BTC USD 42,360.1 Gold USD 1,749.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,813
Points
1,906
Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim berkata, pihak pengurusan menyambut baik keputusan doktor kontrak dan menganggap tindakan tidak mengadakan sebarang perarakan dan gerakan mogok adalah betul.
https://www.utusan.com.my/.../doktor-kontrak-di-htaa-tak.../

Doktor kontrak di HTAA tak sertai mogok, utamakan pesakit​

270721-phg-Doktor-TiadaMogokHTAA-.jpeg


SUASANA lengang di pekarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) tanpa penganjuran mogok oleh doktor kontrak di hospital itu di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

  • 26 Julai 2021, 3:03 pm


KUANTAN: Seramai 78 doktor kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini tidak menyertai gerakan mogok seperti dijadualkan hari ini sebaliknya mereka memilih memberi keutamaan merawat pesakit.

Tinjauan di HTAA pada pukul 11 pagi tiada kumpulan doktor kontrak berpakaian serba hitam dan menaikkan sepanduk di pekarangan pusat rawatan harian di sini.

Pengarah HTAA, Dr. Rahimah Ibrahim berkata, pihak pengurusan menyambut baik keputusan doktor kontrak dan menganggap tindakan tidak mengadakan sebarang perarakan dan gerakan mogok adalah betul.

Menurut beliau, dengan itu, hospital dapat berfungsi seperti biasa dalam memberi rawatan kepada pesakit tanpa gangguan.
“Alhamdulillah tiada gangguan pada perkhidmatan kita (hospital) hari ini… pegawai-pegawai perubatan kontrak yang bertugas di klinik atau pun wad masih meneruskan kerja.

“Mereka (doktor kontrak) merasakan kerajaan telah mendengar keluhan mereka dan sudah ada beberapa perbincangan malah Perdana Menteri juga sudah menyatakah langkah-langkah dalam mengatasi isu ini.

“Jadi keutamaan sekarang adalah untuk memberi rawatan dan penjagaan kepada kes-kes yang memerlukan… ia lebih penting daripada mereka mengadakan mogok,” kata beliau kepada pemberita di pekarangan pusat rawatan harian HTAA di sini hari ini.

Mogok doktor kontrak dijadualkan diadakan di hospital dan klinik kesihatan seluruh negara selepas kerajaan didakwa gagal memenuhi beberapa tuntutan kumpulan dtersebut dalam perkhidmatan awam.

Berdasarkan maklumat, keseluruhan kakitangan perubatan di HTAA berjumlah 3,400 anggota namun hanya 78 doktor kontrak.
Sementara itu, Rahimah berkata, pihak hospital juga gembira dengan sikap dan rasa tanggungjawab ditunjukkan pegawai perubatan kontrak di situ.

“Mereka berfikir secara profesional dalam mengutamakan kerja dan juga kepentingan pesakit,” katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu supaya doktor kontrak tidak meneruskan hasrat mengadakan gerakan mogok.
Noor Hisham dalam kenyataan di laman sosial Facebook meminta supaya doktor kontrak tidak mengabaikan pesakit yang boleh menjejaskan ratusan nyawa sekali gus kerjaya mereka sendiri.- UTUSAN ONLINE

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,813
Points
1,906
Mereka berkumpul sambil memegang plakad, #hkontrak sebagai protes berhubung pengumuman Perdana Menteri mengenai lanjutan khidmat kontrak yang tidak memenuhi tuntutan kumpulan doktor terbabit.

30 doktor kontrak mogok depan hospital

26 Julai 2021


1627283669393.png

Perhimpunan berlangsung secara aman di Hospital Tuanku Jaafar Seremban pada Isnin.

SEREMBAN - Hampir 30 doktor berstatus kontrak di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban berkumpul sebagai tanda protes bagi mengikuti mogok besar-besaran doktor kontrak yang dilaksanakan di seluruh negara pada Isnin.

Mereka mula berkumpul pada jam 11.30 pagi sambil memegang plakad, #hkontrak sebagai protes berhubung pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai lanjutan khidmat kontrak yang tidak memenuhi tuntutan kumpulan doktor terbabit.

Kempen tersebut antara lain turut mendesak doktor kontrak diserapkan ke jawatan tetap berikutan bebanan kerja yang dilakukan sama seperti doktor berjawatan tetap.

