BTC USD 38,913.9 Gold USD 1,825.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Keganasan Di Selatan Thailand | 5 maut dalam keganasan di selatan Thailand

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Tiga cedera dalam insiden letupan di Pattani Berita 14/6/2017

image.jpg

Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera selepas sebutir bom seberat 20kg meletup di tepi jalan di Mukim Peng, Saiburi di Pattani, selatan Thailand petang tadi. 
- Foto Bernama

PATTANI - THAILAND. Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera dalam insiden serangan bom di Mukim Peng, Saiburi di Pattani, selatan Thailand petang tadi.

Ketua Polis Daerah Saiburi, Kol Mana Dechawaris berkata, bom seberat 20kg itu diletak di tepi jalan raya dan meletup ketika lima anggota keselamatan sedang melalui jalan raya itu dengan menaiki kereta perisai.

"Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera akibat letupan bom itu," katanya hari ini dan menambah, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan ringan.


Sementara itu Ketua Tentera Bahagian Keempat Lt Jen Piyawat Nakwanich menaiki helikopter dari Pattani ke Benang Setar, Yala petang tadi untuk bertemu dengan seorang lelaki yang bersetuju menyertai program 'Bawa Balik Kampung'.

Lelaki itu, Bukhari Hasa disyaki anggota kumpulan militan selatan Thai dan memiliki lima waran tangkap atas insiden pengeboman yang berlaku 10 tahun lepas di Yala.

Program 'Bawa Balik Kampung' merupakan program deradikalisasi oleh pihak berkuasa Thailand untuk membantu mereka yang pernah terlibat dengan kegiatan militan kembali semula ke pangkuan masyarakat. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/global/tiga-cedera-dalam-insiden-letupan-di-pattani-1.689380



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
52 Mangsa Cedera Dalam Insiden Letupan Bom Di Pattani


Menurut polis, dua daripada mangsa kritikal.

Kejadian berlaku sekitar jam 2 petang waktu tempatan ketika pasar raya di daerah Meang dipenuhi pengunjung.

Bom pertama meletup berhampiran medan selera pasar raya.

Manakala bom kedua yang diletakkan di dalam sebuah pikap dipercayai milik penyerang, diletupkan kira-kira 20 minit kemudian ketika pengunjung keluar dari bangunan terbabit.

Ledakan kuat turut mengakibatkan bahagian hadapan pasar raya itu rosak.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

SUMBERhttp://www.nx.digital/2017/05/09/52-mangsa-cedera-dalam-insiden-letupan-bom-di-pattani/

RT02226684.jpg.transformed_0.jpg

SEKURANG-KURANGNYA 40 orang cedera apabila sebuah bom kereta meletup di luar sebuah pasar raya di selatan Thailand. - Foto REUTERS

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 40 orang cedera apabila sebuah bom kereta meletup di luar sebuah pasar raya di selatan Thailand, serangan terbesar menyasarkan orang awam di situ sejak beberapa bulan lalu.

Wilayah sempadan yang majoriti penduduk Islam dibelenggu keganasan lebih satu dekad apabila pemberontak bertempur bagi mendapatkan lebih kuasa autonomi.


Serangan terbaru berlaku di bandar Pattani kira-kira jam 2 petang apabila dua bom meletup di luar pasar raya Big C, kawasan paling sibuk berhampiran pusat bandar itu. Peranti pertama ditanam dalam sebuah motosikal yang diletakkan dalam tempat parkir dan mencetuskan panik.

"Letupan kedua ialah sebuah bom kereta," kata Komander Polis Pattani, Mejar Jeneral Thanongsak Wangsupa.

Seorang lagi pegawai, Kapten Preecha Prachumchai, berkata letupan kedua sangat besar dan sekurang-kurangnya 40 orang cedera. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/280763

https://www.youtube.com/watch?v=KR5BbckDTl0


=========================================================
UPDATE :Suspek dikenal pasti

Insiden serangan bom di Pattani libatkan 18 individu daripada tiga kumpulan

image.jpg


BANGKOK 11 Mei - Polis Thailand mendakwa mengenal pasti salah seorang daripada empat sus*pek serangan bom di Pattani yang mencederakan sekurang-ku*rangnya 60 orang kelmarin.

