BTC USD 38,871.6 Gold USD 1,826.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Keganasan Di Selatan Thailand | 5 maut dalam keganasan di selatan Thailand

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
Ketua Perunding Baru Thailand Harap Rundingan Damai Di Sambung Tahun Depan

01.12.2019 - Thailand, Ketua perunding baru proses damai selatan Thailand, Jeneral Wanlop Rugsanaoh berharap proses rundingan akan disambung semula tahun depan bagi mencari penyelesaian berkekalan serta mengakhiri konflik selama beberapa dekad di beberapa wilayah di selatan negara itu.

Beliau yang dilantik berkuat kuasa 1 Okt lalu, menggesa semua kumpulan walaupun mempunyai pandangan berbeza termasuk sayap bersenjata, Barisan Revolusi Nasional (BRN) supaya menyertai meja rundingan tersebut.

“Kami sedang menyelaras dengan fasilitator dari Malaysia. Kami mahu semula kumpulan dengan pandangan berbeza supaya bercakap dengan kami.

“ Kami mahu rundingan damai ini berlangsung secepat mungkin. (Berapa lama?) Ada kemungkinan menjelang tahun baru,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Malaysia memilih bekas Ketua Polis Negara, Abdul Rahim Mohd Noor sebagai fasilitator dalam rundingan damai di selatan Thailand antara kerajaan Thailand dan Mara Patani, badan yang mewakili beberapa kumpulan militan di selatan Thailand.

Atas permintaan Thailand, Jen Wanlop berkata Malaysia telah menghubungi beberapa kumpulan tersebut untuk perbincangan.

“ Malaysia sedang membantu kami. Bagaimanapun, kami belum tahu siapa mereka ini (kumpulan). Kami masih menunggu pengesahan,” kata bekas Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand itu.

Beliau berkata perbincangan secara tidak formal sedang berlangsung dalam dan luar negara tetapi enggan mendedahkan bila dan di mana perjumpaan tersebut diadakan.

Sebagai perunding utama yang baru, katanya, matlamat utamanya adalah untuk memulihkan keamanan di selatan Thailand supaya semua masyarakat boleh hidup bersama secara damai.

Ditanya bila BRN akan menyertai rundingan damai tersebut, beliau berkata: “Kami mahu mereka mengambil bahagian dalam perbincangan ini.”

Proses perdamaian di wilayah selatan negara itu setakat ini adalah antara kerajaan Thailand dan Mara Patani, sebuah badan utama mewakili pelbagai kumpulan di wilayah selatan itu. Bagaimanapun, BRN tidak menyertai rundingan itu tetapi masih diwakili dalam Mara Patani oleh sayap politiknya.

Dalam pada itu, Jen.Wanlop berkata kerajaan Thailand komited dan ikhlas dalam mencari penyelesaian secara damai dalam menamatkan konflik tersebut.

“Kami bersedia mempertimbangkan maklum balas yang sesuai kepada cadangan semua kumpulan yang mempunyai pandangan berbeza dalam mewujudkan keamanan yang berkekalan.

“Panel Dialog Keamanan akan meneruskan misi dan mewujudkan perubahan positif menjelang 2020,” katanya.

Katanya, beliau akan meneruskan usaha bekas ketua perunding Thailand (Jeneral Udomchai Thammasarorath) untuk membina kepercayaan antara kerajaan dan semua kumpulan terbabit kerana ia akan mewujudkan asas bagi proses damai berdasarkan prinsip maruah, keikhlasan dan kesukarelaan.

Keganasan empat wilayah di selatan – Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla mengorbankan lebih 7,000 nyawa. Sejak beberapa tahun yang lalu, Mara Patani mengadakan rundingan dengan kerajaan Thailand untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang telah berlanjutan sejak 2004.

