BTC USD 35,991.8 Gold USD 1,816.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

matten02

Active Member
Messages
1,438
Joined
Sep 11, 2009
Messages
1,438
Reaction score
525
Points
81
isunya sekarang ni kerajaan xda duit nk tambah penjawatan.. nk tanggung tambahan pekerja smp pencen

klu kontrak bayar smpai tamat kontrak je..

doktor plak lepas khidmat wajib, nk g swasta pn belum tentu ada post... rmai dh lulusan doktor tiap2 tahun.. mcm oversupply dh ni

huntung hartal... siap boleh desak kerajaan amik diorg tetap... klu penjawatan lain, desak camni silap2 tamat kontrak terus... amik org lain yg xbyk songeh
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,928
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,928
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1
1635819971896.png


Hartal Doktor Kontrak rancang protes kedua

Diterbitkan: Nov 2, 2021 9:14 AM

Dikemaskini: 10:03 AM


Kumpulan Hartal Doktor Kontrak (HDK) akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Belanjawan 2022 yang dibentangkan minggu lepas.

Belanjawan antaranya memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan bukan menawarkan jawatan tetap.
Di Twitter malam tadi, kumpulan itu berkata lanjutkan masa itu membuang masa kerana tidak menjanjikan sebarang peluang dan jaminan kerja yang menjadi tuntutan utama mereka.




Mereka juga kecewa dengan Kementerian Kesihatan kerana tidak membantah keputusan itu.

"Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian. Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

"Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.

"Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes," katanya dalam kenyataan.

Apabila ditanya bila bantahan kedua akan diadakan, wakil HDK Dr Mustapha Kamal berkata "tidak lama lagi" tanpa menyebut tarikh tertentu.

Pada bulan Julai, pergerakan itu telah berjaya mendorong beratus-ratus doktor kontrak daripada seluruh negara untuk mogok.
Gerakan HDK telah berkempen untuk menamatkan "sistem dua peringkat" semasa antara doktor pelatih tetap dan mereka yang berkontrak di hospital kerajaan. Doktor kontrak tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar.

Mereka juga tidak dijamin jawatan tetap selepas kontrak lima tahun.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini berjanji akan bekerjasama dengan HDK untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini.
HDK sedang dalam proses membentuk kesatuan doktor kontrak menjelang akhir tahun untuk menuntut penambahbaikan kepada keadaan kerja.


 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
'Janji lantikan tetap hanya umpan, pengorbanan doktor kontrak tak dihargai'

KUALA LUMPUR- Kumpulan Hartal Doktor Kontrak akan menganjurkan mogok kedua sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun dan tidak menawarkan jawatan tetap.

Kata mereka, lanjutan kontrak itu membuang masa kerana tidak menjanjikan sebarang peluang dan jaminan kerjaya yang menjadi tuntutan utama mereka.

"Lima tahun dalam perbincangan. Masih tiada penyelesaian.

"Janji lantikan tetap dengan KWSP yang sering kali diuar-uarkan hanyalah umpan supaya kami berhenti bersuara.

"Setelah dua tahun doktor kontrak berhempas pulas melawan Covid-19, pengorbanan mereka tetap tidak dihargai.

"Dengan ini, kami dari Gerakan HDK mengisytiharkan Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksanakan sebagai protes," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun wakil gerakan itu Dr Mustapha Kamal bagaimanapun tidak menyebut bila mogok kedua itu akan dilakukan.

 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,019
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,019
Reaction score
2,742
Points
261
Awards
1
Kene hancing lagi ke tu gan umnu?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,928
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,928
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1
Khairy, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi membabitkan peruntukan RM377,485,089.


4,186 Pegawai Perubatan Kontrak Bakal Diserap Lantikan Tetap Tahun Depan – Menteri Kesihatan​


09/11/2021


71614177036_KhairyJamaluddin.jpg


KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini mengumumkan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) akan serap seramai 4,186 daripada 10,583 pegawai perubatan kontrak ke lantikan tetap tahun depan.

