BTC USD 42,425.8 Gold USD 1,774.67
Time now: Jun 1, 12:00 AM

UPDATE HARTAL DOKTOR KONTRAK: KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,348
Reaction score
15,006
Points
2,376
DOKTOR KONTRAK | KKM Akan Bawa Isu Ke Mesyuarat Kabinet

Isu pegawai perubatan kontrak yang belum diserap ke jawatan tetap akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet.

Hartal Doktor Kontrak

1j ·

This is our memorandum
To all contract doctors, no matter where you are, we hear your suffering
#hartaldoktorkontrak

1625152875847.png

  • Like
Reactions: WnB
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Kempen tanda pagar #CodeBlackMy menjadi trending di Twitter susulan hari ini detik permulaan perjuangan dan gerakan bersolidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut penukaran status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

#CodeBlackMy solidariti warganet buat pegawai perubatan kontrak

01 Julai 2021

1625114553006.png

Kempen tanda pagar #CodeBlackMy menjadi trending di Twitter hari ini.

SHAH ALAM - Kempen tanda pagar #CodeBlackMy menjadi trending di Twitter susulan hari ini detik permulaan perjuangan dan gerakan bersolidariti kepada pegawai perubatan kontrak untuk menuntut penukaran status doktor kontrak kepada jawatan tetap.

Menerusi satu poster yang tular menuntut tindakan segera daripada kerajaan untuk mencari penyelesaian komprehensif terhadap isu Hartal Doktor Kontrak yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Antara isu berbangkit ialah sistem doktor kontrak dan pekerja kesihatan kontrak perlu dirombak semula demi keselamatan ekosistem kesihatan negara dengan menyediakan pilihan latihan kepakaran kepada doktor kontrak.

Selain itu, kempen yang digerakkan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menuntut kerajaan mewujudkan dan menyebarkan kriteria yang telus dan terperinci untuk lantikan doktor kontrak kepada perkhidmatan tetap termasuk layanan adil serta saksama ke atas semua staf kontrak juga tetap.

Sebagai tanda sokongan, MMA meminta warganet menukar gambar profil di akaun laman sosial menjadi hitam atau monokrom bermula 1 Julai hingga 12 Julai.

Sementara itu, pada 12 Julai, pihaknya meminta para doktor memakai pakaian berwarna hitam dan berkongsi gambar memegang sepanduk tertera "Kami bersama dengan pegawai perubatan kontrak" dengan tanda pagar #saveMYcontractHCW #BlackMondayMY #CodeBlackMY.

Difahamkan, code black (kod hitam) adalah kod kecemasan hospital yang menunjukkan ancaman terhadap kakitangan dan dalam hal ini ancamannya kepada pegawai perubatan kontrak.

Sekumpulan pegawai perubatan kontrak dilaporkan dalam laman sosial sebelum ini akan melakukan mogok dirancang akhir Julai ini jika kerajaan tidak menyelesaikan isu penempatan tetap mereka.

Dalam laporan media sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan, malah diteruskan seperti biasa.

Adham berkata, sejak Disember 2016, pengambilan graduan perubatan dibuat secara kontrak berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dibuat tanpa bergantung pada kekosongan tetap yang terhad.

"Kontrak ditawarkan adalah hingga tiga tahun bagi membolehkan graduan perubatan menjalani latihan siswazah dan kemudiannya disambung dua tahun lagi untuk membolehkan mereka melengkapkan khidmat wajib," katanya.

Sementara itu, pengguna Twitter dikenali @azilahazri turut menyokong gerakan solidariti kepada pegawai perubatan kontrak dan diharapkan semua dipermudahkan.

Ciap @mna_bayu, "Isu ini bukan sekadar ruang lingkup staf kesihatan sahaja, malah lebih daripada itu dan akhirnya kita semua hanyalah manusia yang saling melengkapi. Ayuh bersama kami utk generasi Malaysia yang harmoni".

Begitu juga kata sokongan daripada @khaleeda_19, "Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali kepada para doktor dan semua petugas barisan hadapan. Semoga urusan kalian dipermudahkan".

Ujar @N_Burst pula, "Solidariti #CodeBlackMY, memang dah lama kami sabar. Ditabur janji manis tapi kosong. Diguna habis-habis masa Covid-19. Gred gaji tak naik, tak boleh sambung 'master'."

Moga ada sinar buat doktor² kontrak
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
33,844
Reaction score
2,120
Points
201
Time covid . Semua kene bertugas.. da setel dibiakan.. senang betul jadi kerajaan ni ya
 
akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,149
Reaction score
2,780
Points
201
Tak perlu sambung kontrak keja hospital gomen, bukak je GP
Jawatan gomen da penuh
Lgpun keje tak critical

Byk lg jawatan lain yg kosong
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Tindakan memberikan perjawatan tetap itu juga perlu dibuat secara adil dan saksama tanpa melihat kepada latar belakang seseorang individu berkenaan.
http://www.utusan.com.my/.../mogok-doktor-berlaku-adil.../

Mogok doktor: ‘Berlaku adil kepada mereka’​

WhatsApp-Image-2021-07-01-at-12.44.49-PM.jpeg

DR. NG KIM FONG

  • 1 Julai 2021, 1:03 pm

JOHOR BAHRU: Persatuan Doktor-Doktor Johor (PDDJ) berharap kerajaan dapat menyelesaikan kemelut yang timbul berhubung isu sekumpulan doktor berstatus kontrak dengan memberikan mereka perjawatan tetap ekoran hasrat golongan itu yang mahu melancarkan mogok di seluruh negara.