Bangkok Post memetik Ketua Polis Pattani, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsri sebagai berkata, suspek utama itu dikenali sebagai Makorseng Ma-ae, 25, dan dipercayai berasal dari Barahom di Muang Pattani.


Menurut Piyawat, Makorseng merupakan individu berbaju T berwarna hitam yang dilihat meninggalkan sebuah trak pikap sarat dengan bom ketika hari kejadian.

Kata Piyawat, kenderaan ter*se*but kemudian diletakkan di hadapan pintu masuk pasar raya Big C itu sebelum diletupkan.

Tambah Piyawat, Makorseng turut dikehendaki polis kerana terlibat dengan tiga lagi insiden pengeboman di daerah Muang Pattani sebelum ini.

Ketika ini, Piyawat berkata, pasukan penyiasat sedang menyediakan waran tangkap untuk menahan Makorseng dan tiga lagi individu lain yang dipercayai terlibat dalam insiden pengebo*man di Pattani itu.

Dalam perkembangan ber*kai*tan, Piyawat memberitahu, pasukan penyiasat percaya kejadian itu turut melibatkan tiga kumpulan yang terdiri daripada 18 individu secara keseluruhannya.

Jelas Piyawat, waran tangkap juga pernah dikeluarkan kepada sebahagian daripada individu tersebut yang dipercayai terlatih dan diuruskan oleh sebuah organisasi tersusun sebelum ini.

Menurut sumber, keempat-empat suspek utama yang disyaki terlibat dalam insiden pengeboman pasar raya Big C itu juga dikatakan terlibat dalam satu lagi insiden serangan bom di restoran Meeting dekat sini, Februari tahun lepas yang mencederakan tujuh anggota polis dan lima orang awam.

Selain itu, mereka juga dipercayai mempunyai kaitan de*ngan kejadian letupan di Hotel Southern View, Ogos tahun lepas yang meragut dua nyawa serta mencederakan 39 yang lain.

Kedua-dua lokasi berada da*lam daerah Muang Pattani.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suspek-dikenal-pasti-1.480235#ixzz4gvUGY7rt
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
4 renjer maut letupan bom di selatan Thailand

adp_cropped.transformed_0.jpg

EMPAT renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan memusnahkan trak dinaiki ketika mereka memastikan jalan itu selamat dilalui guru.- Foto fail AFP

BANGKOK: Empat renjer tentera Thailand maut hari ini apabila bom tepi jalan memusnahkan trak dinaiki ketika mereka memastikan jalan itu selamat dilalui guru, kata pegawai.

Ia kejadian terbaru dalam pemberontakan pemisah di selatan negara itu.

Wilayah dikuasai penduduk Islam bersempadan Malaysia itu digegarkan dengan keganasan sejak lebih sedekad lalu apabila pemisah etnik Melayu memberontak mahukan lebih kuasa autonomi.

Lebih 6,800 maut, majoritinya penduduk awam dalam konflik berkenaan.

Pemisah kerap menyasarkan pegawai keselamatan yang mengawasi tiga wilayah paling selatan di negara itu.

Namun, guru, pegawai tempatan dan yang dianggap bersubahat juga kerap menjadi sasaran dalam keganasan terbabit.

Letupan hari ini di Pattani menyebabkan empat renjer terbunuh dan enam cedera, termasuk seorang penduduk awam, kata timbalan jurucakap tentera selatan, Kolonel Yuthanam Petchmoang.

Mereka dalam rondaan rutin setiap pagi untuk membersihkan jalan digunakan guru di Sai Buri apabila bom meletup. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2017/09/328846/4-renjer-maut-letupan-bom-di-selatan-thailand

Malaysia - Thai tandatangan MoU kerjasama keselamatan

Kerjasama keselamatan antara Malaysia dan Thailand akan bertambah erat dengan penubuhan Jawatankuasa Bersama Kerjasama Keselamatan kedua-dua negara, menurut dokumen resolusi kabinet yang dikeluarkan kerajaan Thailand.

Kedua-dua negara dijangka menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), yang membuka jalan kepada penubuhan Jawatankuasa Bersama itu di Kuala lumpur bulan ini.

"Ketua Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) Jen Thawip Netniyom telah diberi kuasa mewakili kerajaan untuk menandatangani MoU di Kuala Lumpur," katanya sambil menjelaskan bahawa kerajaan telah meluluskan draf MoU mengenai pembentukan jawatankuasa itu.

