Update dan Perkembangan Kempen Buy Muslim First (BMF)

CG Sponsors




rasyid.ahmad

Fun Poster
Joined
Feb 15, 2017
Messages
239
Reaction score
74
Points
20
menteri masih belum faham
mendahului produk Muslim bukan bermakna memboikot produk bukan Muslim

contoh:
saya duduk KL nak balik kampung di Kelantan
saya ada pilihan nak naik bas atau nak naik kapal terbang
kedua-duanya membawa kpd matlamat yg sama iaitu "balik kelantan"
saya pun pilih utk naik bas sebab harga murah dan rumah dekat dengan laluan bas.
dlm situasi ni, adakah saya sedang memboikot naik kapal terbang?
 
Sponsored Post

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,645
Reaction score
286
Points
141
Sujita Soorian
10 jam ·

Siapa yang mula kempen boikot? DPM Wan Azizah boleh keluarkan kenyataan media mengatakan kempen boikot adalah tidak wajar. Sebelum ini, YB Wan duduk dalam gua ke?

Dulu senyap sahaja. Takde pula keluarkan kenyataan media sebagai pembangkang mengenai isu boikot. Tiada seruan menyuruh rakyat sokong barang buatan Malaysia. Saya hanya baca artikel dari PKR (tak pasti cabang mana) suruh boikot Petron sahaja.

Kononnya sekarang, nak salahkan BN/PAS dan rakyat. Fitnah demi fitnah, penipuan demi penipuan.. Ini ajelah kerajaan PHipokrit tahu.

PS: FMT dah delete posting dari tahun 2012. Tapi Google dan Facebook takkan lupa.






laju dia delete slps kena petik oleh ttkm,
 

pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,277
Reaction score
328
Points
51
Lantak lah apa pak menteri nak kata..

Hak kita nak beli kat mana kan.
 

Quecha

Fun Poster
Joined
Nov 8, 2017
Messages
639
Reaction score
305
Points
31
Kempen boikot produk bukan Islam tak sihat - Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan kempem memboikot barangan bukan Islam sebagai satu langkah yang tidak sihat.

“Kalau mahu promosikan produk halal, itu boleh diterima. Tapi kalau mahu promosikan kempen yang boleh menimbulkan pertengkaran semacam ini, isu-isu antara kaum, ia tak sihat,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meyampaikan ucapan dalam Persidangan Antarabangsa tentang Sejarah dan Budaya (ICHCC) kali keenam di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Anwar, sebagai umat Islam, adalah penting untuk mengeluarkan produk yang bagus dan membantu memudahkan umat Islam tetapi dalam masa sama, boleh diterima oleh semua pihak.

“Tetapi, ada juga barang-barang yang diperlukan oleh Muslim, tetapi (dihasilkan oleh orang) Cina, yang boleh digunakan (halal).

“Jadi, konotasi perkauman yang digunakan (dalam kempen-kempen ini), pada saya tak sihat dalam masyarakat berbilang kaum dan bangsa ini,” katanya lagi.
Kebelakangan ini, kempen seperti memboikot barangan bukan Islam dan kempen menyokong produk keluaran Muslim semakin kencang di media sosial.

Kempen itu mengundang kritikan dan sokongan beberapa pihak.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkannya hanya menyebabkan kemarahan serta menggesa PAS dan Umno mengecam kempen seumpama itu.
PAS bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah melancarkan kempen itu dan membidas Lim “memainkan sentimen perkauman sempit” dengan dakwaannya.

Setiausaha agungnya pula, Takiyuddin Hassan menyifatkan kempen yang katanya, mengajak pengguna mengutamakan barangan Muslim itu adalah bersifat inklusif dan kempetitif dalam konteks perniagaan.
Sementara itu, disoal pemberita tentang pelan peralihan kuasa yang dikatakan menjejaskan ekonomi dan keyakinan rakyat terhadap PH, Anwar menyifatkan isu itu sebenarnya hanya ditimbulkan sesetengah pihak, sedangkan ia telah ditetapkan.

“Saya tak bimbang. Peralihan kuasa ini perkara yang dah selesai (sudah ditetapkan). (Isu itu) ditimbulkan sesetengah pihak.
“(Kita perlu) fokus pada isu-isu pokok, seperti isu kaum, agama, budaya, kemiskinan, pertubuhan ekonomi, dan keadilan,” katanya lagi.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,829
Reaction score
9,716
Points
1,746
UMMAH minta rakyat sokong Kempen Beli Produk Muslim

Roadshow fasa pertama bermula 8 September di Pulau Pinang

03/09/2019



KUALA LUMPUR, 3 Muharram 1440H, Selasa – Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik, bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam, tegas Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.

Beliau berkata, istilah itu adalah tidak benar dan bukan objektif utama Kempen Beli Produk Muslim yang digerakkan oleh UMMAH bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Menerusi kempen ini, UMMAH hanya mengharapkan sokongan daripada umat Islam di seluruh negara bagi membantu peniaga dan pengusaha muslim.