Kata beliau, 4,186 pegawai perubatan kontrak yang sudah tamat perkhidmatan wajib dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sudah dinilai dan diperakui untuk lantikan tetap oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Khairy, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,586 membabitkan lantikan pegawai perubatan dan masing-masing 300 pegawai pergigian serta pegawai farmasi membabitkan peruntukan RM377,485,089.

Katanya, semua jawatan itu diperlukan bagi lantikan tetap perkhidmatan tahun depan.

“Perkara itu selaras keputusan Jemaah Menteri pada 14 Julai lalu, membabitkan pegawai lantikan kontrak yang sudah melengkapkan latihan khidmat wajib dua tahun disambung dua tahun lagi demi kesinambungan perkhidmatan dan persediaan pengajian kepakaran untuk pegawai terbabit,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang ingin mengetahui langkah kerajaan dalam menghadapi gelombang kedua Hartal Doktor Kontrak dan halangan pelantikan jawatan tetap serta implikasi kewangan pengambilan pegawai tetap.

4186-pegawai-perubatan-kontrak-bakal-diserap-lantikan-tetap-tahun-depan-menteri-kesihatan
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,928
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,928
Reaction score
15,847
Points
2,066
Awards
1


Lebih 5,000 doktor kontrak berdemo lagi 8 Dis​



November 22, 2021 4:45 PM

HartalDoktor5.jpg


Pada 26 Julai lalu, Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara mengadakan demonstrasi berhubung kegagalan kerajaan memenuhi beberapa tuntutan mereka.

PETALING JAYA: Lebih 5,000 doktor kontrak akan memulakan siri demonstrasi kedua di seluruh negara secara serentak pada 8 Dis, susulan beberapa isu membabitkan kumpulan itu yang belum diselesaikan.

Jurucakap Gerakan Hartal Kontrak, Dr Muhd Yassin berkata, tindakan dilakukan itu bukan perhimpunan menentang kerajaan mahupun gerakan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan keadilan untuk doktor kontrak.

“Perhimpunan secara aman ini akan dilakukan secara serentak di seluruh negara di hospital-hospital yang terdapat doktor kontrak,” katanya menurut laporan Kosmo.
Menurut laporan itu, akan berlaku peletakan jawatan doktor kontrak bermula pada tarikh berkenaan, yang disifatkan sebagai langkah “renjatan” kepada kerajaan.



Muhd berkata, perhimpunan aman itu akan dilakukan ketika waktu rehat doktor kontrak kira-kira 12 tengah hari dan akan berlangsung selama satu jam, sebelum menyambung tugasan seperti biasa.

“Kita hanya ingin meluahkan ketidakpuasan hati dan akan mengutamakan kepentingan pesakit terlebih dahulu selain memastikan ia tidak menjejaskan tugasan di hospital.

“Perhimpunan berkenaan dijangka dilakukan di kawasan parkir, hadapan wad dan lobi hospital. Kita juga akan memastikan peserta menjaga SOP dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan fizikal,” katanya.
Katanya, tujuan perhimpunan itu ialah mendesak supaya kerajaan menunaikan beberapa tuntutan membabitkan doktor kontrak.

“Antaranya melibatkan perjawatan tetap doktor kontrak, hak sama rata dengan doktor tetap dan penjelasan jangka masa panjang berhubung status doktor kontrak.
“Kita juga menjangkakan ramai doktor kontrak akan meletakkan jawatan selepas 8 Dis ini, namun angkanya masih belum diketahui,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara mengadakan demonstrasi secara serentak berhubung kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan menawarkan pelantikan tetap kepada semua doktor kontrak sedia ada selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Doktor kontrak ada pilihan lain kembangkan kerjaya

KUALA LUMPUR: Doktor kontrak yang berhasrat meletak jawatan pada 8 Disember ini menerusi siri mogok kedua akan tetap mengembangkan kerjaya mereka dalam bidang perubatan namun di luar kerangka Kementerian Kesihatan.

