

"Dalam pondok itu, anggota PGA menemui 12 lagi guni putih disyaki berisi daun ketum. Kita percaya kesemua daun ketum terbabit cuba diseludup ke Thailand.

"Tiada tangkapan dilakukan, setakat ini, dan seluruh rampasan dianggarkan seberat 1,230kg bernilai RM36,900," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM10,000 dan penjara hingga empat tahun.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
KETUM | ‘Markas’ Ketum Diserbu, Seorang Lelaki Ditahan

Tindakan seorang lelaki memproses air ketum termasuk mencampur beberapa ramuannya sendiri dan diproses dalam jumlah yang banyak sebelum disimpan di dalam tong ais, akhirnya dihidu pihak berkuasa.

Lelaki berkenaan menjadikan sebuah rumah di Kampung Mawar Dekat Padang Besar, Perlis sebagai markas untuknya memproses air ketum berkenaan

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
kratom_1612053041.jpg

Polis marin menjumpai menemui 10 bungkusan plastik hitam dipercayai mempunyai daun ketum disembunyikan di ruang penyimpanan barang dalam bot berkenaan di perairan Kuala Perlis, Kangar semalam.- Foto NSTP/Ihsan PDRM

Polis marin gagalkan cubaan seludup daun ketum

KANGAR: Sebanyak 100 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM10,000 yang cuba diseludup ke Thailand berjaya dirampas oleh polis marin selepas menahan seorang nelayan warga Thailand di perairan Kuala Perlis, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata kejadian berlaku pada jam 4.30 pagi ketika pasukan polis marin sedang melakuakan rondaan di sekitar perairan kawasan berkenaan.

"Pihak kami menerima maklumat aktiviti penyeludupan dan Unit Risikan Polis Marin Kuala Kedah dibantu oleh Unit Risik Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) Daerah Kuala Perlis serta Unit Dron Pasukan Gerakan Udara Polis DIRaja Malaysia (PDRM) melakukan rondaan di sekitar perairan Kuala Perlis.

"Kemudian, ketika rondaan berkenaan dilakukan, kami ternampak bot fiber tidak mempunyai nombor pendaftaran berwarna biru dan merah sedang berlegar di kawasan itu sambil dikemudi oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

"Kegagalan lelaki berusia 28 tahun menunjukkan dokumen pengenalan dirinya menyebabkan kami terus menahan bot berkenaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Katanya, pemeriksaan selanjutnya ke atas bot berkenaan kemudian menemui 10 bungkusan plastik hitam dipercayai mempunyai daun ketum disembunyikan di ruang penyimpanan barang dalam bot berkenaan.

"Kesemua bekalan daun ketum dipercayai cuba diseludup keluar ke Thailand dan ia dianggarkan mempunyai berat sebanyak 100 kg.

"Suspek berasal dari Satun, Thailand ditahan untuk siasatan lanjut manakala kesemua rampasan termasuk bot fiber berkenan dianggarkan bernilai RM40,000," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,254
Reaction score
243
Points
43
Ramuan khayal ketum dirampas

UBAT batuk yang dirampas. FOTO Ihsan PGA9


Pasir Mas: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) merampas 1,080 botol ubat batuk bernilai RM16,200 di Kampung Tal Tujuh, di sini, kelmarin.

Pegawai Pemerintah PGA9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, ketika kejadian jam 4 petang itu, anggota membuat rondaan sebelum terserempak dengan sebuah lori dan menahannya.

Katanya, anggota kemudian meminta pemandu lori yang juga warga tempatan berusia 48 tahun mengemukakan kad pengenalan diri.

"Pemeriksaan tubuh badan dilakukan kepada pemandu berkenaan namun tidak menjumpai apa-apa barangan yang salah sebelum anggota bertindak memeriksa lori dan menemui beberapa kotak berwarna coklat.

"Hasil pemeriksaan, kesemua kotak terbabit mengandungi botol diisi cecair kehitaman disyaki ubat batuk.

"Kemudian, anggota menahan pemandu serta merampas lori dan semua barangan terbabit untuk diserahkan Ke Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, bagi siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Nor Azizan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kesemua ubat batuk yang dirampas ini dipercayai untuk dijual di sekitar Pasir Mas yang mana digunakan untuk tujuan yang salah apabila ia dicampur dengan air ketum bagi memberikan kesan khayal.


