BTC USD 42,680.3 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,564
Reaction score
21,637
Points
1,671
Eh. Terima kasih atas bekap.

 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,199
Reaction score
2,420
Points
201

Jangan layan doktor kontrak seperti PPE pakai buang, Dzulkefly beritahu Putrajaya​


July 27, 2021 2:30 PM

1.-HartalDoktor.jpg

PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad hari ini menggesa kerajaan supaya tidak melayan doktor kontrak yang menyertai mogok semalam seperti peralatan perlindungan diri (PPE) pakai buang dan segera memenuhi tuntutan mereka.

“Jangan jadikan mereka ketika wabak Covid-19 ini umpama PPE, dibuang selepas dipakai. Kita konsisten perjuangkan hak mereka, kita mahu tindakan dari menteri (menyelesaikan) isu ini,” katanya ketika sesi membahas ucapan Menteri Kesihatan pada hari kedua mesyuarat khas Dewan Rakyat.

Dzulkefly (PH-Kuala Selangor) berkata, semasa beliau menjadi menteri kesihatan, isu berkait kakitangan kontrak Kementerian kesihatan (KKM), termasuk doktor, diambil serius.



“Pada tahap awal, kami berjaya mendapatkan satu kedudukan baik di mana pekerja kontrak dinaikkan daripada gred UD41 kepada Gred UD43,” katanya.

“Jadi saya menegaskan tuntutan oleh doktor hartal ini perlu diberi perhatian, antaranya proses pelantikan mereka dibuat secara telus, adil berdasarkan merit, serta diberi layanan adil dan saksama.

“Saya mohon kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri, (agar) kebajikan mereka dilindungi. Jangan ada pihak berkuasa ambil tindakan ke atas mereka yang buat hartal.”

Semalam, sekumpulan doktor kontrak di beberapa hospital utama melaksanakan “walk-out” sebagai sebahagian daripada Gerakan Hartal Doktor Kontrak.

Mogok yang antara lainnya dibuat bagi menuntut laluan kerjaya yang adil dan faedah yang sama seperti doktor berjawatan tetap dimulakan pada 11 pagi.

Gerakan berkenaan sebelum ini menyifatkan tawaran pelanjutan kontrak yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebagai “gula-gula” untuk menutup mulut.

Jumaat lalu, Muhyiddin mengumumkan semua pegawai perubatan, pegawai pergigian, dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Jgn curahkan minyak lg Dr.......zaman dr pun benda nie xsettle jgk....patut sama2 turun gk hartal tu mcm bersih dl2 kan dr hahaha
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,129
Reaction score
14,782
Points
1,906
Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tiada Tindakan Disiplin Pegawai Kesihatan Kontrak Terlibat Demonstrasi – Dr Adham​



27/07/2021

Dr-Adham-Baba.jpg



KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ketika menggulung pertanyaan Ahli-ahli Parlimen mengenai penerangan tindakan mengatasi penularan COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini, Dr Adham berkata mereka berhak berkumpul untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Insya-Allah tidak ada tindakan kepada mereka walaupun mereka telah pun keluar semalam berdemonstrasi…kita tidak akan ambil tindakan disiplin,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan terhadap doktor kontrak yang terlibat dalam demonstrasi aman itu.

Terdahulu, Dr Adham membentangkan penerangannya berhubung tindakan yang dilaksanakan KKM untuk membendung penularan wabak itu. Seramai 18 Ahli Parlimen membangkitkan persoalan dan memohon penjelasan lanjut.

Mengenai isu perjawatan tetap bagi doktor kontrak, Dr Adham berkata kerajaan menyediakan pelan jangka pendek dan sederhana termasuk melanjutkan tempoh jawatan kontrak dua tahun bagi membolehkan KKM membentangkan pindaan kepada Akta Pencen 1980 dan Akta Perubatan 1971.

Katanya pindaan kedua-dua akta itu bagi membolehkan pegawai perubatan kontrak mendapatkan jawatan tetap dengan kaedah berpencen atau pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya berjanji akan bawa ke Parlimen (pindaan akta) untuk kita boleh bantu mereka (pegawai kontrak), saya mengharapkan sokongan Ahli Yang Berhormat supaya ia dapat bahas (untuk dipinda) dan diluluskan supaya doktor kontrak ini dapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Isu-isu itu dibangkitkan hampir kesemua Ahli Parlimen termasuk Dr Dzulkefly; Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) dan Dr Kelvin Yii (PH- Bandar Khucing) yang meminta agar isu perjawatan tetap doktor kontrak diselesaikan segera.

Dr Dzulkefly yang memulakan perbahasan hari ini menegaskan agar doktor kontrak hanya mahukan kemaslahatan mereka dan mendapat layanan yang adil dan saksama.

“Jangan jadikan mereka (doktor kontrak) dalam pandemik ini seumpama PPE (pakaian perlindungan diri), dibuang setelah diguna pakai sebagaimana gaun PPE diperlakukan,” katanya.

Mohd Fasiah pula membangkitkan persoalan mengenai bilangan pegawai perubatan kontrak yang sedang berkhidmat dengan KKM pada masa ini bagi menangani penularan COVID-19. – Bernama

 

dausbiz

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,008
Reaction score
1,722
Points
596
Bab dr kontrak nie

Kalau korang dalam situasi dr kontrak nie

Apa perasaan korang

Ada pro dan kontra

Pro habis kontrak leh lari pi tempat lain

Kontra

Susah nak serap tetap
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,627
Reaction score
15,071
Points
2,376
HARTAL DOKTOR KONTRAK | Tiada Tindakan Disiplin Akan Dikenakan

Tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap doktor kontrak yang terlibat dalam gerakan Hartal atau perhimpunan secara aman yang berlangsung di seluruh negara semalam.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,129
Reaction score
14,782
Points
1,906
Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian meletakkan harapan tinggi Akta Pencen akan dipinda dan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh dua tahun.