Dokumen itu dikeluarkan berikutan mesyuarat Kabinet semalam yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha di Ayutthaya, tengah Thailand.

MoU itu akan melibatkan kerjasama keselamatan antara dua negara berjiran ini dalam beberapa bidang termasuk pengurusan keselamatan sempadan, memerangi ekstremisme serta ancaman rentas sempadan dan rentas negara, menurut dokumen itu.

Kedua-dua negara yang berkongsi sempadan darat dan maritim ini telah meningkatkan kerjasama dan memperketat kawasan di sempadan masing-masing, bagi menghindari bukan sahaja penjenayah atau kegiatan penyeludupan, tetapi juga kemungkinan pencerobohan oleh individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas, Daesh.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395779#S6yPhoDCdxJOmF7C.99

Askar maut dalam serang hendap

15hmambush_1505418963.jpg


Yala 15 Sept : Seorang askar maut dan 20 lagi cedera termasuk dua orang awam selepas kumpulan bersenjata menyerang hendap sebuah kenderaan tentera, kata pegawai semalam.

Serangan berlaku apabila sebutir bom meletup berhampiran kenderaan tentera di sebuah kampung di daerah Yaha di wilayah Yala, awal pagi semalam.

Bom kedua meletup setengah jam kemudian ketika skuad pemusnah bom tiba di lokasi kejadian disusuli dengan kejadian tembakan dan serangan dengan api oleh kumpulan pemisah.

Jurucakap tentera, Pramote Prom-in berkata, seorang askar berpangkat lans koperal maut manakala 18 lagi anggota dan dua orang awam cedera.

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Serangan berlaku ketika kerajaan membuat rundingan dengan satu organisasi yang mendakwa mewakili kumpulan pemisah bagi mengwujudkan zon selamat di wilayah itu.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, kumpulan pemisah utama yang mempunyai ratusan pejuang membantah rundingan dengan kerajaan itu.

Barisan Revolusi Nasional dipercayai dalang kebanyakan serangan di wilayah berkenaan walaupun kumpulan itu tidak pernah mengaku bertanggungjawab atau membuat sebarang kenyataan.

https://www.hmetro.com.my/global/2017/09/263604/askar-maut-dalam-serang-hendap

Seorang maut dalam 2 letupan kereta di selatan Thailand

bom351.jpg


PATTANI: Sebuah kenderaan pikap yang dipasang bom, meletup di depan rumah kediaman di Balai Polis Daerah Mayo, Pattani, selatan Thailand awal pagi tadi, tetapi tidak menyebabkan sebarang kecederaaan.

Menurut sumber keselamatan tempatan, kejadian yang menyebabkan kerosakan kecil terhadap rumah itu berlaku kira-kira 4 pagi waktu tempatan, ketika anggota polis sedang tidur.

“Kenderaan pikap dilengkapi bom itu merupakan 1 daripada 5 kenderaan yang dicuri lelaki bersenjata dari bilik pameran kereta di Songkla petang semalam,” katanya hari ini.

Menurutnya, anggota polis yang mengawal mengesan kehadiran kenderaan itu ketika ia diletakkan di sisi balai polis di depan rumah kediaman anggota dan melihat pemandunya melarikan diri.

Tidak lama selepas itu, kenderaan pikap itu meletup, katanya.
Dalam satu kejadian di Kuan Mark, Songkla semalam, 7 lelaki bersenjata melarikan 5 kenderaan pikap dari sebuah bilik pameran kereta dan menjadikan 4 pekerjanya tebusan.

Dua kenderaan itu dilengkapi bom, tetapi sebuah daripadanya yang dilengkapi 60kg bahan letupan, berjaya dimusnahkan anggota keselamatan selepas insiden tembak-menembak di Nongchik, Pattani menyebabkan seorang lelaki bersenjata terbunuh.

Sebuah lagi kenderaan dilengkapi 80kg bahan letupan diledakkan di tepi jalan raya di Nongchik menyebabkan 4 anggota tentera cedera.

