BTC USD 52,127.1 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,288
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,288
Reaction score
15,432
Points
1,906
#kualalumpur Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja. https://www.hmetro.com.my/.../944-peratus-populasi-dewasa...

94.4 peratus populasi dewasa lengkap divaksin​


1634956880557.png

ORANG ramai menerima suntikan vaksin dos pertama serta kedua yang dikendali petugas kesihatan di Klinik Kesihatan Sungai Bertek, Klang melalui janji temu aplikasi MySejahter. FOTO Faiz Anuar

Kuala Lumpur: Seramai 22,109,534 individu atau 94.4 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) yang disiarkan menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sebanyak 157,999 dos vaksin harian diberikan semalam membabitkan golongan dewasa dan remaja.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 48,831,214 dos.




Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.



Disiarkan pada: Oktober 23, 2021 @ 9:37am


 
Sponsored Post

logammaut

Legendary Member
Messages
11,144
Joined
Dec 12, 2009
Messages
11,144
Reaction score
1,246
Points
201
Skang tgh join program online Bengkel Kesedaran Kesihatan Pekerjaan Menuju Endemik COVID-19 anjuran MNKKP & JKKP.

Tgk presentation oleh KKM bagitau fakta berkaitan COVID-19 yg semua org perlu tahu:

1. Buat masa ini masih tiada ubat utk COVID-19
2. Tiada imuniti yg berkekalan terhadap COVID-19
3. Perlindungan terbaik ialah patuh SOP & pakai PPE

Stay safe everyone…
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,288
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,288
Reaction score
15,432
Points
1,906
Skang tgh join program online Bengkel Kesedaran Kesihatan Pekerjaan Menuju Endemik COVID-19 anjuran MNKKP & JKKP.

Tgk presentation oleh KKM bagitau fakta berkaitan COVID-19 yg semua org perlu tahu:

1. Buat masa ini masih tiada ubat utk COVID-19
2. Tiada imuniti yg berkekalan terhadap COVID-19
3. Perlindungan terbaik ialah patuh SOP & pakai PPE

Stay safe everyone…

tn logammaut, ada tak diberitahu living with endemic estimated sekitar bila?
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,232
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,232
Reaction score
657
Points
81
Belum drastik lagi kenaikan kes baru harian setakat ni
Ye la tu.. hrp xnaik bnyk sgt la.. lg tinggi kes lg bnyk possibility berjangkit kpd umum..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,288
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,288
Reaction score
15,432
Points
1,906
Bolehlah kita mula hari ini turun kan berat badan
http://www.kosmo.com.my/.../individu-obes-berisiko.../

1634961573473.png


Individu obes berisiko dijangkiti Covid-19 lebih teruk​


  • 23 Oktober 2021, 10:31 am


PETALING JAYA – Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19 dengan lebih teruk.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Izzar Anwari Abdul Khani berkata, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 meningkat tiga kali ganda manakala untuk dijangkiti dengan lebih teruk meningkat tujuh kali ganda.

“Perkara ini disebabkan ventilasi atau pernafasan semakin sukar kerana kapasiti dan simpanan paru-paru berkurangan.

WhatsApp-Image-2021-10-23-at-10.21.11-e1634956206640.jpeg


Izzar Anwari.

“Kanak-kanak obesiti (bawah 18 tahun) yang dijangkiti Covid-19 pula dikaitkan dengan risiko untuk masuk hospital meningkat 3.07 kali ganda dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), bantuan pernafasan mekanikal atau kematian meningkat kepada 1.42 kali ganda,” tulisnya di laman Instagram miliknya semalam.

Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera, berkata, berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 seramai 25% orang dewasa di Malaysia adalah tidak aktif fizikal manakala 50% orang dewasa adalah dalam kategori berlebihan berat badan atau obesiti.

“Obesiti juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Justeru itu, jelasnya, orang ramai perlu mengamalkan diet yang sihat, kekal berat badan ideal, kerap bersenam, kawal tekanan darah di bawah paras 140/90, berhenti merokok dan minuman beralkohol serta benarkan pasangan anda keluar bersukan sebanyak mungkin. – K! ONLINE


individu-obes-berisiko-dijangkiti-covid-19-lebih-teruk
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,288
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,288
Reaction score
15,432
Points
1,906
#BHnasional Hanya dua negeri itu berada pada paras sekitar 50 peratus bagi imunisasi lengkap.
https://bit.ly/2ZcIiSm

COVID-19: Vaksinasi di Kelantan, Sabah paling rendah​

Oktober 23, 2021 @ 11:52am

1634961790873.png


KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi COVID-19 di Kelantan dan Sabah adalah yang paling rendah dengan jumlah penduduk lengkap menerima pelalian berkenaan setakat ini, masing-masing direkodkan hanya pada 55.5 dan 55.9 peratus.

