BTC USD 37,897.0 Gold USD 1,830.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Update (ke2) 9/12/21: K’jaan tiada hasrat tarik balik kelulusan lesen arak m/s6

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,353
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,353
Reaction score
17,676
Points
2,536
Awards
1
Dragon kena panggil puak Machu ja....hbs han marah klau Machu yg perintah hahahaha

Pastu org lain pun terkesan sekali kan bang 🤭
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

DAP-MCA pertahan isu arak untuk kepentingan tauke?​

Hati-hati permainan politik parti cauvinis, bimbang terlepas mulut buaya masuk mulut harimau​

Ainul Illia23 mins ago
1B4931E9-FB26-4D9A-A935-32D8B7E768BF-780x470.jpeg

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 7 Jamadilawal 1443H, Ahad – Kelantangan parti DAP dan MCA ‘memperjuangkan’ hak orang bukan Islam untuk meminum arak, langsung tidak memberi sebarang manfaat.

Mereka kononnya mendakwa ia adalah hak mereka untuk mabuk dan kerajaan tidak sewajarnya campur tangan, namun mata siapakah yang mereka cuba kaburi, soal Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan.



“Saya lihat mereka tak faham apa yang diperjuangkan itu, bukanlah kepentingan untuk masyarakat.

“Masyarakat tak memerlukan rokok atau arak kerana semua itu pembaziran. Membeli perkara yang sia sia, tak memberi manfaat. Bahkan memudaratkan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net

Bukan itu sahaja, beliau berkata, kerisauan yang paling penting apabila isu arak dikaitkan dengan aspek keselamatan.

Betapa mudaratnya arak ini kepada masyarakat sehingga banyak nyawa terkorban, yang seolah-olah tidak diambil peduli oleh parti DAP dan MCA.

“Apabila ada pemandu mabuk, berlaku kemalangan di jalan raya, ada yang meninggal dunia. Pemandu mabuk tak kena apa-apa tapi yang meninggal orang Melayu, kadang-kadang. Akhir sekali pampasan pun tak dapat. Hukuman pun tak setimpal. Sebab isu arak dilindungi oleh akta tak masuk akal.

“Konon kata itu hak mereka untuk mabuk, tetapi mabuk di jalan raya. Kita pun pening. Dia pusing-pusing, akhirnya tak jumpa hujung pangkal. Yang terbunuh tak dapat apa-apa pembelaan. Yang membunuh tak dapat hukuman,” katanya.

Bahkan, masyarakat umum juga dapat melihat bahawa arak ini adalah punca pergaduhan dan perbalahan.

Buktinya, terdahulu, pimpinan masyarakat India turut bersetuju dengan larangan arak ini ekoran kesannya yang telah memecah-belahkan banyak keluarga, kata Ustaz Fahmi.

“Sebab apa, banyak orang India bergaduh berpunca daripada arak. Balik rumah mabuk, pukul isteri, minta duit. Menjadi punca kepada perceraian dan perbalahan suami isteri dalam masyarakat India.

“Jadi apa kepentingan mereka (DAP dan MCA) membela isu arak? Kepentingan tersebut adalah untuk mereka. Adakah mereka pertahan isu arak dan rokok kerana tauke inilah yang menaja perjuangan politik mereka?,” soalnya.

Mengulas lanjut, Ustaz Fahmi berkata, melalui carian di Google didapati salah seorang ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat arak adalah orang Melayu.

“Board of Director syarikat arak di Malaysia, one of them adalah orang Melayu. Untuk memastikan isu ini didiamkan, mereka pandai. Mereka letak orang Melayu dalam tu. Dalam projek Reset Malaysia pun ada individu itu.

“Kalau kita tengok permainan politik DAP dan MCA tak berubah. Terlepas dari mulut buaya masuk mulut harimau. Kita takkan selamat sampai bila-bila dengan adanya parti cauvinis ini,” katanya.

Berikutan itu, BERJASA memohon agar rakyat dan pemimpin sedar perkara ini.

“Sudah-sudahlah kerjasama dengan mereka. Kita adakan kerjasama politik di antara masyarakat Islam dan Melayu. Ikhlas dalam perjuangan.

