BTC USD 54,517.0 Gold USD 2,497.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE Kakitangan Bank MBSB Diberkas, Kes Wang Akaun Simpanan Tetap Lesap Libatkan Kerugian RM24.2 Juta

Sponsored Post

Songlap RM24.2 juta: Suspek bahagi komisen ikut tugas​

21 Jun 2024 05:27pm

2697506.jpg

Ramli

KUALA LUMPUR - Suspek kes kehilangan wang tunai RM24.2 juta dari akaun simpanan tetap sebuah bank dilaporkan membahagikan komisen hasil penipuan mengikut peranan tugas yang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan pihaknya mendapati suspek masing-masing menerima pembayaran komisen sekitar RM100,000 sehingga RM240,000.

Menurutnya, ini susulan penahanan seramai 14 individu terdiri daripada lapan lelaki dan enam wanita berusia 22 hingga 53 tahun telah ditahan sejak 13 Jun lalu termasuk empat pegawai bank disyaki terlibat dengan jenayah terancang ini.

"13 suspek ditahan di sekitar Kota Kinabalu, Sabah dan seorang lagi ditahan di Padang Besar, Perlis.

"Empat pegawai bank ini terdiri daripada pengurus dan penyelia simpanan tetap. Sindiket penipuan ini adalah satu jenayah terancang membabitkan dari dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap yang telah dikenalpasti," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Jumaat.

2697505.jpg

Antara kenderaan yang dirampas polis untuk siasatan kes kehilangan wang tunai RM24.2 juta dari akaun simpanan tetap sebuah bank.

Beliau berkata, terdapat empat mangsa dalam kes ini iaitu pemilik akaun simpanan tetap membabitkan tiga pemilik akaun bank di Selangor dan satu di Perak.

Kata Ramli, pengeluaran wang pertama secara tunai di kaunter bank berjaya dilakukan sindiket sekitar April lalu dan disusuli beberapa pengeluaran seterusnya pada Mei serta Jun.

Ramli berkata, pengeluaran wang ini berjaya dilakukan melalui pakatan dalaman dengan cara mematuhi prosedur pengeluaran wang yang ditetapkan pihak bank sehingga menjadikannya tidak dapat dikesan.

"Kegiatan penipuan ini mula terbongkar apabila salah seorang pemilik akaun simpanan yang juga mangsa hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun simpanan tetapnya.

"Mangsa membuat laporan polis pada 6 Jun lalu sebelum satu pasukan siasatan dibentuk untuk menyiasat kegiatan pengeluaran wang tanpa kebenaran dan pemilik akaun sebenar," katanya.

Katanya, suspek yang terbabit juga mempunyai kepakaran dalam memalsukan sistem biometrik pada kad pengenalan dan data milik mangsa.

"Siasatan polis percaya pakatan sindiket ini telah dilakukan sejak tahun lalu," ujarnya.

2697504.jpg

Polis menahan 14 individu untuk siasatan kes kehilangan wang tunai RM24.2 juta dari akaun simpanan tetap sebuah bank.

Ganbar suspek ada dalam berita ni doc @akudotcom

Selain tangkapan suspek, polis juga merampas sembilan kenderaan pelbagai jenis, wang tunai RM1.93 juta, telefon bimbit, kad ATM, kad debit, kad kredit, barangan berharga serta dokumen yang mempunyai kaitan dengan aktiviti jenayah yang dilakukan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
 
Dah buat sekali terus byk ye la kantoi.

Cuba buat slow2, sehari curi rm2.

Curi pula dalam 100 akaun.

100 x 2 = rm200.

Rm200 x 30 = rm6000 .

Buat sampai pencen. Kaya tu.

Ujian besar tu bang bila libatkan duit
Jadi rambang mata nampak banyak duit boleh pakai
 
MBSB pulangkan RM24.2 juta yang dicuri dari akaun simpanan tetap pelanggan​

hm289mbsb_1719228705.jpg

KUALA LUMPUR: MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) sudah memulangkan semula wang daripada empat akaun simpanan tetap berjumlah RM24.2 juta yang dicuri oleh satu sindiket, baru-baru ini.

Bank itu dalam satu kenyataan, hari ini memaklumkan satu siasatan dalaman secara menyeluruh sudah dilakukan pihaknya susulan daripada siasatan awal dijalankan oleh polis.

Menurutnya, kejadian ini membabitkan sindiket yang bersekongkol dengan beberapa kakitangannya, yang kini berada dalam tahanan polis.

"Sindiket ini melakukan pengeluaran wang secara haram yang disahkan menggunakan kad pengenalan (NRIC) palsu," katanya.

Tambah kenyataan itu, MBSB Bank sedang bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa untuk memastikan siasatan kes yang berlaku di Kota Kinabalu, Sabah itu dapat diselesaikan dengan segera dan menyeluruh.

"Keutamaan kami adalah keselamatan dan kepercayaan pelanggan kami. Kami bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan pelaku dibawa ke muka pengadilan.

"Kami telah memulangkan semua wang yang dikeluarkan secara haram daripada akaun pelanggan yang terjejas," katanya.

Katanya, MBSB Bank komited untuk mengekalkan integriti keselamatan perbankan untuk semua pelanggannya dan akan terus bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan.

"Ini untuk memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan yang sewajarnya atas tindakan mereka," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai dalang sindiket yang mengeluarkan wang tunai RM24.2 juta daripada beberapa akaun simpanan tetap.

Suspek berusia 40-an itu ditahan di Sabah, pada 14 Jun lalu selepas polis menahan seorang bekas pengurus bank wanita sehari sebelum itu.

Secara keseluruhan, katanya, seramai 14 suspek ditahan bermula 13 Jun hingga kelmarin, empat daripada mereka adalah kakitangan bank terdiri pengurus dan penyelia simpanan tetap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, dalam satu sidang media, Jumaat lalu dilaporkan berkata dalang utama dikatakan mengagihkan habuan jenayah itu kepada rakan subahat mengikut peranan serta tugas masing-masing.

Berdasarkan siasatan Bukit Aman, suspek yang menjalankan tugas paling mudah menerima bayaran serendah RM100,000 hingga RM240,000.

Ramli turut dilaporkan berkata kegiatan penipuan ini adalah satu jenayah terancang membabitkan dalam dan luar bank yang bersubahat bagi urusan pengeluaran wang simpanan tetap yang sudah dikenal pasti.

"Empat mangsa dalam kes ini adalah pemilik akaun simpanan tetap membabitkan tiga pemilik akaun bank di Selangor dan satu di Perak.

"Pengeluaran wang pertama secara tunai di kaunter bank berjaya dilakukan sekitar April lalu, disusuli beberapa pengeluaran seterusnya pada Mei serta Jun," katanya.

Tambah beliau, pengeluaran wang berjaya dilakukan melalui subahat dalaman dengan cara mematuhi prosedur pengeluaran wang ditetapkan pihak bank sehingga menjadikannya tidak dapat dikesan.

Kegiatan penipuan ini mula terbongkar apabila seorang pemilik akaun simpanan yang juga mangsa hadir ke bank untuk membuat pengemaskinian akaun sebelum tampil membuat laporan polis pada 6 Jun lalu.

Suspek dalam kes ini dikatakan mempunyai kepakaran memalsukan sistem biometrik pada kad pengenalan dan data milik mangsa.

Akhirnya terjawab persoalan bank mana yang terlibat
Saya update dah kat 1st post 👍
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register