BTC USD 63,090.0 Gold USD 2,383.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM
Infografik Covid-19 - 15.05.2021

999.jpg
 
Sponsored Post

COVID-19 | 44 Kematian, Tertinggi Sejak Pandemik Melanda

44 kematian akibat COVID-19 dilapor hari ini menjadikan angka maut itu yang tertinggi pernah direkodkan di negara ini sejak pandemik melanda.

Jumlah maut kini meningkat kepada 1,866 orang, dengan kes baharu masih mencatat lebih 4,000 dengan 4,140 kes dilaporkan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
COVID-19 | Kru Kapal Dari India Dilarang Turun Di Pelabuhan Malaysia

Semua anak kapal warga asing dari pelabuhan India yang berlabuh di Malaysia tidak dibenarkan turun dari kapal sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
VIDEO TULAR | Stadium Malawati Hanya Tempat Penilaian COVID-19

Video tular yang menunjukkan orang ramai beratur untuk masuk ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam, yang dikatakan akan menghuni pusat itu buat sementara waktu, adalah tidak benar.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Malaysia Catat Rekod Baharu Kematian Akibat COVID-19

Nisha David
Kuala Lumpur
2021-05-12


565ebf05-d73b-4a38-98ea-741ba313b08b.jpeg

Pemandangan dari udara menunjukkan suasana di tanah perkuburan sepi akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri di Kuala Lumpur pada 11 Mei 2021.

Malaysia hari ini melaporkan jumlah kematian tertinggi iaitu 39 orang akibat COVID-19 sejak negara itu dilanda pandemik tersebut pada Januari 2020 dengan jumlah kes baharu mencecah hampir 5,000 ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan menjelang sambutan Aidilfitri, kata Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Menurut Noor Hisham, jumlah kes baharu yang dicatat adalah yang tertinggi sejak 31 Jan lepas dengan 14 jangkitan baharu daripada varian Afrika Selatan B1.351 turut dikesan di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kes bagi varian yang membimbangkan (VOC) di negara itu setakat ini ialah 62. Beliau juga berkata terdapat satu kes bagi VOC daripada varian India 1.617.2.

“Dengan 39 kes kematian yang direkodkan hari ini, setakat ini jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini meningkat kepada 1,761. Bagi kes baharu pula, sebanyak 4,765 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas dan jumlah kes harian boleh mencecah 5,000 pada pertengahan Mei,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Malaysia mencatatkan sejumlah 5,298 kes pada 31 Jan lepas. Noor Hisham juga berkata sejumlah 3,214 orang pulih daripada COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih di negara itu setakat ini ialah 411,360.

“Unit rawatan rapi (ICU) juga sesak selepas menempatkan 469 pesakit yang mana 244 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes aktif juga menunjukkan trend menaik sejak 6 April, meningkat daripada 14,161 kepada 40,101 dalam tempoh 24 jam lepas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata satu kes bagi varian yang perlu diberikan perhatian (VOI) daripada varian India melibatkan melibatkan warga asing telah dikesan di Malaysia.

“Pesakit itu tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan menjalani ujian saringan Covid-19 di pintu masuk antarabangsa. Kedua-dua ujian yang dijalankan pada 7 April dan 12 April disahkan negatif,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Hisham berkata individu itu kemudian telah dibawa ke Jabatan Kecemasan selepas mengalami simptom COVID-19 yang serius.

“Kesihatan individu terbabit merosot dan meninggal dunia pada 1 Mei 2021,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad memohon maaf kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19 semasa lawatannya ke Langkawi pada hujung minggu lepas. Katanya beliau sedia dikenakan tindakan undang-undang bagi kesalahan itu.

“Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan,” menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Mahathir membuat permohonan maaf itu selepas rakaman video lawatannya tular di media sosial pada Selasa. Rakaman itu dimuat naik di laman media sosial antaranya oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak yang sebelum ini dikompaun RM3,000 kerana melanggar SOP semasa makan di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Menurut Mahathir, beliau balik ke Langkawi pada Sabtu lepas untuk menyampaikan sumbangan kepada penduduk di kawasan Parlimen yang diwakilinya sempena bulan puasa dan menjelang sambutan Aidilfitri termasuk sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuah.

“Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau. Ini merupakan satu kesalahan,” katanya.

Mahathir juga berkata SOP yang ditetapkan oleh kerajaan tidak harus dipandang ringan kerana ia dibuat untuk membendung jangkitan penyakit.

“COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan,” katanya.

Awal minggu ini, Mahathir membuat kenyataan khas melalui video yang menggesa orang ramai bersabar dan berkorban untuk memastikan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan mematuhi nasihat kerajaan serta SOP ditetapkan bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan. Pada Selasa, Najib menerusi hantaran di Facebooknya memaparkan video Mahathir memasuki premis satu majlis tanpa mengimbas suhu badan dan aplikasi MySejahtera.

Najib turut menyatakan bahawa beliau telah dikenakan dua kompaun sebelum ini kerana terlupa mengimbas suhu badan dan aplikasi MySejahtera ketika memasuki sebuah premis. Sementara itu, polis memaklumkan bahawa siasatan ke atas Mahathir akan dijalankan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Ketua Polis Daerah Langkawi Shariman Ashari berkata tindakan itu diambil susulan video yang dimuat naik di laman Facebook Najib yang menunjukkan Mahathir tidak mengimbas suhu badan dan aplikasi MySejahtera ketika menghadiri satu majlis di Langkawi.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang pada pagi 8 Mei lalu,” katanya.

