BTC USD 60,937.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,633
Reaction score
15,631
Points
2,376
COVID-19 | Perketat Pemeriksaan Status MySejahtera

Pemeriksaan status aplikasi MySejahtera di setiap premis terutama pasar raya perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang berada di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tidak masuk ke premis berkenaan.

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,329
Reaction score
15,061
Points
1,906
COVID-19 | Perketat Pemeriksaan Status MySejahtera

Pemeriksaan status aplikasi MySejahtera di setiap premis terutama pasar raya perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang berada di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tidak masuk ke premis berkenaan.

tn TXT, baru saya nampak tuan hari ni
sibuk ye
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,006
Reaction score
1,900
Points
156
COVID-19 | Perketat Pemeriksaan Status MySejahtera

Pemeriksaan status aplikasi MySejahtera di setiap premis terutama pasar raya perlu diperketatkan bagi memastikan individu yang berada di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah tidak masuk ke premis berkenaan.

Yang ni agak susah sikit nak laksanakan.
Kadang2 nak masuk outlet pak guard yang jaga pun dah umur pencen.
Kesian kat mereka nak check satu persatu.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,329
Reaction score
15,061
Points
1,906
#kualalumpur #covid19 Hanya 1.5 peratus atau 212 kes daripada 14,345 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima
https://www.hmetro.com.my/.../15-peratus-kes-baharu-covid...

1.5 peratus kes baharu Covid-19 hari ini kategori 3 hingga 5​


1632140143660.png


212 kes daripada 14,345 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Hanya 1.5 peratus atau 212 kes daripada 14,345 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bakinya iaitu 14,133 kes atau 98.5 peratus adalah daripada kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala dan bergejala ringan.

Daripada jumlah kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan itu, katanya, jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 di negara meningkat kepada 2,112,175 kes.

Menurutnya, sebanyak 14,302 kes adalah penularan tempatan membabitkan 13,072 warganegara dan 1,230 bukan warganegara, manakala 43 kes import membabitkan 27 warganegara selebihnya bukan warganegara.




"Sarawak kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 3,611 kes diikuti Johor (1,598 kes), Selangor (1,365 kes), Sabah (1,255 kes), Pulau Pinang (1,170 kes), Perak (1,090), Kelantan (1,050 kes), Kedah (967 kes) dan Terengganu dengan 804 kes.

"Selain itu, Pahang mencatatkan 779 kes, Kuala Lumpur (307 kes), Melaka (162 kes), Negeri Sembilan (125 kes), Perlis (51 kes), Putrajaya (11 kes) dan Labuan kekal dengan sifar kes seperti semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataannya hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 1,167 kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 906 kes disahkan positif Covid-19 dan 216 kes lagi adalah suspek, kemungkinan serta dalam siasatan.

Beliau berkata, daripada jumlah terbabit, 636 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan 407 kes disahkan Covid-19 sementara 229 kes suspek, kemungkinan serta dalam siasatan.

Menurutnya, sebanyak 16,814 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah kes pulih dalam negara kini adalah ialah 1,880,736.
Katanya, sebanyak 23 kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhan 5,305 kluster dengan 1,335 kluster masih aktif.

Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 8:03pm

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,633
Reaction score
15,631
Points
2,376

'Tanggung derita berterusan akibat Long COVID'

Oleh Ahmad Suhael Adnan- September 19, 2021 @ 2:39pm
[email protected]

hm167pesakit_1632033529.jpg


Beberapa bekas pesakit COVID-19 mengakui tahap kesihatan mereka tidak sama seperti sebelum dijangkiti wabak itu, meskipun sudah sembuh sejak beberapa bulan lalu. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah


KUALA LUMPUR: Batuk teruk berterusan, mudah lesu dan sesak nafas, pelupa serta sakit kepala adalah antara gejala dialami bekas pesakit COVID-19 yang kini menderita kesan jangka panjang wabak itu dikenali sebagai 'Long COVID'.

Beberapa bekas pesakit COVID-19 mengakui tahap kesihatan mereka tidak sama seperti sebelum dijangkiti wabak itu, meskipun sudah sembuh sejak beberapa bulan lalu.

Suri rumah, Suriani Rahim, 40, tidak menyangka masih perlu bergelut dengan wabak itu walaupun sudah keluar daripada hospital sejak lebih sebulan lalu.

Suriani berdepan detik hitam dalam hidupnya ketika bertarung nyawa selama lapan hari dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), apabila terpaksa ditidurkan pada 3 Ogos lalu kerana menghidap COVID-19 kategori lima.

Selepas berjaya mengharungi detik berkenaan, wanita itu terpaksa mengharungi Long COVID pula, apabila gejala batuk teruk dialami sejak hujung Julai lalu, masih berterusan hingga kini.

"Selain batuk berpanjangan, saya juga mudah penat, terutama ketika mengemas rumah atau berjalan lama.

bhSuriani199_1632033521.jpg


Suri rumah, Suriani Rahim.