Semakan di laman web COVIDNOW, mendapati setakat semalam, hanya dua negeri itu berada pada paras sekitar 50 peratus bagi imunisasi lengkap, manakala empat negeri, iaitu Perak, Kedah, Pahang dan Terengganu mencapai angka 60 peratus.

Di Kelantan, jumlah penduduk dewasa lengkap vaksin adalah pada 77.3 peratus dan dos pertama pada 80.9 peratus, manakala remaja lengkap vaksinasi pada 48.3 peratus dan dos pertama pada 78.1 peratus.

Di Sabah pula, jumlah penduduk sudah menerima dos pertama adalah 60.5 peratus dengan golongan dewasa lengkap vaksinasi pada 71.8 peratus dan belum lengkap pada 76.5 peratus, manakala remaja lengkap vaksinasi pada 47.2 peratus dan belum lengkap pada 59.1 peratus.




Menurut COVIDNOW, satu-satunya negeri yang melebihi peratusan 80 peratus vaksinasi penduduknya adalah Lembah Klang dengan 86.7 peratus, manakala negeri lain iaitu Pulau Pinang (78.9 peratus), Negeri Sembilan (76.7 peratus, Labuan (76.4 peratus), Perlis (73.7 peratus), Johor (72.6 peratus), Melaka (72.4 peratus) serta Sarawak (72.3 peratus).

Setakat semalam juga, jumlah penduduk di negara ini yang lengkap vaksinasi adalah seramai 23,565,799 atau72.2 peratus, manakala belum lengkap divaksinasi seramai 1,778,402 atau 5.4 peratus dan tiada vaksinasi seramai 508,102 atau 23 peratus.

Setakat ini, 48,831,214 dos suntikan dengan +157,999 dos harian sudah diberikan dalam program vaksinasi, manakala bagi dos penggalak pula, sebanyak 84,941 dos suntikan dengan +18,267 dos harian diberikan.

Laporan unjuran 80 peratus penduduk negara lengkap vaksinasi yang dikeluarkan COVIDNOW adalah pada 15 Disember depan atau dalam tempoh 54 hari lagi, unjuran 80 peratus bagi vaksinasi remaja adalah 20 November dan unjuran 100 peratus lengkap vaksinasi dewasa adalah pada 26 Disember depan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,682
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,682
Reaction score
16,562
Points
2,376
Bolehlah kita mula hari ini turun kan berat badan
http://www.kosmo.com.my/.../individu-obes-berisiko.../

1634961573473.png


Individu obes berisiko dijangkiti Covid-19 lebih teruk​


  • 23 Oktober 2021, 10:31 am


PETALING JAYA – Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti berisiko untuk dijangkiti virus Covid-19 dengan lebih teruk.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Izzar Anwari Abdul Khani berkata, obesiti boleh menyebabkan risiko untuk dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 meningkat tiga kali ganda manakala untuk dijangkiti dengan lebih teruk meningkat tujuh kali ganda.

“Perkara ini disebabkan ventilasi atau pernafasan semakin sukar kerana kapasiti dan simpanan paru-paru berkurangan.

WhatsApp-Image-2021-10-23-at-10.21.11-e1634956206640.jpeg


Izzar Anwari.

“Kanak-kanak obesiti (bawah 18 tahun) yang dijangkiti Covid-19 pula dikaitkan dengan risiko untuk masuk hospital meningkat 3.07 kali ganda dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), bantuan pernafasan mekanikal atau kematian meningkat kepada 1.42 kali ganda,” tulisnya di laman Instagram miliknya semalam.

Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon terkenal, Ummi Nazeera, berkata, berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019 seramai 25% orang dewasa di Malaysia adalah tidak aktif fizikal manakala 50% orang dewasa adalah dalam kategori berlebihan berat badan atau obesiti.

“Obesiti juga boleh meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Justeru itu, jelasnya, orang ramai perlu mengamalkan diet yang sihat, kekal berat badan ideal, kerap bersenam, kawal tekanan darah di bawah paras 140/90, berhenti merokok dan minuman beralkohol serta benarkan pasangan anda keluar bersukan sebanyak mungkin. – K! ONLINE


individu-obes-berisiko-dijangkiti-covid-19-lebih-teruk

Mujur mek slim melim
Sumber inspirasi
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,288
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,288
Reaction score
15,432
Points
1,906
Mujur mek slim melim
Sumber inspirasi

hehe tn TXT ni :)
alhamdulillah tn TXT, demi kesihatan kan

tn TXT pun apa kurangnya, lagi power. fit & lean:)
mmg terbaik
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,682
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,682
Reaction score
16,562
Points
2,376
hehe tn TXT ni :)
alhamdulillah tn TXT, demi kesihatan kan

tn TXT pun apa kurangnya, lagi power. fit dan lean :)
mmg terbaik

Terpaksa la kn
Jadikan diri fit dan sihat
Supaya penyakit payah singgah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register