Ketua Polis Thailand, Jen Chaktip Chaijinda turut ke Pattani semalam untuk meninjau keadaan.

http://www.freemalaysiatoday.com/ca...t-dalam-2-letupan-kereta-di-selatan-thailand/

Anggota polis maut kena enam bom paip di Selatan Thai

image.jpg

Pusat Pemeriksaan Polis Tonsai dikepung selepas penyerang bertindak melemparkan enam bom paip.

NARATHIWAT - THAILAND . Sekurang-kurangnya seorang anggota polis terbunuh, manakala seorang lagi parah selepas enam bom paip yang dilemparkan ke tempat pemeriksaan polis di daerah Bacho, Thailand, meletup awal pagi semalam.

Serangan kira-kira jam 5 pagi apabila beberapa lelaki tidak dikenali mendekati Pusat Pemeriksaan Polis Tonsai di Lebuh Raya Phetkasem dan membaling bom paip 700 hingga 800 gram setiap satu.

Menurut Ketua Pusat Pemeriksaan, Kapten Kawin Nitithamtrakul, 10 anggota polis bertugas ketika serangan.

Empat daripada enam bom meletup. Anggota yang maut meninggal dunia di Hospital Bacho. Letupan merosakkan trak dan bilik penyimpanan.

"Pegawai yang sempat menyelamatkan diri tidak membalas serangan kerana bimbang penyerang mencederakan orang lain. Penyerang berjaya melarikan diri," jelasnya.

Pihak berkuasa percaya insiden adalah serangan rutin terhadap pegawai kerajaan di selatan negara itu. - Bangkok Post

Sinarharian

Policeman killed in bomb attack in Narathiwat

THA01_20071_c2337801_17720_892.jpg

A Thai police officer was killed while another, seriously hurt in a pipe bomb attack at a security post, at Jalan Petchakasem, Bachok, on July 20, 2017. — Bernama

NARATHIWAT: A policeman was killed in a bomb attack at a security post at Jalan Petchakasem, Bachok, in the restive province of Narathiwat in southern Thailand early today.

The explosion, which occurred about 12.30am at the control post which was manned by 12 policemen, also seriously injured one of them.

"Several unidentified people sneaked into the security control post through an undergrowth and hurled six pipe bombs," said Narathiwat police chief Major-General Manas Sikamat who visited the scene.

Following an investigation, it was found that each of the bombs contained between 700 and 800gm of explosives. — Bernama

Last edited:
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Sekurang-kurangnya 40 cedera dalam letupan berkembar di pusat beli belah Thailand

thai-bombing.png




THAILAND: Sekurang-kurangnya 40 orang cedera akibat letupan berkembar di pusat beli belah Big C yang terletak di daerah Muang Pattani hari ini (9 Mei).

Media-media tempatan melaporkan tempat kejadian sudahpun dikepung oleh pihak berkuasa.

Dipercayai satu letupan berlaku di dalam bangunan pusat beli belah itu satu lagi letupan yang lebih besar berlaku di tempat meletak kereta.

Letupan yang kedua sudah disahkan sebagai "bom yang dipasang pada kereta", menurut laporan media tempatan.

Gambar-gambar dan rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kebakaran dan kepulan asap tebal di beberapa lokasi di tempat kejadian serta para pegawai menyelamat yang sedang berusaha untuk memadamkannya.

Suasana selepas insiden itu juga mendedahkan beberapa bahagian pusat beli belah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kenderaan rentung akibat letupan serta beberapa orang yang sedang dirawat di tepi-tepi jalan.

- CNA/nk
SUMBER:http://berita.mediacorp.sg/mobilem/...dalam-letupan-berkembar-di-pusat/3711010.html
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,962
Reaction score
1,341
Points
201
pattani ni ni berperang dgn pemberontak ke askar thai?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,015
Reaction score
13,735
Points
1,906
40 org mangsa ni...
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,502
Reaction score
784
Points
121
Mau pekak telinga 4-5 hari yang duduk dekat-dekat situ.
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,694
Points
191
kesiannya..semoga dipermudah segala urusan
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,223
Reaction score
5,164
Points
721
Letupan di pasar raya di Pattani, 52 cedera

image.jpg

Seramai 30 orang cedera dalam kejadian dua letupan bom di sebuah pasaraya di Muang, Pattani di selatan Pattani kira-kira 2 petang tadi menurut pasukan keselamatan tempatan.
 - Foto Bernama

PATTANI – THAILAND. Jumlah mangsa insiden dua letupan di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang, di wilayah Pattani, selatan Thailand kini meningkat kepada 52 orang berbanding 30 sebelum ini, dengan antara mangsanya adalah kanak-kanak, kata pegawai keselamatan di lokasi kejadian.

