BTC USD 35,883.8 Gold USD 1,815.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral [UPDATE] Keluarga Ain Huzniza fail saman balas RM5 juta kepada guru

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,720
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,720
Reaction score
1,080
Points
151
Dia sorang je rasa terganggu. Budak lain rileks. Tapi dia pulak push supaya cikgu ni dikenakan tindakan.

Seolah olah kau tak faham cikgu tu ajar, budak lain faham, tapi kau emo suruh pengetua tukar cikgu lain.

Generasi strawberry betul.
Hmmm..strawbery cpt lebam...
 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
52,500
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,500
Reaction score
1,793
Points
596
Main saman juta juta woooo
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,924
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,924
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1

Pendengaran kes saman fitnah lawak ‘rogol’ Ain Husniza 8 Disember​

court-gavel.jpg
kes mahkamah

  • 2 Disember 2021, 1:45 pm


SHAH ALAM: Kes saman fitnah yang difailkan seorang guru lelaki Pendidikan Jasmani sebuah sekolah menengah terhadap bekas anak murid dan bapanya akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Disember nanti bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Peguam cara, Rasshidi Syed yang mewakili guru, Khairul Nizam Sanuddin, 43, ketika dihubungi berkata, perintah berkenaan dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nur Syuhada Abdullah selepas pengurusan kes dilakukan secara dalam talian hari ini.

Khairul Nizam, 43, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu melalui Tetuan Rasshdi, Ema & Yong di Mahkamah Shah Alam pada 26 November lalu, dengan menamakan Nurain Husniza Saiful Nizam,17, dan bapa remaja itu Saiful Nizam Ab. Wahab, 42, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan yang diperoleh media, plaintif yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA) di sini telah menyentuh sub-topik “Amang Seksual dan Tingkah Laku Amang Seksual, Katakan Tidak Kepada Amang Seksual, Kesan dan Akibat Amang Seksual” yang terkandung di bawah tajuk Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS).

Plaintif yang telah mengajar selama 21 tahun di sekolah berkenaan menyatakan sepanjang proses pembelajaran itu, kesemua pelajar wajib membawa dan merujuk kepada Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5.

Plaintif menafikan ada membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran PJPK tersebut serta tiada galakan kepada perlakuan rogol malah itu adalah komunikasi dalam konteks pembelajaran semata-mata untuk pemahaman dan pengajaran.

Plaintif juga memohon satu perintah injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan apa jua kenyataan berkenaan plaintif yang berbaur fitnah atau ejen mereka dihalang daripada mengulangi kesemua pernyataan tidak benar itu di mana sahaja dalam apa jua bentuk.

Guru terbabit turut menuntut permohonan maaf daripada remaja terbabit dan bapanya yang akan diterbitkan di semua laman sosial milik mereka dan pihak ketiga yang dikenalpasti serta di akhbar pilihan plaintif.

Pada masa sama, plaintif turut memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi akibat kehilangan reputasi dan kredibiliti, ganti rugi melampau serta teladan yang akan ditaksirkan oleh mahkamah selain kos dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Pihak defendan diwakili peguam, Sankara Nair.

Sementara itu, akhbar semalam melaporkan pasangan anak-beranak terbabit akan memfailkan saman balas terhadap Khairul Nizam yang menyaman mereka dan pihak lain atas (dakwaan) sengaja mengakibatkan tekanan emosi (tort of intentionally inflicting emotional distress atau IIED).

Mereka juga merancang untuk turut membawa menteri pendidikan, pengarah jabatan pendidikan Selangor serta pengetua sekolah atas dakwaan gagal melindungi Ain daripada insiden itu. -UTUSAN ONLINE


 

makcikcomei

Active Member
Messages
2,350
Joined
Dec 3, 2010
Messages
2,350
Reaction score
580
Points
81
Terfikir saya... bagaimana si Ain ni nak buktikan gurauan lucah guru tu memberi kesan buruk kepada dirinya atau kepada rakan sekelasnya?

Bagaimana pula jika ada antara rakan sekelas mengatakan gurauan tu tak bagi apa2 kesan kepada mereka?
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,222
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,222
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
Terfikir saya... bagaimana si Ain ni nak buktikan gurauan lucah guru tu memberi kesan buruk kepada dirinya atau kepada rakan sekelasnya?

Bagaimana pula jika ada antara rakan sekelas mengatakan gurauan tu tak bagi apa2 kesan kepada mereka?
Xtau la hadap ja la saman tu
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Mereka juga merancang untuk turut membawa menteri pendidikan, pengarah jabatan pendidikan Selangor serta pengetua sekolah atas dakwaan gagal melindungi Ain daripada insiden itu.

Nak saman lebih mmg sampai ke menteri la kena petik nama 🤣
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,236
Paid Membership
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,236
Reaction score
662
Points
81
Cikgu tu kire baik la xdedah mcm bapak ain tu buat.. mcm xadil plak.. lg elok cikgu tu dedah je
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register