Presiden PDDJ, Dr. Ng Kim Fong berkata, tindakan itu bukan sahaja memberi manfaat kepada kumpulan doktor muda terbabit tetapi kepada sektor kesihatan awam di negara ini secara keseluruhannya.

Jelasnya, dengan memberikan perjawatan tetap kepada golongan terbabit, ia secara tidak langsung melahirkan lebih ramai doktor pakar di tanah air.

“Saya percaya sekumpulan doktor itu tidak akan melakukan mogok, mereka pasti akan melakukan kerja seperti biasa kerana karier sebagai doktor akan tetap dilakukan tanpa mengira keadaan.

“Namun dalam masa sama, saya berharap kita dapat berlaku adil kepada mereka dengan memberikan jawatan tetap, bukan lagi berstatus kontrak.
“Ini kerana perkara itu dilihat tidak adil buat mereka. Kerana ia bukan jawatan tetap maka mereka tidak boleh mengambil pendidikan dalam usaha menjadi doktor pakar di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba menasihatkan kumpulan doktor berstatus kontrak yang berhasrat melancarkan mogok serentak di seluruh negara pada 26 Julai ini agar bersabar.

Beliau dilaporkan berkata, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Kabinet dengan beberapa kertas kerja mengenai nasib mereka sedang disediakan kementeriannya.

“Saya memohon pegawai perubatan kontrak tersebut supaya bersabar dan bertenang kerana Kabinet akan memutuskan isu ini dalam masa terdekat,” kata Dr. Adham.

Sementara itu, Dr. Kim Fong memberitahu, tindakan memberikan perjawatan tetap itu juga perlu dibuat secara adil dan saksama tanpa melihat kepada latar belakang seseorang individu berkenaan.

“Ini kerana seorang doktor akan berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada setiap pesakit di depan mereka tanpa mengira warna kulit, perbezaan agama dan ideologi politik mereka.

“Perjawatan tetap itu juga perlu melibatkan petugas kesihatan di semua peringkat, bukan sahaja doktor tetapi juga jururawat, ahli farmasi serta doktor pergigian,” jelasnya.

Utusan Malaysia pada 28 Jun lalu melaporkan sekumpulan doktor lantikan secara kontrak gred UD41 mewakili 23,077 pegawai perubatan berkenaan memberi kata dua kepada kerajaan.

Mereka mengancam untuk melakukan mogok jika isu mengenai penempatan tetap masih lagi tidak diselesaikan sehingga menafikan hak faedah tertentu dan peluang melanjutkan pengajian.

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906

‘Walk out’ jalan akhir sekiranya tuntutan tidak dipenuhi, kata penganjur ‘Hartal Doktor Kontrak’​

Tindakan akan dilakukan sekiranya perbincangan dengan pihak-pihak terlibat temui jalan buntu.

Jul 1, 2021 10:00 AM

covid19-screening-AP-151220-1024x682-1-1.jpeg
Petugas kesihatan awam yang menjadi barisan hadapan negara berdepan risiko setiap hari. Hampir 23,000 doktor kontrak dilaporkan sedang berkhidmat dengan kumpulan paling senior mula berkhidmat pada 2016. Gambar: AP

Gerakan “Hartal Doktor Kontrak” mahu mengadakan “walk out” dari tempat kerja sekiranya kerajaan tidak memberikan sebarang respons dan penyelesaian dalam masa 26 hari terhadap permasalahan yang dihadapi mereka, kata salah seorang penganjur.

Menurut seorang doktor kontrak yang terlibat dalam gerakan itu yang ingin dikenali sebagai Dr Wan, tindakan mereka melaksanakan “walk out” itu akan dilakukan di semua hospital di seluruh negara pada satu hari ditetapkan akan tetapi enggan mendedahkannya.

“Gerakan hartal ini bermula dari awal Jun di laman Facebook. Ada pungutan suara untuk mengadakan hartal. Ia bukan untuk memberi amaran, tetapi satu ‘wake-up call’ kepada kerajaan untuk memberi respons terhadap keperluan kami,” katanya kepada MalaysiaNow.

Dr Wan berkata, tindakan itu merupakan fasa terakhir selepas memorandum dan sesi libat urus diadakan bersama kerajaan, hospital dan persatuan berkaitan.

“Ideanya ialah pada hari yang ditetapkan, doktor-doktor kontrak ini diajak untuk tidak bekerja supaya kerajaan sedar kepentingan peranan yang dimainkan doktor kontrak,” katanya.

Beliau mendakwa setakat ini belum ada doktor kontrak yang dikenakan tindakan, akan tetapi ugutan dan ancaman dikeluarkan jabatan kesihatan negeri kepada mereka.