Sumber asal BenarNews.MY
 

Pesakit COVID kategori 3 di PKRC MAEPS semakin ramai

MAEPS_QUARANTINE_CENTRE_1621141446.jpg

KUALA LUMPUR: Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) kini semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit COVID kategori 3.

Jabatan Kesihatan Selangor berkata, pada awal Januari lalu, PKRC MAEPS hanya mempunyai 60 katil untuk kategori 3.
"Pada awalnya PKRC MAEPS hanya mempunyai 60 katil untuk kategori 3 pada awal Januari lalu tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS sudah menempatkan 757 pesakit kategori 3.

"Kita juga sedang bercadang menambah kapasiti ini kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit COVID-19 terkini," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Susulan itu, pesakit dengan kategori 3 ditempatkan di dewan berdekatan dengan Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan, manakala pesakit kategori 1 dan 2 yang stabil ditempatkan di Dewan DG.

"Bagaimanapun, pihak PKRC akan berusaha sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan berkenaan.

"PKRC MAEPS juga mengucapkan terima kasih dan menyambut baik isu proses kemasukan yang dinyatakan pengadu dan akan melihat kembali serta melakukan penambahbaikan proses itu dari semasa ke semasa," katanya.

Terdahulu, terdapat pihak mendakwa PKRC MAEPS tidak selesa dan selamat berikutan terlalu ramai pesakit yang positif ditempatkan bersama sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Mereka mengadu tidak diberikan kemudahan asas seperti cadar, bantal dan mula mengalami batuk biarpun ketika mula dibawa ke situ mereka adalah kategori tiada gejala.

Justeru Kementerian Kesihatan (KKM) digesa membenarkan mereka yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala menjalani kuarantin kendiri di rumah memandangkan keadaan di pusat kuarantin yang terlalu sesak.



== berita harian
 
3,780 Kes Baru, Satu Pertiga Jangkitan Di Selangor

16.05.2021 - Kuala Lumpur, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 3,780 jangkitan baru Covid-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi. Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan angka tertinggi iaitu sebanyak 1,275 kes atau bersamaan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan.

Ini diikuti Sarawak (405), Kedah (363), Kelantan (357), Kuala Lumpur (342), Johor (224), Pulau Pinang (187), Pahang (159), Melaka (122), Perak (115), Sabah (87), Negri Sembilan (70), Terengganu (58), Labuan (7), Putrajaya (7) dan Perlis (2).

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574799
 
Semua Daerah Rekod Kes Baru Covid-19, Petaling Tertinggi

16.05.2021 - Kuala Lumpur, Semua daerah di Selangor merekodkan jangkitan baharu Covid-19 dengan Petaling mencatat jumlah tertinggi iaitu 528 kes. Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu merangkumi mukim Petaling (238), Damansara (151), Sungai Buloh (96) dan Bukit Raja (44). Diikuti Hulu Langat dengan 369 kes iaitu mukim Cheras (105), Ampang (89), Kajang (85), Semenyih (41), Beranang (13), Hulu Langat (sembilan) dan lokap (27).

“Sebanyak 174 jangkitan dikesan di Gombak melibatkan mukim Batu (81), Rawang (42), Hulu Kelang (30), Setapak (12) dan Kuang (sembilan). Klang rekodkan 154 kes, masing-masing mukim Klang (131) dan Kapar (23). Di Sepang catat 117 kes iaitu Dengkil (86), Labu (17) dan Sepang (14),” katanya menerusi Facebook.

Agensi berkata sebanyak 68 kes dilaporkan di Kuala Langat, masing-masing di mukim Telok Panglima Garang (30), Batu 12 (24), Batu (11), Jugra (dua) dan Kelanang (satu). Menurutnya, Kuala Selangor catat 67 jangkitan melibatkan mukim Ijok (34), Jeram (12), Bestari Jaya (sembilan), Kuala Selamgor (lapan), Tanjong Karang (tiga) dan Hujung Permatang (satu).

“Sebanyak 19 kes direkidkan di Hulu Selangor dengan tertinggi di mukim Serendah (11); Hulu Yam, Batang Kali dan Hulu Bernam (dua) manakala Ampang Pecah dan Kalumpang (satu). Sabak Bernam catat 11 kes baharu melibatkan mukim Sungai Panjang manakala Pasir Panjang, Pancang Bedena dan Bagan Nakhoda Omar (dua,” katanya.

Semalam, Selangor mencatatkan 1,507 kes baharu dengan semuanya merupakan jangkitan tempatan selain terdapat 26 kematian.

Berita asal https://selangorkini.my/2021/05/semua-daerah-rekod-kes-baharu-covid-19-petaling-tertinggi/
 
dia orang semua tak ikut sunnah nabi... jgn masuk ke tempat wabak..jangan tinggalkan dari tempat wabak...
nanti bila variant ni merebak kat malaysia ...rakyat semua kena tanggung.
Lepas tu salahkan rakyat tak ikut sop
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register