BTC USD 42,417.6 Gold USD 1,775.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Kita ingin beri kemudahan sama seperti doktor tetap agar mereka dapat lanjutkan pengajian kepakaran di IPTA, kata menteri kesihatan.

1631717721720.png


Khairy ulang komitmen benarkan doktor kontrak mohon biasiswa sarjana


Diterbitkan: Sep 15, 2021 12:29 PM


PARLIMEN | Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengulang kembali komitmen kerajaan untuk membenarkan doktor kontrak memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

HLP adalah biasiswa penuh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk doktor melanjutkan pengajian peringkat sarjana bagi pengkhususan di universiti tempatan.

Menurut Khairy, sebelum ini doktor kontrak hanya boleh memohon program "parallel pathway" manakala HLP hanya untuk mereka yang berjawatan tetap.

"Antara penyelesaian yang ditunggu (oleh doktor kontrak) adalah peluang untuk dapat tajaan HLP agar mereka dapat lanjut pengajian ke peringkat sarjana.


ADS

"Sekarang, ia hanya diberikan kepada pegawai tetap...Tetapi kita ingin beeri kemudahan sama kepada mereka (doktor kontrak) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian kepakaran di universiti tempatan.

"Ini untuk masa depan mereka dan saya rasa ini adalah perkara yang telah mereka tuntut dan nantikan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) berkenaan rancangan KKM untuk menjamin masa depan doktor kontrak.



37d532718fb7f08d594715bd2954e9ea.jpg

Katanya lagi, jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 20 Ogos lalu untuk melihat perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menyelesaikan isu doktor kontrak.



Jawatankuasa itu antara lain akan menumpukan soal permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan untuk HLP, mewujudkan lebih banyak jawatan tetap dan memeriksa strategi untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan awam.

Isu doktor kontrak mula menjadi perhatian apabila kumpulan itu menganjurkan protes di seluruh negara pada Julai lalu. Mereka antara lain menggesa keselamatan pekerjaan yang lebih baik.

Sebelum itu, Khairy menjelaskan sistem doktor kontrak bermula pada 2016 apabila terdapat peningkatan graduan perubatan dan tiada jawatan tetap yang cukup dalam sistem kesihatan awam.

Dia kemudian menjawab isu yang dibangkitkan Rusnah berhubung masa menunggu yang lama untuk temu janji dengan pakar, di saat kebanjiran graduan perubatan.

"Sebenarnya kita tidak kekurangan doktor siswazah tetapi apa yang kita perlukan adalah pakar," kata Khairy.

Katanya, pada masa ini terdapat 13,000 doktor pakar dalam sektor awam dan swasta, tetapi seramai 28,000 pakar diperlukan menjelang 2030.

"Kementerian Kewangan harus beri komitmen supaya kita dapat melatih doktor untuk menjadi pakar bagi memenuhi keperluan 10 tahun akan datang, yang mana beban penyakit akan meningkat disebabkan masyarakat yang semakin menua di Malaysia dan insiden penyakit tak berjangkit(non-communicable disease, NCD) yang semakin tinggi," katanya lagi.

Antara contoh NSD adalah penyakit jantung, strok, kencing manis dan kanser.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906

Khairy Jamaluddin

3j ·

Tengah hari ini bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi mendengar isu serta permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai Kesihatan lantikan kontrak.

Beberapa perkara telah dibangkitkan termasuklah kaedah penilaian prestasi bagi penjawatan tetap, peluang lanjutan pengajian dan masa hadapan profesion mereka.

Saya telah berikan komitmen kepada mereka bahawa KKM akan melihat setiap isu yang dibangkitkan serta akan berusaha mencari titik penyelesaian interim dan seterusnya ke arah penyelesaian yang lebih baik.

1632217625702.png

1632217792747.png

1632217819765.png
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,121
Reaction score
2,392
Points
201
Xfhm la dl perubatan bidang kritikal la xdh, tp hospital sentiasa sesak, nk jumpa dr pun kurang2, 3jam br dpt....klau luar bandar lg la dr bertugas ada hr tertentu ja....pelik tp benar, benda apa yg kkm cuba sorokkan nie.... Pesakit pun makin ramai patut tambah ja dr dn bg jawatan tetap....yg duk nmpk sebab punca 1mdb dl bnyk jwtn jd jumud, xdk lantikan br.....tp ph lg best nk kurangkan jwtn plk....elok la 2x5 hahaha....jwpn paling best dl penjawat awam kena jd multitask...hehehe
 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,983
Reaction score
348
Points
91
Xfhm la dl perubatan bidang kritikal la xdh, tp hospital sentiasa sesak, nk jumpa dr pun kurang2, 3jam br dpt....klau luar bandar lg la dr bertugas ada hr tertentu ja....pelik tp benar, benda apa yg kkm cuba sorokkan nie.... Pesakit pun makin ramai patut tambah ja dr dn bg jawatan tetap....yg duk nmpk sebab punca 1mdb dl bnyk jwtn jd jumud, xdk lantikan br.....tp ph lg best nk kurangkan jwtn plk....elok la 2x5 hahaha....jwpn paling best dl penjawat awam kena jd multitask...hehehe
Xlain xbukan ini semua melibatkan kos yang besar dalam jangkamasa panjang... Harap kerajaan akan fikirkan sesuatu yang win2
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register