"Apabila menyapu sampah, memang perlu kerap berhenti dan pegang dinding kerana cepat penat serta dada berombak. Jika bercakap pun terasa mengah," katanya yang sesekali batuk, selain jelas kedengaran tercungap-cungap apabila berbual panjang.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan 12,654 pesakit COVID-19 dikesan mengalami long COVID dengan lima gejala utama iaitu kelesuan (79.2 peratus), sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6 peratus), batuk (17.2 peratus), kesukaran tidur (14.6 peratus) dan keresahan (10.6 peratus).

Long COVID adalah keadaan pesakit, yang mana gejala dan tanda COVID-19 dihidapi melebihi tempoh empat minggu.

Ia merangkumi dua tahap iaitu gejala berterusan COVID-19 bagi pesakit bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu dan sindrom pasca COVID-19 iaitu pesakit bergejala melebihi 12 minggu serta dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif lain.

Suriani disahkan positif pada 29 Julai lalu, beberapa hari selepas mendapat suntikan dos kedua vaksin COVID-19 di Bukit Jalil dan dibawa ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bandar Tun Razak, Cheras, di sini, pada 2 Ogos.

Bagaimanapun, paras ketepuan oksigen menurun sekitar 47 peratus, menyebabkan dia terus dihantar ke Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) pada hari sama, sebelum terpaksa ditidurkan keesokannya.

Suriani berkata, sejak keluar HPUPM pada 17 September lalu, dia menjadi pelupa dan kerap keliru dengan beberapa perkara mudah.

"Awal dulu, kata laluan telefon dan bank pun saya lupa. Ada ketika saya lupa jiran sudah pindah walaupun sebenarnya memang tahu atau keliru dengan perkara tertentu.

"Ketika ini, saya terbabit dalam program untuk bekas pesakit COVID-19, saya diberi janji temu untuk menjalani pemantauan dan rawatan susulan bagi kesan jangka panjang.

"Mereka turut bertanyakan soalan asas seperti meminta saya mengira, selain menggalakkan saya keluar rumah dan cuba melakukan aktiviti seperti biasa," katanya yang mengakui masih trauma serta bimbang keluar rumah.

Gejala Long COVID turut dialami pegawai bank, Nur Farah Izni Norhan, 31, yang disahkan positif COVID-19 pada 14 Mac lalu, sebelum dibenar menamatkan kuarantin di rumah 10 hari kemudian.

Namun, beberapa gejala dialami bekas pesakit COVID-19 kategori dua itu tidak tamat walaupun sudah disahkan sembuh daripada wabak itu, sebaliknya berterusan selama lebih dua bulan.

"Sepanjang tempoh lebih dua bulan, saya jadi sangat mudah lesu yang boleh berterusan sepanjang hari walaupun tidak buat kerja atau aktiviti berat, selain badan juga kerap rasa tidak selesa seperti nak demam.

"Malah, gastrik yang saya alami, rasa berganda sakitnya hingga saya sesak nafas dalam tempoh itu, berbanding sebelum dijangkiti COVID-19," katanya.

Gejala berpanjangan itu turut membuatkan Nur Farah Izni tertekan dan tertanya-tanya selama mana dia perlu melalui keadaan itu, namun bersyukur apabila penderitaannya kini berakhir.

"Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik apabila memasuki bulan ketiga selepas pulih daripada COVID-19, namun saya dapat rasakan keadaan badan tidak seperti sebelum dijangkiti COVID-19," katanya.

bhnurulain199_1632033526.jpg


Petugas kesihatan swasta, Nurul Ain Najwa Zainal.


Petugas kesihatan swasta, Nurul Ain Najwa Zainal, 32, yang menghidap COVID-19 kategori dua awal bulan lalu, turut berdepan batuk teruk berpanjangan selepas pulih wabak itu.

Dia yang turut menghidap asma, juga mudah lesu apabila bergerak aktif, meskipun sudah menerima dos lengkap vaksin pada April lalu.

"Walaupun sudah sebulan pulih daripada COVID-19, saya masih batuk teruk dan mudah penat apabila pergerakan agak aktif seperti berlari anak," katanya.

Nurul Ain Najwa berkata, gejala Long COVID dialaminya turut mengganggunya ketika bekerja.

"Ada kala saya terpaksa menggunakan nebulizer (alat pelega pernafasan) ketika sedang bekerja kerana batuk teruk, mungkin disebabkan sejuk penyaman udara di pejabat," katanya.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,633
Reaction score
15,631
Points
2,376

Pulau Pinang perlu lebih banyak hospital medan

September 19, 2021 @ 3:10pm

MOHD_ZAMRI_DERAHMAN_HOSPITAL_MEDAN_1632035409.jpg


Pembinaan Hospital Medan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bakal dilengkapi lebih 100 katil termasuk empat katil ICU bagi menampung pesakit COVID-19.- NSTP/DANIAL SAAD


GEORGETOWN: Lebih banyak hospital medan perlu dibuka di Pulau Pinang bagi menampung peningkatan kes COVID-19 di negeri ini, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pulau Pinang kini mencapai 96.6 peratus iaitu kedua tertinggi di negara ini.

Justeru, beliau mencadangkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, meneliti keperluan membina lebih banyak hospital medan dengan lebih banyak katil ICU, di kawasan panas COVID-19 seperti Seberang Jaya, Nibong Tebal dan Balik Pulau.

