BTC USD 43,166.2 Gold USD 1,751.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Kenyataan Akhbar KPK 27 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
27 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);​
  • Kes sembuh : 16,430 kes (2,005,942 kes kumulatif, 90.8%);​
  • Kes baharu : 10,959 kes (2,209,194 kes kumulatif);​
  • Kes import : 12 kes (2 warganegara; 10 bukan warganegara);​
  • Kes tempatan : 10,947 kes [10,150 warganegara (92.7%); 797 bukan warganegara (7.3%)];​
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 980 kes (862 kes COVID-19; 118 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);​
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 579 kes (378 kes COVID-19; 201 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);​
  • Jumlah kluster : 5,432 kluster;​
  • Jumlah kluster baharu : 19 kluster;​
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,267 kluster; dan​
  • Jumlah kluster aktif : 1,165 kluster.​
Daripada 10,959 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,​
  • 205 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan​
  • 10,754 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.​
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.​
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU ( ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK2,61988.902,723201,812
SELANGOR1,89427.79979 (5)673,129
JOHOR1,65641.611,226191,996
KELANTAN1,19159.60983111,863
SABAH1,15628.11751195,015
PULAU PINANG1,10160.29793127,688
PERAK1,05759.5771399,667
KEDAH79434.53660132,331
PAHANG71227.0473962,680
TERENGGANU69352.55691 (2)53,678
MELAKA32933.79346 (2)57,473
WP KUALA LUMPUR29815.49176 (3)185,278
NEGERI SEMBILAN15613.2911096,854
PERLIS6423.77513,697
WP PUTRAJAYA2727.71186,079
WP LABUAN33.1509,954
MALAYSIA13,74840.1510,959 (12)2,209,194
*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)
**Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk
***Kes import
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
LAMPIRAN 2

Perincian 10,959 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SARAWAK2,723811,4361,206
JOHOR1,22688585553
KELANTAN98355604324
SELANGOR979795655330
PULAU PINANG79325326442
SABAH75146366339
PAHANG73927338284
PERAK71392335286
TERENGGANU69185422139
KEDAH66016392252
MELAKA346291042211
WP KUALA LUMPUR176275396
NEGERI SEMBILAN11037136
PERLIS512130
WP PUTRAJAYA18108
WP LABUAN
JUMLAH KESELURUHAN10,9597975,814124,336
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Industri Sri Sulong 17Tempat KerjaJohorBatu Pahat1521
2Jalan Mawai Batu TujuhTempat KerjaJohorKota Tinggi9283
3Jalan Hala Jati TujuhTempat KerjaPerakKinta31280
4Industri Batu Dua GerikTempat KerjaPerakHulu Perak2632
5Jalan Delima Bintang 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, dan Cheras22214
6Dah Perusahaan Tiga Industri KulimTempat KerjaKedahKulim1573
7Industri Sawit Kuala BetisTempat KerjaKelantanGua Musang1523
8Jalan Dr MuthuTempat KerjaNegeri SembilanSeremban19125
9Sawit Sungai GayungTempat KerjaPahangRompin38135
10Kampung Baru Pantai Mek MasKomunitiKelantanKota Bharu2126
11Kampung Kubang BunutKomunitiKelantanPasir Mas dan Gua Musang1214
12Kampung AyongKomunitiKelantanGua Musang1144
13Lorong Pak Da DaudKomunitiKelantanKota Bharu dan Pasir Mas1115
14Lorong Kelochor SetiaKomunitiKelantanKota Bharu1117
15Kampung JiasKomunitiKelantanGua Musang711
16Kampung Bendang Ikan HilirKomunitiKelantanPasir Mas55
17MelabanKomunitiSarawakLimbang3750
18Tembok LimbangPusat TahananSarawakLimbang1463
19Jalan Mutiara DuaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1315
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN
PADA 26 SEPTEMBER 2021

NEGERINILAI RT
PAHANG1.02
PERAK0.98
WP PUTRAJAYA0.98
KELANTAN0.97
PERLIS0.97
TERENGGANU0.96
JOHOR0.94
SARAWAK0.92
MELAKA0.92
PULAU PINANG0.90
SELANGOR0.89
SABAH0.87
NEGERI SEMBILAN0.87
KEDAH0.85
WP KUALA LUMPUR0.85
WP LABUAN0
MALAYSIA0.92
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

1632742219632.png

1632742225569.png

1632742231938.png

1632742242729.png
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
Kes Sembuh Di Malaysia Kini Melebihi 2 Juta

27.09.2021 - Kuala lumpur, Jumlah keseluruhan kes sembuh COVID-19 yang direkodkan kini adalah sebanyak 2,005,942 kes sejak pandemik ini melanda negara. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini memaklumkan daripada angka itu, sebanyak 16,430 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas.

