BTC USD 35,953.2 Gold USD 1,812.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,936
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,936
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Kita ingin beri kemudahan sama seperti doktor tetap agar mereka dapat lanjutkan pengajian kepakaran di IPTA, kata menteri kesihatan.

1631717721720.png


Khairy ulang komitmen benarkan doktor kontrak mohon biasiswa sarjana


Diterbitkan: Sep 15, 2021 12:29 PM


PARLIMEN | Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengulang kembali komitmen kerajaan untuk membenarkan doktor kontrak memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP).

HLP adalah biasiswa penuh daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk doktor melanjutkan pengajian peringkat sarjana bagi pengkhususan di universiti tempatan.

Menurut Khairy, sebelum ini doktor kontrak hanya boleh memohon program "parallel pathway" manakala HLP hanya untuk mereka yang berjawatan tetap.

"Antara penyelesaian yang ditunggu (oleh doktor kontrak) adalah peluang untuk dapat tajaan HLP agar mereka dapat lanjut pengajian ke peringkat sarjana.


ADS

"Sekarang, ia hanya diberikan kepada pegawai tetap...Tetapi kita ingin beeri kemudahan sama kepada mereka (doktor kontrak) bagi membolehkan mereka mengikuti pengajian kepakaran di universiti tempatan.

"Ini untuk masa depan mereka dan saya rasa ini adalah perkara yang telah mereka tuntut dan nantikan," katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) berkenaan rancangan KKM untuk menjamin masa depan doktor kontrak.



37d532718fb7f08d594715bd2954e9ea.jpg

Katanya lagi, jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 20 Ogos lalu untuk melihat perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menyelesaikan isu doktor kontrak.



Jawatankuasa itu antara lain akan menumpukan soal permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan untuk HLP, mewujudkan lebih banyak jawatan tetap dan memeriksa strategi untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan awam.

Isu doktor kontrak mula menjadi perhatian apabila kumpulan itu menganjurkan protes di seluruh negara pada Julai lalu. Mereka antara lain menggesa keselamatan pekerjaan yang lebih baik.

Sebelum itu, Khairy menjelaskan sistem doktor kontrak bermula pada 2016 apabila terdapat peningkatan graduan perubatan dan tiada jawatan tetap yang cukup dalam sistem kesihatan awam.

Dia kemudian menjawab isu yang dibangkitkan Rusnah berhubung masa menunggu yang lama untuk temu janji dengan pakar, di saat kebanjiran graduan perubatan.

"Sebenarnya kita tidak kekurangan doktor siswazah tetapi apa yang kita perlukan adalah pakar," kata Khairy.

Katanya, pada masa ini terdapat 13,000 doktor pakar dalam sektor awam dan swasta, tetapi seramai 28,000 pakar diperlukan menjelang 2030.

"Kementerian Kewangan harus beri komitmen supaya kita dapat melatih doktor untuk menjadi pakar bagi memenuhi keperluan 10 tahun akan datang, yang mana beban penyakit akan meningkat disebabkan masyarakat yang semakin menua di Malaysia dan insiden penyakit tak berjangkit(non-communicable disease, NCD) yang semakin tinggi," katanya lagi.

Antara contoh NSD adalah penyakit jantung, strok, kencing manis dan kanser.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,936
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,936
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1

Khairy Jamaluddin

3j ·

Tengah hari ini bersama Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi mendengar isu serta permasalahan yang dihadapi oleh Pegawai Kesihatan lantikan kontrak.

Beberapa perkara telah dibangkitkan termasuklah kaedah penilaian prestasi bagi penjawatan tetap, peluang lanjutan pengajian dan masa hadapan profesion mereka.

Saya telah berikan komitmen kepada mereka bahawa KKM akan melihat setiap isu yang dibangkitkan serta akan berusaha mencari titik penyelesaian interim dan seterusnya ke arah penyelesaian yang lebih baik.

1632217625702.png

1632217792747.png

1632217819765.png
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,227
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,227
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
Xfhm la dl perubatan bidang kritikal la xdh, tp hospital sentiasa sesak, nk jumpa dr pun kurang2, 3jam br dpt....klau luar bandar lg la dr bertugas ada hr tertentu ja....pelik tp benar, benda apa yg kkm cuba sorokkan nie.... Pesakit pun makin ramai patut tambah ja dr dn bg jawatan tetap....yg duk nmpk sebab punca 1mdb dl bnyk jwtn jd jumud, xdk lantikan br.....tp ph lg best nk kurangkan jwtn plk....elok la 2x5 hahaha....jwpn paling best dl penjawat awam kena jd multitask...hehehe
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,915
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,915
Reaction score
565
Points
121
Xfhm la dl perubatan bidang kritikal la xdh, tp hospital sentiasa sesak, nk jumpa dr pun kurang2, 3jam br dpt....klau luar bandar lg la dr bertugas ada hr tertentu ja....pelik tp benar, benda apa yg kkm cuba sorokkan nie.... Pesakit pun makin ramai patut tambah ja dr dn bg jawatan tetap....yg duk nmpk sebab punca 1mdb dl bnyk jwtn jd jumud, xdk lantikan br.....tp ph lg best nk kurangkan jwtn plk....elok la 2x5 hahaha....jwpn paling best dl penjawat awam kena jd multitask...hehehe
Xlain xbukan ini semua melibatkan kos yang besar dalam jangkamasa panjang... Harap kerajaan akan fikirkan sesuatu yang win2
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,936
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,936
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1