Pada 5 Nov lalu, sekurang-kurang 15 terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan sekumpulan individu bersenjata yang telah menyerang pos kawalan keselamatan di wilayah Yala. Ia merupakan antara salah satu serangan paling dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

7045e2bb9ff6728f98f7a508b213f498.jpeg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/501999
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Dua maut, 11 cedera insiden berbalas tembakan di Selatan Thailand

Narathiwat_1578842667.jpg

Dua maut, termasuk seorang militan dan 11 lagi anggota sukarelawan cedera dalam insiden berbalas tembakan di Rom Sai, Daerah Sukhirin, Narathiwat, selatan Thailand hari ini.

NARATHIWAT: Dua maut, termasuk seorang militan dan 11 lagi anggota sukarelawan cedera dalam insiden berbalas tembakan di Rom Sai, Daerah Sukhirin, Narathiwat, selatan Thailand hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari (waktu tempatan) hari ini, Pos Kawalan Mukim Rom Sai telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai anggota militan.

Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Wilayah Sukhirin, Kpt Pol Athit Makmuang, berkata kumpulan itu melepaskan tembakan dan melontar bom paip ke arah pos kawalan mukim dan menyebabkan dua anggota sukarelawan cedera.

Sebutir bom buatan sendiri diletupkan di tepi jalan apabila pasukan tentera, polis dan anggota sukarelawan yang dalam perjalanan menjejaki anggota kumpulan itu.

“Insiden berbalas tembakan telah berlaku antara kumpulan militan dan pasukan keselamatan kira-kira 20 minit di tempat kejadian.

“Seorang anggota militan dan seorang anggota sukarelawan ditemui maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Athit berkata, gerakan diperhebat untuk menjejaki suspek serangan itu. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Rundingan damai selatan Thailand diteruskan minggu ini

brn_1583127478.jpg

Barisan Revolusi Nasional (BRN).

PATTANI: Rundingan damai selatan Thailand yang dijadualkan minggu ini di Kuala Lumpur akan diteruskan, meskipun Malaysia dalam pembentukan kerajaan baharu.

Sumber Barisan Revolusi Nasional (BRN) memberitahu bahawa pertemuan kedua yang dijadual pada 4 Mac ini menyaksikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator akan diadakan antara wakil kerajaan Thailand – ketua perunding, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan kumpulan BRN.

“Kini, semua sudah berada di Kuala Lumpur dan membuat persiapan untuk rundingan kali ini,” kata sumber BRN ketika dihubungi.

Pada 20 Januari lalu, satu mesyuarat rasmi diadakan di antara BRN dan kerajaan Thailand, membawa harapan baharu untuk menamatkan keganasan di selatan Thailand. Delegasi BRN diketuai Anas Abdulrahman.

Kedua-dua pihak akhirnya mencapai kesepakatan bahawa rundingan ialah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik bersenjata di wilayah majoriti Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di selatan Thailand.

Buat masa kini, rundingan itu membabitkan pasukannya dan BRN, manakala Malaysia bertindak sebagai fasilitator.

Sejak beberapa tahun lalu, proses perdamaian di wilayah selatan negara itu antara kerajaan Thailand dan Mara Patani, sebuah badan utama mewakili pelbagai kumpulan di wilayah selatan itu. Bagaimanapun, ketika itu, BRN hanya diwakili sayap politiknya.

Namun, selepas pelantikan Wanlop pada Oktober lalu, beliau memberi isyarat yang jelas mahu BRN mengambil bahagian dalam rundingan damai bagi mencari jalan terbaik menamatkan konflik di empat wilayah itu.

Difahamkan perjumpaan kali ini akan menyaksikan kedua-dua pihak mengemuka syor untuk keamanan jangka panjang di wilayah bergolak di selatan Thailand.

Sebelum ini, Wanlop memberitahu media bahawa pihaknya akan mendengar dengan hati terbuka syor yang bakal dikemukakan dengan hati terbuka dan membuat pertimbangan sewajarnya.

Sementara itu, Peace Survey edisi kelima mendapati hanya 38.7 peratus penduduk di wilayah bergolak itu membabitkan Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla setuju saluran terbaik yang boleh menyelesaikan konflik yang membelenggu empat wilayah bergolak berkenaan.