Insiden pengeboman pada pukul 2.30 petang ini waktu tempatan (3.30 waktu Malaysia) berlaku ketika pasar raya itu dipenuhi orang ramai yang membeli belah.


"Bom pertama meletup di luar tempat letak kereta pada pukul 2.10 petang manakala letupan kedua dipercayai bom yang diletakkan dalam kereta berlaku di pintu masuk pasar raya itu 20 minit kemudian," kata Ketua Polis Muang, Mejar Kiratik Waeyusof kepada media di sini hari ini.

Dua letupan itu, katanya mengakibatkan keadaan panik dalam kalangan pelanggan dan pekerja pasar raya yang berlari mencari tempat berlindung.

Enam daripada mangsa itu mengalami kecederaan serius dan dibawa ke Hospital Pattani bersama mangsa lain untuk mendapatkan rawatan, kata Kiratik.

Menurut sumber pihak keselamatan, sebuah pikap yang digunakan dalam letupan kedua di pintu masuk pasar raya itu dilaporkan dicuri di Yala sebelum ini dan pihak berkuasa sedang mengesan tuan punya kenderaan tersebut.

Insiden pengeboman hari ini yang terjadi di pasar raya popular dalam kalangan penduduk tempatan adalah rentetan daripada beberapa kejadian keganasan di wilayah bergolak itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Terdahulu jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Kol Pramote Prom-in ketika mengesahkan kejadian itu apabila dihubungi dari Bangkok hari ini, berkata letupan tersebut menyebabkan banyak kecederaan kepada pelanggan dan pekerja pasar raya tersebut.

"Ramai yang cedera tapi tiada yang maut," katanya sambil menambah pihak berkuasa bergegas ke tempat kejadian dan menutup kawasan itu bagi membantu siasatan.

Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan lain turut berada di lokasi kejadian, kata Piyawat.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab ke atas insiden letupan terbaru itu.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mej Jen Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan berkata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan, Jen Prawit Wongsuwon telah mengarahkan pihak berkaitan untuk memberi rawatan kepada mangsa yang cedera.

Beliau juga mahu pihak yang melakukan 'jenayah kejam' itu diburu kerana menjadikan orang awam yang tidak bersalah sebagai sasaran.

Sementara itu, wakil Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) di Thailand, Thomas Davin dalam satu kenyataan mengecam serangan di kawasan awam di mana kanak-kanak dan keluarga mereka diketahui ada di sana.

"Tidak ada nyawa kanak-kanak yang harus diletakkan dalam risiko seperti ini. Semua ini tidak boleh diterima," katanya. – Bernama
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
84,015
Reaction score
13,735
Points
1,906
Letupan di pasar raya di Pattani, 52 cedera

PATTANI – THAILAND. Jumlah mangsa insiden dua letupan di sebuah pasar raya yang sibuk di Muang, di wilayah Pattani, selatan Thailand kini meningkat kepada 52 orang berbanding 30 sebelum ini, dengan antara mangsanya adalah kanak-kanak, kata pegawai keselamatan di lokasi kejadian.

Insiden pengeboman pada pukul 2.30 petang ini waktu tempatan (3.30 waktu Malaysia) berlaku ketika pasar raya itu dipenuhi orang ramai yang membeli belah.


"Bom pertama meletup di luar tempat letak kereta pada pukul 2.10 petang manakala letupan kedua dipercayai bom yang diletakkan dalam kereta berlaku di pintu masuk pasar raya itu 20 minit kemudian," kata Ketua Polis Muang, Mejar Kiratik Waeyusof kepada media di sini hari ini.

dua bom meletus, sasaran pulak banyak mengena pada kanak kanak dan org awam..
semoga dipermudahkan segala urusan mereka ni

jahat sungguh tindakan ni
 

akkula

Active+ Member
Joined
Jun 22, 2013
Messages
2,689
Reaction score
438
Points
51
syukur malaysia masih aman...:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register