[PARLIMEN] Lebih 500 doktor kontrak lanjut pengajian ke peringkat pakar​

NOOR-AZMI-NEW.jpg


NOOR AZMI GHAZALI

  • 11 Oktober 2021, 11:50 am


KUALA LUMPUR: Seramai 504 pegawai perubatan berstatus kontrak dibenarkan melanjutkan pengajian ke peringkat pakar ketika ini.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, mereka merupakan sebahagian daripada 3,615 pegawai perubatan berdaftar yang mengikuti Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.

“Pengambilan pada 2016 yang berjumlah 239 orang meningkat kepada 1,190 orang pada 2018. Tahun ini pengambilan adalah seramai 692 orang.

“Sebanyak 14 bidang ditawarkan, dengan kemasukan kepakaran perubatan dalaman seramai antara 90 hingga 513 orang setahun dan kepakaran pembedahan plastik paling kurang dengan hanya dua hingga empat orang pengambilan setiap tahun,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Tambah Noor Azmi, bagi program kepakaran sarjana perubatan yang ditawarkan kepada pegawai berstatus tetap dari tempoh 2015 hingga 2021 adalah 7,357 orang.

“Pada 2015, pengambilan adalah 956 orang dan ia meningkat setiap tahun. Sebagai contoh pada 2020 adalah 1,214 manakala tahun ini serama 1,120 orang.

“Sebanyak 23 bidang yang ditawarkan, contohnya bidang anestesiologi sangat diminati dengan kemasukan 100 hingga 120 orang setahun manakala bidang pembedahan plastik adalah paling kurang mendapat sambutan iaitu lima hingga sembilan orang setahun,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui Kementerian Kesihatan masih kekurangan tenaga pakar dan memberi jaminan bahawa pihaknya akan menambah lebih ramai pakar di masa akan datang.

“Sudah tentu negara perlukan lebih banyak pakar, ketika ini kita ada 6,012 pakar di Kementerian Kesihatan. Daripada angka ini, 5,953 adalah pakar berstatus tetap dan hanya 19 pakar berstatus kontrak.

“Kementerian bersikap proaktif, contohnya menambahkan slot hadiah latihan persekutuan untuk pelajar pakar, dengan penambahan 1,300 orang pada tahun ini, menambah slot dari program Parallel Pathwaydengan 189 orang pada 2020.

“Kita juga buat lantikan semula kepada pakar yang telah bersara, pujuk mereka datang balik, kita buat penyumberluaran dengan menjemput pakar dari hospital swasta untuk membantu kita juga memberi pakar kontrak peluang untuk menjadi pakar tetap jika ada kekosongan yang wujud dalam perjawatan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian bagi menjawab soalan Senator Mohd Apandi Mohamad berhubung statistik bilangan pegawai-pegawai perubatan yang berstatus tetap dan kontrak yang dibenarkan melanjutkan pengajian di peringkat pakar setiap tahun bermula tahun 2015. -UTUSAN ONLINE

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,936
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,936
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 juta untuk manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian.
#KeluargaMalaysia
#Bajet2022

1635555318480.png
 

frommers

Fun Poster
Messages
415
Joined
Apr 6, 2014
Messages
415
Reaction score
167
Points
23
Xfhm la dl perubatan bidang kritikal la xdh, tp hospital sentiasa sesak, nk jumpa dr pun kurang2, 3jam br dpt....klau luar bandar lg la dr bertugas ada hr tertentu ja....pelik tp benar, benda apa yg kkm cuba sorokkan nie.... Pesakit pun makin ramai patut tambah ja dr dn bg jawatan tetap....yg duk nmpk sebab punca 1mdb dl bnyk jwtn jd jumud, xdk lantikan br.....tp ph lg best nk kurangkan jwtn plk....elok la 2x5 hahaha....jwpn paling best dl penjawat awam kena jd multitask...hehehe
Buat apa jumpa doktor. Google je tgk youtube twitter..buka page gpmc kat fb. Tonggang habbatussauda campur minyak zaituncengkih..setel masalah. Doktor kkm tu ikut yahudi. Jangan pergi hospital. Hospital berkiblatkan who.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,936
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,936
Reaction score
15,848
Points
2,066
Awards
1
1635555654239.png


HDK: Lanjutan 2 tahun untuk doktor kontrak hanya tangguh penyelesaian

Diterbitkan: Oct 29, 2021 8:55 PM


Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) mengkiritik langkah kerajaan untuk melanjutkan kontrak 10,000 doktor, bukannya menawarkan jawatan tetap kepada mereka.