“Jumlah penduduk muslim di Malaysia ini sebanyak 20 juta, kita harapkan 20 juta ini dapat beli produk muslim. Justeru, kita tak pernah sebut boikot produk bukan muslim. Kita cuma minta umat Islam satukan usaha membeli produk muslim.

“Sekiranya tidak ada produk muslim, barulah mereka boleh mempertimbang untuk membeli produk lain. Kita tegaskan bahawa tiada istilah boikot produk bukan muslim dan beranggapan istilah itu berniat jahat kerana memberi prasangka buruk kepada ahli-ahli perniagaan Islam,” katanya dalam sidang media di Taman Melawati, Gombak, hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan UMMAH telah mengadakan dua kempen besar pada tahun ini – pertama pada bulan April dan kedua pada bulan Julai.

Untuk memperkasakan lagi kempen ini, UMMAH bersama NGO lain akan mengadakan ‘roadshow’ dalam beberapa fasa.

“Fasa pertama akan dijalankan di bahagian Utara bermula Pulau Pinang pada 8 September, diikuti Kedah pada 9 September.

“Seterusnya pada 16 September akan di teruskan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Akhir sekali di Johor. Semua pengusaha produk muslim boleh bertemu kita di roadshow ini. Kita akan buat penerangan kepada pengeluar supaya mereka dapat bergabung bersama-sama,” katanya

Beliau berkata, selepas kempen fasa pertama selesai, UMMAH dengan kerjasama ABATA Commerce Sdn Bhd, akan melancarkan sebuah aplikasi baharu bagi memasarkan produk muslim.

“Kita sasarkan sebanyak 300 produk muslim akan terbabit sama dalam aplikasi berkenaan,” katanya

Antara yang turut terbabit menjayakan kempen ini adalah Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ABATA Commerce Sdn Bhd.

 

blankoguy85

Super Active Member
Joined
Dec 14, 2011
Messages
7,559
Reaction score
64
Points
70
bila kita buy muslim first...depa kata kita nk boikot..
dolu tang depa boikot.. depa kata tak boikot.. cuma suka ati duit kami lar nk buat apa..

ish ish ish..


Screenshot_20190905-102842.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,829
Reaction score
9,716
Points
1,746
Ummah: Kami bukan kempen boikot produk bukan Muslim

Diterbitkan 3 Sep 2019, 6:42 petang



Angkatan Perpaduan Ummah (Ummah) menyatakan kekecewaannya terhadap sejumlah ahli politik yang mengaitkan kempennya - untuk mempromosi barangan keluaran Muslim - dengan perkauman.

Pengerusi Ummah Aminuddin Yahaya menegaskan kempen gerakan itu berkenaan mempromosikan perniagaan orang Islam yang menurutnya yang tiada upaya untuk membuat pemasaran dan tidak mendapat tempat di pasar raya besar.

"Ummah kecewa dengan kenyataan beberapa ahli politik yang mengaitkan (kempen) dengan isu perkauman, agama, dan parti politik.

"Kami ingin tegaskan kempen ini bukan untuk memboikot produk pengusaha lain, dan tiada kena-mengena dengan parti politik pemerintah ataupun pembangkang," katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang kempen boikot terhadap mana-mana pihak tidak berkesan dan hanya menimbulkan kemarahan segelintir masyarakat.

Aminuddin berkata lagi, kempen Ummah bertumpu kepada mempromosikan produk makanan keluaran Muslim kerana menurutnya "banyak produk yang diragui (status) halalnya".

"Ini membuatkan orang Islam rasa tak selesa kerana makanan yang digunakan boleh menjejaskan ibadah mereka.

"Jadi kempen ini untuk bantu mereka mendapatkan produk yang sah...(dan) agar mereka (usahawan Muslim) dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah (dengan pengusaha lain)," katanya lagi.

Katanya, kempen itu bermula April lalu tetapi mendapat momentum susulan salah faham di media sosial dan kenyataan oleh ahli politik.

Ummah juga akan mengadakan siri jelajah bermula bulan ini dan kempen itu akan dilancar secara rasmi pada 1 Oktober ini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,829
Reaction score
9,716
Points
1,746
DrMAZA.com
3 September jam 10:37 PTG ·
Membeli barang muslim ertinya membantu sesama muslim. Membantu sesama muslim disuruh oleh ALLAH dan RasulNYA. Ertinya kempen beli produk dan bantu peniaga muslim kempen berpahala. Maka beli produk dan tolong peniaga muslim itu mendapat pahala.




PROmediaTAJDID

· 3 September ·



Boikot Produk Non Muslim?Antara Boikot Produk Non Muslim &
Kempen Produk Muslim !

Kumpulan yang gemar masuk campur Urusan Hal Ehwal Islam.

- SS Dr MAZA -


 
Sponsored Post
Top
Log in Register