BTC USD 40,872.9 Gold USD 1,867.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI PROTEIN SPIKE COVID-19 DI MALAYSIA

Merujuk kepada Sidang Media 12 Mei 2021, survelan genomik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 33 sampel COVID-19 dari 3 Mei 2021 sehingga 10 Mei 2021 telah mengenalpasti dan mengesahkan:
  • 14 kes tempatan COVID-19baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351. Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan; serta
  • Satu (1) kes import bukan warganegara yang dijangkiti varian Indian B.1.617.2. Beliau telah meninggal dunia.
Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes dan varian Indian B.1.617 sebanyak dua (2) kes [masing-masing satu (1) kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2].
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
VarianSouth African B.1.351

Jadual 1: Ringkasan kes-kes COVID-19 dengan Varian South African B.1.351

Kes COVID-19SaringanVarian South African B.1.351
Kluster Jalan Lima574474
Kluster Jalan Kebun Baru1,1161,5859
Kluster Teknologi Emas2663333
Kluster Jalan Canning Estate25169310
Kluster Kampung Bunut Sarang Burung19233210
Kluster Kampung Domis 442 8997 kes baharu
Kluster Bangkahulu871,0421 kes baharu
Kluster Bayan Cenderawasih2228451 kes baharu
Saringan Kontak Rapat16 kes (4 kes baharu)
Jangkitan COVID-19 selepas divaksinasi1 kes baharu
Jumlah62 (14 kes baharu)
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
Varian Indian VOI B.1.617.2

Satu (1) kes melibatkan bukan warganegara dengan varian Indian VOI B.1.617.2 telah dikesan di Malaysia. Kes ini tiba di Malaysia pada 7 April 2021 dan telah menjalani ujian COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA). Kedua-dua ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada 7 April 2021 dan 12 April 2021 adalah negatif. Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan positif COVID-19 pada 21 April 2021 apabila beliau dibawa ke Unit Kecemasan dan Trauma setelah mengalami gejala COVID-19 yang serius. Keadaan kesihatan beliau terus merosot dan dilaporkan meninggal dunia pada 1 Mei 2021.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 12 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU ( * )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,082 (1)147,829
SABAH7059,073
JOHOR34848,960
WP KUALA LUMPUR540 (6)48,241
SARAWAK40536,726
PULAU PINANG25922,592
NEGERI SEMBILAN12220,148
KELANTAN 29718,048
PERAK17216,035
KEDAH22611,822
MELAKA1108,278
PAHANG636,014
TERENGGANU605,094
WP LABUAN62,497
WP PUTRAJAYA41,483
PERLIS1382
JUMLAH KESELURUHAN4,765 (7)453,222
( * ) adalah merujuk kepada kes-kes import
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
LAMPIRAN 2

Ringkasan 39 kes kematian pada 12 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina(Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1723WP PutrajayaPerempuan (WN)88Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
1724SabahLelaki (WN)71Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1725WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1726PerakLelaki (WN)74Hospital Taiping
1727KedahPerempuan (WN)87Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis dan jantung
1728SarawakLelaki (WN)43Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1729SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1730KelantanLelaki (WN)65Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1731KelantanPerempuan (WN)74Hospital Tanah MerahPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1732KedahLelaki (WN)73Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1733WP Kuala LumpurLelaki (WN)52Hospital Sungai Buloh
1734SarawakLelaki (WN)65Hospital KapitPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1735JohorLelaki (WN)78Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1736JohorLelaki (WN)76Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan strok
1737JohorLelaki (WN)53Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1738MelakaPerempuan (WN)85Hospital MelakaPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1739JohorPerempuan (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1740SelangorPerempuan (WN)58Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1741Negeri SembilanLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital JempolPenyakit darah tinggi
1742TerengganuLelaki (WN)70Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1743WP Kuala LumpurLelaki (WN)64Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1744PahangLelaki (WN)67Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik, dan epilepsi
1745SelangorLelaki (WN)62Hospital KajangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1746SelangorLelaki (WN)53Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi, hati, dan buah pinggang kronik
1747SabahLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1748JohorLelaki (WN)60Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruLimfoma
1749JohorLelaki (WN)59Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1750JohorPerempuan (WN)88Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit darah tinggi
1751JohorPerempuan (WN)73Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi dan jantung
1752JohorLelaki (WN)76Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1753JohorLelaki (WN)58Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
1754WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1755WP Kuala LumpurPerempuan (WN)84Hospital SelayangPenyakit darah tinggi dan dislipidemia
1756WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1757WP Kuala LumpurLelaki (WN)65Hospital AmpangPenyakit darah tinggi
1758WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Hospital SelayangPenyakit buah pinggang kronik dan kanser usus
1759PahangPerempuan (WN)84Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1760SelangorLelaki (BWN)64Hospital Kajang
1761SabahPerempuan (BWN)73Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
LAMPIRAN 3