Keamanan dan kedamaian jangka masa panjang akan tercapai melalui rundingan damai dalam tempoh lima tahun akan datang, berdasarkan kajian terhadap 1,637 orang di empat wilayah bergolak itu.

Namun, 37.9 peratus berpendapat bahawa ‘tiada harapan’ dalam rundingan damai itu.

“Kajian itu juga mendapati 59.4 peratus responden berpandangan bahawa proses rundingan damai tidak dapat menamatkan keganasan, malah 57.1 peratus berpendapat keadaan akan semakin teruk ,” menurut kajian itu.

Pemberontakan di selatan Thailand bermula pada 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, yang mengorbankan 7,000 nyawa. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Thailand car bomb: At least 20 people injured after explosion


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
BERBALAS_TEMBAKAN_DI_PATTANI_1593830228.jpg

Dua termasuk seorang militan maut, manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare Pattani Selatan Thailand senmalam. - Foto BERNAMA

Dua maut, dua parah insiden berbalas tembakan di Pattani

PATTANI: Dua termasuk seorang militan maut, manakala dua renjer cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan di Daerah Panare, Pattani, Selatan Thailand, semalam.

Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan), pihak berkuasa mengepung sebuah rumah di Kampung Rawo yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota kumpulan militan.

"Apabila pasukan keselamatan memasuki kampung, mereka ditembak sekumpulan lelaki bersenjata.

"Insiden berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan lelaki bersenjata menyebabkan seorang anggota militan dan seorang sukarelawan maut di tempat kejadian manakala dua renjer cedera parah," katanya.

Bagaimanapun, Chalermsi berkata kumpulan lelaki bersenjata itu berjaya meloloskan diri dan pihak berkuasa mempergiatkan usaha untuk menjejaki mereka.

Chalermsi berkata siasatan awal mendapati anggota militan yang terbunuh mempunyai dua waran tangkap iaitu pada 2010 dan 2011. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Rundingan damai selatan Thailand tergendala akibat COVID-19

PATTANI: Thailand komited mencari penyelesaian secara damai dan berkekalan untuk menamatkan konflik selama beberapa dekad di wilayah bergolak di selatan walaupun rundingan damai tergendala akibat pandemik COVID-19.

Rundingan antara wakil kerajaan Thailand - ketua perunding, Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN), menyaksikan bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Rahim Mohd Noor bertindak sebagai fasilitator, tergendala apabila sempadan di Thailand dan Malaysia, ditutup akibat pandemik.

"Namun begitu, Wanlop berkata pihaknya masih berhubung dengan fasilitator (Rahim) dan kumpulan BRN secara dalam talian.

"Proses rundingan damai mesti diteruskan kerana ia adalah agenda kebangsaan untuk menamatkan keganasan di wilayah bergolak Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di meja rundingan," katanya kepada Bernama.

Wanlop berkata pihaknya sedang mencari alternatif untuk meneruskan rundingan sekiranya pandemik COVID-19 berpanjangan dan pertemuan secara fizikal tidak dapat diadakan.

Sebelum ini, BRN telah mengumumkan tindakan gencatan senjata, khusus bagi menyediakan akses bantuan perubatan dan kemanusiaan buat penduduk di wilayah yang terjejas akibat COVID-19, pada 3 April.

BRN berkata "langkah menghentikan semua aktivitinya" selagi "BRN tidak diserang oleh petugas kerajaan Thailand".

Sejak penularan wabak COVID-19 di Thailand pada Januari lalu, Wanlop berkata insiden keganasan di wilayah bergolak telah berkurangan.

"Dalam tempoh pandemik, kami menerima mesej positif BRN yang mengumumkan gencatan senjata dan menumpukan usaha bagi memerangi COVID-19, selaras dengan gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Namun, kami sedang menilai punca insiden keganasan berkurangan… adakah ia berikutan pandemik COVID-19 atau hasil pengumuman pihak BRN (menyertai rundingan damai)," katanya.

