BTC USD 104,371 Gold USD 2,702.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Update] Dana Hj Jasman: "dana warisan raja2 melayu? Labur RM 1 Ribu dpt RM 3 Bilion"

Sponsored Post

sabar tuan2 puan2.
saya baru dapat berita dari pihak atasan,
kerajaan ph dah amik alih dana ni,
kasi masa sikit utk pengurusan baru utk uruskan semua pengagihan.
pasal mereka perlu semak kembali semua rekod2 pelabur.

katanya lagi 2 jumaat akan dimulakan pembayaran secara berperingkat,
mereka akan release payment utk share yg besar2 dulu.

so sape nak cepat bole la topup lagi dana pelaburan, supaya nama tuan2 puan2 akan masuk dalam list terawal. siapa yg topup akan diberikan bonus tambahan sekali, iaitu tanah 30 ekar di negeri permastautin.

apa2 nak update penambahan pelaburan atau nak join masih sempat lagi.
add wechat saya: danakayaduniaakhirat

sekian terima kasih

katanya 2minggui dari tarikh ni.. 27.7.18

bila nak buat makan2?
duit bilion2
 
rm1k boleh 1biliun??

camne nak join mlm nih??

nak letak rm10, bley sejuta pon jadi laa..

xjadi xpe, rugi rm10 xralit sgt..

dekat opis saya ada tuan..diorg mmg mencari org mcm tuan..dari 10 ringgit diaorg blh kumpul sampai beribu wang..nt diorg blh lepas tnpa di tekan oleh pelabur2 nya bila habuan yg dijanjikan xkunjung2 tiba..dgn alasan 'alah..10 ringgit je pun, halalkn je lah..'
dan diorg pun errkkk..kenyang..~X(
 
dekat opis saya ada tuan..diorg mmg mencari org mcm tuan..dari 10 ringgit diaorg blh kumpul sampai beribu wang..nt diorg blh lepas tnpa di tekan oleh pelabur2 nya bila habuan yg dijanjikan xkunjung2 tiba..dgn alasan 'alah..10 ringgit je pun, halalkn je lah..'
dan diorg pun errkkk..kenyang..~X(

betul.. kat office aku dlu pn ada ,tapi bt cerita sedih, xcident, cermin pecah minta pinjam rm50 dkt org2 office, sampai tah org yg ke brapa nk transfer tak bole, bank reject sbb maximum amount ~X(
 
Last year ade la jumpa dgn sorg makcik ni..

1st deal dia nk invest dgn koperasi yg member aku punya.. Nak invest 10juta katanyer..

Last2 bila jumpa dia bukak citer pasal duit sultan filipina dulu2 punya.. Panjang lebar la citernyer..

Siap tunjuk dokumen bagai.. Pastu tunjuk surat lantikan wakil untuk uruskan pengeluaran duit tu.. Duit tu ade kt singapore.. Bank Barclay's ke ape tah.. Lupa dah..

Aku pn da start pelik sbb duit tu ade dlm bank, tp kena cari duit utk keluarkan duit tu.. Adoi...

Member aku pn da nampak mcm bosan je trus dia cuit aku ajak blah.. Hahahahahaha..

Makcik tu sembanh juta2 trilion tp air segelas pn xleh nk bayar... Cissss!
 
309539.jpg


309538.jpg


Barangan kemas dan kereta mewah yang dirampas dari suspek​



13 Mei 2019

Polis banteras kegiatan penipuan skim pelaburan


KLANG - Polis berjaya membanteras kegiatan penipuan skim pelaburan yang dipercayai tidak wujud menerusi penahanan tiga suspek baru-baru ini.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pada 5 Mei lalu, pihaknya telah melakukan pemeriksaan di sebuah bilik hotel sekitar Bukit Tinggi, Klang dan menahan seorang suspek yang merupakan ejen kepada sindiket pelaburan tidak wujud dikenali sebagai World Strect Bcom (WSB) atau Pelaburan Jasman.

Beliau berkata, selepas soal siasat dijalankan, suspek terlibat telah membawa polis ke rumah suspek kedua yang terletak di Kampung Baru Subang pada hari yang sama.


"Ketika di sana, polis berjaya membuat tangkapan kedua ke atas suspek yang dikenali sebagai Datuk Rohaizat.

"Dan menerusi soal siasat dia turut mendedahkan suspek utama skim pelaburan tersebut yang dikenali sebagai Adnan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Amar berkata, pada 8 Mei polis telah menahan suspek utama terbabit di Kampung Pauh Kubur, Kelantan dengan berpandukan kepada maklumat yang diberikan sebelum ini.

Beliau berkata, modus operandi yang digunakan oleh ejen pelaburan ini adalah dengan meminta mangsa untuk melabur sehingga RM1,000 dan dijanjikan pulangan sehingga RM1 bilion atas nama WSB untuk tempoh beberapa tahun.

Polis turut merampas tiga buah kereta mewah bagi membantu siasatan.

"Malah suspek juga turut mempamerkan barangan mewah bagi menarik perhatian dan meyakinkan mangsa-mangsa mereka," katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Amar berkata, menerusi semakan di Bank Negara Malaysia (BNM) juga mendapati WSB atau pelaburan Jasman itu tidak wujud dan tidak pernah didaftarkan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sejumlah 42 pelbagai jenis barangan untuk siasatan lanjut antaranya seperti kereta mewah, jam tangan mewah, wang tunai, beg tangan dan lain-lain lagi.

"Jumlah kerugian adalah mencecah jutaan ringgit dan polis menganggarkan sekitar 2,000 orang mangsa telah ditipu sejak tahun 2016 lalu oleh skim pelaburan ini," katanya.

Selain itu, Shamsul berkata, suspek pertama dan kedua ditahan reman sejak 6 Mei lalu sehingga hari ini manakala suspek ketiga pula ditahan sejak 11 Mei sehingga Rabu ini.

Tambah beliau, polis juga kini sedang giat mengesan empat lagi ejen skim pelaburan tersebut bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Kesemua suspek akan didakwa selepas ini dan mana-mana mangsa yang melabur dalam pelaburan tidak wujud ini diminta untuk tampil bagi membuat laporan dan membantu siasatan polis," katanya.


https://www.sinarharian.com.my/arti...lis-banteras-kegiatan-penipuan-skim-pelaburan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register