Seramai lebih kurang 23,000 doktor kontrak dilaporkan sedang berkhidmat dengan kumpulan paling senior mula berkhidmat pada tahun 2016.

Beliau berkata, kontrak doktor yang memulakan perkhidmatan pada tahun itu tamat pada hujung tahun ini namun kerajaan masih belum memberikan kata putus mengenai status mereka.

“Sepatutnya 70% diserap sebagai doktor tetap, tetapi sehingga kini hanya lebih kurang 700 sahaja yang diserap,” katanya.
Katanya, gerakan itu kini mendapat sokongan daripada pelbagai lapisan fraterniti kesihatan, termasuk doktor senior, pakar dan konsultan.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dalam satu sidang media pada 30 Jun mengatakan isu doktor kontrak yang belum diserap akan dibawa ke Kabinet.

“Kertas kerja disiapkan dan kita akan lihat keputusan jemaah menteri nanti,” kata Adham.

Difahamkan, pasukan media sosial gerakan “Hartal Doktor Kontrak” belum memberikan sebarang maklum balas terhadap kenyataan Adham.

Sementara itu, doktor kanan yang berkhidmat bersama kementerian kesihatan, Dr Rafidah Abdullah menyatakan solidaritinya bersama gerakan tersebut.

Sambil menyifatkan tindakan mengugut doktor kontrak sebagai pengecut, Rafidah berkata tiada salahnya mengambil pandangan semua orang dan mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui semua.

“Ada lebih 23000 pegawai perubatan kontrak: saya nak ketelusan berapa peratusan yang dapat tetap dari masa ke semasa. Juga saya nak lihat ketelusan pemilihan ke jawatan tetap. Apa kriteria dan bagaimana ia dibuat,” menurutnya dalam satu bebenang di Twitternya.

Cubaan untuk mendapatkan komen daripada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun masih belum berjaya.

simplest_box

Super Active Member
Joined
May 21, 2012
Messages
5,375
Reaction score
318
Points
91
Bijak diorang ni. Time2 covid ni la nak mogok, time org perlukan doktor.

Ntahla. Kalau tak dpt jawatan tetap, mana2 boleh pegi apply. Doktor kot. Semua tempat perlukan diorang.
 
cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
89,872
Reaction score
14,756
Points
1,906
Gerakan Hartal Doktor Kontrak menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak sedia ada, selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.

Doktor kontrak akan ‘bercuti’ hingga tuntutan dipenuhi​

July 1, 2021 3:22 PM

fmt-doctor-reuters-20419.jpg

Gerakan Hartal Doktor Kontrak mahu kerajaan menyediakan pelan jangka panjang dan pendek kepada doktor kontrak. (Gambar Reuters)

PETALING JAYA: Doktor kontrak terpaksa mengambil tindakan drastik dengan tidak bekerja mulai 26 Julai ini, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan dalam isu lantikan doktor ke status tetap.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan kontrak sedia ada, selain menjelaskan kriteria lantikan tetap secara terperinci.

Jurucakapnya, Mustapha Kamal A Aziz berkata, mereka mahu pelan jangka panjang dan pendek disediakan kerajaan kepada doktor kontrak.
Beliau kecewa isu yang berlarutan selama lima tahun itu tiada penyelesaian dan masih tiada perjanjian hitam putih untuk doktor kontrak.

“Ini akan berlaku jika isu pelantikan tetap pegawai perubatan masih menemui jalan buntu. Jika tuntutan ini tidak dilaksanakan dan tiada hitam putih dalam jangka masa tiga minggu, kami terpaksa mengambil tindakan drastik,” katanya dalam sidang media.

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba meminta doktor kontrak bersabar sementara isu itu dibincangkan Kabinet dalam masa terdekat.

Sebelum ini, sebuah kumpulan yang mewakili 23,000 pegawai perubatan kontrak memberi amaran akan mengadakan hartal atau mogok pada 26 Julai ini, jika masih tiada jalan penyelesaian terhadap isu pelantikan tetap mereka.

Difahamkan, jurang gaji RM700 sebulan dan tiada peluang melanjutkan pelajaran, kecuali atas tajaan sendiri yang hanya melibatkan disiplin perubatan tertentu, antara isu yang akan dibangkitkan ketika mogok nanti.

Untuk rekod, sejak 2016, 789 atau 3.4% pegawai dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak.
Sementara itu, Mustapha kecewa dengan kenyataan Adham kerana pandemik Covid-19 menunjukkan doktor kontrak diperlukan, malah pengorbanan mereka tidak dapat dinafikan semua pihak.

“Namun sehingga hari ini, proses lantikan tetap masih menemui jalan buntu, di mana proses pemilihan dan jawatan masih samar. Kami hanya diberitahu pelantikan semua bergantung kepada SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam).

“Lebih memburukkan keadaan, kementerian sendiri dilihat memandang enteng dalam membantu menyelesaikan isu ini, sekali gus mengakibatkan pelbagai respons negatif pelbagai pihak.”

Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register