Seorang doktor kontrak yang turut menyertai hartal berkenaan Dr Muhamad Azim Mohd Shari, 28, berkata, jurucakap bagi kumpulan mereka yang dikenali sebagai Dr Deeban dipanggil oleh pihak HTJ Seremban menyebabkan program tergendala lebih setengah jam.
"Kami masih menunggu Dr Deeban dan kami juga tidak tahu perkara yang dibincangkan," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Tuanku Jaafar Seremban selepas hartal doktor kontrak di sini pada Isnin.

Dr Muhamad Azim mendakwa, kira-kira 150 doktor kontrak HTJ tetapi hartal hanya disertai doktor yang bercuti dan baru selesai syif malam kerana yang lain tidak dapat meninggalkan pesakit

Hampir 10 minit berkumpul kesemua mereka diminta bersurai oleh pihak polis bagi memastikan perjalanan urusan di hospital berjalan lancar.

Pada Jumaat lalu, Muhyiddin dalam kenyataan akhbarnya berkata bahawa Kabinet bersetuju supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib.



Ia bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.
Kabinet juga bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikuti pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,777
Reaction score
313
Points
91
salute dorang ni..
top students semua..
banyak pengorbanan untuk jadi doctor..
time budak2 course lain study lepak2 rileks2, budak2 medic study bagai nak rak..
(y)
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
salute dorang ni..
top students semua..
banyak pengorbanan untuk jadi doctor..
time budak2 course lain study lepak2 rileks2, budak2 medic study bagai nak rak..
(y)

Yang ni betul
Respek dekat student² amik medik ni
Tekun
Banyak menda depa kena study
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,813
Points
1,906

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 7m ·

Kuala Lumpur, 26 Julai: Polis menghentikan protes Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di aras bumbung tempat letak kereta Hospital Besar Kuala Lumpur tengah hari tadi. Penyuraian dilakukan oleh ASP Jazlan dari IPD Dang Wangi, ketika sesi soal jawab antara seorang peserta protes bernama Dr Muhammad bersama wartawan sedang dijalankan.

“Semua orang diminta bersurai dan beri kerjasama” – ASP Jazlan.

Terdahulu, Dr Muhammad berkata mereka tidak berniat melakukan sebarang demonstrasi atau penentangan, sebaliknya hanya untuk memohon agar kerajaan memberi hak sama rata dengan para pegawai berstatus tetap antaranya seperti hak untuk melanjutkan pelajaran.
cc Hartal Doktor Kontrak
Baca laporan penuh: https://ttkm.com.my/.../polis-hentikan-protes-hartal.../


Polis hentikan protes Hartal Doktor Kontrak di HKL​


1627285120340.png



Kuala Lumpur, 26 Julai: Polis menghentikan protes Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di aras bumbung tempat letak kereta Hospital Besar Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Penyuraian dilakukan oleh ASP Jazlan dari IPD Dang Wangi, ketika sesi soal jawab antara seorang peserta protes bernama Dr Muhammad bersama wartawan sedang dijalankan.

“Semua orang diminta bersurai dan beri kerjasama” – ASP Jazlan.

Terdahulu, Dr Muhammad berkata mereka tidak berniat melakukan sebarang demonstrasi atau penentangan, sebaliknya hanya untuk memohon agar kerajaan memberi hak sama rata dengan para pegawai berstatus tetap seperti hak untuk melanjutkan pelajaran.

“Kami ingin hak-hak seperti diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran, diserap sebagai status pegawai kerajaan” katanya.

Tambah beliau lagi, hampir 150 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan tahun ini kerana mulai penat dengan sistem sedia ada.

“Kami ingin memohon kepada pihak kerajaan untuk bersama-sama membantu kami dalam menghadapi pandemik sekarang dan mendengar suara kami supaya pihak kami pegawai perkhidmatan dapat bertugas secara tetap dan dapat berikan yang terbaik untuk selesaikan pandemik yang melanda negara. “

Mengenai respon dari perdana menteri, beliau berkata permintaan mereka masih belum terlaksana malah tiada perincian dari pihak kementerian, oleh itu mereka tetap dengan keputusan untuk meneruskan hartal pada hari ini selepas sebulan memberikan tempoh kepada kerajaan.

Pada perkembangan yang sama, polis dilaporkan akan menyiasat protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur tersebut, lapor Malaysiakini

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata tiada siapa dibenarkan berhimpun tanpa kebenaran ketua pengarah kesihatan.

Arahan itu melibatkan perhimpunan keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan dan kebudayaan, tambahnya.

