BTC USD 40,790.6 Gold USD 1,839.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,844
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,844
Reaction score
546
Points
121
Kalau sabah dan sarawak terlalu banyak kekurangan doktor.. Tolong lah ambil levih banyak pelajar dari negeri sana...

Ape yang doktor tu kata ada benarnya... Kerjaya doktor ni penat dan sibuk... Jadi mestilah mereka nak tinggal berdekatan keluarga sebagai sokongan emosi..

Win2 la kan... Doktor dapat duduk dekat dgn family, prestasi kerja pun meningkat...

Tapi kalau prestasi makin merosot walau duduk dekat family, sila tukarkan tanpa ragu..
 
Sponsored Post

guri2demon

Active Member
Messages
2,249
Joined
Mar 17, 2010
Messages
2,249
Reaction score
707
Points
81
Tawaran ke Sabah & Sarawak memang selalunya ditolak
Samada bidang kesihatan
Mahu pun perguruan
Kenyataan dh ni.
Even cikgu sarawak yg mengajar kat semenanjung pun xnak mintak balik tempat asal.
Boleh dpt elaun Wilayah tanpa perlu mengajar di pedalaman sarawak.

Yg dh memang asal semenanjung, lagi la xnak ke sana.

Doktor punya mindset pun gini la gamaknya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,190
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,190
Reaction score
17,643
Points
2,536
Awards
1
Kenyataan dh ni.
Even cikgu sarawak yg mengajar kat semenanjung pun xnak mintak balik tempat asal.
Boleh dpt elaun Wilayah tanpa perlu mengajar di pedalaman sarawak.

Yg dh memang asal semenanjung, lagi la xnak ke sana.

Doktor punya mindset pun gini la gamaknya.

Tak semua tapi kebanyakannya lah
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,022
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,022
Reaction score
3,125
Points
261
Awards
1
Kalau sabah dan sarawak terlalu banyak kekurangan doktor.. Tolong lah ambil levih banyak pelajar dari negeri sana...

Ape yang doktor tu kata ada benarnya... Kerjaya doktor ni penat dan sibuk... Jadi mestilah mereka nak tinggal berdekatan keluarga sebagai sokongan emosi..

Win2 la kan... Doktor dapat duduk dekat dgn family, prestasi kerja pun meningkat...

Tapi kalau prestasi makin merosot walau duduk dekat family, sila tukarkan tanpa ragu..
Napa kerja lain goyang kaki ka....klau mcm tu semua org nk kerja duk ngn family.....sapa xmau duk ngn family...tp nama pun berkhidmat utk masyarakat...budaya kerja di tempat sendiri la bnyk prestasi penjawat awam lemah....awal2 dh duk zon selesa xleh nk berkorban sikit
 

maxpda

Super Active Member
gem
Messages
8,844
Joined
Jan 15, 2007
Messages
8,844
Reaction score
546
Points
121
Napa kerja lain goyang kaki ka....klau mcm tu semua org nk kerja duk ngn family.....sapa xmau duk ngn family...tp nama pun berkhidmat utk masyarakat...budaya kerja di tempat sendiri la bnyk prestasi penjawat awam lemah....awal2 dh duk zon selesa xleh nk berkorban sikit
Xdak la boss...
Maksud saya kalau negeri sana terlalu kurang doktor, kita cadang ambil lebih banyak doktor dari sana... Jadi win2 la...
 

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,022
Top Poster #5
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,022
Reaction score
3,125
Points
261
Awards
1
Xdak la boss...
Maksud saya kalau negeri sana terlalu kurang doktor, kita cadang ambil lebih banyak doktor dari sana... Jadi win2 la...
Memang sini dh makin ramai dr tp blum mencukupi.....
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,145
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,145
Reaction score
3,195
Points
261
Awards
1
Ermmm segelintir aje yg menolak
ada masalah pribadi tu

Kalau bos kita transfer pun kita da menggelabah, jgn ckp org lain

Kita pun akan cari keje tempat lain
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1
Sebelum ini kata Subramaniam terdapat lambakan lulusan perubatan dan satu-satunya cara ia diselesaikan ialah dengan menyediakan lebih banyak jawatan.

1630545272707.png


Doktor kontrak: Asal-usul dan cara menangani​



Diterbitkan 2 Sep 2021, 8:06 am

Dikemaskini 8:09 am



WAWANCARA | Sistem penjawatan doktor kontrak diperkenalkan pentadbiran BN pada Dis 2016. Ketika itu kerajaan berada di bawah kepimpinan Najib Razak.

Lima tahun kemudian, apa yang dimaksudkan sebagai langkah sementara itu berkembang menjadi salah satu kontroversi terbesar dalam sistem penjagaan kesihatan awam negara.

