Update dan Perkembangan Kempen Buy Muslim First (BMF)

Recommended Brokers


Latest Threads

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,970
Reaction score
8,716
Points
2,226
Rabu, 11 September 2019 | 3:00pm


KETUA Menteri, Chow Kon Yeow bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian persidangan In.Tech di Georgetown, hari ini. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal


Hentikan kempen 'Beli Produk Muslim Dahulu' di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang dilancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lalu, sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.



Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan keharmonian masyarakat.



Katanya, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.



“Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan ... tetapi jika masih aktif, ia harus ditamatkan kerana tidak baik untuk ekonomi.



“Jika anda bercakap tentang mempromosi produk Bumiputera, tiada siapa akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam, ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya.

“Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat... penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa perlu meneruskan kempen itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan In.Tech di sini hari ini.



Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memulakan kempen Beli Produk Muslim Dahulu di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama , membantu komuniti perniagaan Islam di negeri ini.



Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah, Mohd Zai Mustafa, berkata Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan salah sebuah bandar terbesar di wilayah Utara. - BERNAMA

Makin terasa la tu tempias
Siap mintak hentikan kempen
Tak senang duduk dah depa
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,693
Points
1,346
Produk Muslim HQ
4 min

[Sos Pencicah UMMI]
Pelbagai sos dikeluarkan oleh jenama UMMI. Keluaran bumiputera muslim. Pekerjanya pun terdiri daripada 100% muslim. 😊

Sesuai untuk semua hidangan seperti tauhu begedil, cucur, ayam gorang, dll.

Antara produknya adalah:
🔥 Sos Pencicah UMMI
🔥 Sos Pencicah Cili Segar UMMI
🔥 Perencah Serbaguna UMMI
🔥 Perencah BBQ UMMI
🔥 Sos Rojak Buah UMMI
🔥 Sos Cili UMMI
🔥 Sos Tomato UMMI
🔥 Kicap Lemak Manis UMMI
🔥 Kicap Lemak Masin
🔥 Cuka Makan UMMI

Diusahakan oleh syarikat Z&Z Niaga Sdn. Bhd. yg beroperasi di Machang, Kelantan.

👍🏻 Halal JAKIM
👍🏻 Sijil MESTI

FB Page: Sos Pencicah Ummi

☎ Sebarang pertanyaan hubungi:
09-975 1970

#InfoProduk
#ProdukMuslim
#SokongProdukMuslim
#BMF








 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,047
Reaction score
275
Points
41
Salah satu benda yang paling utk buat benda ni, manfaatkan pembelian online

Banyak sangat dah produk2 bumi yang dijual online..

Rempah kari Cap O, kicap Mudim, beras Rasa Riang dari Mihoda, ataupon beras Juara... ini antara pilihan utama orang2 utara pasal rasa dia sedap kalau korang nak try... Produk2 ni sedara dok jauh kalau balik kampung memang bawa bekal la... beras payah gak nak dapat online
 

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,588
Reaction score
497
Points
131
ni channel telegram setiap negeri untuk produk2 muslim.Sila masuk ikut tempat anda bermastautin kerana setiap channel akan dpt info berbeza ikut kedai/produk di negeri tersebut..sila CNP dan panjangkan info ini

PAHANG

SABAH/SARAWAK

TERENGGANU

KELANTAN

KEDAH/PERLIS

MELAKA/NEGERI SEMBILAN

JOHOR

PENANG

KL/SELANGOR

PERAK
Telegram ni lebih baik dari whatapps.
Thanks TT share. Keep update new product Muslim. 🇲🇾
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,416
Reaction score
5,693
Points
1,346
Gerakan Pembela Ummah - UMMAH sedang bersama Mohd Zai Mustafa dan 3 yang lain.
48 min

TANGGAPAN SALAH KETUA MENTERI PULAU PINANG TERHADAP KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM

Gerakan Pembela UMMAH ingin menjelaskan bahawa usaha Roadshow Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim yang dilakukan baru-baru ini di Peringkat Negeri Pulau Pinang dan Kedah bukanlah usaha untuk memboikot barangan atau produk bangsa lain.

Gerakan Pembela UMMAH ingin menegaskan bahawa usaha Roadshow Kempen Beli Produk Muslim yang dilakukan adalah platform buat seluruh pengusaha Muslim untuk mengembangkan perniagaan mereka serta memudahkan pembeli untuk membuat pilihan barangan yang mereka mahukan. Secara tak langsung merancakkan ekonomi setempat.

Gerakan Pembela UMMAH juga menegaskan disini, tiada unsur pemulauan yang akan dilakukan oleh orang Islam terhadap barangan bangsa atau agama yang berbeza melainkan keutamaan diberikan kepada produk yang halal dan baik yang dikeluarkan oleh pengusaha Muslim kerana atas dasar tuntutan Agama Islam itu sendiri.

Bagi menjelaskan kekeliruan dan kebimbangan yang timbul di peringkat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Gerakan Pembela UMMAH akan membuat sesi penerangan dan satu pengumuman penting di sebuah masjid di Pulau Pinang.

Seluruh NGO di peringkat negeri, pengusaha dan pengguna produk Muslim serta Umat Islam di negeri Pulau Pinang dijemput hadir.

Masa dan tarikhnya akan diumumkan kemudian.

Sdr Mohd Zai Mustafa
TIMBALAN PENGERUSI UMMAH PUSAT,
PENGARAH KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM MALAYSIA.

#BMF
#SOKONGKEMPENBELIPRODUKMUSLIM
#BANGKITEKONOMIUMATISLAMDEMIUMMAH







 
Sponsored Post
Top
Log in Register