"Rakyat Pulau Pinang sangat menghargai pembinaan segera hospital medan dengan 96 katil biasa dan empat katil ICU di lapangan parkir Hospital Besar Pulau Pinang oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Bagaimanapun, Khairy patut menimbangkan untuk membina lebih banyak hospital medan ekoran penggunaan katil ICU semakin mencecah kapasiti penuh," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 11 September lalu, Khairy berkata, sebuah hospital medan akan dibina di kawasan parkir hospital awam berkenaan bagi menampung lebih ramai pesakit COVID-19 di negeri ini.

ATM memulakan pembinaan hospital itu pada 16 September dengan 23 khemah didirikan di atas kawasan seluas 2,300 meter persegi dan dijangka beroperasi tidak lama lagi.

Sementara itu, Guan Eng turut mencadangkan Khairy memanfaatkan dana tambahan RM5 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, dana itu sebahagian dana suntikan berjumlah RM45 bilion bagi menangani COVID-19 dan kemerosotan ekonomi dalam Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu.

Katanya, peruntukan RM5 bilion itu boleh membantu, bukan saja untuk menjalankan ujian saringan besar-besaran, tetapi juga meningkatkan sumber manusia dengan mengambil doktor kontrak sebagai kakitangan tetap serta menambah baik perkhidmatan sokongan kesihatan. – BERNAMA


 

mdnor34

CG Top Poster Club
Joined
Nov 12, 2008
Messages
48,127
Reaction score
296
Points
141
Org yg baru detect kena covid kena rawat diri sendiri Sbb hospital bg ubat demam & batuk je...
pastu kuarantin..
beza dgn Negara2 lain asal detect positif je g farmasi Beli ubat covid yg kerajaan masing2 luluskan... walaupun WHO x iktiraf.
Bila Msia nak jual ubat covid kat farmasi?
 

akecema

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,563
Reaction score
2,916
Points
206

67 kanak-kanak meninggal akibat Covid-19​

SLG_Jenazah-Covid009-1536x1024.jpg


PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan sebanyak 67 kematian Covid-19 dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak sepanjang tahun ini sehingga kelmarin berbanding enam kematian direkodkan pada tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, statistik kematian tersebut adalah membimbangkan selain trend peningkatan jangkitan Covid-19 dalam kalangan golongan itu (berusia 0 hingga 18 tahun) di negara ini.

Justeru, beliau berkata, KKM menyasarkan supaya 60 peratus daripada kanak-kanak remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November dan 80 peratus daripada mereka yang layak divaksinasi mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah memberikan kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.
“Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi-institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,633
Reaction score
15,631
Points
2,376

Long COVID menyiksakan - Pegawai perubatan

Oleh Ahmad Suhael Adnan- September 19, 2021 @ 6:16pm
[email protected]

18nticu1_1632046544.jpg


Gambar hiasan, pesakit COVID-19 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU). - Foto NSTP


KUALA LUMPUR: Penderitaan pesakit COVID-19, tidak berakhir walaupun selepas disahkan sembuh, sebaliknya berkemungkinan berterusan untuk tempoh yang panjang.

Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, berkata pesakit COVID-19 yang sudah sembuh, khususnya kategori dua, tiga, empat dan lima, boleh mengalami komplikasi jangka panjang yang dikenali sebagai Long COVID, sehingga berbulan lamanya.

Terdapat lima kategori bagi pesakit COVID-19 iaitu kategori satu (tidak bergejala), dua (gejala ringan), tiga (jangkitan paru-paru), empat (perlu bantuan pernafasan) dan lima (kegagalan organ).

"Antara komplikasi berpanjangan ini seperti batuk tak hilang-hilang, hidung tersumbat, lendir di tekak.

"Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.

"Sakit tubuh tak hilang, sakit perut berpanjangan dan selalu sakit dada serta sakit kepala yang teruk. Ada yang sampai hilang ingatan dan ada yang mandul. Memang menakutkan.

"Kita nampak setiap hari angka kes positif dan kes sembuh, tapi hakikatnya berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long COVID. Memang sangat menyiksakan," katanya yang memaparkan penjelasan mengenai Long COVID ini di laman sosial.

Dr Ahmad Samhan berkata, antara faktor mengapa pengambilan vaksin COVID-19 amat ditekankan adalah bagi mengurangkan risiko individu dijangkiti COVID-19.

"Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long COVID ini lebih menakutkan daripada kesan sampingan vaksin," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan sejumlah 12,654 pesakit COVID-19 dikesan mengalami Long COVID.

Lima gejala utama Long COVID adalah kelesuan (79.2 peratus), sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6 peratus), batuk (17.2 peratus), kesukaran tidur (14.6 peratus) dan keresahan (10.6 peratus).

Long COVID adalah keadaan pesakit menghidap gejala dan tanda COVID-19 melebihi tempoh empat minggu.

Ia merangkumi dua tahap, iaitu gejala berterusan COVID-19 bagi pesakit yang bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu serta sindrom pasca COVID-19 iaitu pesakit yang bergejala melebihi 12 minggu dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif yang lain.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register