Daripada terus berkhidmat dengan kementerian secara kontrak, doktor-doktor berkenaan mempunyai pilihan untuk mengembangkan kerjaya di persekitaran berlainan yang lebih kondusif.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Harith…

 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,450
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,450
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
514 doktor kontrak letak jawatan tahun ini

Kuala Lumpur: Seramai 514 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai alasan dari Januari hingga 26 November lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pada 2017, jumlah mereka yang meletak jawatan seramai 110 orang, 168 orang (2018), 475 orang (2019) dan 511 orang (2020).

"Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan adalah hak yang diputuskan sendiri pegawai (perubatan lantikan kontrak) atas sebab tertentu.

"Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,185
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,185
Reaction score
17,813
Points
2,536
Awards
1
514 doktor kontrak letak jawatan tahun ini

Kuala Lumpur: Seramai 514 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan atas pelbagai alasan dari Januari hingga 26 November lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pada 2017, jumlah mereka yang meletak jawatan seramai 110 orang, 168 orang (2018), 475 orang (2019) dan 511 orang (2020).

"Dalam hal penentuan peletakan jawatan ini, keputusan adalah hak yang diputuskan sendiri pegawai (perubatan lantikan kontrak) atas sebab tertentu.

"Alasan peletakan jawatan yang dinyatakan termasuk menyambung perkhidmatan dalam sektor swasta, atas sebab peribadi, berkhidmat di badan berkanun, melanjutkan pelajaran, masalah kesihatan, berkhidmat di luar negara dan membuka klinik sendiri," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.


PARLIMEN | Lebih 1,700 Doktor Kontrak Letak Jawatan Sejak 2017

514 pegawai perubatan lantikan kontrak meletakkan jawatan dari Januari hingga Jumaat lalu, atas pelbagai alasan.

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,172
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
23,172
Reaction score
1,676
Points
201
Awards
1
MEMBISU SERIBU BAHASA

Saya nak tanya sekali lagi. Rasa macam KKM buat senyap saja; membisu seribu bahasa.

Saya ingin mengingatkan semula kenyataan KKM bertarikh 14 Norvember 2021 berkenaan unjuran keperluan doktor dalam negara iaitu pada nisbah 1 doktor kepada 400 penduduk pada tahun 2025 dan 1 doktor kepada 360 penduduk pada 2030.


Kenyataan tersebut dibuat susulan dari jawapan YBMK mengenai isu doktor kontrak di Parlimen pada 9 November 2021.


Sudah lebih 2 minggu kenyataan tersebut dikeluarkan. Di mana jawapan pihak Kerajaan dan agensi terlibat: KKM, JPA, dan Kementerian Kewangan?

Rakyat perlu tahu:
1. Berapa sebenarnya jumlah doktor yang diperlukan berkhidmat dalam sektor awam pada tahun 2025 dan menuju 2030?

2. Berdasarkan kepada unjuran keperluan doktor di sektor awam pada masa depan dan jumlah perjawatan tetap yang ada buat masa ini, berapa jumlah perjawatan baru yang perlu disediakan oleh Kerajaan?

3. Apakah jumlah kos yang terlibat bagi mewujudkan perjawatan ini? Adakah Kerajaan betul-betul tidak mampu untuk mewujudkan perjawatan tetap ini? Takkan miskin sangat kerajaan.

Mana jawapan?
Mana statistik?
Mana? Mana?
Kerajaan seharusnya telah bersedia dengan jawapan.
Kenapa membisu seribu bahasa?

Siapa yang RUGI?
Mak Cik Pak Cik di kampung, sebenarnya. Orang-orang yang tidak mampu dan miskin.
Siapa nak rawat mereka? Tidak akan ada cukup doktor pakar di masa hadapan. Ya lah kan, tak mahu ambil perkhidmatan tetap?
I dont blame them if they want to leave the country.

I continue to wonder why it is too difficult to be TRANSPARENT and TO CARE for the real people of MALAYSIA.

Rafidah Abdullah
Gambar bersama Dr Ammar, doktor kontrak yang dihantar untuk berkhidmat di Pekan.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register