Update dan Perkembangan Kempen Buy Muslim First (BMF)

Recommended Brokers


cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,657
Points
1,346
Tapi tu la masih ada yang kurang peka bab gini
Tu masih ada yg duk makan kat kedai2 makan yg di ragui status halal nya

bila dah sampai tahap ni kan tn TXT, saya wonder apa akan diorang ni buat kalau melancong ke luar negeri..
mencari halalan tayyiban tanpa syak adalah kewajiban

bimbang lak diorang defend dan guna perkataan ;dharurat (walau sebenarnya diorang bukan dlm keadaan dharurat. term dharurat perlu diperhalusi dan difahami ) :)
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,706
Reaction score
8,711
Points
2,226
bila dah sampai tahap ni kan tn TXT, saya wonder apa akan diorang ni buat kalau melancong ke luar negeri..
mencari halalan tayyiban tanpa syak adalah kewajiban

bimbang lak diorang defend dan guna perkataan ;dharurat (walau sebenarnya diorang bukan dlm keadaan dharurat. term dharurat perlu diperhalusi dan difahami ) :)
Kempen #BMF ni secara tak langsung buat umat Islam lebih berhati2 dalam memilih premis makanan
Lebih mendalami maksud mencari halalan toyyiban
Dan pemilik premis pun di harap dapat meningkatkan lagi tahap kebersihan dalam penyediaan makanan
 

Quecha

Fun Poster
Joined
Nov 8, 2017
Messages
635
Reaction score
301
Points
31
ni channel telegram setiap negeri untuk produk2 muslim.Sila masuk ikut tempat anda bermastautin kerana setiap channel akan dpt info berbeza ikut kedai/produk di negeri tersebut..sila CNP dan panjangkan info ini

PAHANG

SABAH/SARAWAK

TERENGGANU

KELANTAN

KEDAH/PERLIS

MELAKA/NEGERI SEMBILAN

JOHOR

PENANG

KL/SELANGOR

PERAK
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,657
Points
1,346
Khairul Azri
1 jam

NARATIF.
.
Berikut adalah pandangan dan komen-komen yang dilontarkan terhadap #BMBF dan #BMF sejak hari minggu hingga semalam.

Boleh baca sendiri nararif-naratif angkuh dan jijik yang ditolak oleh media-media seperti Malaysiakini, Malaysia Chronicle apabila Muslim Bumiputera cuba untuk 'reconcile' dan naikkan ekonomi dikalangan mereka sendiri melalui PENGUTAMAAN barangan yang mereka akan beli.

Saya senaraikan mana yang sempat screenshot, kalau ada lagi saya tambah.

Tuntasnya bagi mereka kempen BMBF , BMF adalah:

- Hipokrit
- Boikot Vellfire
- Berapa banyak barangan di Kelantan dan Terengganu bukan Islam punya barang?
- Kelantan mundur
- Terengganu dan gimnastik *tiba-tiba
- Failed State (Negara gagal)
- Kempen rasis dan bodoh (Baca Stupid and racist), walaupun pengutamaan.
- Simbol Ketuanan dan perkauman
- Nazi
- Idiotic
- Evil
- Genosid Rohingya dan Serbia
- Orang Bukan Melayu ketawa terbahak-bahak akan 'ugutan' ini.
- Orang Melayu yang akan kehilangan pekerjaan dan lapar akibatnya
- Pengisythiraan perang menentang perniagaan etnik Cina yang kehebatannya tidak ada tolok bandingan dalam dunia perniagaan.
- Bahan-bahan dalam Nasi lemak orang Melayu makan pun bergantung harap dengan Orang Cina yang merupakan pengimport utama makanan dari luar negara
- Ignorant
- Idiots
- Clueless
- Kaki spot Toto yang acah-acah nak boikot
- Punca Kelantan dan Terengganu mundur dan kes AIDS dan HIV tertinggi
- Beli telefon pun dari perniagaan Cina di Malaysia.
- dll
.
.

Apa pun saya nak pesan kepada media-media seperti Malaysiakini dan sewaktu dengannya, teruskan, teruskan sebarkan naratif ini, senang sikit kempen ni nak move forward.