Dr S Subramaniam merupakan menteri kesihatan yang berkhidmat dalam kerajaan Malaysia antara 2013 hingga 2018 dan dia bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem tersebut.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini, dia menjelaskan alasan awal di sebalik langkah tersebut.

Dan dengan kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN), dia turut menawarkan kepada menteri kesihatan baru Khairy Jamaluddin beberapa cadangan dalam menyelesaikan isu yang membelenggu doktor kontrak.

Menurut Subramaniam, sistem penjawatan doktor kontrak sebelum ini diperkenalkan ketika jumlah pelajar perubatan yang menunggu penempatan latihan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berada pada tahap tinggi.

Katanya ia berpunca daripada masalah perancangan sejak 1990-an. Pada masa itu, sekolah perubatan baru mendapat kelulusan tanpa mengambil kira bagaimana pelajar akan dilatih.

Akibatnya, kata Subramaniam, lebih 33 institusi - 11 institusi awam dan 22 institusi swasta - diwujudkan di seluruh negara dan mula memperoleh lebih banyak graduan daripada sistem kesihatan awam yang mempunyai jawatan doktor kontrak.

Memang dulu ada keperluan
Menjelang 2016, terdapat pengangguran yang serius. Sebagai menteri kesihatan ketika itu, Subramaniam berkata, lambakan graduan perubatan terbabit perlu ditangani segera.

"Terdapat lambakan dan ia semakin bertambah. Jadi satu-satunya cara KKM dapat menyelesaikannya ialah dengan mencari jalan untuk menyediakan lebih banyak jawatan.

"Jawatan kontrak boleh dibuat berdasarkan permintaan tanpa perlu melalui proses (Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA) itu.
"Oleh itu, jawatan kontrak dibuat untuk memastikan sebilangan besar doktor yang masuk ke sistem dapat menjalani latihan wajib," katanya.

Sistem penjawatan doktor kontrak kata Subramaniam, menjadi "keperluan" pada waktu itu dan ia diwujudkan sebagai langkah penyelamat bersifat sementara iaitu hingga penyelesaian jangka panjang dilaksanakan.

"Pada dasarnya, itu tidak dimaksudkan untuk menjadi sistem tetap," kata Subramaniam.

Oleh itu, bagaimana penyelesaian sementara itu berubah menjadi masalah yang tersendiri?

Subramaniam menegaskannya pada "kelemahan pelaksanaan".

b15c919da4ddc08b49392e5d7224fe22.jpg


Dia mendakwa bahawa perbezaan gaji, kelayakan untuk program latihan pascasiswazah tempatan dan proses pengambilan pekerja bukanlah matoamat sistem itu dilaksanakan. Malah, tegas Subramaniam, ia tidak ada dalam perancangan asal.

"Diskriminasi sebegitu tidak pernah (ada dalam perancangan awal). Walaupun kami memperkenalkan sistem terbabit dan polisi dilaksanakan, namun mereka kemudian mengambil haluan berbeza.

"Selama tempoh pelaksanaan, kadang-kadang ada kelemahan," katanya.

Dalam pekeliling bertarikh 15 Dis 2016 yang mengumumkan sistem penjawatan doktor kontrak, KKM menyatakan, pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak akan menerima "emolumen yang sama" sebagai pegawai tetap.


Kurang kriteria yang telus
Jawatan tetap akan ditawarkan secara undur tarikh (backdated) kepada "yang berbakat" dan dapat menyelesaikan latihan mereka serta memenuhi semua kriteria, dengan syarat jawatan tersebut tersedia.

Pekeliling tersebut tidak menyatakan bagaimana jika pegawai kontrak layak untuk mengikuti pengajian pascasiswazah tempatan tetapi menyatakan sistem pengambilan pekerja tetap yang lama adalah untuk memastikan "yang berbakat atau pegawai terbaik yang berpotensi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pakar".

Bagaimanapun, dalam praktiknya, pegawai kontrak pada mulanya dibayar lebih sedikit daripada jawatan tetap. Jurang itu dirapatkan pada Nov 2020.

Mereka juga tidak layak mendapat biasiswa pascasiswazah tempatan untuk menjadi pakar.

Tambahan pula, tiada jaminan mereka akan diserap ke jawatan tetap setelah kontrak lima tahun berakhir. Ia disebabkan kurangnya kriteria yang telus untuk menentukan lulusan mana mendapat jawatan tetap atau kontrak.

ff9bc4c9edf2ec8bc05b8b88ff23cce8.jpg


Oleh kerana ramai pegawai kontrak mengalami kelecuhan setelah ditugaskan menjadi petugas barisan depan dalam menangani pandemik Covid-19, doktor-doktor muda terbabit mencari jalan keluar dengan menuntut agar sistem dwistandard itu dihentikan.