Sementara itu, protes Hartal Doktor Kontrak berjalan secara aman di seluruh negara disertai ratusan doktor kontrak.


Laman facebook Hartal Doktor Kontrak pada satu hantaran mengucapkan tahniah kepada semua pegawai perubatan yang menjayakan protes tersebut.

” Anda telah melakukannya! Tahniah semua. Sesungguhnya anda semua adalah perwira pada hari ini.” – Hartal Doktor Kontrak.

Mengenai sebarang tindakan undang-undang yang mungkin akan dihadapi, laman tersebut berpegang kepada hak setiap rakyat Malaysia untuk mengetengahkan pendapat dan bersuara menurut artikel 10 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Segala tafsiran tentang undang-undang berkaitan hanya layak ditentukan oleh hakim di dalam mahkamah.” – Hartal Doktor Kontrak.


 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
22,566
Reaction score
1,599
Points
201
#HARTAL
#Untuksemuastaf2kkm

Yg org bayang
-dr2 semua tunjuk perasaan, xbuat kerja, xbertanggungjawab. Polis2 semua dikerah utk tangkap dr2 ni.

Yg sebenarnya
-lepas habis round n passover, keluar jap utk solidariti hari ini, jam 11am, bg semua org tahu isu sebenar. Xganggu management patient pon. Pakai baju hitam, bwk kertas, tu je.

Tp semua org takut. Kenapa? Realitinya, dr2 kontrak ni lah yg ramai sekarang, jaga pesakit2 covid. Dan, ramai yg bg persepsi yg salah dalam hal ni. Xtaw isu, tp nk jgk tulis kat social media.

Netizen2 semua bising, ckp mcm dia keja dr kontrak. 'kalau xsuka berhenti, bg org len keja, xsyukur ada gaji'. Nak bgtaw sikit, yg bersolidariti ni, majoriti mo kontrak, dh 4-5tahun kerja. Dr2 baru/pelatih, xboleh jaga pesakit covid. Kami pun ada keluarga jgk, bertimbang rasa sikit. Dkt covid, xboleh mintak cuti taw. Realitinya, ramai dr2-permanent n kontrak yg dh quit sbb xtahan. Yg tinggal terpaksa berhempas-pulas sampai burn out.

Yg menulis-dr kontrak
Yg menyaksikan-suamiku, dr permanent
Yg burnout, semua staf2 kesihatan, dr, nurse, ma, pharmacy, ppk, cleaner, staf2 hospital.

 

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,777
Reaction score
313
Points
91
kalau ada anak-anak kita yg pandai, jangan galakkan dorang jadi dr... macam tak berbaloi..
lebih baik ambik law ke, engineering ke, biz ke..
study santai2 je.. gaji masyuk..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
kalau ada anak-anak kita yg pandai, jangan galakkan dorang jadi dr... macam tak berbaloi..
lebih baik ambik law ke, engineering ke, biz ke..
study santai2 je.. gaji masyuk..

Betul ke bang gaji jurutera masyuk
Atau sekadar sarkastik ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,813
Points
1,906
Kebanyakan yang menyertai tidak bekerja atau pun shif malam.
#malaysiagazette #hartaldoktorkontrak

20 doktor kontrak Hospital Pulau Pinang sertai mogok​



26 July 2021

FB4D06ED-39FE-4087-90C9-6EC803AB13E2.jpeg


Sebahagian doktor kontrak Hospital Pulau Pinang berjalan dari lobi ke jabatan kecemasan sebagai tanda hartal mogok doktor kontrak yang berjalan serentak di seluruh negara hari ini.

GEORGE TOWN – Kira-kira 20 doktor kontrak Hospital Pulau Pinang (HPP) menunaikan janji mereka dengan melaksanakan “walk-out” sebagai tanda sokongan terhadap mogok Gerakan Hartal Doktor Kontrak yang berlangsung secara serentak di seluruh negara hari ini.

Rata-rata mereka dilihat memakai baju berwarna hitam berjalan keluar dari lobi HPP pada jam 11.30 pagi menuju ke Jabatan Kecemasan sebelum bersurai.
ADVERTISEMENT

0E382193-ED81-42BB-BE46-0CA3E1BA7FD3.jpeg


Sebahagian doktor kontrak berkumpul di lobi HPP sebelum berjalan ke Jabatan Kecemasan.