Pada 23 hingga 25 Julai, Wanlop telah turun padang ke selatan Thailand mendengar maklum balas dan cadangan dari pihak berkepentingan seperti pemimpin agama tempatan dan Jawatankuasa Penyelaras Tempatan untuk dibawa ke meja rundingan akan datang.

Rundingan damai antara BRN dan Thailand telah diadakan di Kuala Lumpur pada Januari dan Mac lalu telah membawa harapan baharu untuk menamatkan keganasan di selatan Thailand. Delegasi BRN diketuai Anas Abdulrahman.

Kedua-dua pihak akhirnya mencapai kesepakatan bahawa rundingan ialah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik bersenjata di wilayah majoriti Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di selatan Thailand.

Pemberontakan di selatan Thailand bermula pada 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, yang mengorbankan 7,000 nyawa. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
patanibombs_1597324333.jpg

- Foto Twitter Tichila thaipbs

Letupan bom di selatan Thailand, 2 renjer maut, 6 cedera

PATTANI: Dua renjer maut dan enam lagi cedera parah dalam dua letupan bom masing-masing di Pattani serta Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Letupan pertama berlaku di Pattani pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan) apabila sebutir bom buatan sendiri diletupkan di pintu masuk Kampung Pakaluesong di daerah Nong Chik, Pattani.

Jurucakap Balai Polis Tok Jong berkata ketika kejadian, 12 renjer sedang meronda dan mengawal keselamatan guru serta pelajar.

"Sebutir bom buatan sendiri dipercayai dipasang pada sebuah tong gas dan diletupkan. Kekuatan bom menyebabkan seorang renjer maut dan tiga lagi cedera parah," katanya.

Dalam letupan kedua di Narathiwat pula seorang renjer terbunuh manakala tiga lagi cedera parah dalam kejadian pada jam 8.50 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Ketua Polis Rangae, Kol Pol Kamol Na Narong, berkata bom buatan sendiri seberat 15 kilogram itu meletup apabila diaktifkan dengan walkie-talkie. - BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
yarang1_1597668525.jpg

Anggota keselamatan memburu lelaki bersenjata susulan insiden berbalas tembakan menyebabkan tiga tentera cedera di Yarang, Pattani, Jumaat lalu. - Foto Bangkok Post

Thailand: 7 militan maut

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand mengesahkan tujuh yang disyaki anggota militan maut, manakala tiga anggota keselamatan cedera dalam dua insiden di Pattani, selatan negara itu.

Jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4, Mejar Jeneral Pramote Prom-in, berkata pasukan keselamatan turut merampas sembilan senjata api.

Dalam kejadian pertama pada Jumaat lalu, beliau berkata, pasukan keselamatan menjumpai kem sementara militan di daerah Yarang, Pattani.

"Kami berunding dengan militan itu tetapi mereka bertindak balas, lalu mencetuskan pertempuran. Dua militan terbunuh, manakala tiga anggota keselamatan cedera.

"Kami percaya kem itu didirikan sejak enam bulan lalu bagi melancarkan keganasan besar," katanya menerusi kenyataan.

Pada Sabtu, Pramote berkata, pihak berkuasa terserempak dengan tiga lagi militan yang dipercayai daripada kumpulan sama sedang bersembunyi di kawasan sawah di Pattani.

Katanya, rundingan gagal dan ketiga-tiga militan itu enggan menyerah diri, mencetuskan insiden tembak-menembak.

"Selepas itu, kami menemukan dua mayat di sawah," katanya.

Beliau berkata, pasukan keselamatan kembali ke tempat pertempuran itu pada Ahad dan menemukan satu mayat di sawah dan dua lagi mayat di kem sementara.

Katanya, tiga daripada militan yang terbunuh sudah dikenal pasti dan empat lagi masih dalam proses. – BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
ibrahim-abdmajid27_1598501968.jpg

Muhammad Ibrahim Abdul Majid meninggal dunia di HKL Selasa lalu.

