BTC USD 32,591.8 Gold USD 1,783.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,775
Reaction score
12,911
Points
2,376
Majoriti pengguna jalan raya berkenaan adalah ibu bapa yang mengambil anak di IPT atau asrama, selain pasangan jarak jauh serta pekerja syarikat yang mempunyai kebenaran beroperasi.

Aliran trafik ke pantai timur sesak​





May 8, 2021 5:55 PM


View attachment 367934

LLM di laman Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi tadi. (Gambar Facebook LLM)

KUALA LUMPUR: Biarpun ibu negara kini bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sejak awal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi tadi menyebabkan kesesakan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Menurutnya selain pertambahan pengguna jalan raya, kesesakan dipercayai berlaku susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bentong.

LLM di laman Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan kenderaan yang beratur dalam kesesakan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi tadi.


Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat mengesahkan kepada Bernama berlaku peningkatan pergerakan kenderaan memasuki negeri berkenaan sejak semalam membabitkan tiga laluan pintu masuk iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Menurutnya, 75 kenderaan turut diarahkan berpatah balik susulan tidak mempunyai surat kebenaran merentas negeri sepanjang pelaksanaan sekatan jalan raya di laluan masuk negeri berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata pihaknya akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri berkenaan yang berada di bawah PKP sejak 16 April lepas hingga 17 Mei ini.

“Selain itu, polis juga akan menambah bilangan pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli-belah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar, menjelaskan SJR di plaza tol berkenaan bagi memastikan pengguna jalan raya yang merentas negeri mempunyai dokumen lengkap dan mematuhi peraturan PKP.

Beliau mengakui pihaknya mengambil masa lebih lama supaya pemeriksaan terperinci dapat dilakukan bagi memastikan maklumat dalam surat kebenaran rentas negeri sepadan maklumat penumpang setiap kenderaan.

Menurutnya majoriti pengguna jalan raya yang melalui SJR berkenaan adalah ibu bapa yang mengambil anak di institut pengajian tinggi atau asrama, selain pasangan jarak jauh serta pekerja syarikat yang mempunyai kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Sejak pagi tadi, belum ada kompaun dikeluarkan dan semua pemandu dapat mengemukakan dokumen yang sah,” katanya.
Dalam pada itu, LLM berkata aliran trafik di semua laluan ke arah selatan dan utara tanah air dilaporkan berjalan lancar.


View attachment 367932
View attachment 367933

Ni betul mek
Jeng rapak jik kt Tol Gombak
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,775
Reaction score
12,911
Points
2,376
AIDILFITRI | Peniaga Kuih Kurangkan Produk, Elak Kerugian

Memasuki tahun kedua menyambut Aidilfitri dalam norma baharu akibat pandemik COVID-19, peniaga khususnya pengeluar kuih-muih mengambil langkah lebih berhati-hati bagi mengelak kerugian.

Bagi tujuan itu, mereka terpaksa mengurangkan jumlah produk dan kuantiti untuk dipasarkan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,775
Reaction score
12,911
Points
2,376
COVID-19 | Saringan Percuma Di 8 Lokasi Daerah Hulu Langat

Lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Daerah Hulu Langat, Selangor melaksanakan saringan percuma COVID-19 sejak semalam.

Saringan membabitkan DUN Semenyih bertempat di dewan orang ramai Bandar Rinching manakala Kajang, Dewan Cempaka Saujana Impian.

Berlintas langsung bersama Juliana Sharin.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

sazleej

Fun Poster
Joined
Jun 15, 2008
Messages
988
Reaction score
22
Points
15
tau lah tuan..... smlm jem teruk KB.. pakat kuar soppim raya.. padahal bukan bleh beraya pun...yg beriya kuar soppim..... tu kerajaan negeri ambik tindakan drastik... tutup pasar ramadhan penjaja.. ngan tutup satu jambatan laluan dari pasirmas ke KB.. jambatan tendong
gerentak tendong tutup? jalan pasir pekan tutup jugok ko?
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,048
Reaction score
215
Points
83
baru selesai saringan percuma kat seksyen 7 bangi, dengar smlm kat kajang ramai juga result positif tp tak bergejala
 

jaih

Super Active Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
9,909
Reaction score
420
Points
91
gerentak tendong tutup? jalan pasir pekan tutup jugok ko?
pasir pekan buko..... jd utk org pasir mas naik ke KB.. kena lalu salor... atau kalau sanggup redah jem.. n 2 lapis SJR bulih lalu ikut pasir pekan... hehe... ni dok update kat FB.. jem teruk laluan p.pekan KB
 

sazleej

Fun Poster
Joined
Jun 15, 2008
Messages
988
Reaction score
22
Points
15
pasir pekan buko..... jd utk org pasir mas naik ke KB.. kena lalu salor... atau kalau sanggup redah jem.. n 2 lapis SJR bulih lalu ikut pasir pekan... hehe... ni dok update kat FB.. jem teruk laluan p.pekan KB
mujo ambo diborneo.. hahahah
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
15,748
Reaction score
2,435
Points
201
Utk b40 standby la duit byk sket
da baksin pun bole kene balik tawww
Jgn kata b..eh kebal
Kalau kasta tinggi takpe la
Gaji besau

*Current charges without govt subsidy for Covid ICU in private hospitals.*
Sunway City Sunway Medical Center Velocity 5K a day deposit 20K.

Columbia Medical Centre, Pantai Medical Center, SJMC 3K a day.

All ICU full in Klang Valley except for Prince Court 8K a day, deposit 50K.

For all 1st 3 days abt 20K becos of procedures and intubation.
Stay home.Stay safe.
Share to keep loved ones informed.

takde duit
Duk umah je cari dukun online 😅
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,775
Reaction score
12,911
Points
2,376
SISTEM HIDE | Perkhidmatan Pengangkutan Awam Terus Beroperasi

Semua perkhidmatan pengangkutan awam di stesen dan terminal yang tersenarai bawah sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) akan terus beroperasi.

Kementerian Pengangkutan berkata tiga stesen yang terlibat ialah LRT Klcc, LRT Masjid Jamek dan KL Sentral.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,775
Reaction score
12,911
Points
2,376
SISTEM HIDE | 66 Lokasi Titik Panas Di Ibu Negara Ditutup Serta Merta

Polis meningkatkan pematuhan terhadap premis-premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 sebagaimana tersenarai dalam sistem Hotspots Identification For Dynamic Engagement (HIDE).

Daripada keseluruhan 151 lokasi di seluruh negara yang tersenarai, 66 lokasi terletak di ibu negara.

Berlintas langsung bersama wartawan Salina Zakaria.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register