“Kita susun agenda supaya kita ada matlamat yang jelas dan ada hasil yang baik untuk memerintah negara, insya-Allah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
 

lelew

Fun Poster
Messages
246
Joined
Jun 12, 2020
Messages
246
Reaction score
36
Points
30
Sedap apa arak
Jangan minum banyak lah
Rugi lah hidup u kalau tak pernah minum
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Sedap apa arak
Jangan minum banyak lah
Rugi lah hidup u kalau tak pernah minum
Betul tu
Minum sket takpe
Jgn mabuk sudah

dadah lg bahaya
Bole kene gantung
 

cari_makan

Active+ Member
Messages
4,651
Joined
Sep 27, 2006
Messages
4,651
Reaction score
215
Points
33
aku takut nanti ada melayu yg buat giler. Pi minum, arak lepas tu bawa langgar bukan melayu sampai mati.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,546
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,546
Reaction score
15,811
Points
2,066
Awards
1
Kenyataan Wee Ka Siong sebelum ini menyebabkan Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan susulan.

Henti keluar kenyataan palsu isu lesen arak, kata Guan Eng kepada Ka Siong​


Dikemas kini 1 hari yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 12:59PM · 0 Komen

50318872508_b44fda9b22_c__full.jpg
Lim Guan Eng mendesak Wee Ka Siong supaya berhenti mengeluarkan kenyataan palsu dan mula memberi tekanan kepada Putrajaya berkaitan isu lesen arak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Disember, 2021.

WEE Ka Siong perlu berhenti mengeluarkan kenyataan palsu berkaitan keperluan perlesenan arak untuk kedai kopi dan restoran, dan mula memberi tekanan kepada kerajaan bagi menangguhkan penguatkuasaan lesen itu, kata Lim Guan Eng hari ini.

Dalam kemelut berpanjangan kedua-dua politikus itu dalam isu lesen arak, Lim turut menggesa Wee untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini bahawa keperluan perlesenan itu sudah dibatalkan sedangkan itu bukan fakta sebenar.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1

Lesen arak: Selangor enggan akur arahan Pusat​

December 14, 2021
IMG-20211214-WA0008-696x391.jpg

MENTERI Kewangan telah maklumkan di Parlimen baru-baru ini bahawa dasar sedia ada menggariskan penjualan minuman keras secara runcit di premis perlu dilesenkan mengikut Akta Eksais 1976.

Menurut Tengku Dato’ Seri Zafrul, sebarang pelesenan penjualan minum keras perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Pelesenan, selaras dengan Seksyen 35, Akta Eksais 1976.



Tambah beliau, pelesenan penjualan minum keras kekal di bawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan yang dilantik melalui perwakilan kuasa Menteri Kewangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri melalui perintah diwartakan, pada 1977.

Melalui perwakilan kuasa ini kerajaan negeri-negeri perlu pastikan premis kedai-kedai kopi dan restoran yang mahu menjual minuman keras termasuk bir perlu memohon lesen dari PBT masing-masing.

Lesen ditetapkan oleh Kementerian Kewangan adalah RM1,300 setahun bersamaan RM108.33 sebulan atau RM3.61 sehari.

Khabarnya sebelum itu sebagaimana dilaporkan oleh The Star (7 Disember 2021) Kerajaan PH Negeri Selangor enggan menguatkuasakan arahan ini.

Menurut EXCO PBT Selangor dari DAP, setelah berbincang dengan MB Selangor dari PKR mereka telah memutuskan yang Selangor tidak akan kuatkuasakan arahan ini.

DAP antara parti yang cukup lantang mempertahankan hak menjual bir ini di premis-premis kedai-kedai kopi tanpa dilesenkan.

Menurut mereka langkah ini seolah melarang masyarakat bukan-Islam untuk meminum bir dan ini bertentangan dengan hak asasi mereka.

Minum bir yang memberi mudarat kepada masyarakat itupun merupakan hak asasi pada kaca mata DAP!

Sebenarnya apa yang diarahkan bukan pun larangan menjual, cuma mensyaratkan agar premis-premis ini dilesenkan. Itupun ditentang oleh DAP, apalah mahu diharapkan pada yang lain.

Demikianlah apabila DAP dominan dalam kerajaan. Semuanya perlu ikut selera mereka. Malang di Selangor, begitulah nasibnya.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 14/12/2021

Sumber Asal:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register