Gerakan di sebalik protes doktor kontrak seluruh negara Julai lalu itu menyifatkan cadangan yang terkandung dalam Belanjawan 2020 itu sebagai taktik penangguhan dan tidak menangani isu tersebut.

"Ia menangguh penyelesaian, (untuk) dua tahun lagi. Biar orang lain yang berdepan dengannya nanti," kata HDK di Twitter.




FE0BCC70-B11B-4B25-8160-5A63008E0F2E.jpeg


Ketika membentangkan Belanjawan 2020 hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan kerajaan setuju untuk melanjutkan kontrak lebih 10,000 doktor, doktor gigi dan ahli farmasi untuk dua tahun lagi.



Langkah itu bertentangan dengan desakan HDK itu sebelum ini, iaitu untuk kerajaan memberikan jawatan tetap yang menurut mereka akan memberikan keselamatan pekerjaan dan peluang peningkatan dalam kerjaya mereka.

Ketika dihubungi, jurucakap HDK Dr Mustapha Kamal Aziz turut menyuarakan kekecewaannya terhadap pengumuman itu.

"Saya tak ada apa nak komen. Kerajaan tak memandang isu penjagaan kesihatan ini sebagai penting," katanya kepada Malaysiakini.



0dd820569016405c949a7e03fe497c10.jpg



Dia turut mempersoalkan pelanjutan kontrak itu.

"Berdasarkan statistik yang dibentang (Menteri Kesihatan) Khairy Jamaluddin di Parlimen, ada seramai 22,077 pegawai perubatan di seluruh negara.

"Jadi kalau mereka hanya beri (lanjutan) kepada 10,000 orang, lagi 12,000 yang lain nak campak mana?

"Kegagalan kerajaan merangka dasar menyebabkan kita berada dalam situasi ini," katanya lagi.

Pengumuman itu juga tidak disambut baik Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) - persatuan doktor yang utama di Malaysia.

Presiden MMA Dr Koh Kar Chai (gambar) berkata, pihaknya meminta kerajaan melanjutkan kontrak pegawai perubatan antara tujuh hingga 10 tahun.



5f93a32f60a2d4792c1231b7d9d326bf.jpg



"Namun lanjutan dua hingga empat tahun diberikan untuk memberi peluang kepada pegawai perubatan untuk menyambung kepakaran.

"MMA akan meneruskan perbincangan berkenaan isu ini dengan kerajaan," katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, MMA mengalu-alukan satu lagi pengumuman kerajaan hari ini, iaitu peruntukan RM100 juta untuk menaja pengajian kepakaran, yang akan memanfaatkan kira-kira 3,000 doktor dan doktor gigi kontrak.

Isu doktor kontrak menjadi perhatian setelah sekumpulan mereka mengadakan protes seluruh negara pada Julai lalu.

Antara isu yang dihadapi doktor kontrak adalah mereka tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah universiti tempatan untuk menjadi doktor pakar.

Mereka juga tidak dijamin akan diserap sebagai kakitangan tetap selepas tamat kontrak lima tahun.

 

pedang_setiawan

Active Member
Messages
1,311
Joined
Nov 16, 2010
Messages
1,311
Reaction score
457
Points
51
Buat apa jumpa doktor. Google je tgk youtube twitter..buka page gpmc kat fb. Tonggang habbatussauda campur minyak zaituncengkih..setel masalah. Doktor kkm tu ikut yahudi. Jangan pergi hospital. Hospital berkiblatkan who.
Bagi puak2 ni je jadi doktor. Ulama dgn saintis pn dia org tapau. Multidiciplinary lagi. And...and...x ikut dajjal dan yahudi. Tentunya kos lagi murah...3 dlm 1 beb....ubat pn x byk jenis. Cengkih, habatul sauda, mnyk zaitun dgn ubat parasit anjing dan kuda...kat mana2 pn diaorg boleh operasi sb keperluan logistik rendah...ada masalah sakit, dia org boleh rawat. Masalah agama, dia org lg up dari ulama. Ada masalah sains, depa lg baik dari saintis. Sokong lah antivaksin dan flat earther utk kesihatan anda (biasa antivaksin ni interchangeable dgn flat earther).
 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,019
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,019
Reaction score
2,742
Points
261
Awards
1
Kesian.. belajar tinggi2.. duit byk habis.. still tak leh lawan ilmu google palatao...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register