BTC USD 42,592.1 Gold USD 1,753.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,910
Reaction score
15,103
Points
2,376
Dr Zubaidi ni dulu belajar sekali den masa kat matrik.
Senyap dan tak bercampur orang sangat, sekarang dah jadi selebriti.

Owh
Dia ni baya² abam rupa nya
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,288
Reaction score
14,814
Points
1,906
Peserta perhimpunan, Doktor Omar Izmir Ahmad berkata, kesemua doktor kontrak yang berhimpun menuntut diberi jawatan tetap setelah lebih lima tahun memperjuangkan perkara tersebut sejak 2016.
https://www.utusan.com.my/.../polis-suraikan-perhimpunan.../

Polis suraikan perhimpunan 30 doktor kontrak di Hospital Shah Alam​

WhatsApp-Image-2021-07-26-at-8.44.29-PM.jpeg


Doktor-doktor kontrak berkumpul sambil memegang placard menuntut diberi jawatan doktor tetap di kawasan Hospital Shah Alam hari ini.- UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS

  • 26 Julai 2021, 9:19 pm



SHAH ALAM-Pihak polis dari Balai Polis Seksyen 6 menyuraikan perhimpunan 30 doktor kontrak di kawasan Hospital Shah Alam selepas kumpulan tersebut mengadakan sidang akhbar dan perhimpunan selama 20 minit.

Kesemua doktor kontrak tersebut mula berkumpul kira-kira pada pukul 11.15 pagi dan berakhir pada pukul 11.35 pagi.

Peserta perhimpunan, Dr. Omar Izmir Ahmad berkata, kesemua doktor kontrak yang berhimpun menuntut diberi jawatan tetap setelah lebih lima tahun memperjuangkan perkara tersebut sejak 2016.

Menurutnya, kesemua doktor yang berhimpun memahami kedaaan pandemik Covid-19 yang masih belum selesai, namun apa yang mereka perjuangkan sudah lama iaitu sebelum pandemik berlangsung pada awal tahun 2020.

“Pada saat ini ada doktor bius dan doktor bedah kontrak sedang bertugas. Mereka melakukan tugas dengan penuh dedikasi seperti doktor tetap yang lain.
“Isu jawatan doktor tetap telah diutarakan sejak lima tahun lalu bukan baru hari ini. Sama ada saya ditamatkan kontrak pada bulan Ogos atau bulan Disember bukan lagi isu,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Hartal Doktor Kontrak 26 Julai di kawasan HSA hari ini.

Omar Izmir berkata, sebagai pewaris bidang perubatan di negara ini, kesemua doktor kontrak berharap Kerajaan Pusat memenuhi tuntutan mereka bagi memastikan legasi dunia perubatan terus terpelihara.

Sementara itu Dr. Farhana Othman berkata, sudah lima tahun dia menanti untuk diserap sebagai doktor tetap setelah lima tahun menjadi doktor sakit puan.

“Dari tahun ke tahun kami menanti untuk diserapkan ke jawatan tetap. Hingga kini segalanya masih tidak pasti.

“Setelah lima tahun menjadi doktor kontrak saya masih tidak nampak masa depan sebagai seorang doktor di sini,” katanya.

Para peserta melaungkan perkataan TETAP sebanyak tiga kali sebagai tanda solidariti perjuangan mereka.

Gerakan doktor-doktor kontrak tersebut difahamkan berlangsung di beberapa hospital di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Perak sebagai tanda solidariti doktor kontrak di seluruh negara – UTUSAN ONLINE

 

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,405
Reaction score
2,334
Points
201
Bantu diorang.

Frontliners tue.

Kesian diorang.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,910
Reaction score
15,103
Points
2,376
HARTAL DOKTOR KONTRAK | Polis Akan Panggil 50 Doktor Kontrak Berhimpun Di HKL

Polis akan memanggil kira-kira 50 doktor kontrak yang terbabit dalam himpunan Hartal Doktor Kontrak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) siang tadi, untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan menyertai perhimpunan ketika pelaksanaan PKP.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,910
Reaction score
15,103
Points
2,376
DOKTOR KONTRAK | Perhimpunan Aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak

Kumpulan doktor kontrak di beberapa hospital seluruh negara menyertai perhimpunan aman gerakan Hartal Doktor Kontrak hari ini.

Perhimpunan serentak itu bagi mendesak kerajaan menyerap doktor kontrak menjadi pengamal perubatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM).