“Bagi kes baharu, sebanyak 1.9 peratus atau 205 kes daripada 10,959 kes baharu COVID-19 dilaporkan bagi tempoh 24 jam lepas terdiri daripada kategori tiga, empat dan lima. Baki 98.1 peratus atau 10,754 kes pula adalah terdiri daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua, bergejala ringan,” katanya.

Kategori tiga adalah mereka yang mempunyai radang paru-paru, empat memerlukan bantuan oksigen dan lima pula memerlukan bantuan pernafasan. Menurut Dr Noor Hisham, daripada jumlah kes baharu, 12 adalah kes import melibatkan dua warga tempatan dan 10 bukan warganegara manakala 10,947 kes pula melibatkan penularan dalam negara iaitu 10,150 warganegara dan 797 rakyat asing. Beliau berkata terdapat 980 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) merangkumi 862 yang disahkan positif COVID-19 manakala 118 lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Katanya, sebanyak 579 kes memerlukan bantuan pernafasan melibatkan 378 disahkan positif COVID-19 manakala 201 lagi adalah disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan. Dr Noor Hisham memaklumkan 19 kluster baharu dikesan dengan sembilan daripadanya berkaitan tempat kerja, lapan kluster membabitkan penularan dalam komuniti serta masing-masing satu melibatkan kluster pusat tahanan dan kluster kumpulan berisiko tinggi. Beliau berkata kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) pada jangkaan mengikut kes harian semalam untuk seluruh negara ialah 0.92 manakala Pahang mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.02.

"Semua negeri lain mencatatkan Rt di bawah 1.0 iaitu Perak dan Putrajaya masing-masing 0.98, diikuti Kelantan dan Perlis masing-masing 0.97, Terengganu (0.96), Johor (0.94), Sarawak dan Melaka masing-msing 0.92, Pulau Pinang (0.90), Selangor (0.89), Sabah dan Negeri Sembilan masing-masing 0.87, Kedah serta Kuala Lumpur masing-masing 0.85 manakala Labuan (sifar),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata data kematian akan dimuat naik dan dipaparkan menerusi laman Github dan laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my pada tengah malam ini.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2007653
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,820
Reaction score
4,168
Points
236
19 Kluster Baru Covid-19, 9 Babit Tempat Kerja

27.09.2021 - Kuala lumpur, ementerian Kesihatan (KKM) mengesan 19 kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataan beliau berkata, sembilan daripadanya adalah kluster tempat kerja, lapan melibatkan jangkitan komuniti, serta masing-masing satu melibatkan golongan berisiko tinggi dan pusat tahanan. Kluster berkenaan dikesan di Johor, Perak, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

Perincian 19 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut:​
  • Kluster Jalan Dr Muthu (Seremban) dengan 19 kes​
  • Kluster Industri Sawit Kuala Betis (Gua Musang) dengan 15 kes​
  • Kluster Melaban (Limbang) dengan 37 kes​
  • Kluster Kampung Ayong (Gua Musang) dengan 11 kes​
  • Kluster Kampung Jias (Gua Musang) dengan tujuh kes​
  • Kluster Kampung Bendang Ikan Hilir (Pasir Mas) dengan lima kes​
  • Kluster Kampung Baru Pantai Mek Mas (Kota Bharu) dengan 21 kes​
  • Kluster Dah Perusahaan Tiga Industri Kulim (Kulim) dengan 15 kes​
  • Kluster Lorong Pak Da Daud (Kota Bharu dan Pasir Mas) dengan 11 kes​
  • Kluster Kampung Kubang Bunut (Pasir Mas dan Gua Musang) dengan 12 kes​
  • Kluster Tembok Limbang (Limbang) dengan 14 kes​
  • Kluster Sawit Sungai Gayung (Rompin) dengan 38 kes​
  • Kluster Jalan Mutiara Dua (Johor Bahru) dengan 13 kes​
  • Kluster Jalan Delima Bintang 2 (Lembah Pantai, Kepong, Titiwangsa, Cheras dan Gombak) dengan 22 kes​
  • Kluster Jalan Mawai Batu Tujuh (Kota Tinggi) dengan sembilan kes​
  • Kluster Industri Sri Sulong 17 (Batu Pahat) dengan 15 kes​
  • Kluster Industri Batu Dua Gerik (Hulu Perak) dengan 26 kes​
  • Kluster Jalan Hala Jati Tujuh (Kinta) dengan 31 kes​
  • Kluster Lorong Kelochor Setia (Kota Bharu) dengan 11 kes​
Noor Hisham berkata, sebanyak 5,432 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 1,165 daripadanya kluster aktif dan 4,267 kluster lagi sudah tamat.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...kluster-baharu-covid-19-9-babit-tempat-kerja/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,905
Reaction score
15,103
Points
2,376
COVID-19 | 10,959 Kes Baharu Dilaporkan

Kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan penurunan dengan 10,959 kes.

Selangor merekodkan kes di bawah 1,000 iaitu 979 kes, manakala Sarawak kekal negeri tertinggi, 2,723 kes.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register