Orang putih kata, "Keep em coming".

Sekian.

p/s: Saya tanya kawan-kawan semua, berdasarkan nararif-naratif yang dilampirkan di atas patut atau tidak kita teruskan BMBF dan BMF ini? 🤔

Rujukan:
Yoursay: Don’t be hypocrites, boycott ALL non-Muslim products
https://m.malaysiakini.com/news/491294

I ain’t boycotting my mother and my family!
https://m.malaysiakini.com/columns/490902

A boycott so idiotic
https://www.malaysia-chronicle.com/?p=173254













 

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,038
Reaction score
273
Points
41
Yang ni bergantung kepada tahap kepekaan individu Muslim itu sendiri dalam menilai makanan yang akan di makan nanti
Kalau dah ternyata itu kedai bukan Muslim tak perlu la ke kedai tu lagi
Cari la dulu kedai Muslim
Kan itu lebih baik
#SedikitPandangan
Ini bukan masalah peka tak peka dah nie tuan...

Kalau benda makan mcm kopi bakar kopitiam, famous cendol penang road yang aunty tu buat xdak bahan sembelihan mungkin atas pertimbangan 50-50

Tapi kalau dah macam sizzling mee, nasi ayam papan tanda pon dah terang2 non-muslim kita still makan, tak mampu nak hadam pemikiran orang tu apa yg dia dia cari sebenarnya... bukan xdak pilihan...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
258,706
Reaction score
8,711
Points
2,226
Ini bukan masalah peka tak peka dah nie tuan...

Kalau benda makan mcm kopi bakar kopitiam, famous cendol penang road yang aunty tu buat xdak bahan sembelihan mungkin atas pertimbangan 50-50

Tapi kalau dah macam sizzling mee, nasi ayam papan tanda pon dah terang2 non-muslim kita still makan, tak mampu nak hadam pemikiran orang tu apa yg dia dia cari sebenarnya... bukan xdak pilihan...
Samada tak tahu atau buat2 tak tahu
Kalau dah pemikiran sebilangan muslim camtu memang hadap je semua
 

fredo

Super Active Member
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,112
Reaction score
41
Points
80
boikot selagi boleh dan boleh dan boleh...

:(scamproduk.
 

cek mek molek

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
46,222
Reaction score
5,657
Points
1,346
Rabu, 11 September 2019 | 3:00pm


KETUA Menteri, Chow Kon Yeow bersalaman dengan orang ramai pada majlis perasmian persidangan In.Tech di Georgetown, hari ini. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal


Hentikan kempen 'Beli Produk Muslim Dahulu' di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang dilancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lalu, sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.



Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan keharmonian masyarakat.



Katanya, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.



“Saya dimaklumkan bahawa kempen itu dibatalkan ... tetapi jika masih aktif, ia harus ditamatkan kerana tidak baik untuk ekonomi.



“Jika anda bercakap tentang mempromosi produk Bumiputera, tiada siapa akan membantahnya tetapi apabila anda bercakap mengenai pemulauan produk bukan Islam, ia akan membuahkan hasil yang sebaliknya.

“Biarkan mereka (penganjur kempen) memberi alasan mengapa ia perlu diteruskan. Kita merasakan ia tidak perlu kerana seperti yang kita katakan kempen itu tidak baik bagi ekonomi dan keharmonian masyarakat... penganjur kempen harus bertanya kepada diri sendiri mengapa perlu meneruskan kempen itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan In.Tech di sini hari ini.



Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memulakan kempen Beli Produk Muslim Dahulu di Pulau Pinang dengan matlamat untuk menaikkan kuasa beli umat Islam di Pulau Pinang dan pada masa yang sama , membantu komuniti perniagaan Islam di negeri ini.



Timbalan Pengerusi Kebangsaan Ummah, Mohd Zai Mustafa, berkata Pulau Pinang dipilih kerana negeri ini mempunyai ekosistem perniagaan yang baik dan salah sebuah bandar terbesar di wilayah Utara. - BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register