 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
8,285
Reaction score
1,272
Points
151
anak tgh matriks mcm xsuggest plak amek medic

bljr punya la susah, kos punya la besau, dh graduate mcm xde value plak
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,567
Reaction score
1,599
Points
201
TAK KENA BATANG HIDUNG KITA..KEMAIN SEDAP KITA BALUN
.
Terlalu pulak kat wall aku tadi ada page yg kumpulkan coverage hartal doktor kontrak..
.
Aku pun baca lah komen² netijen.
.
Macam² lah komennya..
.
Ada yg support,ada yg bangkang,ada yg bg penerangan..
.
Tapi kebanyakkannya bangkang and kecam..
.
Ayat common:
"Buang je dorang"
"Tak suka, berhenti je lah.Ramai lagi Doktor lain yg boleh ganti"
.
Hahaha..korang ni macam² lah..😅😅
.
Bila taukey cakap "You tak suka kilija sini,you boleh resign!!".
.
Korang marah.
.
Bila kat Emergency Department hospital tunggu nombor giliran tak panggil²
.
Korang marah!
.
Bila kena que 2-3 minggu nak jumpa specialist kat hospital gomen.
.
Korang complain!
.
Nak cepat? G lah private. Tapi berapa ramai yg mampu g private?
.
Alih² korang nak suruh geng² ni dibuang? Suruh dorang resign?
.
Kemooonnn..Kalau kena batang hidung korang.Kemain lagi korang menggelupur..Bila kena kat orang lain kemain sedap lagi korang balun.
.
Satu je lah pesan aku.Kasut kita lain² bro! Kalau kita tak pakai kasut yg sama,lebih baik kita diam.
.
Aku tak kata semua.Tapi ada segelintir antara kita yg mcm tu.
.
Oh ye, just nak bagitau..Ikut health fact terkini yg KKM published. Ratio doktor and specialist kepada jumlah penduduk negara kita adalah 1 orang doktor & specialist merawat 482 penduduk.
.
Reference: http://vlib.moh.gov.my/cms/content....n.Section_2e813304-a0188549-d5315d00-719f1e10
.
Fikir²kan lah..
.
#IrARB

 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,839
Reaction score
4,365
Points
206
Last edited:

Jedi

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
44,405
Reaction score
2,334
Points
201
anak tgh matriks mcm xsuggest plak amek medic

bljr punya la susah, kos punya la besau, dh graduate mcm xde value plak

Rezeki kat bidang lain kot.

Takpelah.

Ada kes tu, tak tahan kena buli oleh doktor...terus quit dan berniaga ayam goreng.

Dah kawin...bahagia.

Yang penting ada kelulusan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,288
Reaction score
14,814
Points
1,906
“Kita bekerja bukan untuk glamor," kata Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

1627347788093.png


Doktor HTAR sertai hartal kena bagi surat tunjuk sebab​

Diterbitkan 27 Jul 2021, 7:49 am

Dikemaskini 7:59 am



Doktor kontrak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang yang menyertai hartal semalam perlu mengemukakan surat tunjuk sebab.
Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dipetik Kosmo! Online berkata, pihaknya akan meminta peserta mogok kerja itu menjelaskan perlakuan mereka.

Zulkarnain juga berkata doktor terikat etika profesional dan tidak sepatutnya membiarkan kerjaya itu dipandang serong oleh orang ramai.
“Doktor ini kena mengorbankan dirinya demi kepentingan pesakit dan bukan mengorbankan pesakit demi diri mereka.
“Jadi doktor ini menolong orang dalam kesusahan tanpa mengambil kira kepentingan diri,” katanya.

Menurut Zulkarnain doktor kontrak terbabit tidak wajar terpengaruh hasutan menyertai hartal semalam.
“Kita bekerja bukan untuk glamor. Kerja doktor ini mulia dan jangan campak profesion kedoktoran sehingga dipandang hina oleh masyarakat.
“Ilmu pengetahuan kedoktoran banyak diperolehi semasa bekerja di sektor awam yang menerima pelbagai kes dan boleh digunakan untuk kemudian hari,” jelasnya.


a40561bfb1d9a37ce93eb926840e4ba0.jpg



Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed (gambar, atas) dipetik Kosmo! Online berkata tiada tangkapan mahupun siasatan dibuat setakat ini terhadap hartal doktor kontrak.

Arjunadi menjelaskan ini kerana polis tidak mengesan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang hartal berlangsung.
Semalam, ratusan doktor kontrak kerajaan di seluruh negara, termasuk di HTAR, mengadakan mogok kerja dengan berhenti melakukan tugasan dan keluar beramai-ramai serentak pada jam 11 pagi.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak dalam usaha melobi jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.
Bawah sistem semasa, doktor kontrak berdepan ketidakpastian setelah tamat lima tahun tempoh khidmat wajib mereka kerana kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menawarkan mereka jawatan tetap.
Akibatnya, ramai doktor kontrak terpaksa berpindah ke sektor swasta atau meneruskan latihan kepakaran mereka di luar negara.


Selepas berbulan-bulan melobi, kerajaan pada 23 Julai lalu menawarkan untuk melanjutkan kontrak mereka sehingga enam tahun tetapi masih tidak menawarkan jawatan tetap.

Namun, kerajaan berjanji untuk memastikan doktor kontrak juga menikmati faedah serupa dengan doktor tetap.

Hartal Doktor Kontrak menyifatkan tawaran kerajaan itu "separuh masak" menegaskan lanjutan kontrak bukan penyelesaian terhadap tuntutan untuk jawatan tetap.

Pengurusan hospital awam telah memberi amaran kepada doktor kontrak untuk tidak terlibat hartal itu.

Semalam, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berharap kerajaan tidak mengambil tindakan tatatertib kepada petugas barisan hadapan yang terlibat.
Katanya, ini kerana doktor kontrak berkenaan hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan oleh kerajaan.



 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register