== hmetro
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
bhketum4-o_1612398358.jpg

Sebanyak 300kg daun ketum bernilai RM30,000 berjaya dirampas selepas polis marin menahan lima lelaki yang cuba menyeludup tumbuhan berkenaan di Pintu 3 Tembok Sempadan Malaysia-Thailand, Bukit Puteh, Kuala Perlis, Kangar semalam. - Foto PDRM

300kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand dirampas

KANGAR: Pasukan Polis Marin merampas 300 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM30,000 dan menahan lima lelaki yang cuba menyeludup tumbuhan berkenaan di Bukit Puteh, Kuala Perlis, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail, berkata serbuan dilakukan pada jam 4 petang di sekitar Pintu 3 Tembok Sempadan Malaysia-Thailand, susulan maklumat diterima bahawa satu kegiatan penyeludupan sedang dijalankan di kawasan itu.

"Pasukan dari Unit Risikan Marin bersama anggota Markas Taktikal Polis (MARTEK) Kuala Perlis dikerahkan untuk meninjau di kawasan berkenaan.

"Apabila kami tiba di kawasan berkenaan, anggota bertugas ternampak dua kereta iaitu Proton Axia dan Proton Persona dalam keadaan mencurigakan yang disyaki ada membawa muatan daun ketum sedang melalui laluan berhampiran tembok berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, risikan selanjutnya mendapati terdapat lima lelaki berusia antara 20-an hingga 40-an berada di lokasi berkenaan dan sedang leka memunggah bungkusan plastik hitam.

"Melihatkan keadaan berkenaan, anggota kita terus menyerbu ke arah suspek dan menahan mereka," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan selanjutnya mendapati bungkusan palstik hitam itu adalah daun ketum seberat 300 kg.

"Kita percaya bahawa sindiket menyeludup cuba menjadikan kawasan tembok sempadan itu sebagai kawasan menyeludup daun ketum berkenaan ke Thailand," katanya.

Rampasan termasuk kereta dianggarkan bernilai RM80,000 dan kesemua suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
SELUDUP KETUM | ‘Curi’ Bot Nelayan Tempatan Untuk Menyeludup

Setelah beralih menggunakan laluan laut, penyeludup ketum dikesan aktif ‘mencuri’ bot-bot nelayan tempatan bagi melaksanakan penghantaran barang seludupan.

Bagaimanapun tempoh yang dicuri tidak lama, dianggarkan kurang dari satu jam sebelum kumpulan penyeludup itu memulangkannya semula sebaik tugas mengangkut daun ketum itu selesai.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,073
Reaction score
12,468
Points
2,376
SELUDUP DADAH | Sindiket Dari Negara Jiran, Edar Ke Lembah Klang

Sejumlah 250 kilogram ganja bersama 770 kilogram daun ketum ditemui polis dalam tiga serbuan berasingan Padang Besar, Perlis, Isnin lalu.

Sindiket menjadikan kawasan berhampiran sempadan itu sebagai ‘pusat transit’ bekalan yang dipercayai diperoleh dari negara jiran, sebelum cuba mengedarkannya ke Lembah Klang.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,452
Reaction score
4,441
Points
601
ketum_1612935896.jpg

Sebanyak 2.6 tan daun ketum dirampas di Kampung Chong, di sini tengah malam tadi. Foto PDRM

Lelaki bisu, rakan ditahan bersama 2.6 tan daun ketum

SIK: Seorang lelaki bisu dan dua rakan wanitanya ditahan selepas membungkus 2.6 tan daun ketum yang disimpan dalam plastik hitam dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chong di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan pada jam 12.15 malam itu, ketiga-tiga suspek berusia antara 31 hingga 39 tahun dipercayai baharu selesai membungkus daun ketum bernilai RM156,000 dan sedang menunggu lori bagi membawa bahan itu ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik yang menerima maklumat awam berhubung kegiatan berkenaan bertindak mengepung rumah berkenaan.

Katanya, ketika serbuan dilakukan, tiga suspek cuba bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun mereka berjaya diberkas.

"Siasatan awal mendapati bekalan daun ketum itu diambil dari Kampung Lamdin, Padang Terap serta Kampung Kuala Beris dan Kampung Chong, dekat sini untuk pasaran Kuala Lumpur.

"Adalah difahamkan harga daun ketum boleh mencecah sehingga RM60 sekilogram di Kuala Lumpur berbanding pasaran tempatan hanya RM10 sekilogram," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abdull Razak berkata, semua suspek yang bekerja kampung dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak setahun lalu.

Katanya, mereka turut mengakui sudah beberapa kali mengedar daun ketum ke Kuala Lumpur dan Kelantan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan permintaan yang tinggi.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman empat hari mulai hari ini, untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara empat tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register