Mereka menganggap tawaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) - yang merangkumi lanjutan kontrak selama empat tahun, faedah pekerjaan yang lebih baik dan biasiswa pengajian pascasiswazah - tidak memadai.

Kumpulan doktor kontrak itu menegaskan, mereka mahukan jawatan tetap dan peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran.
KKM baru-baru ini memaklumkan 300 daripada kira-kira 23,000 pegawai perubatan kontrak ditawarkan lantikan tetap tetapi satu per tiga mereka menolaknya.

Menurut Ketua Setiausaha KKM Mohd Shafiq Abdullah 85 orang yang ditawarkan menolaknya manakala 15 lagi meletakkan jawatan setelah mendapat tawaran pekerjaan di tempat lain.

Cenderung kekalkan yang lama
Menurutnya lagi, daripada 300 tawaran yang diberikan, 150 pegawai ditawarkan pelantikan tetap di Sabah manakala 150 pegawai lagi ditawarkan pelantikan tetap di Sarawak.

Kini terdapat harapan yang tinggi untuk menteri kesihatan baru menyelesaikan masalah yang dihadapi bidang perubatan negara ini sejak sekian lama.

Dalam temu bual itu, Subramaniam berkata dia pernah berusaha mengatasi masalah berkenaan lebih awal dengan menguruskan isu lebihan lulusan perubatan namun usaha itu gagal.

Sebagai bekas menteri kesihatan, Subramaniam berkata dia telah mencadangkan agar syarat minimum lulusan SPM untuk memasuki sekolah perubatan dinaikkan dari 5B kepada 5A.

"Syarat minimum kita untuk memasuki sekolah perubatan masih 5B dan ini diguna pakai sejak 20 hingga 30 tahun lalu. Keadaannya sekarang berbeza kerana 30,000 hingga 40,000 orang mendapat markah 5A dalam SPM mereka.

"Kita perlukan 3,000 orang untuk masuk ke sekolah perubatan dan ada banyak orang untuk dipilih. Mengapa kita tidak naikkan syarat minimum menjadi 5A? " katanya.

d088c01727252fc3bec7cd0d6a4b0285.jpeg


Berikutan polemik yang panas mengenainya, Subramaniam mendakwa, Kementerian Pendidikan Tinggi menolak idea tersebut dan cenderung untuk mengekalkan syarat minimum lama.

Ditanya adakah kuota perkauman menjadi alasan mengapa keadaan status quo itu berterusan, Subramaniam enggan mengulas.
"Mereka memang tidak mahu melakukan (perubahan). Oleh itu, sekarang kita hadapi masalah ini.

"Maka semua yang tidak dapat masuk ke sekolah perubatan awam dapat masuk ke sekolah perubatan swasta. Dalam pendidikan perubatan swasta, (anda boleh masuk) selagi anda mencapai kelulusan minimum 5B.

"Lebih daripada itu, ia bergantung kepada siapa yang mampu dan siapa yang tidak mampu," katanya.

Dalam keadaan semasa sekarang, Subramaniam mencadangkan kerajaan mengambil penyelesaian serampang dua mata.

Pertama katanya memperbaiki sistem penjawatan kontrak untuk memastikan ia adil. Hal itu termasuk peluang pegawai kontrak yang sama untuk melanjutkan pengajian pakar di universiti tempatan.

"Ini dapat diselesaikan dengan melanjutkan kontrak mereka untuk jangka waktu yang cukup dengan doktor terbabit dapat memberikan beberapa pengkhususan yang mungkin dilakukan dalam sistem itu sendiri," katanya.


Seimbangkan tawaran, permintaan
Subramaniam juga turut mencadangkan kerajaan meningkatkan jumlah jawatan tetap untuk doktor kontrak sedia ada dan melaksanakan proses pengambilan pekerja secara tetap.

Seterusnya, kata bekas presiden MIC itu, ialah memberikan keseimbangan di antara tawaran dan permintaan pegawai perubatan.
Untuk rekod ketika ini ada moratorium untuk jumlah sekolah perubatan, jumlah kursus yang ditawarkan serta bilangan pelajar yang boleh mereka ambil.

Subramaniam yang juga doktor pakar rawatan kulit berkata, dia sudah berusaha mencari penyelesaian yang lebih mendalam sebelum ini.
Untuk jangka panjang, Subramaniam mengulangi keperluan supaya syarat minimum kemasukan ke sekolah perubatan mesti dinaikkan.