Perincian 4,765 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,0822171,3771487
SARAWAK4053830958
JOHOR34810415292
WP KUALA LUMPUR540782946162
PULAU PINANG25936114109
KELANTAN2972418489
NEGERI SEMBILAN122135851
KEDAH226429391
PAHANG63212913
PERAK172934237
MELAKA110673310
SABAH70332512
TERENGGANU6083814
WP PUTRAJAYA431
WP LABUAN624
PERLIS11
JUMLAH KESELURUHAN4,7657762,75271,230
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 12 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Persiaran TanjungTempat KerjaSelangorSepang53173
2Persimpangan Batu ArangTempat KerjaSelangorGombak dan Hulu Selangor163577
3Tapak Bina Bukit Semenyih 2Tempat KerjaSelangorHulu Langat dan Kuala Langat105169
4Industri Jalan EmasTempat KerjaSelangorKuala Langat dan Klang311,588
5Persiaran Masjid LimaTempat KerjaSelangorPetaling, Klang, Kuala Langat, dan Kuala Selangor26212
6Persiaran SatuTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras2791
7Tapak Bina Batu LimaTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai20372
8Jalan Segambut PusatTempat KerjaWP Kuala Lumpur dan SelangorKepong dan Gombak923
9Jalan Tembaga IndustriTempat KerjaJohorJohor Bahru dan Kota Tinggi24258
10Jalan Gangsa IndustriTempat KerjaJohor Johor Bahru1583
11Jalan TerbilangTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah4343
12TelipotTempat KerjaKelantanKota Bharu, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Bachok, dan Pasir Puteh46188
13Nanga SkrangKomunitiSarawakSri Aman2766
14Skim Penempatan StapokKomunitiSarawakKuching dan Bau26117
15Kampung Tok SangkutKomunitiKelantanPasir Mas1043
16Kahang TimurKomunitiJohorKluang42122
17Tanjung KaporKomunitiSabahSemporna89
18Lorong Taman Ipoh DuaKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta dan Kuala Kangsar2150
19Jalan MuafakatKeagamaanJohorJohor Bahru39163
20KebaguInstitusi Pendidikan KPMSabahKota Kinabalu dan Papar15281`
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
PEMATUHAN 100 PERATUS TERHADAP PROSEDUR OPERASI STANDARD (S.O.P) DI HARI RAYA

Seperti yang sering ditekankan oleh KKM dan MKN dalam sidang media, keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti di negara kita adalah semakin meruncing. Kini, lebih banyak kes VOC dilaporkan. Di samping itu, peningkatan kluster-kluster terutamanya kluster rentas negeri, kenaikan sehingga 70 peratus kes jangkitan sporadik dalam komuniti dan kenaikan sehingga 80 peratus kes tidak bergelaja adalah semakin membimbangkan. Oleh itu, masyarakat seharusnya mengambil iktibar dan berusaha untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus COVID-19 yang merbahaya ini.

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam di seluruh negara pada hari esok 13 Mei 2021, KKM ingin mengingatkan rakyat supaya sentiasa patuh pada SOP Hari Raya seperti yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Rakyat dinasihatkan untuk mengelakkan dari menghadiri sebarang perhimpunan besar-besaran termasuk solat Hari Raya beramai-ramai melebihi had dibenarkan, dan menangguhkan aktiviti ziarah-menziarahi termasuk menziarahi kubur. Ingin diingatkan bahawa, pada tahun ini sahaja, terdapat peningkatan kluster yang begitu ketara. Sehingga kini, jumlah kluster komuniti adalah sebanyak 435 kluster di mana 129 kluster lagi yang masih lagi aktif. Kluster-kluster komuniti ini berpunca daripada jangkitan kontak keluarga dan kontak rapat, aktiviti keraian, pengebumian, perkahwinan, perayaan, dan lain-lain aktiviti sosial.

Seperti yang dilaporkan, majoriti mereka yang dijangkiti tidak mempunyai gejala (78.4 peratus) dan ini menjadikan risiko jangkitan serta penularan adalah amat tinggi sekiranya aktiviti kunjung mengunjung di hari raya tetap dilaksanakan. Oleh itu, sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan khas di musim perayaan ini iaitu:
  • Tiada rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri);
  • Solat Sunat Aidilfitri di masjid dan surau dibenarkan dengan kehadiran jemaah tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah; dan 20 orang bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan kurang daripada 1,000 jemaah mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri;
  • Tiada majlis sosial seperti aktiviti ziarah dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
KKM berharap masyarakat memahami situasi ini dan akur kepada nasihat yang dikeluarkan bagi kebaikan kita bersama. Jangkitan COVID-19 tidak mengenal mangsa, tempat, waktu, dan ketika. Sesiapa sahaja boleh dijangkiti sekiranya alpa dan mengambil sikap tidak endah. Marilah kita bersama-sama membantu diri kita, keluarga kita, kaum, dan masyarakat kita agar dihindari bahaya COVID-19.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
HARI JURURAWAT SEDUNIA

Tanggal 12 Mei setiap tahun, Hari Jururawat disambut di seluruh dunia sebagai mengenang jasa golongan jururawat yang sanggup berkorban masa, tenaga dan bertungkus lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di atas jasa dan bakti yang diberikan terutamanya ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
28,453
Reaction score
3,989
Points
236
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Mei 2021 @ 6.30 petang.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register