Bekas perunding damai pemberontak Thailand mati di Malaysia

PATTANI: Seorang individu utama Pulo-DSPP, satu daripada lima organisasi dalam kumpulan pemberontak Mara Patani, yang memainkan peranan utama dalam rundingan damai dengan kerajaan, meninggal dunia di hospital di Malaysia.

Presiden Pulo-MKP, iaitu satu lagi kumpulan Mara Patani, Gusturi Mahkota, menerusi Facebook memaklumkan Muhammad Ibrahim Abdul Majid meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Selasa lalu.

Jurucakap Rejimen Keempat Tentera Thailand, Mejar Jeneral Pramote Prom-in semalam mengesahkan kematian Muhammad Ibrahim, 61, akibat hepatitis B, namun tiada perincian lanjut dimaklumkan.

Namun, sumber di selatan negara itu memaklumkan Muhammad Ibrahim sebenarnya meninggal dunia disebabkan penyakit paru-paru yang tidak dinyatakan.

Muhammad Ibrahim memainkan peranan penting dalam rundingan damai awal ketika Jeneral Aksara Kerdpol mengetuai pasukan rundingan kerajaan, kata Pramote, yang memaklumkan lelaki itu tidak lagi terbabit dalam rundingan itu selepas kedua-dua pihak menukar pasukan rundingan masing-masing.

Antara peranan dimainkan Muhammad Ibrahim adalah memastikan program zon keselamatan di lima daerah, iaitu satu di Pattani dan masing-masing dua di Yala dan Narathiwat, kata sumber.

Tidak lama selepas inisiatif zon keselamatan dilaksanakan di bawah perjanjian yang dicapai oleh Kumpulan Kerja Bersama-Proses Rundingan Damai bagi Selatan Thailand (JWG-PDP), Muhammad Ibrahim jatuh sakit, kata sumber.

Muhammad Ibrahim yang menerima latihan dalam program pertahanan dari Libya dan menguasai beberapa bahasa, diiktiraf kerana cuba membantu bukan saja anggota pemberontak Pulo, tapi juga semua rakyat Thailand yang tinggal di Malaysia. - AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
narat_1600246232.jpg


Perintah darurat di selatan Thailand dilanjutkan

BANGKOK: Warta Diraja Thailand, di laman sesawangnya semalam, mengumumkan perintah darurat di Narathiwat, Yala dan Pattani di selatan negara itu dilanjutkan selama tiga bulan lagi.

Perintah itu ditandatangani Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha, pada 11 September lalu di bawah Perintah Darurat bagi Pentadbiran Awam dalam Keadaan Kecemasan, BE 2548 dan sudah diluluskan oleh Kabinet.

Ia merangkumi semua daerah di tiga wilayah terbabit kecuali Srisakhon, Sungai Kolok dan Sukirin di Narathiwat, Betong di Yala dan Maikaen serta Maelan di Pattani.

Kenyataan susulan berhubung pengumuman itu turut menjelaskan lanjutan itu adalah bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan dan menangkap pemberontak yang cuba menggugat keselamatan negara melalui keganasan.

Ia juga bertujuan memastikan keselamatan penduduk di wilayah berkenaan terjaga berikutan peningkatan kegiatan pengganas sejak kebelakangan ini.

Akhir Julai lalu, Thailand mengumumkan rundingan damai antara kerajaan dan kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, Barisan Revolusi Nasional (BRN), dihentikan sementara kerana ancaman pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, rundingan yang menyaksikan bekas Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Rahim Mohd Noor, bertindak sebagai fasilitator, masih diteruskan secara maya.

Kedua-dua pihak mencapai kesepakatan bahawa rundingan ialah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik bersenjata di wilayah majoriti Islam di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla di selatan Thailand.

Pemberontakan di selatan Thailand bermula pada 2004 di empat wilayah iaitu Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla, yang mengorbankan 7,000 nyawa. - AGENSI
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register