Kerajaan juga katanya harus menetapkan jumlah lulusan yang diperlukan oleh sistem perubatan dan menampung mereka untuk latihan.

“Kita boleh mengkaji semula jumlah tempat yang diberikan kepada universiti untuk pelajar sarjana. Kita dapat menyelaraskan jumlah tempat sesuai dengan jumlah yang kita ada untuk latihan.

"Jika kita melakukannya, saya rasa kita boleh menyelesaikan masalah bekalan,” katanya.

Setelah penawaran disesuaikan dengan permintaan pasaran, katanya, negara tidak lagi memerlukan sistem pegawai kontrak.
“Sistem pegawai kontrak dimaksudkan untuk menyelesaikan masalah tawaran-permintaan.

"Sebaik sahaja anda mempunyai permintaan yang lebih tinggi atau setara dengan penawaran, secara automatik sistem doktor kontrak akan berakhir," kata Subramaniam.

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,554
Points
721

Jumlah graduan perubatan naik mendadak, sukarkan lantikan tetap​


KUALA LUMPUR: Peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan wujud masalah melantik mereka dengan jawatan tetap dalam perkhidmatan awam.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, antara 2009 hingga 2015, jumlah graduan perubatan hanya sekitar 3,000 setahun, tetapi meningkat kepada 5,000 hingga 6,000 orang setiap tahun sejak 2016.

"Berdasarkan perkembangan itu, kerajaan pada 13 Oktober 2016 telah memutuskan supaya graduan perubatan ditawarkan pelantikan secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan melengkapkan khidmat wajib selaras dengan obligasi di bawah Akta Perubatan 1971.

"Selepas melengkapkan latihan siswazah dan khidmat wajib, graduan perubatan mengharapkan supaya mereka diserap sebagai pegawai perubatan lantikan tetap.

"Namun berikutan pelaksanaan Dasar Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam dan kawalan perbelanjaan kewangan secara berhemah, bukan semua graduan perubatan yang melengkapkan latihan siswazah dapat dilantik secara tetap disebabkan perjawatan yang terhad," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan Rosnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan doktor kontrak supaya mereka tidak mengalami 'brain drained' pada masa akan datang.

Khairy berkata, buat masa ini, Pegawai Perubatan lantikan kontrak diberi emolumen yang setara dengan pegawai lantikan tetap.

Katanya, daripada aspek pemberian kemudahan lain seperti kemudahan cuti, perubatan, kuarters, pinjaman kenderaan dan komputer, perkara ini diberi berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.

"Selain itu, pegawai perubatan lantikan kontrak turut mendapat kemudahan cuti seperti Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti Haji, Cuti Bersalin, Cuti Tanpa Rekod Isteri Bersalin, Cuti Tanpa Rekod Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Cuti Tanpa Rekod Perayaan.

"Pegawai Perubatan lantikan kontrak juga telah dipanjangkan kemudahan rawatan perubatan kepada ibu bapa mulai tahun 2016," katanya.

Mengulas lanjut, katanya pada 14 Julai lalu, kerajaan juga telah bersetuju dengan pemanjangan Cuti Tugas Khas Perubatan (Hazard Leave), Cuti Tibi serta Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan lantikan kontrak.

Selain itu, katanya dalam tempoh dua tahun lanjutan kontrak ini, sekiranya pegawai ditawarkan pengajian kepakaran maka pegawai akan ditawarkan kontrak lanjutan selama empat tahun lagi untuk melengkapkan pengajian kepakaran.

"Kerajaan juga bersetuju agar KKM dan agensi berkaitan menyediakan satu pelan komprehensif yang merangkumi tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani isu doktor kontrak ini," katanya.

Justeru, katanya satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 20 Ogos lalu yang memberi keutamaan kepada enam perkara termasuk pemberian Hadiah Latihan Persekutuan kepada pegawai perubatan dan pergigian kontrak mengikuti pengajian kepakaran; mewujudkan perjawatan tetap tambahan mengikut keperluan fasiliti kepada Agensi Pusat.

Selain itu, katanya ia akan meningkatkan lagi peluang pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan.

Sementara itu, katanya jumlah Pakar dan Pegawai Perubatan yang berkhidmat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini adalah seramai 55,981 orang.

Daripada jumlah itu, katanya 32,885 orang pegawai lantikan tetap yang merangkumi 26,892 orang Pegawai Perubatan lantikan tetap dan 5,993 orang Pakar Perubatan lantikan tetap.

Katanya, seramai 23,096 orang pegawai lantikan kontrak pula merangkumi 23,077 orang pegawai Perubatan lantikan kontrak dan 19 orang pakar perubatan lantikan kontrak.

