BTC USD 44,066.4 Gold USD 1,761.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[UPDATE] Isu Video Lan Pet Pet- Saya jual krim kesihatan, bukan barang terlarang

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,338
Reaction score
397
Points
91

Lagi kisah PELAWAK beli BARANG terlarang ke? sampai kena rakam​


0805rslawak_1628178972.jpg


Ciapan yang menunjukkan lelaki didakwa pelawak terkenal dipercayai sedang berurusan jual beli 'barang'. FOTO Tular

Individu yang didakwa pelawak terkenal ini sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila namanya dikaitkan dalam satu video tular yang mendakwa dirinya sedang berurusan jual beli 'barang'.

Menerusi video yang dirakam, individu yang dikatakan dari kumpulan popular itu tiba-tiba mengamuk apabila mengetahui urusan yang dilakukan dengan seorang penunggang motosikal sedang dirakam.

Individu itu dilihat bergegas keluar dari kereta jenis perodua Myvi yang dibawa dan meluru ke arah si perakam dan seolah-olah berlaku pertelingkahan.

"Woi! Hang rakam apa?" kata individu itu dalam loghat Utara.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter pada jam 8.59 malam, hari ini, sudah ditonton lebih 15,000 dan diulang kicau lebih 312 kali.

"Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.

"Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu," ciap pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan.

Kebanyakan komen yang ditinggalkan mendakwa individu terbabit mirip pelawak itu berdasarkan loghat dan suara. Namun ada juga yang menyangkal tuduhan itu.

Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak itu belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan oleh sesiapa.

*Hmetro
 

‘Saya jual krim kesihatan, bukan barang terlarang’​

172123jetvpx9lkk889poa.png

Pelawak terkenal, Mazlan Ahmad, 52, atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet menafikan terlibat dalam sebarang penjualan barangan terlarang seperti tular baru-baru ini.

Lan Pet Pet berkata, sebaliknya ia merupakan produk krim kesihatan lelaki dengan dia merupakan rakan kongsi tersebut.

Katanya, video tersebut memberikan imej negatif kepadanya dan keluarga walaupun ketika kejadian sebenarnya dia sedang membuat penghantaran (COD) krim tersebut di sebuah lokasi di Kedah.

“Ramai salah faham apabila video tular menyatakan saya menjual barang terlarang. Saya ingin tegaskan tidak buat begitu.

“Orang itu (pembeli) duduk kampung hendak membeli krim tersebut, namun tidak tahu cara pesanan dalam talian disebabkan telah tua. Produk ini mungkin menyebabkan dia malu dengan keluarga dan isterinya, jadi saya buat COD produk itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di hadapan kompleks mahkamah, Seksyen 5 di sini hari ini.

Beliau yang kini bekerja sebagai pegawai khas di sebuah firma guaman memberitahu, dia memaafkan perakam dan netizen yang mengecam susulan penularan video tersebut.

Ujar Lan Pet Pet, dia juga tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang termasuk menyaman perakam terbabit dan mereka yang menularkan video itu

Sebelum ini, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan seorang individu seperti sedang menjalankan urusan jual beli dalam keadaan mencurigakan.

*Kosmo

Lan Pet Pet dakwa dirinya difitnah dan bakal mendapatkan nasihat daripada peguam sebelum mengambil tindakan undang-undang.
113853ai1j83irl989rbjj.png
Lan sebelum ini didakwa sebagai individu yang tular dalam sebuah video menunjukkan dia sedang berurusan dengan seseorang dalam keadaan yang mencurigakan.

Dalam rakaman tersebut, individu itu juga kelihatan mengamuk selepas menyedari perbuatannya dirakam.

"Woi! Hang rakam apa?," jerkahnya.

"Memandangkan hantaran (video tersebut) yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,??? tulisnya melalui Instagram.

Pelawak itu juga akan memberikan keterangan kepada media tak lama lagi.

"Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular itu.-Cari

Sponsored Post

belam

Super Active Member
Joined
Jul 29, 2013
Messages
6,053
Reaction score
289
Points
81
aku rs ni propa ja ni...tatau la klu btol buat hal tepi jalan besar cmtu....memang otak kat lutut klu btol
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,046
Reaction score
2,371
Points
201
aku rs ni propa ja ni...tatau la klu btol buat hal tepi jalan besar cmtu....memang otak kat lutut klu btol
Ada ja buat mcm tu....ada signal nk beli brg nie hehehe
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Ada lah. Aku pernah naik keta member tiba2 dia stop kat tepi. Ada org dari ceruk mana xtau letak barang ikut tingkap belakang. 1 kilo baik pnya. Sampai je rumah mennyumpah aku kt kwn tu
 

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Klau kena ngan ang2 sekali kena angkut bro....xyah kwn org mcm tu bro xpasai2 ja nanti
Mmg pun. X nk jmpa dah. Masa tu belia lg awal 20an. Tak pasai ja kena. Kwn pun jgn la naya gitu
 

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,338
Reaction score
397
Points
91
Lan Pet Pet dakwa dirinya difitnah dan bakal mendapatkan nasihat daripada peguam sebelum mengambil tindakan undang-undang.
113853ai1j83irl989rbjj.png
Lan sebelum ini didakwa sebagai individu yang tular dalam sebuah video menunjukkan dia sedang berurusan dengan seseorang dalam keadaan yang mencurigakan.

Dalam rakaman tersebut, individu itu juga kelihatan mengamuk selepas menyedari perbuatannya dirakam.

"Woi! Hang rakam apa?," jerkahnya.

"Memandangkan hantaran (video tersebut) yang berunsur fitnah dan telah mengaibkan nama saya, jadi saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam untuk tindakan selanjutnya,??? tulisnya melalui Instagram.

Pelawak itu juga akan memberikan keterangan kepada media tak lama lagi.

"Saya akan jemput rakan media untuk memberi penjelasan lanjut mengenai video yang tular itu.-Cari
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register