BTC USD 54,375.9 Gold USD 2,497.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Kakitangan Bank MBSB Diberkas, Kes Wang Akaun Simpanan Tetap Lesap Libatkan Kerugian RM24.2 Juta

Secara x langsung, mengajar kita utk jadilah kaya.

Jika boleh dipilih utk menjadi kaya, jadilah kaya.

Banyak kelebihan menjadi kaya.

Jadi kaya lebih berpeluang untuk jadi dermawan waluupun ujian jadi kedekut pun sama besar juga
 
Sponsored Post

mbsb-suspects-gang-BPO.png
Polis yang mengiringi suspek lelaki didakwa di mahkamah sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang yang dikaitkan dengan penyelewangan wang simpanan tetap RM24.2 juta daripada MBSB Bank. – Gambar Borneo Post Online, 25 Julai, 2024

KOTA KINABALU – Tujuh lelaki dan tiga wanita termasuk dua pengurus cawangan bank didakwa di mahkamah sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang dan melakukan kesalahan serius untuk mendapatkan faedah material yang diketuai kontraktor.

10 individu itu ialah guru Subramaniam Thangavelu, 56; kontraktor Josepin J. Langkan, 38; pesara Nasir Abdul Rasid, 60; pengurus bank Irene Chin Nyuk Thien, 38; pengurus bank Christina @ Caroline Pianus Etip, 53; bekerja sendiri Sugumaran K. Ponniah; 56, Vireonis Jonok yang menganggur, 35; pesara Leong Hin Ping, 62; nelayan Hasran Magin, 46; dan Mazlani Jenuary yang juga menganggur, 53.

Mereka didakwa secara berasingan di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua 10 tertuduh.

Mereka dituduh menganggotai kumpulan jenayah terancang, yang didakwa diketuai oleh tertuduh kedua Josepin.

Kesalahan yang didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di sini antara 26 April dan 10 Julai.

Mahkamah menetapkan 13 September untuk sebutan lanjut kes dan kesemua 10 tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lina Hanini Ismail dan Maryam Jamielah Ab Manaff.

Subramaniam diwakili peguam Datuk Ram Singh manakala Josepin dan Vireonis diwakili peguam Hairul V Othman dan Luke Ressa Balang.

Sementara itu, Sugumaran, Nasir, dan Leong dibela oleh peguam Dominic Chew dan Ariel Dasan, Irene diwakili peguam Mohd Al Hafidz Mohd Lokman dan Luqman Syazwan Zabidi, Christina diwakili peguam Arthur Borine, dan Mazlani diwakili peguam Datuk Marzuki Spawi .

Hasran adalah satu-satunya yang tidak diwakili peguam.

Awal bulan lepas, dana berjumlah lebih RM24.2 juta telah disalurkan daripada beberapa akaun simpanan tetap MBSB Bank Bhd.

Pada Selasa, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata 10 suspek, yang ditahan sebelum ini mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, akan didakwa selepas siasatan polis menemui unsur dan bukti jenayah terancang dalam kes tersebut.

“Ini adalah kali pertama tindakan mahkamah diambil di bawah peruntukan Sosma bagi kesalahan melibatkan jenayah komersial.

“Pada 22 Julai lalu, timbalan pendakwa raya telah memberi arahan untuk mendakwa sembilan suspek mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan dan seorang di bawah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya.

Ramli menambah bahawa sindiket itu telah mula merancang "rompakan" pada akhir tahun lepas dan mula mengaktifkan rancangan mereka dari Mac hingga Jun.

“Sindiket itu telah merancang dan menjalankan aktiviti menyedut wang daripada akaun simpanan tetap, termasuk menggunakan MyKad palsu untuk menjalankan transaksi dan memanipulasi pengimbas cap jari yang digunakan oleh bank untuk tujuan pengesahan,” katanya.

Bulan lalu, polis menahan seorang pekerja bank yang disyaki terlibat dalam penipuan pengeluaran simpanan tetap berjumlah RM24.2 juta daripada empat akaun.

Suspek kemudiannya dikenali sebagai wanita berusia 38 tahun, yang ditahan di sini.

Penahanan itu dibuat selepas polis menerima empat laporan daripada pemegang akaun dan kakitangan bank awal bulan lalu di Petaling Jaya, Selangor, apabila mangsa menyedari pengeluaran wang tunai yang mencurigakan dibuat di Kota Kinabalu membabitkan akaun simpanan tetap mereka.

Beliau berkata kesemua pemegang akaun terbabit menafikan sebarang pengetahuan mengenai transaksi itu dan berkata mereka tidak pernah ke Kota Kinabalu untuk membuat pengeluaran.

Polis kemudian menahan 14 suspek termasuk pegawai bank dan seorang ahli perniagaan bergelar 'datuk' selepas melakukan serbuan di Perlis dan Sabah. – 25 Julai 2024

 
Tiga tertuduh wanita diiring anggota polis dan dikawal ketat anggota polis lengkap bersenjata dari Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah (Siasatan Khas D9) keluar dari lokap mahkamah selepas selesai pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkaitan kes kecurian RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap pelanggan sebuah bank di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin
Tiga tertuduh wanita diiring anggota polis dan dikawal ketat anggota polis lengkap bersenjata dari Jabatan Siasatan Siasatan Jenayah (Siasatan Khas D9) keluar dari lokap mahkamah selepas selesai pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) berkaitan kes kecurian RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap pelanggan sebuah bank di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini. - NSTP/Mohd Adam Arinin


 Tertuduh dibawa masuk ke dalam lori polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Tertuduh dibawa masuk ke dalam lori polis ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.


IMG_20240725_115355.jpg

Police personnel escort the three female accused at the Kota Kinabalu Court Complex following proceedings on July 25, 2024.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register