Berdasarkan rekod KKM, perincian doktor yang telah meletak jawatan sejak tahun 2016 sehingga Jun 2021 adalah seramai 948 orang iaitu 158 orang pada 2016, 170 orang (2017), 198 (2018), 229 (2019), 161 orang (2020) dan 32 orang sehingga Jun lalu.

Katanya, Pegawai Perubatan Lantikan Tetap yang meletakkan jawatan adalah seramai 4,028 orang iaitu 874 orang pada 2016, 869 (2017), 734 (2018), 915 (2019), 534 (2020) dan 102 orang sehingga Jun lalu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,467
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,467
Reaction score
15,807
Points
2,066
Awards
1

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3j ·

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti untuk memberi peluang kepada doktor kontrak mendapatkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini doktor kontrak hanya boleh memohon program "parallel pathway" manakala HLP hanya untuk mereka yang berjawatan tetap.

"Kita mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPTA) tempatan.

"Ini demi masa hadapan mereka dan saya rasa ini adalah perkara yang telah mereka tuntut dan nantikan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
https://www.bharian.com.my/.../kerajaan-teliti-hadiah...


Kerajaan teliti 'hadiah' latihan kepada doktor kontrak​


September 15, 2021 @ 11:15am

1631699436840.png


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti untuk memberi peluang kepada doktor kontrak mendapatkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi melanjutkan pengajian peringkat sarjana.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sebelum ini doktor kontrak hanya boleh memohon program "parallel pathway" manakala HLP hanya untuk mereka yang berjawatan tetap.

"Kita mahu memberi kemudahan yang sama kepada doktor kontrak supaya mereka boleh mengikuti pengajian latihan kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPTA) tempatan.

"Ini demi masa hadapan mereka dan saya rasa ini adalah perkara yang telah mereka tuntut dan nantikan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Khairy menjawab soalan Rusnah Aluai (PH-Tangga Batu) mengenai rancangan kerajaan untuk menjamin masa depan doktor kontrak di negara ini.

Katanya, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan pada 20 Ogos lalu untuk melihat perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menyelesaikan isu doktor kontrak.


Jawatankuasa itu katanya, antara lain akan menumpukan soal permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan untuk HLP, mewujudkan lebih banyak jawatan tetap dan memeriksa strategi untuk meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor kesihatan awam.

Isu doktor kontrak mula mendapat perhatian apabila kumpulan itu menganjurkan protes secara aman di seluruh negara Julai lalu yang antara lain mereka menggesa aspek keselamatan pekerjaan yang lebih baik.

Mengenai kekurangan doktor, Khairy menjelaskan Malaysia tidak menghadapi masalah kekurangan doktor siswazah tetapi berhadapan masalah doktor pakar.

Katanya, ketika ini doktor di KKM adalah 6,183 pada 2019 dan kini selepas dicampur dengan doktor pakar swasta, jumlah keseluruhan adalah 13,000.

"Untuk keperluan 2030, kita memerlukan sekurang-kurangnya 28,000 tenaga pakar. Kekurangan tenaga pakar ini menyebabkan wujud masalah masa menunggu mendapatkan perkhidmatan doktor pakar di hospital tempatan.

"Justeru, KKM kini mengoptimumkan kemudahan sedia ada dan kita harap Kementerian Kewangan dapat menyediakan peruntukan khusus untuk latihan doktor pakar ini bagi menyediakan lebih ramai tenaga pakar untuk 10 tahun akan datang

"Keperluan pakar ini juga penting berikutan pertambahan pesakit bagi penyakit tidak berjangkit dan masyarakat kita semakin berusia yang pastinya ramai mahu mendapatkan kemudahan pakar, kita perlu ada pakar yang dilatih mulai sekarang," katanya.

Menjawab soalan tambahan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) kekurangan doktor pakar kerana mereka menyertai sektor swasta yang memberikan tawaran gaji lebih baik, katanya KKM dari semasa ke semasa meningkatkan elaun kepakaran perkhidmatan awam namun memang tidak setanding apa yang ditawarkan di sektor swasta.

"Sebab itu kita memberikan kelonggaran satu hari dalam seminggu untuk doktor awam ini bertugas di sektor swasta untuk mendapatkan pendapatan tambahan, sebab itu kita sedang lihat langkah yang perlu supaya mereka kekal dalam perkhidmatan.

"Diakui ramai yang masih setia atas rasa tanggungjawab berkhidmat untuk negara kerana mereka ini mendapat latihan yang di tanggung kerajaan, kebanyakan pakar di hospital swasta juga hasil 'kilang' KKM," katanya.


 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register