2 tahun atau kurang, itu harapan KP Kesihatan untuk pegawai kontrak dilantik ke jawatan tetap​





July 27, 2021 10:40 PM


2.-HartalDoktor.jpg


Dr Noor Hisham Abdullah mengharapkan penyelesaian secara baik menerusi rundingan berbanding protes seperti dilakukan para doktor semalam.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menyuarakan harapannya supaya semua doktor kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap dalam tempoh “dua tahun atau kurang”.


Selepas beberapa Ahli Parlimen mendesak supaya kontrak golongan itu dilanjutkan melebihi empat tahun, Noor Hisham juga berharap sebuah jawatankuasa khas diketuai kementerian dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) akan dapat merealisasikan perkara itu bersama caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata kementerian meletakkan “harapan tinggi” bahawa Akta Pencen akan dipinda dan dibentangkan di Parlimen dalam tempoh dua tahun ketika 23,000 pegawai menerima lanjutan tempoh kontrak mereka.
Noor Hisham juga percaya semua Ahli Parlimen akan menyokong pindaan itu dengan sepenuh hati.



Sementara itu katanya, semua pegawai kontrak juga masih boleh meneruskan pengajian pasca siswazah.

“Harapan kami bahawa dalam tempoh dua tahun atau kurang, mereka akan diserapkan ke jawatan dengan caruman KWSP.”

Semalam, doktor kontrak di beberapa hospital utama keluar beramai-ramai untuk menyertai bantahan Hartal Doktor Kontrak secara aman bagi menuntut laluan kerjaya yang adil untuk mereka ditawarkan faedah sama seperti pegawai perubatan tetap.

Bantahan itu dibuat beberapa hari selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan kontrak dua tahun untuk pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi selain tajaan bagi mengikuti pengajian kepakaran.

Beliau berkata kerajaan juga melanjutkan kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang telah diterima ke program kepakaran dalam dua tahun pertama tempoh kontrak kepada sehingga empat tahun.

Noor Hisham berkata dalam usaha menuntut persekitaran kerja dan masa depan lebih baik untuk pegawai kontrak, “kita mungkin akan menderita dan terluka dalam perjalanan ini”

“Bagaimanapun, saya lebih suka dengan penyelesaian secara baik melalui rundingan dan bukannya demonstrasi terutama ketika waktu sukar dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.”

 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,199
Reaction score
2,420
Points
201
Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Tiada Tindakan Disiplin Pegawai Kesihatan Kontrak Terlibat Demonstrasi – Dr Adham​



27/07/2021

Dr-Adham-Baba.jpg



KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana doktor atau pegawai kesihatan kontrak yang menyertai demonstrasi aman “Hartal Doktor Kontrak” semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ketika menggulung pertanyaan Ahli-ahli Parlimen mengenai penerangan tindakan mengatasi penularan COVID-19 pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat di sini hari ini, Dr Adham berkata mereka berhak berkumpul untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

“Insya-Allah tidak ada tindakan kepada mereka walaupun mereka telah pun keluar semalam berdemonstrasi…kita tidak akan ambil tindakan disiplin,” katanya menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) sama ada Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan terhadap doktor kontrak yang terlibat dalam demonstrasi aman itu.

Terdahulu, Dr Adham membentangkan penerangannya berhubung tindakan yang dilaksanakan KKM untuk membendung penularan wabak itu. Seramai 18 Ahli Parlimen membangkitkan persoalan dan memohon penjelasan lanjut.

Mengenai isu perjawatan tetap bagi doktor kontrak, Dr Adham berkata kerajaan menyediakan pelan jangka pendek dan sederhana termasuk melanjutkan tempoh jawatan kontrak dua tahun bagi membolehkan KKM membentangkan pindaan kepada Akta Pencen 1980 dan Akta Perubatan 1971.

Katanya pindaan kedua-dua akta itu bagi membolehkan pegawai perubatan kontrak mendapatkan jawatan tetap dengan kaedah berpencen atau pilihan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Saya berjanji akan bawa ke Parlimen (pindaan akta) untuk kita boleh bantu mereka (pegawai kontrak), saya mengharapkan sokongan Ahli Yang Berhormat supaya ia dapat bahas (untuk dipinda) dan diluluskan supaya doktor kontrak ini dapat pembelaan sewajarnya,” katanya.

Isu-isu itu dibangkitkan hampir kesemua Ahli Parlimen termasuk Dr Dzulkefly; Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau); Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) dan Dr Kelvin Yii (PH- Bandar Khucing) yang meminta agar isu perjawatan tetap doktor kontrak diselesaikan segera.

Dr Dzulkefly yang memulakan perbahasan hari ini menegaskan agar doktor kontrak hanya mahukan kemaslahatan mereka dan mendapat layanan yang adil dan saksama.

“Jangan jadikan mereka (doktor kontrak) dalam pandemik ini seumpama PPE (pakaian perlindungan diri), dibuang setelah diguna pakai sebagaimana gaun PPE diperlakukan,” katanya.

Mohd Fasiah pula membangkitkan persoalan mengenai bilangan pegawai perubatan kontrak yang sedang berkhidmat dengan KKM pada masa ini bagi menangani penularan COVID-19. – Bernama

So xperlu surat tunjuk sebab la, tngk ada beberapa pengarah hospital minta tu
 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,545
Reaction score
113
Points
43
Ape beza jawatan kontrak ngn tetap ni
Dari segi gaji, benefit
Ade sape2 tau?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register