Pergerakan mereka turut dipantau sekumpulan polis yang berada di lokasi bagi memastikan tiada sebarang insiden lain berlaku termasuk pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Seorang wakil doktor kontrak, Dr Zakiah Hanim Zakaria, 29, berkata, mogok ini bertujuan memastikan polisi negara dapat ubah agar syarat doktor kontrak lebih bersistematik.

Jelas anak kelahiran Kedah itu, mereka selaku doktor kontrak mahukan masa depan Malaysia terjamin dengan adanya doktor pakar tempatan yang berkhidmat dalam negara.



D987E6DB-0ED6-4487-96D7-AA6AC25365E7.jpeg


Dr Zakiah Hanim memegang kad bertulis hartal sebagai tanda sokongan mogok doktor kontrak secara serentak di seluruh negara hari ini.

“Kita sedia maklum doktor pakar yang sedia ada ini akan bersara nanti jadi kita mahu negara ada perancangan untuk menghasilkan pelapis mereka.
“Kita mahu doktor genarasi baru ini menjadi pelapis pakar yang akan bersara itu sekali gus untuk menjaga kebajikan kesihatan rakyat,” katanya yang sudah berkhidmat selama tiga tahun sebagai doktor kontrak di HPP.
Tambah Zakiah Hanim, dakwaan hartal ini menjejaskan kebajikan pesakit di hospital itu tidak betul memandangkan rata-rata mereka yang hadir hari ini tidak bertugas serta bertugas syif malam.



6A0FEC76-5A63-4E0A-AF48-E16215452286-920x1024.jpeg


Dr Zakiah Hanim.

“Kebajikan penjagaan pesakit adalah keutamaan doktor jadi tidak timbul isu kami abaikan mereka dan kalau kita lihat ramai doktor kontrak yang bertugas ketika ini tidak sertai kami pada hari ini.

“Kalau ikutkan saya pun tidak mahu hadir, tapi bila memikirkan doktor-doktor kontrak perlu bersatu menunjukkan hartal ini penting sebab itu saya turut serta.
“Dengan kehadiran ramai doktor diharapkan pihak kerajaan dapat pertimbangkan permintaan kami berkaitan syarat-syarat doktor kontak,” kata beliau yang kini bertugas di wad merawat pesakit Covid-19.

Hadir sama di lokasi ialah Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Datuk Dr Asmayani Khalib bagi melakukan pemantauan berhubung hartal doktor kontrak di HPP.

9A45E6BA-E81E-41D7-8317-9DDCCD118718.jpeg


Dr Chew Kai Soon.

Sementara itu, Dr Chew Kai Soon, 28, berkata, terdapat kira-kira 100 doktor kontrak berkhidmat di HPP.
“Bagaimanapun, saya tak nampak masa depan kami dalam bidang ini. Apa yang kami mahu adalah hak sama rata seperti orang lain.
“Saya berkhidmat di wad Covid-19 sejak Perintah Kawalan Pergerakkan pertama dan sudah hampir 11 bulan saya tidak jumpa dengan isteri yang juga doktor di Hospital Sarawak.
“Kami hanya mahu sistem doktor kontrak diperkemaskan demi masa depan doktor-doktor baru,” jelas Kai Soon. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
90,276
Reaction score
14,813
Points
1,906
#UMnasional #parlimen
"Masa inilah kerajaan perlu tunjukkan keprihatinan dengan membela nasib mereka. Jadi jangan kenakan tindakan dan amaran kepada mereka".
https://www.utusan.com.my/.../jangan-ambil-tindakan.../

‘Jangan ambil tindakan doktor terlibat mogok’ – Nurul Izzah​

nurulizzah.png


  • 26 Julai 2021, 4:08 pm



PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewujudkan satu blue print untuk mereformasikan sistem kesihatan negara termasuk membela nasib 23,000 doktor kontrak di seluruh negara.

Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) berkata, perkara itu perlu dilaksanakan dengan serta-merta dan tidak boleh ditangguhkan lagi kerana negara kini berhadapan situasi getir pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap doktor yang terlibat dalam hartal atau mogok pada hari ini kerana tiada sebab mereka berbuat melainkan terpaksa.

“Masa inilah kerajaan perlu tunjukkan keprihatinan dengan membela nasib mereka. Jadi jangan kenakan tindakan dan amaran kepada mereka.
“Kayu ukur penyelesaian masalah ini adalah pelaksanaan segera,” katanya dalam Sidang Khas Parlimen hari ini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register